Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 27

Khusyuknya isteri dia menonton kartun.Nasiblah dapat isteri yang kebudak-budakan. Budak-budak pun bila dengan diasahaja, kalau di luar isterinya itu seorang wanita yang agak sotisfikated danbergaya. Mengalahkan model hijabista kadang-kadang. Dia pula yang payah menahanapi cemburu bila ada mata-mata lelaki diluar sana yang masih berani menilikwajah isterinya itu.

“Shafira Liyana, kenapa makan benda manis-manisni.” Sebekas ais krim cremia nestle di tangan Yana.

“Sedap. Manis. Abang nak?” Yana hulurkankepada Firdaus. Tapi, Firdaus geleng kepala tanda tidak mahu. Yana pun berdiridi atas sofa lalu memeluk leher suaminya. “Say aaa.” Sudu dibawa ke bibirFirdaus, tapi Firdaus tetap berdegil tidak mahu membuka mulutnya. Dia cubasekali lagi, tapi aiskrim sudah cair dan melekat di bibir Firdaus. Yana geram,dia pun meletakkan bekas ais krim itu di atas meja. Kemudian, berpaling semulakepada suaminya dan memeluk semula leher Firdaus.

“Betul tak nak?” Yana bertanya sekalilagi. Firdaus mengangguk.

Bibir Firdaus dikucup lembut. Suaminyadah terbeliak mata, terkejut dengan tindakan dia. Dia peduli apa, degil sangat.Orang nak share tak mahu, bila orang tak mahu share dia nak. Lepas 2 minit Yanamelepaskan bibir itu, dia kenyit mata dan berlalu pergi.

“Shafira Liyana!” Yana gelak kuat danFirdaus tersenyum bahagia.

Firdaus mengambil bekas aiskrim itu danmenyimpan semula ke dalam peti ais. Terkejut dia apabila membuka pintu petiais, terdapat banyak bekas ais krim Le Cremia Nestle. Ini tak lain, kerjaisterinyalah. Dah tegur masih degil. Nasib baiklah sayang, selepas ini dia kenasentiasa perhatikan dan kawal pemakanan ibu mengandung itu.

Previous: Bab 26
Next: -CKK-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy