Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,862
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Tubuh gadis sunti ini berbaring kaku di atas sofa. Berkali-kali matanya cuba dilelapkan tetapi bayangan lelaki misteri berjaket gelap masih bermain dalam mindanya. Cepat benar tubuh lelaki itu ghaib daripada pandanganya. 

Sambil berbaring, Kasih bersilang kaki kanan di atas kaki kiri. Kedua-dua tangannya kini berada di atas bantas sambil menampan bebanan kepala. Fikirannya masih lagi mengelamun panjang. Siapakah sebenarnya kau?

Teka-teki masih menjadi tanda tanya.

Hujan lebat membasahi bumi Damansara. Sebaik keretanya parkir di perkarangan rumah, air di langit turun mencurah-curah tidak henti-henti. Hujan ialah rahmat. Tika kepalanya sedang dirundung masalah, Allah menghantar terapi hujan untuk menenangkan dirinya.

Seperkara sahaja dia tidak suka semasa hujan iaitu hujan seperti memanggil Sang Katak untuk turut sama melantonkan nada-nada keriangan. Sejak kecil dia tidak menyukai katak. Sehingga kini perasaan itu masih sama dan baginya tidak akan berubah. Pernah dia diusik katak oleh ayahnya semasa kecil dahulu. Dia menangis teresak-esak sambil memeluk tubuh ibunya, Puan Salmah.

Kehebatan hujan seharusnya boleh menidurkan manusia. Tetapi manusia yang bernama Kasih Amani ini tidak sedikit pun berasa mengantuk. Jauh sungguh dia termenung.

“Kalaulah mata aku boleh teropong jauh ke ruang angkasa, aku nak tengok tahi bintang. Pelik, nama ‘tahi’ bintang. Tahi kut! Agak-agak tahi bintang di angkasa tu busuk tak?” Kasih ketawa sendirian. “Kasih, Kasih apa la kau melarut sampai ‘tahi bintang’ ni.”  

Fikirannya kembali melayang seketika. Terimbas zaman persekolahannya. Dia dan Kashaf ialah berteman baik selepas suatu insiden melanda mereka. Insiden itu menguatkan dia. Sejak hari itu, mereka tidak lagi bergaduh. Ironinya, hubungan mereka semakin rapat. Jika tidak satu kumpulan dalam apa-apa aktiviti, rasa tak lengkap.

“Kasih, dalam sistem suria ada berapa planet ek?” soal Kashaf.

“Sembilan. Bermula dengan Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune dan Pluto. Kesembilan-sembilan planet ni berputar pada paksinya dan pada masa yang sama planet-planet ini berputar pada orbit mengelilingi Matahari. Semakin jauh planet tu, maka semakin lama putaran masa diambil.” Terang kasih panjang lebar. Kasih mengalih pandangannya ke arah buku latihan Sains. Latihan bab Sistem Suria sangat banyak. Namun, dia tidak membantah arahan guru Sainsnya itu. Memandangkan Sains ialah subjek kesukaannya, dia menerima tugasan itu dengan hati terbuka.

Cuma Kashaf memang ada masalah dengan mata pelajaran Sains. Dia banyak mengajar Kashaf dan itu yang menjadi sebab utama prestasi Kashaf semakin baik dalam mata pelajaran Sains.

“Kasih, dalam banyak-banyak planet, kau suka yang mana? Kalau aku, aku suka Musytari sebabbb…planet paling besar dalam sistem suria. Simbolik ‘kegagahan’, macam aku.” Soal Kashaf lagi.

Kasih berhenti menulis. Dia memandang Kashaf dengan pandangan tidak puas hati. Kashaf selalu begitu. Bila mana mereka mengulang kaji, mesti ada saja soalan-soalan di luar kotak perbincangan. Hendak dimarah, tak makan saman. Jadi Kasih meletakkan pen lalu kedua-dua tangan disilangkan ke dada. Satu renungan tajam diberikan kepada Kashaf.

“Gagah macam kau, itu bukan gagah, gegeh namanya. Perasan la kau ni.” tempelak Kasih. “ Kalau betul-betul teliti, simbolik ‘kegagahan’ tu bukan ada pada planet Musytari tapi sebenarnya ‘kegagahan’ tu ada pada Bumi.” ujarnya.

“Bumi? Rasional?” Soal Kashaf sambil mengankat sebelah keningnya.

Amboi, kau angkat kening ya. Tungguuu.. kejap, mulut aku memang tak sabar nak buat dokumentari pendek petang ni, getus hati kecil Kasih.

“Ya. Bumi. Cuba kau beritahu aku, planet mana yang boleh menampung kehidupan dan keperluan untuk manusia terus survival? Bumi, jawapan paling tepat. Lagipun, hanya bumi satu-satunya planet yang ada penghasilan gas oksigen yang kadar kapasitinya sesuai dengan manusia. Musytari? Helloooo…Nak bernafas macam mana kalau sedut gas helium dan hidrogen?Lepas tu, kau nak hidup dalam teras yang dikuasai dengan molekul air , batu lebur dan dikelilingi dengan lapisan awan ammonia. Biar betul bro?”

Tercengang Kashaf mendengar penerangan Kasih.

“Bumi dan manusia saling memerlukan. Simbol ‘kegagahan’ tu hanya sebuah pinjaman dan akan diwarisi walau 1000 generasi bersilih ganti, kecuali...”

“Kecuali apa Kasih?”

“Kecuali, bila tiba masanya Malaikat Israfil tiup sangkakala. Hah…masa tu dunia dah kiamat. Kau dah tak boleh nak define ‘kegagahan’  dan…”

Kashaf menyambung kata-kata Kasih. “ Dan... sebenar-benar kegagahan tu milik Yang Maha Esa. Betul kan apa aku cakap?”

“Wah, pandai pun bro!” Petikan ibu jari Kasih petanda setuju.

“Ini yang buat aku sayang gila kat kau. Bila kau buka ja mulut, aku betul-betul speechless. Dengar kata-kata kau …serius, briliant! Falsafah kau tak ada orang boleh lawan la. Kalau macam tu, aku dah define ‘kegagahan’ tu.” Satu renungan manja diberikan kepada Kasih.

“Hah, apa dia?” Pantas saja Kasih membalas. 

“Kau.”

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes