Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 21

Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki dirumah orang tuanya. Kayla juga tiada, kerana sibuk dengan urusan syarikat diluar negara.

Ketika dia ingin membelokkan keretanyamasuk ke perkarangan rumah ibu bapanya, terdapat beberapa buah kereta tersadaidisitu. ‘Ibu ada buat majlis tanpa aku ke?’ desis hati Firdaus. Tapi, diamenangkap sebuah kereta Myvi yang dulu sentiasa ada terparkir di pejabatnya.Mungkin juga dia salah pandang.

“Assalammualaikum.” Firdaus memberisalam.

Tetamu yang ada di ruang tamu semuamenoleh ke arahnya dan tidak sangka dia dapat menangkap mata gadis yang melamarnyahari tu. Tak salah lagi, kereta yang tersadai di luar itu milik gadis itu.

Yana melihat pandangan tajam bekasmajikannya hanya dibalas dengan sengihan dan jari simbol peace.

“Fir, balik tak beritahu ibu pun.” Diasalam ibunya dan kucup kedua pipi ibunya.

“Inilah Muhammad Tengku Firdaus Al-Amin.”

“Patutlah Fifi berkenan nak lamar jadisuami, sebab hensem sangat. Baik dan sopan pula tu.” Kata mak su Yana. Yanahanya tersenyum malu.

“Fir, hajat kami sekeluarga sudahdiberitahu kepada ibu bapa kamu. Tapi, lebih baiklah kami perjelaskan semula.”Ayah Yana berkata tenang.

“Hajat? Hajat apa pakcik?” Firdaus cubabertanya, mengilangkan rasa tidak sedap hatinya.

“Kami datang pun atas permintaan Yana,dia ingin mempersuamikan kamu.”

‘Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!’jerit batin Firdaus.

Malu tujuh keturunan Tengku Firdaus bilaorang luar tahu yang dia dilamar oleh keluarga belah pihak perempuan.

“Ibu dah terima lamaran Yana. Tapi lebihmolek, kalau minggu depan kami pergi ke rumah Yana untuk merisik dan mengikattali pertunangan.” Kata ibu Firdaus.

Yana rasa nak meloncat kerana tak sangkaidea gilanya ini disokong oleh si ayah tercinta. Malah, lagi tak sangka bakalibu mertua berkenan nak buat dia jadi menantu. Tapi sebelum tu, “Yana, kalauboleh nak tunang dan nikah pada hari yang sama. Buat sekali terus atau sehariterus, Yana tak kisah.”

Firdaus memandang tajam kepada Yana. Yanahanya membalas dengan jeliran lidah. Dia faham isyarat Firdaus supaya diaberhentikan drama ini semua. Tapi dia tak kisah langsung, sebab dia nekad inginmenjadi bidadari syurga milik Encik Muhammad Tengku Firdaus Al-Amin.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy