Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,930
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Kereta BMW X5 meluncur laju ke dalam kediaman Villa Sri Mariam. Noah tidak sabar bertemu dengan gerangan cinta hatinya, Ardelle. Kereta mewah dipakir kemas dalam petak pakir terletak di garaj yang dibina berdekatan dengan kolam renang.

Rumah agam yang dikelilingi taman herba dan bunga-bunga indah mempunyai landskap berlatar belakang rumah bangsawan dahulu kala.

Antara pokok herba yang ditanam ialah pokok misai kucing, bakawali, daun pudina, pucuk kaduk, hempedu bumi dan pelbagai lagi. Di hadapan rumah tersergam megah pintu pagar automatik yang reka bentuknya berasaskan motif kerawang bunga kemboja dan dahlia. Dua buah pasu besar ditanam pokok Monstera Deliciosa menjadi tanaman hiasan di situ.

Laluan kereta dan pejalan kaki pula dibina di laluan yang berbeza. Parkir kereta dibina di sebelah kanan rumah. Selari dengan laluan pejalan kaki, bahagian kanan dan kiri jalan ditanam dengan pokok bunga mawar.

Uniknya pakir ini, Puan Sri Mariam menggunakan seratus peratus hasil binaan kayu Jelutong yang tidak menggunakan paku. Kesemua sambungan setiap inci tiang dan bumbung disambung menggunakan teknik senibina Melayu yang dikenali sebagai pasak. Pakir yang boleh memuatkan lima buah kenderaan mewah itu dibina bersebelahan kolam renang.

Puan Sri Mariam ialah peminat tegar senibina Melayu lama. Jadi beliau telah mengambil aspirasi binaan tersebut daripada lawatannya ke Istana Kenangan di Kuala Kangsar.

Masuk sahaja pintu utama rumah agam itu, di kanan dan kiri rumah pasti ada jambangan bunga-bungaan dihias dalam pasu porselin yang diimport dari negeri seberang. Reka dalaman rumah mempunyai elemen Nusantara moden dengan sedikit cetusan rekaan Barat. Sesiapa yang menjejakkan kaki ke dalam rumah agam itu pasti akan teruja.

Bukan sahaja rumahnya cantik bahkan juga tuan rumah yang sangat baik hati dan peramah membuatkan sesiapa sahaja yang menjadi tetamu akan berasa seperti sebahagian daripada keluarga ini.

Puan Sri Mariam sedang berbual-bual dengan lelaki yang mencuri perhatian Noah. Noah berlari lalu terus dia memeluk susuk tubuh tegap lelaki itu. Pelukan erat dihadiahkan kepada lelaki di hadapannya.

Welcome back, bro!” Ucap selamatnya kepada lelaki itu.

Thanks, bro.” Balas lelaki itu.

Pelukan dilonggarkan.

Puan Sri Mariam tersentuh melihat keakraban anak-anaknya. Hampir sahaja air matanya menitis, namun dia cepat-cepat menyeka. Kali ini anak sulungnya pulang dan menetap terus di Malaysia. Air mata iniialah air mata kegembiraan.


“Lama Naz dan Elle tunggu Noah. Ingatkan dah lupa temujanji penting ni?” Puan Sri Mariam merenung Noah sambil bibirnya disenyum ketat.

It’s okay ma. Lagipun Naz tahu Noah busy. I don’t want to disturb him. In fact, lagi mudah order Grab je.” katanya sambil menunjukkan iphone 11 Pro miliknya.

“Kau naik Grab?!” pertanyanya seakan-akan tidak percaya.

“Jatuhlah standard aku broI’ll make sure this won’t happened again. Walau apa pun terjadi tunggu sampai aku sampai.” tegasnya.

“Apa salahnya naik Grab. Mama rasa sistem pengangkutan di Malaysia ini dah banyak berubah. Instead, Grab is much amulet compared to cab. Takkan Noah nak Naz dan Elle kejang urat tunggu Noah. Kesian cucu Tok Ma.” Katanya sambil mengusap rambut Ardelle yang duduk di sebelahnya.

It’s not only about security and cost saving for that public transports. I just care about our reputation. ‘The BMW Series Man’ let his family member pick up a Grab car! Oh, never!” Katanya masih mahu menegakkan pandangannya.

“Alah, jangan risau la… reputasi kamu tak tercalar pun… Naz dan Ardelle naik ‘Grab’ buah hati mata sepet Noah la.” sampuk Puan Sri Mariam sambil tersenyum sipu.

“Nasib baik, Betty ada. Dia yang hantar abang kamu ke sini.” sambungnya lagi. Kalau tak… ‘The BMW Series Man’ pengsan tiga hari tiga malam sebab reputasi tercalar.” Perli Puan Sri Mariam sambil menggelengkan kepalanya.

Perli atau tak, sedikit pun tak menjejaskan emosi Hero Malaya ini daripada terusik. “Betty!” seakan-akan tidak percaya. Betty menghantar Naz dan Ardelle ke sini.

“Yes, it’s coincidentally. After I sent my housemaid just now then I met your brother and Ardelle. So, I terus bawa mereka ke sini. Lagipun, tak salahkan kalau I tolong.” Katanya sambil mengelap tangannya yang basah.

“Wow, so kind of you. Your housemaid pergi mana? Oh, by the way Betty, thanks.” 

Sungguh kalau tak ada Betty, lagi panas hatinya apabila mendengar abangnya dan Ardelle menaiki Grab. Dengan status yang sedia ada, Noah Kashman tak akan benarkan darah dagingnya untuk menaiki Grab. Baginya, dia lebih rela berjalan kaki jika diminta menaiki Grab untuk balik ke rumah.

“Orang gaji I balik Indonesia. Katanya, bapanya sakit. Tak sampai hati nak tahan. Lagipun bila dapat gembirakan hati orang yang kita sayang, hati kita pun akan turut gembira.” Kata Betty sambil merenung manja kepada Noah.

Hati orang yang disayangi Betty sudah tentulah jejaka berkemeja Scarlet ini. Sudah lama dia memendam perasaan terhadap Noah. Cuma Noah saja buat-buat tak endah. 


Noah hanya membalas kata-katanya dengan senyuman yang terpaksa dibuat-buat.

What a lucky maid you Betty! I rasa bakal suami you mesti 100 kali ganda untung dapat you. Betul tak Noah.” Puji Naz sambil mengeyitkan mata kepada Noah. Itu hint agar Noah tak mensia-siakan orang yang benar-benar tulus menyukai adiknya itu.

Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia dan Julia ialah cinta yang telah menemukan noktah. Bercerai talak tiga gara-gara Julia bermain kayu tiga di belakangnya.

Sungguh tragis dan hal itu telah dirahsiakan daripada anaknya, Ardelle. Apa yang Ardelle diberitahu mama dan papanya sudah tiada sefahaman dan jalan terakhir ialah penceraian.

Ardelle kini tinggal dengan papanya kerana mamanya telah memberikan sepenuh hak penjagaan anak kepada Naz. Namun, Naz tidak akan menghalang sekiranya Julia ingin menemui anak perempuannya itu.

Baginya, kasih ibu dan anak tak akan terpisah. Seburuk-buruk Julia, dia masih ibu kepada anaknya, Ardelle, Naz’s little Sunshine.

“Kalau itu doa you, I harap sangat tuhan temukan I dengan ‘dia’ secepat mungkin. Hmm…Auntie Mariam ada tak siri pencarian menantu? Kalau ada I nak join.”

“Betty nak jadi menantu auntie?” tanyanya tergamam. Sanggupkah gadis ini untuk melakukan perubahan terhadap dirinya. Paling utama, Betty perlu memeluk agama Islam. Adakah semudah itu Betty akan menukar agamanya. Puan Sri Mariam tidak mahu jika alasan pernikahan digunakan seandainya Betty ingin menjadi menantunya.

“Nak. Itupun kalau ada yang sudi.” jawabnya sambil merenung Noah yang sudah jadi tak keruan. Bukan jadi tak keruan kerana panahan cinta Betty tetapi sikap Betty yang manja dan tiba-tiba menggeletis membuat dia bertambah yakin untuk meletakkan papan tanda ‘Friend Zone’ di antara mereka.

“Ehemm…” Naz berdehem. Satu renungan singgah ke wajah adiknya Noah.

“Betty, I’ve two handsome guy here. Which one is your favourite?” Puan Sri Mariam mengusik anak terunanya.

“Sorry… Tok Ma, this one is unavailabe. This mine.” Ardelle mencelah tiba-tiba. Ardelle sudah memeluk papanya.

“Papa always be yours, Elle. So, that’s mean…yang tinggal hanya ‘The BMW Series Man’. You know what, kekacakan kau dah ‘bunuh’ saham abang. Oh, goshhh!” Naz menumbuk lembut bahu Noah. Apa lagi Mamat hidung tinggi ini makin melambung-lambung gayat dek pujian abangnya.

“I’m sorry Betty, abang I dah …” Katanya sambil menunjukkan isyarat jari telunjuk berputar di kepala.

Naz menyiku kepala Noah.

“I’m hurting! Abang stop it! Auchhh…” Jerit Noah sambil membetulkan belahan rambutnya yang sudah kusut-masai.


Betty geli hati memerhati gelagat dua beradik ini.

“Betty, thanks for the ‘Grab’. I nak naik atas dulu, mandi. Badan I dah melekit. Sorry bro, nanti abang ‘pomade’ rambut tu.” Kata Naz sambil tangan kanannya menggosok pantas rambut Noah.

“Oh, nooo… Naz, you owe me!” Jerit Noah. Kelihatan sifat keanak-anakannya, hilang sekejap sifat gentleman.

Noah mendengus. Naz sengaja cari pasal dengannya.

“ You dah nak balik?” Soalnya.

“Halau I nampak! Sebenarnya… you owe me… a candle light dinner?” Betty menghampiri Noah dekat sambil membetulkan kemeja Scarlet milik Noah.

Tergamam.

“I’m sorry, maybe next time. My brother just come back from New York. I just want to spent time with them.” Noah menjauhkan diri beberapa langkah ke belakang. Gugup.

“Ya, I tahu. Bukan malam ni. Next time.” Betty mengibas rambut panjangnya ke belakang. Dia lantas mencapai tas tangannya.

“Betty, apa kata dinner di sini malam ni. Lagipun, Betty dah tolong hantar Naz dan Ardelle. Auntie masak special malam ni. Let’s join us.”

Thanks auntie, Betty rasa lain kali aje lah. Rasa tak best pulak. Lagipun, Naz dan Elle mesti jet lag lagi. I’ve to go, nanti risau pulak mama kat rumah. Bibik kan dah balik Indon, jadi mama aje seorang diri.” Katanya lalu bersalam.

Okaylah kalau macam tu. Take care. Noah, hantar Betty ke kereta.” Kata Puan Sri Mariam.

“Uncle Noah, can I join both of you?” soal Ardelle lagak cuba meraih perhatian Noah.

“Sure, Ardelle.” kata Noah lalu menghulurkan tangan kepada Ardelle. Ardelle berbaka Inggeris. Sekali berdiri di sebelah Noah, pasti ada yang patah hati.

Walaupun Ardelle baru berusia 15 tahun, namun tubuh tinggi lampainya sudah memperlihatkan dia persis orang dewasa. Cantik kerana raut wajah bujur sireh, mata hazel dan Ardelle berkulit cerah. Namun, perwatakannya masih tidak ubah seperti keanak-anakan.

Eee…budak ni kacau daun betul la, getus hati Betty.

Walaupun wajahnya terukir senyuman manis tanda mempersetujui kedatangan Ardelle bersama-sama dia dan Noah, namun ada nada terselindung di sebalik wajah manisnya itu.

Nada marah.

“Ardelle, can you help me to prepared our dinner?” Permintaan Puan Sri Mariam membantutkan langkah Ardelle.

“But…” Mata Ardelle meminta simpati Noah. 

“I’ve something to discuss with you and I think its really important.” pinta Puan Sri Mariam lembut.

“Uncle Noah, Auntie Betty, Tok Ma is calling me. I’ve to go now. Take care Auntie Betty.” Kata Ardelle sempat mencium pipi Betty sebelum berlari ke arah Puan Sri Mariam.

Kelibat kedua-duanya sudah hilang dari pandangan Noah dan Betty.

Kedua-duanya membisu seketika. Tiba-tiba Noah bersuara.

“Where’s your car, Betty?” Soalnya hairan kerana tidak melihat bayang kereta Betty.

“Tadi Pak Mail parking sini. Kejap I make a call. Hello, Pak Mail…Oh, ya ka? Tayar pancit. Okay, saya balik sendiri. Tak apa saya ambil Grab je. Okay. Bye.” Katanya lalu mematikan talian.

“What? Grab!” Noah panas.

“Kereta masuk bengkel, tayar pancit. Jadi I naik grab je.” Betty sudah menekan aplikasi Grab. Baru sahaja dia ingin membuat pesanan kereta tangannya terhenti.

“I hantar.” Satu ayat yang ringkas terpancul daripada mulut Noah. Noah jalan mendahului Betty.

Berbunga hati Betty. Rancangannya berjaya. Akhirnya dia dapat berdua-duaan lebih lama dengan Noah Kashman.

Betty, you’ve to seduce him, now or never! Bisik hatinya

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes