Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
YANAN
23/4/2019 09:51:14
8,824
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

Pantas Naufal mengorak langkah apabila melihat kelibat ustaz Rahman yang sedang mara ke ruang kelas. "Assalamualaikum ustaz , saya kenalkan ini sahabat saya, Xu Zhimo." Pantas dia menghulurkan tangan bersalam apabila dikenalkan oleh Naufal kepada lelaki separuh abad di hadapannya itu. Terpapar senyuman indah ustaz Rahman kepadanya.

"Waalaikumsalam. Alhamdulillah, hari ini bertambah rakan mengaji kita." Sopan tutur ustaz Rahman saat menyambut tangan jejaka muda di hadapannya itu. Senang hatinya bila kelasnya semakin ramai di hadiri golongan muda.

"Sebenarnya, kita datang hari ni bukan sebab kelas hari ini ustaz..." Luah Naufal bila mendengar kata-kata ustaz Rahman sebentar tadi. Terasa sedikit canggung pula dia untuk memberitahu hajat sebenar kedatangan mereka.

"Kalau bukan mengaji, hajat datang hari ini, ada apa yang saya boleh bantu?" Soal ustaz Rahman berhati-hati sambil memandang tetap ke wajah Naufal. Dia sudah mula terhidu, Naufal anak muridnya itu punya hajat yang besar. Dia bukan tidak mengenali sikap Naufal anak muridnya itu. Seorang anak muda yang punya jati diri yang tinggi dan paling dia suka paling sopan orangnya. Lihat sahaja cara tutur katanya sangat beradap walaupun tujuannya murni mahupun memohon pertolongan.

"Sahabat saya datang membawa hajat yang besar ustaz. Dia ingin belajar tentang islam." Jelas Naufal dengan penuh sopan. Wajah ustaz Rahman ditatapnya dalam. Cuba meraih pertolongan ikhlas.

"Alhamdulillah... Murni sungguh hajat kamu." Jawabnya sepintas menepuk lembut tangan Negoo yang kini sudah berada di tepinya. Negoo pula hanya mampu tersenyum. Hatinya sedikit berdebar dengan langkah baru yang bakal akan di hadapnya kini.

"Kalau macam tu, kita masuk ke dalam dulu." Naufal dan Negoo mengangguk satu sama lain serta mula mengekori ustaz Rahman ke dalam kelas mengaji. Negoo sedikit terkesima bila melihat kekemasan ruang bilik tersebut. Walaupun tidak mempunyai banyak perabot namun kekemasan ruangan tersebut mampu memberikan ketenangan di dalam hatinya.

"Silalah duduk. Beginilah tempat saya. Ruangnya kecil sahaja." Pelawanya sambil meletakkan punggungnya ke lantai.

"Tidak mengapa ustaz... Ruangan ini sudah cukup memberi ketenangan kepada saya." Balas Negoo. Naufal pula sudah selesa dengan duduknya. Wajahnya sedikit ditunduknya hormat akan ustaz Rahman yang duduk berhadapan di antara mereka.

"Ustaz Rahman, terima kasih banyak-banyak sudi terima akan kedatangan saya." Usul Nego kembali bila sudah selesa dengan duduknya.

"Panggil Pak Rahman saja... Saya betul-betul senang hati dengan kehadiran anak. Saya juga sangat bersyukur dapat dijodohkan bersama kamu hari ini. Alhamdulillah."

"Terima kasih ustaz." Sambut Naufal. Dia turut merasa senang hati apabila ustaz Rahman bebesar hati menerima kedatangan mereka.

"Anak ni asal mana?" Lanjut ustaz Rahman bila melihat Negoo sudah kemas dengan duduknya di samping Naufal.

"Saya orang China, lahir di Kunming." Ustaz Rahman mula mengangguk. Hatinya mula tertarik.

"Dah lama menetap di Malaysia?" Ustaz Rahman bertanya lagi. Ingin mengetahui lebih lanjut akan anak muda di hadapannya itu.

"Ahli keluarga saya ada menetap di sini." Kelihatan sekali lagi ustaz Rahman mengangguk kepalanya.

"Berkenaan dengan hajat anak, apakah di fikiran anak?" Kelihatan ustaz Rahman begitu berhati-hati dengan pertuturannya. Cuba untuk memastikan hajatnya sekali lagi.

"Secara jujurnya ustaz, saya ingin berkahwin dengan seorang perempuan melayu." Suaranya jujur, tidak mahu berdalih atas alasan hajatnya.

Ustaz Rahman sekali lagi mengangguk-angguk kepalanya. Struktur badannya cuba di aturnya tegak. Wajah Negoo dan Naufal di pandangnya silih berganti kemudian menetapkan duduknya.

"Alhamdulillah. Bakal bertambah masjid kita. Sebenarnya islam ni mudah dan indah. Dalam agama islam, pernikahan ini adalah suatu perbuatan mengikut sunah Nabi saw. Dan apa bila kita bernikah, berkahwin suamilah yang menjadi nadi sesebuah keluarga yang mana dia adalah ketua keluarga.Suami bertanggungjawab untuk membina keluarganya dan membentuk keluarganya dalam sakinah mawaddah warahmah. Jika benar anak sudah bersedia ke fasa ini, apa yang ingin saya tekankan disini, letakkanlah agama dan akhlak nombor satu agar nanti keluarga kita di dalam lindungan rahmat Allah. Insya Allah."

"Pernikahan ini bukanlah sahaja dia atas tuntutan hawa nafsu semata-mata, walhal pernikahan ini adalah untuk memenuhi dan menyempurnakan hawa nafsu kita mengikut landasan yang betul serta memelihara kita dari perkara haram dan menuntun kita untuk memelihara keturunan dan menjamin berkekalan zuriat manusia yang beriman mengikut landasan yang di redha Allah."

Sedikit terpegun Negoo dengan nasihat ustaz Rahman terhadapnya. Sungguh dia merasakan dirinya terlalu kerdil. Fikirannya yang sebelum ini perkahwinan adalah sesuatu keputusan untuk hidup bersama seseorang yang di cintai walhal kenyataan perkahwinan sebenar adalah satu tanggungjawab yang besar. Namun ingatannya terhadap wajah Amani kembali menyemarakkan hatinya. Dia tidak akan mengalah malah berundur hanya kerana perbezaan dunianya dan Amani.

Senyuman Amani yang selalu membuatkan hatinya terikat bagaikan memberi satu tenaga yang luar biasa membangkitkan semangatnya. Amani Eldora, kita pasti akan bersama nanti!
Wǒ ài nǐ!

***********************************

Naufal melabuhkan punggung ke sofa empuk itu. Tidak lama kemudian kedatangan mak cik Timah membawa dulang bersama air. Di letaknya sopan di hadapan Naufal dan kembali ke ruang dapur.

"Buatlah macam rumah sendiri. Kalau ada apa yang awak perlu boleh minta pada mak cik Timah dan terima kasih sudi menerima tawaran aku." Jelas kedengaran suara Naufal ke gegendang telinganya. Wajah Naufal di pandangnya sekilas namun kelihatan dia masih leka dengan duduknya. Satu persatu gambar di sudut tersebut di tatapnya. Hatinya begitu terusik dengan satu pameran gambar yang melibatkan Amani bersama.

"Siapa wanita ni?" Soalnya ingin tahu. Sekeping gambar itu sangat menarik minatnya. Kelihatan Amani memeluk rapat wanita tua itu. Disampingnya pula kelihatan Naufal tersenyum gembira.

"Ibu..." Jelas Naufal ringkas dan berharap pertanyaan itu berakhir di situ sahaja.

"Tuan, puan panggil tuan di biliknya." Mak cik Timah kembali beredar setelah menyampaikan pesan. Naufal hanya sekadar mengangguk. Dengan penat yang masih lagi tersisa dia mulai angkat dari sofa Lorenza kulit yang berwarna coklat tersebut.

"Jom aku kenalkan pada ibu." Suaranya kembali kepada Negoo yang masih lagi asyik memerhatikan setiap satu gambar yang terhias di sudut.

"Ibu? Maksud awak wanita dalam gambar ni?

"Panggil abang. Lepas ni selain dari gelaran abang saya tak akan jawab." Jelasnya kembali dengan riak wajah yang sedikit angkuh. Hatinya yang luluh bila meningatkan Amani mulai merasa sedikit senang saat mengenakan jejaka muda di depannya itu. Tangkas dia berlalu meninggalkan Negoo di sudut tersebut.

"Maafkan saya." Jawabnya pelahan sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia sedikit teragak-agak untuk membontoti Naufal.

"Tunggu apa lagi?" Soal Naufal saat menoleh kembali. Kalau Amani melihat lagaknya melayan buah hatinya itu pasti meletuslah perang dunia mereka.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh YANAN