Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 15

Interkom berbunyi. “Boss. Puan Fifi adadekat luar.”

“Suruh dia masuk.” Firdaus memulakanlakonan. Mukanya didinginkan sedingin yang mungkin.

“Duduk!” Kecut perut Yana bila dengarsuara suaminya dan mengaum macam singa di hutan. Eh dia ni, dah lah keji kitalepas tu marah kita. Nak je aku hempuk.

“Fir, ni awak punya.” Takut-takut Yananak letak beg plastik KFC tu diatas meja. Tiba-tiba Firdaus bangun danberpindah duduk di sofa yang ada di dalam pejabatnya.

Yana jeling suami dia.

“Mari sini.” Arah Firdaus.

Yana perlahan-lahan jalan ke arahsuaminya. Beg plastik KFC yang diatas meja kerja suaminya tadi diangkat dandiletak atas meja depan sofa. Firdaus menarik tangan isterinya dan Yana kiniterduduk di atas ribanya.

Pinggang gadis itu dirangkul. Dahidilekap di belakang tubuh gadis itu. Yana mengusap lembut kekura tangansuaminya, senang hati bila melihat suaminya manja begitu. “Fir, anythinghappen?”

“I’m sorry. Fir tak bermaksud nakbercakap macam tu tadi.”

“Yana memang terkilan, tapi Yana dahmaafkan Fir. Lagipun, angin cemburu Fir datang tadi tu mulut main lepassahaja.”

“Fir dengan Maya dah putus.” Yana terpempanterkejut ter apa lagi.

“Yana kan still ada untuk Fir. I’m yourbest friend and your wife.” Hmm patutlah suamiku berkurung di rumah sahaja 2 3minggu ni. Kekasih hati dah tiada.

“Fir dah buat keputusan, Fir nak kitahidup sebagai suami isteri dalam kata yang sebenar dan Fir nak belajar terimadan cintakan Yana sepenuh hati.”

“Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.Akhirnya, Allah makbulkan juga doa Yana.”

“Abang lapar.” Fir menggesel hidungnya dibelakang badan Yana. Menggeliat Yana kerana geli.

“Sekejap, Yana pergi pantry untuk buatair sejuk untuk kita. I love you, husband.” Pipi Firdaus aku cium.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy