Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 39

5 bulan sudahpun berlalu. Esok merupakanhari majlis perkahwinan Asyraf dan Maria. Kalau kau orang nak tahu, Mariasetiausaha Firdaus dengan Maria bakal isteri Asyraf adalah orang yang sama.Jangan pelik sangat, Maria sambil belajar sambil menjadi setiausaha Firdaus.Tapi, mungkin selepas perkahwinan pasangan itu, Asyraf akan menyuruh Maria menumpukansepenuh perhatiannya terhadap pelajaran dulu.

Hari ini pula, merupakan ulangtahunpertama perkahwinan aku dan Firdaus. Kini aku sibuk menyiapkan juadah untukmajlis kesyukuran kecil-kecilan yang akan diadakan mala mini dirumah. Ini jugamerupakan permintaan ku kepada Firdaus, seminggu sebelum due date. Padamulanya, Firdaus, keluargaku dan keluarganya menghalang dan menyuruh akumembuat majlis ni selepas habis pantang. Tapi atas sikap cengeng dansensitifku. Semua terpaksa menurut dengan syarat aku dilarang melakukantugas-tugas berat. Aku harap anak-anakku tidaklah terkenan dengan sikap manjaummi dia ni.

Surprise, sis pregnant kembar 3. Jantinamasih tak tahu, sebab aku dan Firdaus ingin kejutan. Tapi besar harapanku agarketiga-tiga mereka adalah lelaki. Ni terkenan sebab ikuti program rancangan TheReturn of Superman yang mengisahkan kehidupan anak-anak bersama ayah mereka.Comel sungguh.

“Sayang, duduk rehat sana. Dari tadiasyik berjalan sahaja. Biarlah adik-adik saya dan adik-adik awak uruskan semua.”Firdaus menghadiahkan ciuman di dahiku. Aku memeluknya erat. Senang dan selesadengan baunya.

“Pengantin lama, pergi masuk bilik sana.Tak nampak ke budak-budak ramai.” Acap menegur. Geramnyalah, dia ni pantangnampak muka aku. Mesti ada sahaja nak usik buat aku mengamuk.

“Abang… Pukul Acap.” Mengadu aku. Firdausmengusap kepalaku.

“Firdaus, kau tak payah lah layan manjamak buyong ni. Mengada pula aku tengok.”   

“Awak ni, janganlah kacau boss sayadengan Puan Fifi. Sweet apa.” Maria membela aku dan aku ber high fivedengannya. Ada geng, aku jelir lidah kepada Acap. Tapi, Firdaus menekup bibirkudengan tangannya.

“Tak elok jelir lidah dekat orang,sayang.” Tegur Firdaus lembut. Aduhai, tolong ummi sayang. Abi buat ummi cair danmakin jatuh cinta.

“Couple-couple yang kat dapur ni, silasiap-siap ye. Kak Fi, lepaskan abang Firdaus tu sekejap. Orang masjid dahsampai dekat depan tu. Lupa pula, kami jemput orang masjid untuk takbir raya.Esok raya, wohoooo!

Alhamdulillah, majlis malam itu berjalandengan lancar. Tetamu juga semuanya berpuas hati dengan juadah-juadah yangdisediakan. Siap ada yang memuji dan ingin menempah. Kebanyakan saudara-marayang hadir, semua bermalam di sini. Nasib baiklah saudara kau orang Firdaus nikaya beli rumah besar ni. Kalau tidak, tumpang rumah ayah atau daddy je la.Firdaus dah lena kerana penat. Aku mengucup dahinya lembut dan menarik selimutke paras dada. Akhirnya aku terlena dalam pelukannya.

Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy