Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,945
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nada deringan 'Let It Go' nyanyian Demi Lovato bergetar di atas meja makan. Kasih bangun lalu meminta izin untuk berundur diri ke bilik. Telefon pintar Oppo N1 Mini ditatap rapat. Nombor tidak dikenali muncul pada skrin. 

Hairan. 

Itu yang bermain dalam kotak fikirannya. Dia menekan punat hijau. Kasih mendiamkan diri seketika untuk mendengar suara empunya yang membuat panggilan.

"Hello." Suara garau memulakan bicara. Mata Kasih membulat sambil mulutnya sedikit ternganga. "Hello, may I speak to Miss Kasih Amani?" Soal suara garau itu lagi.

"Yes, speaking. Errr... Boleh tahu siapa yang bercakap?" Kasih cuak. Dia lantas berdiri lalu berjalan beberapa langkah ke belakang sofa.

"Oh, I'm Noah. Puan Sri's Son. I'll incharged to deal with you for the costume. So, may I know when we can meet to discuss about it. Do you free tommorrow?" 

Suara garau milik Noah Kashman bergema lagi. Kali ini berkaitan kostum kanak-kanak. Dia mahu membincangkan secepat mungkin tentang perkara itu. Pesan mamanya Puan Sri Mariam ialah suatu arahan dan tiada sesiapa mampu untuk melanggar atau membantah.

"Ohhh...Encikkk...siapa tadi?" Kasih tidak dapat menangkap bait-bait suara lelaki bersuara garau itu. Signal telefon ketika itu tidak berapa baik kerana keadaan di luar rumah masih hujan lebat.

" Noah...Noah Kashman." Lafaz lelaki bersuara garau itu.

" Alright then, I'll send you the location soon."

" We meet at Old Town White Coffee. 1.30 o'clock… sharp." Ringkas bahasa yang dituturkan Noah.

Belum sempat Kasih menuturkan kata-kata talian telefon telah dimatikan.

" Alrightttt…" Katanya hampa sambil menjauhkan telefon bimbitnya dari pipi.

Biadap. Aku belum sempat cakap dah letak telefon. Kalau aku buat macam ni dah lama ayah aku singgahkan duku percuma di kepala ni. Nasib la Noah, kau bukan anak ayah aku, kalau kau adik aku, aku siku-sikuuuu kepala kau. Biar jadi Flowerhorn, getus hati Kasih.

Kasih melangkah menuju ke meja tulisnya yang terletak berhampiran sofa tempat pembaringannya tadi. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi kayu berhadapan meja tulisnya. Dia menongkat tangan kirinya pada dagu. Perlahan-lahan tangan kiri dibuka seluas 180 darjah lalu kepalanya turut sama jatuh mendayu pada lengan kirinya.

Anak mata memandang sayu pada bingkai gambar. Gambar seorang lelaki berunifom sekolah menengah sambil menyilangkan kedua-dua tangan ke dada menangkap pandangan Kasih. Senyuman yang terukir pada wajah lelaki itu masih terngiyang-ngiyang dalam mindanya.

Kepala diangkat, Kasih duduk menegak dan dia membetulkan kedudukannya. Gambar lelaki berwajah riang itu ditenung lama. Butir-butir permata mengalir dari kolam mata Kasih lalu tangan kanan menyeka pipi mulus itu. Kasih mencapai bingkai gambar. Bingkai itu didekatkan sedikit dari wajahnya.

Bingkai gambar itu dipeluk erat. Hujan masih berderai manja membasahi alam. Kasih terimbau kenangan lalu. Saat tubuh Kashaf masih bernafas dan saat itu perasaan benci bertukar sayang antara mereka.

"Kashaf… Kalau kau masih hidup, di mana kau?"

***

Leo mengelak daripada tumbukan pihak musuh. Pergerakan Leo semakin pantas. Dia menyilangkan kaki musuh lalu memukul dada musuh dengan sikunya. Satu hentakan kuat sudah memadai. Pihak musuh jatuh terkulai menyembah bumi.

Tepukan dan teriakan bergema oleh khalayak yang datang menyaksikan Ujian Penilaian untuk penganugerahan pangkat Profesional Agent (PA) dalam dewan Profesional Spy & Debater Community (PSADC).

Leo ialah salah seorang pengintip rahsia atau spy daripada senarai ratusan ejen di seluruh dunia yang telah dinilai ke peringkat akhir. Dua belas ejen telah layak ke peringkat separuh akhir.

PSADC ialah sebuah agensi intipan rahsia yang ditubuhkan bagi membanteras salahlaku, menegakkan keadilan, melindungi individu-individu berkepentingan yang memerlukan khidmat ejen-ejen rahsia ini.

PSADC berselindung di bawah nama Prima Tegap (PT) yang dipengerusikan oleh Tuan Ghazali Mokhtar yang juga merupakan seorang ahli usahawan terkenal dalam bidang komersial penghasilan beras di bawah naungan Syarikat Ghazali Mokhtar (SGM) Sdn. Bhd. Hanya individu tertentu sahaja yang tahu mengenai PSADC dan semua maklumat tentang PSADC adalah rahsia.

“Tahniah, sungguh hebat perlawanan tadi. Saya kagum dengan kamu Ejen Leo.”

“Terima kasih, Tuan Ghaz.”

Leo masih berdiri kaku di situ. Ucapan tahniah hanya dibalas dengan ucapan yang ringkas.

Excuse me.” Hanya sebuah senyuman hambar terukir pada wajahnya. Leo mengundur diri.

Tuan Ghaz tidak banyak berbicara ketika berada di khalayak ramai. Dia tahu Leo ada menyembunyikan sesuatu daripadanya. Leo sangat pendiam. Anak matanya melihat Leo berlalu dari situ melalui salah satu pintu.

“Caprice.” Panggil Tuan Ghaz kepada pembantu Ejen Leo.

“Ya, Tuan Ghaz.” Sahut Caprice.

“Kamu tahu kenapa sikap Ejen Leo berubah secara tiba-tiba? Tadi sebelum perlawanan dia tak macam tu. Apakah masalah yang mengganggu fikirannya?” Tegas sungguh nada Tuan Ghaz kali ini.

“Maaf Tuan Ghaz, saya kurang pasti punca air wajah Ejen Leo berubah. Nanti saya akan siasat.” maklum Caprice lalu mengundur setapak ke belakang sebelum beredar mencari Ejen Leo.

Tuan Ghaz tampil ke atas pentas. Beliau mengumumkan bahawa keputusan Ujian Ketahanan akan dimaklumkan pada malam esok. Enam orang ejen yang mendapat markah tertinggi, akan berpeluang untuk menyertai Ujian Komunikasi. Ujian tersebut akan diuji berdasarkan kelancaran dan kepetahan berbicara. Konsep komunikasi ialah medan perdebatan.

“Debat ialah kunci kepada keluhuran jiwa. Seorang ejen yang bagus tak cukup hanya dengan menguasai seni mempertahankan diri. Mereka juga perlu tahu cara berdebat agar idea dan buah fikiran boleh dikongsikan bersama-sama ejen lain. Cukup penting makna kesepakatan. Kalau sesebuah perbincangan itu pincang. Musnah ukhwah.” Jeda seketika.

“Perdebatan dalam PSADC sangat mementingkan kebijaksanaan, keadilan, dan keluhuran berbicara. Kita lihat siapa yang mampu membuktikan buah fikiran siapa yang bernas. Ingat! Ejen yang sebenar-benar ejen ialah yang berfikir dengan mata hati dan sanggup berkorban diri, masa dan tenaga demi menjayakan misi.”

Tuan Ghaz mengingatkan ejen-ejen bahawa tugas menjadi ejen bukanlah tugas atas kepentingan diri tetapi ia ialah tugas kemanusiaan.

“Ini baru permulaan. Sebuah tugas atas misi keamanan. Itulah prinsip PSADC.” Kata-katanya mengakhiri ucapan.

Ejen Leo muncul sebaik ucapan Tuan Ghaz berakhir. Ejen Leo merenung tajam wajah lelaki separuh abad di hadapannya. Tuan Ghaz dan Leo saling berpandangan dan akhirnya Leo menundukkan kepalanya.

Bibirnya diketap.

Aliran cas negatif mengalir ke dalam tubuhnya. Cas ion kemarahan yang meluap-luap.

Dia memejamkan matanya. Terkumat-kamit mulut beristighfar bagi meleraikan ion-ion kemarahan.

Dia kembali tenang.

 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes