Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,868
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Amanda sedang khusyuk mengintip laman muka buku milik seorang Instafamous yang merupakan seorang personal trainers, coaches and nutritionists yang terkenal dalam bidang pemakanan dan kesihatan tubuh badan. Sedang dia asyik menghayati gambar-gambar tubuh sasa milik 'Faliq_SN' ini, matanya tertancap pada status baharu yang dimuat naik beberapa minit sebelum ini.

Faliq_SN

"Safely landed with my #sunshine."

 

"Alaaa... #sunshine. Hmm...melepaslah kalau macam ni. Dah lama follow . Sayang la pulak nak unfollow. Spoil betul mood aku tengok #sunshine ni." Berang dan ada nada cemburu dalam diri Amanda.

“Kalau nak bandingkan #sunshine dia dengan aku, jauh api dari panggang. Bagai langit dengan bumi. Cantiknya #sunshine dia. Alahaiii…melepas la!” Amanda mencebik hampa.

Selalu dia bayangkan yang dia berjumpa dengan lelaki seperti Faliq. Kacak, manis, matang dan lesum pipit dia ..lesum pipit yang paling Amanda tak tahan. Cair, cair…macam aiskrim Nestle. Jarang lelaki ada lesum pipit. “Ya, Allah kalau kau kurniakan lelaki seperti ini, aku sujud syukur Ya Allah. Amin.” Doa Amanda penuh pengharapan.

Baru sahaja Amanda memusingkan badannya daripada bersandar menghadap kaunter dia terkejut kerana dirempuh Kasih yang masuk melulu tanpa memberi salam. Hampir sahaja telefon iPhone X yang baru dibelinya terlucut dari tangan.

"Arrrr..." Jeritan Kasih kali lebih kuat mematikan lamunan Amanda.

"Nasib telefon aku tak berkecai, kalau tadi tak sempat sambut jenuh aku nak repair ni. Mahal oii..." Bisik mulutnya sambil mata mengerling tajam kepada Kasih yang ketika itu sudah naik hantu.

"Muka ja handsome, perangai macam longkang!" Tengking Kasih.

"Woo, woo...kau dah kenapa Kasih? Sabar, istighfar, mengucap Kasih!" Amanda cuba menenangkan jiwa rakannya yang sudah tidak keruan.

"Aku tak suka dengan jantan mulut tak berinsurans tu. Kaya-kaya pun buat apa, berlagak. Berani dia hina design aku. Aku tidur lambat tahu nak siapkan design tu. Bukan satu, tiga!!! Mentah-mentah dia cakap semua design tu sama. Aku benci Noah Kashman! Benci! Benci! Benci!!!" Kasih mula membaling perca-perca kain yang ada di dalam bakul kain terpakai yang menjadi sisa setelah bahagian baju dipotong untuk dijahit menjadi pakaian.

"Anak Puan Sri Mariam? Siapa nama dia? Noah Kashman!" Anak mata Amanda mula berfikir.

"Ya la. Jantan tak guna tu. Kau tahu dia panggil aku 'Kasih Disleksia'! Lepas tu kutuk-kutuk nama butik kita. Aku hot la!" Getus Kasih.

"Kasih Disleksia, sedap siot! Itu nama baru kau ek?" perli Amanda.

"Wait." Amanda mengangkat tangan lalu dia segera menggeledah rak majalah yang ada di belakang kaunter.

"Apasal Aman ni!" Kasih pelik melihat tingkah laku Amanda yang menyepahkan majalah-majalah yang tersusun rapi di rak.

"Haa! Ini yang aku cari. Kasih sini-sini." Amanda memanggil Kasih untuk mendekati kaunter. Kasih terkocoh-kocoh datang.

"Cuba kau tengok betul-betul wajah lelaki cover majalah ni." Arah Amanda.

Mata Kasih yang sedari tadi memandang Amanda dengan tenang kini berubah tiga ratus enam puluh darjah. Wajah Kasih bertukar menyinga.

"Jantan tak guna!!!" Sejurus kata-kata itu, majalah ditangannya dihempas ke lantai lalu dia memijak-mijak majalah tersebut.

"Ambik, ambik, ambikkkk engkau!!!"

Amanda tergamam melihat reaksi kawan baiknya yang sangat agresif.

"Eh,eh...sabar-sabar Kasih!" Amanda memeluk Kasih dari belakang untuk menghentikan kemarahan yang diekspreskan oleh Kasih.

"Kalau kau pijak majalah tu, bukan Noah Kashman tu yang sakit, kaki kau juga yang sakit. Mula la kau membebel kaki lenguh la, nak mintak picit la, aku juga yang nak hadap semua ni. Sudahhh...Sudahhh!" Segera Amanda menarik Kasih untuk duduk di atas sofa.

Amanda meninggalkan Kasih seketika di ruang perbincangan lalu ke dapur mengambil segelas air masak.

"Nah, minum air ni. Kalau kemarahan kau tak hilang jugak, aku syorkan kau ambil wuduk. Kalau itu pun tak membantu, aku rasa lebih baik kau baring, tapi kalau masih tak okay, kau solat taubat ja la.”

Hati Kasih terkesan dengan kenyataan Amanda.

“Solat taubat!” Anak mata Kasih meminta penjelasan.

“Ikhtiar terakhir. Ustaz dalam TV9 tu yang kata. Bila kita marah sebenarnya syaitan sedangan menguasai kita. Syaitan kan api, jadi untuk calm down semula, apa yang perlu kita buat ialah kita perlu cari air untuk memadamkan api. Sebab tu kau perlu berwuduk. Barulah sinar keinsafan dan ketenangan tu menjelma," Terang Ustazah Amanda dengan panjang lebar.

“Wah, lepas ni kau boleh dapat job tazkirah orang pulak! Part-time di TV9.” perli Kasih.

“Cukuplah dapat tazkirah kau. Nanti yang datang lebih teruk dari kau, aku tak dapat nak bayangkan. Pengsan aku kat situ. Siaran live Tanyalah Ustazah di TV9 ditunda. Parah,parah!” Kata Amanda sambil riak mata, hidung dan mulutnya digerak-gerak.

Wajah harimau bintang dah bertukar kepada beruang panda. Kedua-duanya ketawa berdekah-dekah.

“Kau jadi ustazah! Kau…kau… Ustazah paling lawak yang pernah aku jumpa. Aman, thank you.” Selamba ketawanya diakhiri dengan ucapan keramat. Cukup terhibur hatinya bila mendengar Amanda membuat jenaka. Kasih meneguk air masak dengan dua tegukkan lalu dia mengeluh panjang.

Wajahnya sudah sedikit calm down.

"Aman, penampilan aku teruk sangat ke?" Soal Kasih dalam nada tenggelam-tenggelam timbul.

"Kau... awesome!" Pendek jawapan Amanda.

Baju kemeja putih bersama seluar pallazo hitam saiz XXL. Cekak bunga mawar yang tersemat rapi di atas tudung hitam berenda merah jambu. Wajahnya dioles dengan pemerah pipi berwarna oren yang sedikit terang yang mana warna gincu bibir hampir sama dengan warna pemerah pipi. Cermin mata berbingkai besar menghiasi mata bulatnya.

"Penampilan aku teruk kan?!" Mata Kasih mengerling sahabat baiknya dengan pandangan sayu seperti meminta kejujuran daripada kawannya. Dia membuka cermin mata.

"Kau, kau...tak besar mana pun, ala kau okay apa. Kau comel, kau...kau...arr...kau sempurna Kasih." Amanda sedaya upaya cuba untuk menjaga hati Kasih. Dia sedih melihat sahabatnya kembali muram.

"Sempurna." Kasih mengeluh. "Cara kau jawab pun macam tak meyakinkan. Macam tak ikhlas. Aku tahu kau nak jaga hati aku. Kalau betul aku sempurna, kenapa orang lain tak boleh terima diri aku, badan aku yang montel ni...macam kau terima kau!"

"Kau tak boleh samakan makna 'kesempurnaan' di mata aku dengan orang lain Acih... Setiap orang ada perspektif yang berbeza. Bagi aku kau sempurna sangat. Kita tengok dalaman ni." jari telunjuk terarah ke dada Amanda.

"Tak semua orang akan nilai dalaman kalau ada pun mungkin satu dalam seribu. Aku tak salahkan persepsi orang yang sukakan keindahan fizikal semata-mata tapi aku kesal sebab mereka tak memandang manusia guna mata hati." Kasih bangun dari sofa lalu menuju ke pintu kaca memerhatikan suasana jalan raya yang dipenuhi kenderaan.

"Kecantikan luaran tak akan kekal...suatu masa kulit yang tegang pasti akan kendur, badan yang langsing, bergetah akan jatuh, wajah yang membujur sireh pasti akan tak kelihatan sempurna lagi. Ironinya, semua kurniaan sementara ni yang manusia terkejar-kejar." Sambungnya lagi.

“Kau ada pilihan sama ada nak jadi cantik sama macam orang lain atau terus jadi diri kau sendiri. Cantik kan subjektif. Kau esklusif. Percayalah jadi diri sendiri itu lebih baik daripada kau jadi diri orang lain. Sebab bagi aku kawan aku ni cantik sangat.” Amanda menhadiahkan pelukan kepada Kasih. Kasih turut membalasnya.

"Kasih.”

“Ya.”

“Kau marahkan Noah sebab hina kau Disleksia atau sebab rendahkan martabat butik kita ni atau sebab layanan dia tu yang..."

"Sombong, annoying,... Cara dia tengok aku macam aku ni sampah. Bila aku suakan tangan nak salam. Dia tak sambut pun. Itu yang buat ekspresi aku kat dia berubah." Sambung Kasih.

"Aku marahkan semuanya. Aman, aku ni boleh 'baca' sama ada lelaki tu selesa atau tak dengan aku. Kau kena ingat bukan sekali benda ni terjadi kat aku, aku dah masak. Cuma tadi tu, bila dia perli nama butik kita siap kata 'Silly boutique', aku dah tak tahan, aku nak je simbah air kat muka dia."

"Silly Boutique!!!" Amanda sudah mengetap bibir. Nampaknya Amanda pula terkena rasukan Harimau Bintang.

"Kita cancel je la deal dengan Puan Sri Mariam. Aku pun tak nak maruah kita dipijak-pijak macam tu sekali. Kalau aku tahu Puan Sri Mariam hantar anak lelaki dia yang 'bongkak' tu deal dengan kita, aku tak minta kau pergi Kasih. Biar aku yang pergi, boleh aku sembur dia habis-habisan. Berani dia perkecilkan 'anak' kita ni," kata Amanda sambil mendepakan tangan apabila perkataan 'anak' disebutnya.

Anak itu ialah bahasa simbolik Amanda untuk menggelar butik mereka.

'Butik Orked' ialah idea Kasih. Nama yang unik dan sesuai untuk dijadikan sebagai inspirasinya. Di sini, terdapat pelbagai variasi saiz baju, dari sekecil-kecil saiz XS sehinggalah saiz XXXL. Kesukarannya untuk mendapatkan baju di butik, Amanda mengambil keputusan untuk membuka butik demi memudahkan orang ramai yang senasib dengannya untuk mudah mencari baju bersaiz besar. Amanda ialah salah seorang tulang belakang butik ini. Semua idea tentang rekaan baju sama-sama disumbangkan oleh mereka.

"Aku nak jaga 'anak' ni elok-elok... Kalau ada yang hina 'dia' sama seperti dia hina kita." Kata-kata Kasih terhenti. Kasih berjalan ke arah majalah yang dipijak-pijaknya tadi.

Dia tunduk lalu mengambil majalah tersebut. Satu tenungan maut singgah kepada model gambar muka hadapan. Gambar Noah Kashman segak menayang tubuh sixpack direnung tajam,

"Amanda, jangan cancel deal tu...Aku nak tengok sejauh mana dia mampu berlari. Kalau dia mengengsot, kita merangkak, kalau dia berlari, kita kejar sampai dia tahu yang langit tak selalu cerah, ada mendung yang akan berlabuh dan dia perlu sediakan payung sebelum hujan turun."

Kasih Amani meninggalkan Amanda dengan seribu satu persoalan.

"Kasih, apa pulak rancangan kau lepas ni!" Amanda menggeleng-gelengkan kepalanya.

 

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes