Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,863
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3


"Acih...Acih...bangunnnn!" Amanda menggoncangkan bahu gadis bertudung merah yang sedang mengelamun. Tangan kanan memegang pensil Steadler 2B masih tidak lekang dari mulut Kasih. Sudah menjadi tabiat Kasih jika dia sedang menggarap idea-idea baru untuk melukis, dia pasti akan menghalakan pensil ke mulutnya. Adakalanya, pensil tersebut menjadi mangsa gigitan.

"Aman...kau ni kalau tak buat aku terkejut dalam sehari tak sahkan? Memang hidup tak aman la." Getus Kasih sambil membetulkan kedudukannya. Pensil tadi diletakkan di atas meja.

"Haaahhh..." Keluh Amanda sebelum menyambung ayatnya. Seorang pelayan datang menghantar pesanan minuman air yang dipesan oleh Kasih. Gelas jus oren yang disisipkan sekeping potongan oren menarik perhatian Amanda yang sedang haus. Belum sempat Kasih membasahkan tekaknya , Amanda terlebih dahulu menarik gelas lalu meminum.

"Eeee...Amanda, kalau ye pun kau nak sangat, pergilah order. Ini air aku la." Kasih mencubit pipit Amanda tanda geram kecilnya terlunas.

"Aduh, sakit la Acih. Hmm...beb, aku ada masalah besar ni." Amanda memulangkan jus oren yang masih berbaki separuh lagi itu kepada Kasih.

"Puan Sri Mariam, pelanggan tetap kita tu dia nak buat special orderInstead of the first wedding dress for her daughter, she also ask us to design another..." Ayat Amanda masih lagi tergantung.

"Dresss..." Cepat sungguh Kasih meyambungnya.

"Not a dress but a very cute costume for kid." Anggukkan Amanda mengakhiri tanda tanya Kasih.

"Whattt! A costume for kid!" Nada suara Kasih sedikit menarik perhatian pelanggan lain di kedai makan yang selalu dikunjunginya itu. "Arpp...Sorry." Permohonan maaf Kasih diterima.

Perhatian para pelanggan kembali tertumpu pada pinggan, gelas, sudu dan garfu yang ada di atas meja. Ada juga antara mereka kembali menikmati suapan aiskrim berperisa Teh Hijau yang digabungkan dengan ekstrak pudina. Kasih dan Amanda menelan air liur melihat seorang budak lelaki berusia lima tahun menjilat sudu setelah aiskrim yang tersisa di sudu habis disuap ke mulut mungilnya itu.

"Eh, Acih! Can you stop staring at that boy and his ice-cream. We've a big problem here." Amanda mengalihkan wajah Kasih menghadap dirinya.

"Okay, sorry Aman. Where we're just now?" Kasih menekup wajahnya dengan kain scarf biru yang dililit pada lehernya. " Habis tu,...Aman, kau cakap apa kat Puan Sri Mariam?" Tanya Kasih untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah yang baru sahaja menimpa mereka.

" Aku terus setuju je. Memandangkan Puan Sri Mariam berjanji untuk bayar dua kali ganda untuk kostum kanak-kanak tu."

"Beb! Kau terus setujuuu! Astaqfirullahalazim, Aman bidang kita bukan design kostum. Kita buat baju kurung, baju tradisional. Kepakaran buat kostum kanak-kanak ini tak ada pada aku atau kau. Silap hari bulan, lain yang dia minta, lain pulak yang kita hasilkan. Ini belum lagi Puan Sri tu saman kita ke."

"Acih, Acih...Boleh tak kalau kau tak menakut-nakutkan aku. Memanglah menghasilkan kostum kanak-kanak tu bukan bidang kita, tapi tak semestinya kita tak boleh mencuba. Kita belajar benda baru. Tak salahkan." Amanda tersengih sambil mengenyitkan mata kirinya.

"Oh, jadi Puan Sri Mariam bayar double tu untuk kita buka kajian kes tentang kostum kanak-kanak pulak la. Bijakkkknyaaa kawan aku ni." Kata Kasih sambil mengetap bibir tanda geram atas tindakan Amanda yang mengikut hati tanpa memikirkan kemampuan diri.

" Terima kasih." Balas Amanda yang masih tersengih seperti kerang busuk.

"Tiba-tiba cakap terima kasih pulak. Kau ni dah kenapa Aman. Aku tengah berasap ni. Tunggu nak meletop aje." Jegil anak mata Kasih menekan klausa-klausanya tanpa memperdulikan Amanda yang sedang membelek fail kuning miliknya.

" Dah kau kata aku bijak. Aku cakap la terima kasih. Tak salahkan." Terang Amanda yang masih setia membelek-belek fail kuningnya.

" Bergaduh dengan kau, lagi-lagi aku yang sakit hati. Hmm...Kasih, sabar Kasih... Breath in...breath out...breath in...breath out. Okay, tell me more Aman." Kasih mengalah. Dia tidak mahu membuang masa bergaduh tentang perkara sekecil ini. Baginya Amanda sudah menerima pesanan Puan Sri Mariam, jadi nak atau tak dia terpaksa akur.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes