Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
4,432
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

Sengaja Kasih meninggalkan Amanda melayani Puan Sri Mariam bersama-sama cucunya.

 

Wah, cantik sungguh cucu Puan Sri Mariam. Anak Mat Saleh gitu… Mata biru habis. Kalau dia tak silap nama cucu Puan Sri Mariam, Ardelle. Vouge nak-nak sama nama dengan penyanyi lagu All I Ask, Adele.

 

Tak nampak pulak kelibat Noah Kashman tadi, bisik hatinya.

 

Noah Kashman hanya menghantar sahaja, selebihnya dia menyerahkan urusan tempahan kostum itu kepada mamanya dan Elle. Sungguh dia sudah tidak kuasa lagi untuk menghadap wajah Kasih.

 

Jika Noah tidak sanggup, beribu kali Kasih juga sama naik. Rasa loya betul anak tekaknya kalau cakap tentang lelaki itu. Dia nak muntah hijau jika terjumpa lelaki yang bajet ‘sempurna’ seperti “Noah Cash Man”.

 

Kasih menunggang motosikal untuk ke gerai di tepi jalan, tidak jauh dari butik kecilnya itu. Lebih kurang tiga kilometer menunggang skuter, dia akhirnya sampai ke destinasi yang ingin dituju.

 

Tak manis pula kalau tetamu berkunjung ke butik, tak dijamu makan. Amanda ingin volunteer untuk membeli juadah ringan dan meninggalkan Kasih untuk melayan Puan Sri Mariam bersama-sama cucunya.

 

Ternyata Kasih lebih pantas mencapai kunci skuter dan helmet. Jadi kini Amanda tidak boleh larikan diri. Mahu tak mahu Amanda perlu melayan tetamu istimewa mereka.

 

Suis enjin skuter dimatikan setiba di seberang jalan. Ternyata hari ini ramai sungguh orang yang berkunjung di kedai Kak Mar, mujurlah masih ada satu petak pakir motosikal yang kosong. Pakir itu miliknya. Rezekinya, syukur.

 

Kasih melintas jalan seperti biasa. Dia menerjah ruangan kuih-muih yang pelbagai rupa. Ada lepat pisang, kuih koci, lompang, tepung talam, kek batik…ha itu memang kesukaannya dan kesukaan si dia, Khasyaf.

 

Tiba-tiba perasaan sayu menjelma di lubuk hatinya. Daripada hendak mengambil kek batik, dia menghalakan pengepit kuih ke arah yang lain. Dia mengepit kuih suji dan seri muka.

 

Sedih rasa hati mengenangkan orang yang sudah pergi.

 

Kasih, please, move on!

 

“Eh, Kasih banyak membeli? Nak jamu siapa tu?” tegur Kak Mar.

“Ada customer kat butik. Macam lama je perbincangan, itu yang datang beli makanan sikit kak. Bolehlah mengunyah.” Katanya.

 

“Kak Mar nak beri barang yang ibu Kasih order dengan Kak Mar.”

 

“Barang apa Ka Mar? Ibu tak pesan apa-apa pun.” tanyanya hairan.

 

“Penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita. Tunggu kejap ye.” balas Kak Mar lalu berlalu dari situ. Kelihatan Kak Mar kembali dari kereta dengan memegang sebuah beg plastik berisi dua kotak berwarna merah jambu di tangan.

 

Beg plastik itu kemudian dihulurkan kepada Kasih.

 

Kasih membelek-belek kandungan di dalam beg plastik itu. “Apa ni Kak Mar?”

 

Wajah Kasih masih lagi buntu. Nampak macam produk minuman tambahan aje.

Membulat matanya melihat perkataan ‘weight loss’. Tiba-tiba hatinya jadi tak sedap. Produk ‘ini’ bukan untuk ibu tetapi buat anaknya iaitu Kasih.

 

Wah, patutlah semalam bukan main cakap ‘ibu ada surprise untuk Kasih!’.

 

Senyuman dan gigi Colgate tu masih terbayang-bayang difikiran.

 

“Nanti Kasih beritahu ibu, minum satu sachet sebelum sarapan pagi dan satu sachet sebelum tidur pada waktu malam. Minum air dua liter setiap hari, selama dua minggu berturut-turut.

 

“Okay, berapa ni?”

“Ibu Kasih dah bank in dah.”

“Oh, ye ke. Kuih?
”Disebabkan ibu Kasih jadi pelanggan setia Kak Mar, kuih tu free.”

“Free!”

Terkejut campur bingung sekejap.

 

Mana tidak dia bingung memikirkan ‘surprise’ yang ibunya ciptakan, inikan pula gara-gara jadi pelanggan setia terus plastik kuih yang dipegangnya ‘percuma’.

Alangkah indah hidup ini kalau setiap masa dapat benda free hanya kerana sebuah kesetiaan.

 

‘Kasih kau ni banyak sangat tengok drama-drama Melayu, memanglah setia itu tidak perlu dibayar, sebab nilai dia tak terhitung. Memang adat kalau pelanggan setia penjual pun gembira. Aku rasa konsep ini Win-win situation sebab tak salah kita hargai pelanggan kita dengan cenderahati. Asal pemberian disertakan dengan keihklasan. Benda kecil pun boleh jadi besar maknanya. Nampaknya aku dah dapat formula menarik ni untuk bisnes butik.’

 

“Kasih, Kasih kenapa termenung ni!”

 

“Eh, tak ada apa-apa Kak Mar. Teringat pelanggan di butik. Terima kasih kak. Semoga Allah murahkan rezeki kak. Kasih balik dulu ye.” doanya sebelum dia meninggalkan gerai Kak Mar.

 

Laju langkahnya diatur. Tiba-tiba…

 

Pappp… kaca mata jatuh dan paling parah, patah.

 

“Buta ke? Mata letak mana, mata letak mana?” Jerit lelaki berbaju kemeja hitam lusuh.

 

“Maaf encik. Ini kaca mata encik.”

 

“Maaf-maaf. Cermin mata aku dah patah. Sekarang ni, aku tak nak dengar kau bayar cermin mata aku dengan ‘maaf’.Siapa nak ganti ni?” jerkah lelaki itu kepada Kasih.

 

Cuak.

 

“Arrr…Macam ni, kalau encik nak saya bayar sekarang, saya tak ada duit. Tapi encik boleh ambik nombor telefon saya. Nanti encik boleh tuntut bayaran tu.”

 

Lelaki berusia awal empat puluhan itu sudah mula naik berang. “Kau ingat aku bodoh. Aku nak kau ganti sekarang jugak! Kalau tak,…” Lelaki itu sudah mencengkam lengan Kasih.

Kasih mengerang kesakitan, “Apa ni encik, pegang-pegang pulak. Lepas…saya kata lepas! Kalau encik nak rasa tali pinggang hitam saya, cubalah!” Kasih sudah berteriak marah.

 

“Aku tak akan lepaskan selagi kau tak bayar cermin mata aku. Mahal tau.”

 

Kasih merentap tangannya kasar. Namun, genggaman lelaki itu tidak mampu dileraikan.

 

“Berapa?”

 

Satu suara kedengaran dari celah-celah gerombolan manusia yang menyaksikan ‘drama’ petang itu.

 

Seorang lelaki sedang duduk di salah sebuah meja makan. Gayanya bersahaja. Anak matanya masih tertumpu pada juadah mi goreng di hadapannya. Sesekali sudu dan garfu berisi mi goreng itu disuakan ke dalam mulutnya. Hanya semulut mi goreng dirasa. Sudu dan garfu kemudian menari-nari dicelah-celah jari-jemarinya. Wajahnya masih tenang dan sebaik wajah diangkat, suatu renungan tajam menerjah ke arah lelaki berbaju hitam lusuh. Sudu di tangan kanan kini sekelip mata terbang tepat mengena ke sasaran iaitu lengan lelaki berbaju lusuh itu. Dia mengerang kesakitan. Tangan Kasih sudah terpisah daripada genggaman makhluk tak guna itu.

 

Lelaki berbaju lusuh itu mengetap bibir, geram dengan tindakan orang asing yang cuba merosakkan rancangannya memeras ugut gadis di hadapannya ini. Matanya melilau seakan-akan mencari sesuatu. Pisau yang digunakan untuk memotong kuih-muih pantas disambarnya. Lalu sasarannya ialah Kasih.

 

Orang ramai menjerit ketakutan. Insiden yang pada mulanya dianggap kecil kini bakal menjadi tragedi pembunuhan paling tak terduga.


“Semua orang jangan masuk campur, aku kata tadi bayar…sepatutnya kau bayar ajelah. Kenapa susah sangat nak tunaikan permintaan aku?” Berang lelaki berbaju lusuh itu menjadi-jadi.

 

Kini pisau sudah berada hampir dengan leher Kasih. Kasih sudah lemah lutut. Dia tak dapat bayangkan ajalnya sudah secepat ini. Jika salah langkah, dia akan menjadi korban dan dia tidak rela, tidak bersedia menjadi korban tak rela.

 

Air matanya sudah mengalir laju.

 

“Berapa harga untuk cermin mata yang kau beli di pasar borong semalam. Aku rasa nilai dia tak lebih daripada RM10.” Kata lelaki camca dan garfu.

 

 

Lelaki yang memulakan serangan tadi bingkas bangun lalu dia mengeluarkan wang syiling lima puluh sen. Sepantas kilat wang tersebut dijentik menghala ke dahi lelaki berbaju lusuh. Serangan halus itu menyebabkan lelaki berbaju lusuh hilang pertimbangan dan Kasih cepat-cepat menepis tangan yang memegang pisau ke arah berlawanan lalu dia menyelamatkan diri.

 

Seperti episod puteri raja yang diselamatkan oleh puteranya, Kasih akhirnya berjaya meloloskan diri daripada menjadi korban tak rela. Akibat larian yang laju itu, dirinya sukar mengawal gerak tubuh. Sedar-sedar, dia sudah berada dalam dakapan penyerang hendap.

 

Wangi…Kasih membuka mata. Sekali mendongak ke atas, wajah mereka saling berpandangan.

 

“Kalau cik nak belasah, saya sarankan sekarang.” bisik penyerang hendap.

 

Kasih menolak dada bidang penyerang hendap. Dia kembali ke alam realiti. Lehernya diraba berulang-ulang kali. Syukurlah dia selamat kini.

 

“Lelaki tu cuba menipu cik. Cermin mata yang dibelinya bukan asli. Dia hanya nak peras ugut mangsa yang kononnya dah patahkan cermin mata mahal ini.” Sambung penyerang hendap.

Lelaki berbaju lusuh sudah pengsan tidak sedarkan diri. Jentikan wang syiling itu benar-benar buat kepalanya berpinar.

 

Kasih mengambil semula kuih dan plastik produk makanan tambahan di atas lantai jalan. Baru sahaja dia hendak beredar, penyerang hendap bersuara, “Jangan lupa buat laporan polis.”

 

Kasih menoleh sekilas, lalu dia lajukan langkah ke skuter dan menghilangkan diri daripada tempat kejadian.

 

Penyerang hendap menyeluk poket seluar, lalu mengeluarkan telefon pintar. Laju sahaja tangannya mendail nombor telefon.

 

“Hello, Inspektor Kazim, Ejen Leo di sini. Ada kes baharu di Jalan Melati, tunggu saya sampai di sana.” Talian telefon dimatikan.

 

“Caprice, berkas lelaki tu. Kita akan berjumpa Inspektor Kazim sekarang juga.”

 

“Baik.”

 

Hanya sekata, kata yang menunjukkan erti kesetiaan.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes