Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,072
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

Falling in love with you.


"Bila kita nak jumpa? Saya teringin sangat nak jumpa awak. Awak tak sudi ke?" Kedengaran lembut suaranya di corong telefon.

Aku hanya mampu menarik nafas, kalau ikutkan hati ingin sangat nak jumpa tapi...

"Kalau tak, saya akan ke Malaysia. Saya nak jumpa awak. Boleh ke?" Rasa bagaikan terkena kilat bila dengar dia luah nak datang Malaysia. Hati mula berdesas desus gundah.Entah kenapa.

"Emmmr, awak pasti ke?" Soal ku teragak-agak.

"Hey, my girl... mestilah kenapa pula tak pasti. Saya memang nak jumpa sangat dengan awak.Tapi awak sudi ke?" Perkataan sudi di hujung talian menyengat di hati ku. Entah kenapa. Nak kata sudi nak kata tak sudi. Huh! Bingung lah. Betulkah dia nak sangat jumpa dengan aku atau dia memang ada muslihat. Tak akanlah kan. Lagi pun kami kenal secara tak sengaja di laman sosial. Boleh percaya ke? Sekarang ni banyak jer kes-kes pelik berpunca dari laman sosial. Tak sangka pula persahabatan di laman maya aku ni menjadi serius! Emmmrrr. Pelik sangat kan.

"Tapikan, Malaysia ni jauh. Saya tak nak susahkan awak." Jawapan selamat!

"Susahkan saya? Tak ada yang susahkan saya lah. Lagipun saya pernah bagi tahu yang, Yéye saya ada disana."

Alamak lupa pula, ya. Datuk dia menetap di Malaysia dan sebab itulah dia mahir berbahasa melayu. Aku rasa penerbangan dia nanti bukanlah yang pertama kali ke Malaysia. Mesti dia dah banyak tahu selok belok di Malaysia. 

"Kalau macam tu, saya tak kisah pun. Lagipun nak pergi Lijiang sekarang saya tak dapat..."  Kalaulah ibu tahu aku ada pasang niat nak ke Lijiang untuk bertemu seseorang yang di anggap "stranger". Nayalah aku!

"Janganlah sedih. Saya tak paksa awak pun. Sebab tulah saya nak offer datang sana. Macam mana?" 

Dia langsung tak putus asa. Cuma aku yang selalu berdalih. Risau juga manalah tahu datang-datang lelaki tua habislah aku. Persahabatan laman maya ni bukan boleh percaya sangat.

"Tak adalah. Mana ada."

"Saya betul-betul rindulah dengan awak..." 

Oh my god! Dia cakap apa pula ni! Nak jawab apa pula lepas ni. Tapi, aku pun rindu... 

Terdiam seketika. Sepi. Hanya nada nafas sahaja yang kedengaran.

"Awak tak suka ke saya cakap macam tu?"

"Eh, tak lah. Janganlah ambil hati. Tapi... saya agak hairan. Kenapa awak asyik cakap rindukan saya. Kita tak pernah pun berjumpa." Akhirnya terlepas juga persoalan ni. Walaupun aku kadang-kadang rindukan dia. Rindu yang kadang tak bersebab. Entah kenapa. Mungkin ini kot namanya bahasa jatuh cinta.

"Awak nak tahu ke?" Mengangguk kepala walaupun hakikatnya dia tak nampak berapa kali aku angguk.

"Actually, i'm falling in love with your voice." Lafasnya senada.

Hampir tercekik aku telan air liur dengar penjelesannya. Entah apalah dia ni. Dengan suara aku? Ish!! Biar betul.


Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI