Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,796
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Noah haus, dia turun ke dapur.
Malam yang pekat, suasana yang suram. Seteguk demi seteguk air sejuk mengalir di di saluran trakea. Dia menghelakan nafas.

Miss Desleksia...

Senyuman sinis terukir sejurus itu baki air sejuk diteguknya sehingga gelas menjadi kosong.

Ingatannya ligat berputar mengimbas peristiwa tengah hari tadi. Belum sempat dia suarakan pendapatnya tentang hak sebagai seorang pelanggan, Miss Desleksia sudah mengamuk!

Apa yang pelanggan mahukan, sebagai penjual Miss Desleksia perlu  patuhi dan realisasikan. Bukan meletakkan emosi membatasi segala-galanya.

Kalau tak tak akan ada slogan 'Customer always right'.

Jari jemari kiri Noah menari di atas permukaan meja makan. Banyak hal yang perlu dia fikirkan.

Hal Gym, Akademi Model, keluarga dan soal jodoh.

Jodoh?

Topik yang memenatkan segala sel-sel otaknya petang tadi. Betty kenalannya. ‘Friend Zone’ tetap ‘Friend Zone’. Dia tiada perasaan terhadap Betty. Betty ialah kawan dan akan kekal sebagai kawan.

Arrr...semuanya dia miliki. Mempunyai fizikal tinggi lampai, berkulit putih kemerah-merahan, berambut hitam ikal, mata bundar yang mampu mencairkan hati sesiapa yang memandang dan senyuman berlesum pipit. Tidak semua dimiliki oleh lelaki yang ‘sempurna’ seperti dirinya.

"Ma, Noah rasa seeloknya kita cari designer lain. Noah tak rasa dia tu mampu untuk hasilkan kostum yang cucu mama nak kan." Perbualan tercetus petang tadi antara dia dan Puan Sri Mariam.

"Mama tengok tak ada masalah pun. Perasaan kamu je. Kasih dan Amanda ialah pereka fesyen yang berbakat besar. Mama suka semua design mereka." Puan Sri Mariam bermati-matian mempertahankan keputusan untuk menempah kostum cucunya di Butik Orked.

"Masalahnya...Noah tak suka. Everything about this girl. From head to toes. She's really ..." bentak Noah Kashman.

"Fat, over weight and obesity?! Which one is relevan?" Puan Sri Mariam cuba ketengahkan pilihan jawapan.

"Ma... it's not about her appearence..." Noah mula berdalih. Tiada senyuman terukir di bibir. Semuanya serius.

"Yes, it is. You looked at her physical appearence! And its too much to judge people by looking at their appearence. I've never teached you that." Tegas Puan Sri Mariam.

" Why do you choose them? For about two decade, we select the best brands, the best tailors, shops and stuff. Now,...." Noah mengingatkan mamanya tentang kehidupan mereka mewah. Segala-galanya dinilai berdasarkan jenama. Itu ialah penilaian status.

"It’s all about trust. Remember!" Kata Puan Sri Mariam lembut di cuping telinga Noah.

"Trust? Ma lebih mempercayai orang luar berbanding anak sendiri. Kalau Noah tak nak!"

Lagak Noah untuk memancing perhatian mamanya supaya membatalkan urusniaga.

"Elle dah setuju. Petang tadi mama dah call Kasih. Dia sendiri dah bersembang dengan Elle. Noah tak akan berani membantah.”

Jawapan yang membantutkan usaha Noah.

Tiba-tiba Puan Sri Mariam bersuara lagi. “Noah dengan Betty tu ada apa-apa ke?”

We just friend. See….you don’t trust me!” Jerit Noah.

“Mind your word Noah!” Jerit Puan Sri Mariam sebaik jeritan Noah berakhir.

“Mama harap apa yang Noah cakap tu betul belaka. Ingat... mama masih pemegang shared paling besar dalam akademi. Noah tahu kan kalau mama tarik diri, apa yang akan berlaku kepada semua aset Noah. Mama tak teragak-agak untuk tutup Gym Noah tu juga." Ugut Puan Sri Mariam.

“Cakap je ‘trust’shared semua kena jual ek.” Bisik Noah.

Puan Sri Mariam berhenti mengunyah cucur udang yang dimasak oleh Mak Inah. “What?” katanya ringkas.

“I just said, ‘You don’t trust…trust…trussssstttt me…everything you’ll cut down! Stress!” Kata Noah sambil memicit-micit dahinya yang tidak pening.

Perbualan dengan mama petang tadi buatkan dia bertambah stres. Tapi amaran mamanya membantutkan niatnya itu.

Sekali lagi lamunannya mati tatkala terasa bahunya di sapa kasar. 

"Noah..." Naz mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Eh, Naz! Ardelle dah tidur?"

"Dah. Cepat dia tidur malam ni. Jet lack agaknya. Hehe...Lama termenung, fikir tentang apa tu?"

"Hahhhh...macam-macam. Mana pomade?"

" Pomade. Ada ni ha. Aku beli Herb Pomade." Katanya sambil mengeluarkan hadiah tersebut daripada beg kertas.

Dikeluarkan pomade yang dibeli olehnya di New York. Naz bukan saja Pakar Nutrisi tetapi dia ialah cerminan mamanya yang mencintai alam semulajadi.

“Memang anak mama betul la! Pomade herba…tak cukup pokok herba, pomade pun nak juga cop ‘herba’. By the way, thanks.” Perli Noah. Pomade disimpan kembali di dalam beg kertas lalu beg tersebut diletakkan bersandar pada dinding.

Rekaan dapur di rumah agam itu cukup dengan sifat Nusantara Moden. Masuk sahaja melalui laluan dapur di sebelah kanan keadaan dapur dilengkapi dengan binaan kabinet kayu coklat yang megah dan mewah. Hiasan pokok buluh menjadi latar wallpaper pada dinding-dinding kosong. Terdapat dua jenis dapur, pertama dapur induction kedua dapur kayu. Ada tangga yang menghubungkan bahagian atas dengan bahagian bawah. Sudah semestinya dapur kayu ditempah khas dari Indonesia dan diposisikan di bahagian bawah. Ruangan di bawah sangat luas. Rekabentuk meja ala-ala Jepun diletakkan di bahagian bawah manakala meja makan sebaris dengan kerusi tinggi rekaan moden dibina di bahagian atas. Bahagian siling pula, masih menerapkan ciri-ciri tradisional rumah Melayu dengan ukiran motif flora dan fauna pada setiap tiang rumah dan sambungan atap.

“Esok mama ajak Elle pergi Butik Orked untuk tempah kostum. Kau pergi , boleh?” Pinta Naz.

No, I won’t” Satu penolakan.

Why.” Naz perlukan penjelasan.

“Malas jumpa Miss Disleksia. Belum lagi dia berpantun bagai. I’m headache!” Jelas Noah acuh tak acuh.

"Abaikan headache tu. Turuti perintah mama. Kemahuan mama kau ikut. Kau tak rugi apa pun.” Katanya kemudian jeda sebentar.

“Aku banyak belajar masa di New York dulu. Sebagai anak, kewajipan kita ialah menggembirakan orang tua kita. Itu kunci ketenangan hidup. Syurga kau Noah."

Syurga...

"Syurga kita" Sambung Naz lagi.

"Aku dah tinggalkan syurga kita dulu, dan kini aku nak berbakti semula. Mama dan papa orang penting dalam hidup aku. Aku terlalu ikutkan hati, mati. Aku buta kerana cinta!” Ada terselit pilu dalam kata-katanya.

"Bro... kalau kau ingat masa silam, kau sakit. Jadi lupakan semua. We always waiting for the day you come back home, come back to us and stay here forever." Kata Noah sambil mendepa dadanya.

Satu tumbukan singgah di dada bidangnya.

“Auchhh…” Noah menggosok-gosok dadanya akibat terkena buku lima Naz. Padu juga tumbukan abangnya. Tak kuat namun kejap. Dadanya sudah terasa berdenyut-denyut.

"Thanks bro… Aku menyesal, sebab dah buat mama sedih. Aku kahwin dengan Julia tanpa keizinan mama dan kini bila kisah cinta yang aku agungkan musnah sekelip mata, mamalah tempat Ardelle menumpang kasih. " Luahan Naz bersyukur kerana Ardelle masih ada mamanya, Puan Sri Mariam untuk merasai kasih sayang seorang ibu. Apabila mendapat tahu kes penceraian Naz dan Julia, Puan Sri Mariam ialah orang pertama yang berangkat ke New York bersama-sama Noah untuk mengetahui keadaan Ardelle. Ketika itu Ardelle berusia tujuh tahun dan belum mengerti apa-apa.

“Sekarang ni kau kena kuat untuk besarkan Ardelle. Aku, mama, dan papa akan terus support kau. Keep fighting!” Katanya sambil menunjukkan genggaman tangan kanan yang diangkat ala-ala gaya ‘Malaysia Boleh’.

Teringat kisah petang tadi, gara-gara ingin menghantar Betty pulang, Ardelle turut sama ingin ikut. Akhirnya, dia meminta Abang Jo menghantar Betty pulang.

Kelihatan riak Betty tidak menyenangi kehadiran Ardelle.

Ardelle merajuk gara-gara Noah tidak mahu dia turut sama menghantar Ardelle.

"Elle, Uncle Noah miss you so much.” Luahan manja Noah kepada satu-satunya anak buahnya Ardelle.

" Uncle, where's my present?" Ardell meminta hadiah.

Mulutnya dimuncungkan. Dia merajuk lalu membelakangkan Noah. Puan Sri Mariam membuat isyarat kepada Noah dengan jari telunjuk digerakkan beberapa kali.

"This is for you. Do you think I forget about your present? Never." Noah menghulurkan kotak berisi subang belian dan bungkusan coklat Ferrero Rocheal kepada Ardelle. Wajah muram tiba-tiba berubah gembira.

"Thanks Uncle Noah. I love it." Senyuman keriangan bertamu di wajah Ardelle.

Riak keriangan dan ceria jelas terpancar dari wajah Ardelle.

"Where's mine?" Celah Puan Sri Mariam.

Kali ini Ardelle dan Noah sama-sama berpandangan, lalu mereka ketawa beramai-ramai apabila melihat Puan Sri Mariam mencebik.

Lamunan Noah kembali ke alam nyata. Dia tiba-tiba senyum senget seketika. Baru sahaja dia nak meneguk air, Puan Sri Mariam sudah mencubit bahu anak lelakinya yang kerap kali disapa dengan gelaran ‘The BMW Series Man’ itu.

“Senyum, senyum ni kenapa?” Soal Puan Sri Mariam hairan.

“Ma, Noah teringatkan wajah mama petang tadi. Comel sangat!” katanya sambil gelas air ditangannya diletakkan di atas meja. Dia bangun lalu mempersilakan mamanya untuk menggantikan kerusinya itu. Sebelah tangan dipangku ke leher mamanya sambil bahu mamanya mengampu wajah kacaknya.

“Maaaa…” Lembut sahaja panggilan Noah kepada Puan Sri Mariam.

Naz menjadi pemerhati. Dia tahu adiknya cukup manja. Nampak sahaja kacak, berkarisma namun masih tersisa saki-baki keanak-anakan yang tidak semua dipamerkan. Hanya dia sahaja yang tahu perwatakan Noah. Kadang-kala permintaan Noah, jika mama papa tidak menuruti, dia yang akan sedaya upaya merealisasikan hajat adiknya.

“Ha..ha.. ni mesti ada benda nak minta ni? Bukan mama tak tahu kalau Noah menyendeng mama macam anak kucing mesti nak buat hajat!” Teka Puan Sri Mariam.

Noah mengangkat kepalanya, lalu dia mengambil tempat duduk di sebelah mamanya. Gelas berisi air tadi diteguk. Dia sudah mati mood untuk bermanja dengan mamanya.

Puan Sri Mariam memerhati gelagat anak bongsunya. Kemudian anak matanya dilarikan kepada Naz. Naz menjongket kedua-dua bahu tanda tak tahu.

Apakah helah Noah kali ini, bisik hati Puan Sri Mariam.

Suasana diam seketika. Puan Sri Mariam merampas gelas daripada anaknya. Setiba itu, Noah merungut diam hanya riak tidak puas hati terpapar dari balik wajahnya. Puan Sri Mariam juga tidak mahu mengalah. Dia membalas kembali pandangan Noah dengan riak wajah mata terjegil sambil sebelah kening terangkat.

Noah mengalah.

“Maaaa…Noah tak nak pergi jumpa Si Desleksia tu.” Pinta Noah dengan muka ketatnya.

“Tak apa, klau Noah tak nak pergi, Naz ada. Kan Naz, kan!” Beria wajah Puan Sri Mariam.

“Ma, Naz minta maaf. Esok Naz ada program lain ma.”

“Program apa yang sibuk sangat sampai nak bawa anak sendiri pergi tempah kostum pun tak boleh?”

“Sebenarnya, Naz dah plan nak bawa Ardelle ke majlis tandatangan kontrak sebagai duta beras esok. Tapi mama pula set date untuk tempah kostum Ardelle. Jadi nampaknya, Naz pergi seorang je la.”

“Jadi duta beras?”

“Ya.”

“Dengan syarikat mana?”

“SGM Sdn Bhd.”

Tangan Puan Sri Mariam yang sedari tadi memegang gelas berisi air tiba-tiba terlepas daripada genggaman.

Prankkkk…

Kaca gelas berderai di atas lantai marmar putih. Saat itu, riak wajah Puan Sri Mariam tidak lagi ceria seperti tadi. Wajahnya berubah risau dan cemas.

Noah dan Naz terkejut.

“Mama…what’s wrong?” Sapa Noah prihatin.

“Tak ada apa-apa. Eh, mata mama dah mengantuk! Mama naik atas dulu.” Pantas dia beredar dari kawasan dapur.

“Noah.” Panggilnya lagi.

Yes, mama.

“Esok Noah ikut mama. Titik.”

Puan Sri Mariam sudah membuat keputusan dan tiada sesiapa yang berhak membantah.

Kelibat wanita separuh abad itu hilang dari pandangan kedua-dua anaknya yang masih kebingungan dengan perubahan sikap Puan Sri Mariam.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes