Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,985
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Kasih menapak masuk ke dalam restoran Old Town White Coffee. Sepuluh minit awal dia sampai lalu sekilas pandang dia memerhatikan keadaan sekeliling. Mencari gerangan yang sudah berjanji untuk berjumpa.

Bola mata membelek Whatsapp yang dikirimkan oleh Noah sebentar tadi.

Noah Kashman:

Miss Kasih, just to get you know, I'm wearing scarlet polo t-shirt with black short. See you.

#punctualityispartofquality

"Lunch hour memang la ramai orang. Mana pulak aku nak duduk ni?" Getus hati Kasih tercari-cari meja untuk dia menunggu pelanggannya, anak Puan Sri Mariam.

Cari punya cari akhirnya dia dapat juga tempat duduk yang sesuai. Saiz badannya agak besar. Jadi mahu tak mahu kena juga cari tempat yang besar, luas dan selesa.

"Sempitnya laluan, tak ada ke laluan yang luas sikit. Alih-alih bagilah aku jalan. Nak sampai kat seberang sana pun bukan main payah." Bebelnya.

"Eh, sorryyy!" permohonan maaf Kasih. Dia tak sengaja menyiku kepala seorang perempuan yang tengah menikmati juadah asam laksa. Hampir sahaja laksa terkena hidung. Comot wajah amoi.

Semua mata terarah kepada dia.

Amoi laksa tu siap menjeling ke arah Kasih. Mulalah Kasih gelabah. Tidak semena-mena wajahnya berkerut seribu sambil kedua-dua tangannya disatukan persis orang Cina meniru aksi Gong Xi Fa Chai.

Fuhhh, sampai jugak. Kasih melabuhkan punggungnya di atas kerusi berdiameter dua puluh centimeter.

Pelanggan perempuan itu beredar menghantar dulang sejurus itu dia mengambil pesanan di meja yang lain.

Bunyi pesanan Whatsapp menjengah dan mematikan lamunannya yang sedang menyedut air kegemarannya. Sehari tidak minum air lemon, hidupnya tidak lengkap.

Kalau Amanda addicted dengan kopi, dia pula sangat tak boleh duduk diam tanpa lemon. Menggigil kalau sehari tekaknya tidak dijamu air lemon.

"Lemon is acidic." Amanda menyakat.

"Coffee is alkaline!" Balas Kasih.

"So, that's how our friendship come out with neutral result! Kau dan aku memang tak boleh berenggang. Kalau bergaduh ke, merajuk ke, tak boleh lama-lama. Kan, kan!"

Sakat Amanda kepada dirinya. Senyumannya dalam lamunan seiringan. Dia ketawa kecil.

Pelik.

Tapi itu hakikatnya.

"Ehem, ehem... Miss Kasih?" Suara garau itu mematikan lamunannya terhadap sahabatnya Amanda.

Kasih mendongak kepalanya ke atas. Dilihat seorang lelaki berbaju t-shirt berwarna merah yang tidak terlalu terang dan tidak pula terlalu lembut. Segera dia mencari gambar warna yang dimuat turun dari carian google. Dia membandingkan warna tersebut dengan baju t-shirt yang dipakai oleh pemuda berkulit cerah di hadapannya.

Scarlet t-shirt with black short. Bisiknya.

Kasih cepat-cepat bangun dan melihat pemuda yang segak berdiri di hadapannya. Tangan dihulurkan untuk bersalam. " Kasih Amani." Katanya ringkas.

Pemuda itu hanya menguntumkan senyuman lesu dan terus duduk tanpa mempedulikan jabat tangan gadis XXL di hadapannya.

Sombongnya.

Kasih secepat mungkin membuang segala fikiran jahatnya, dia cuba jadi neutral. Sudah ramai pelanggan yang dia kendalikan dan lelaki berlagak ini salah seorang daripada sepuluh orang pelanggannya yang berlagak sombong, hidung tinggi kalah Burj Kalifa di Dubai itu. Mentang-mentang kaya, orang-orang berlagak seperti kaum-kaum ini yang rasa dunia ni milik mutlak mereka. Rasa nak cekik-cekik saja.

"Mr. Naoh." Sengaja ditukarkan ejaan nama 'Noah' kepada 'Naoh.'

"Excuse me! Said it again." pinta pemuda yang sudah bersilang kaki.

"Mr. Naaaooohhh." Cukup harkat, mulutnya berhenti muncung di hadapan.

"It's not Naoh, It's Noah. Call my name properly." Arahnya. Kini cermin mata hitamnya ditanggalkan. Kelihatan dia marah dengan kesalahan kecil yang Kasih disengajakan.

"I've dyslexia. Common reading disorder. Sometimes, the problems may include difficulties in spelling words." spontan ayat itu terkeluar daripada mulut Kasih.

'Tipah, tertipu, tertipu, tertipu, tertipah, tipah tertipu lagi,' nyanyian dalam hati Kasih. Lagu Tipah Tertipu, kumpulan Ruffedge kini dimelodikan dalam taman hatinya.

Wajah Noah Kashman sedikit berubah apabila mendengar Kasih ada masalah disleksia. Simpatikah dia? Namun, tidak beberapa minit wajahnya kembali serius.

"Okay, Mr. Noooaahhh. Correct?!" Kasih berpura-pura membetulkan nama lelaki yang berlagak di hadapannya.

"Do you want some drink?" pelawa Kasih sebelum dia meneruskan perbincangan mengenai rekaan kostum katak.

"No, but thanks. I'm rushing. Let’s we proceed with the discussion." Noah sudah membuka silangan kakinya.

"This is my early design and at the back is the quotation. If you've any ideas to improvise the design just let me know."

Kasih memberikan tiga rekaan kostum seperti yang diminta. Semalam dia nyaris-nyaris terlena. Kali ini ibunya tidak lupa untuk mengetuk pintu bilik bagi mengejutkannya. Puas dia memerah otak, dan akhirnya dia berjaya untuk menghasilkan tiga rekaan kostum bertemakan Disney Princess. Semua rekaan itu selesai dilukisnya pada jam 3 pagi.

Hanya beberapa jam saja dia lelapkan mata. Usai subuh dia harus sempat melentokkan kepalanya ke hujung katil. Namun, sekali lagi dia dikejutkan dengan ketukkan pintu oleh ibunya untuk dia bersiap-siap pergi ke butik.

Bangku tanpa penyandar yang mempunyai nilai estetika masyarakat baba dan nyonya kelihatan cantik di mata orang lain, tetapi buat Kasih, membatu punggungnya walaupun hanya tak sampai lima minit. Dia yakin perbincangan itu pasti akan mengambil masa yang lama.

Ubahsuai restoran ini memang bermotifkan adat tradisional kaum baba nyonya. Cantik hiasan sia atau bakul bermotifkan corak bunga dahlia dan mawar. Lukisan burung phoenix di dinding restoran memberikan suasana kedai ceria. Kasih seolah-olah berada di Melaka. Mangkuk, pinggan, cawan , pasu dan vase porselin tersusun rapi di dalam almari kayu yang terletak di penjuru kedai. Ada sebuah papan yang mengandungi tulisan Cina diletakkan pada bahagian paling atas dinding kedai. Kasih tidak mengetahui maksudnya.

Matanya beralih melihat menu makanan yang dihulurkan oleh pelayan perempuan beruniform coklat muda.

"Yes, miss." katanya menghulurkan buku menu.

"I want Ice-lemon tea with zero sugar. Hold on first for the food. Thanks." Pesanan yang bersahaja.

Pelanggan perempuan itu beredar dan Kasih masih menanti pelanggannya.

Sesekali dia melihat jam tangan Rolexnya. Tiga minit sahaja lagi jam sudah menunjukkan angka 1.30 tengah hari. Pelayan perempuan itu kembali lagi membawa minuman yang dipesannya.

"Here your drink miss." Pelayan perempuan itu meletakkan minuman Ice-Lemon Tea.

"Thank you." Kasih menyimpulkan senyuman tanda terima kasih atas layanannya itu.

"Saya perlu berjumpa dengan pemakai kostum ni. Bila kita boleh set masa berjumpa semula?" Kasih cuba bertutur dalam bahasa Melayu. Saja dia berbuat demikian demi mengesan sama ada lelaki Melayu di depannya ini tahu berbahasa Melayu atau masih liat penggunaan bahasa ibunda dengan lidahnya.

"Ketiga-tiga rekaan ni cantik tapi…Saya reject!deringan lagu Attention oleh Charlie Puth mematikan kata-katanya.

Tersentap Kasih. Lain yang ditanya, lain pula jawapannya.

" Excuse me. Hello, mom. Yes, I'm dealing with Miss Kasih Dyslexia... whatever her name! The design is oldschool and I don't like it. I'm pretty sure Elle also don't like it. Where did you find this silly boutique. I had never heard "Butik Orked". Weird name. Okay, okay...but this is last chance. I'll be the first person reject it again. Fullstop. No compromise. Okay, take care. See you mom."

Noah kembali ke tempat duduknya. Kasih sudah berkecil hati. Walaupun begitu dia cuba untuk membuat riak bersahaja. Hatinya tiba-tiba panas.Geram hatinya apabila butiknya digelar 'silly'. Hina sangatkah butik mini miliknya.

Hari ini dia rasa maruah dirinya dipijak-pijak. Butiknya memang tidak terkenal, tidak segah butik-butik ternama seperti butik Jovian Mandagie, Rizalman, Bella Ammara, dan FashionValet.

Meskipun kecil, butik berjaya mendapat tempahan beberapa orang ahli perniagaan dari negara seberang yang mencintai nilai seni masyarakat Melayu. Identitinya adalah Identiti orang Melayu.

"Encik Noah. Kalau nak makan, boleh sebarang makan. Saya belanja...tapi kalau nak cakap tu jangan sebarangan cakap. Tak baik!Pinta Kasih dalam nada tegas. Dia tak sanggup menjadi subjek untuk dipersenda-sendakan.

“Butik saya memang kecil tapi bernilai di mata orang yang tahu menilai hasil kerja tangan kami. Saya bukan pereka kostum, saya hanya tukang jahit biasa, baju tradisi. Menerima tempahan ini bermakna saya dah melanggar etika pekerjaan saya. Hukumnya, makruh tapi tak apa…belum jatuh haram lagi.” Senyum sinis Kasih hadiahkan kepada Noah.

"Apa yang makruh dan haramnya? Saya tak faham!" Nada suaranya serius dan tegas. Mukanya merah menahan marah.

Oh, tahu pulak berbahasa Melayu!

Kasih hanya mendiamkan diri. Matanya beralih melihat rekaan kostum di atas meja. Dia segera mengemasnya.

“Saya tanya, kenapa tak jawab?” Ujarnya.

“Nak saya jawab ek… Buah cempedak di luar pagar, tepak sireh, tepak pinang, Cik Siti Wan Kembang… itu makanan, tapi Princess Elsa, tolong, tolong kita bawa bertenang.” Sengih Kasih separuh ikhlas. Habis semua madu yang ada pada senyumannya seawal tadi. Kini tinggal saki-baki sahaja untuk dia tamatkan perbincangan.

 “Tolong bagi saya masa untuk reka semula kostum tu.” Pinta Kasih.

Noah memejamkan mata sebelum dia bersuara, " Wait, are you eavesdropping my coversation with puan sri just now?" Soalnya serius.

"Honestly, I thought you’re using mic! Loudspeaker!!!" Metafora sangat. 

“ Assalamualaikum." Kasih terus bangun tanpa membenarkan sepatah ayat keluar daripada mulut Noah.

Dia melulu membayar minumannya di kaunter bayaran selepas itu, dia terus angkat kaki dari restoran tersebut meninggalkan Noah yang tergamam masih menghadam pantun tadi.

“Waalaikumsalam. Really, really rude!” Noah menarik nafas dalam lalu dia menghembuskan dengan kuat.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes