Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,150
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

"Gembira ibu kamu datang Naufal. Baru saja ibu sebut-sebut nama kamu, Alhamdulillah panjang umur kamu datang ke rumah ibu." Sapa puan Mardiah bila melihat Naufal sudah mula melangkah masuk ke dalam rumah. Senang hatinya melihat wajah kesayangannya itu. Manalah dia tak sayang, Naufal seorang anak yang baik dan patuh kepadanya. Kadang-kadang sikap prihatinnya kalah dari sikap Amani. Tahu saja lah Amani, sikap congek dia sahaja yang lebih. Belum lagi sikap mengada-ngada dia. Entah apalah yang dia makan semasa mengandungkan Amani sampaikan sikap puterinya itu melebih congeknya. Nasib baik yang lahirnya perempuan kalau lelaki tak tahu nak kata apa. Memang keras lagi didikan dia beri. Baru padan dengan jantina.Jangan hendak bermimpi buat perangai congek gitu ni ha siaplah telinga tu dipintal di pilas. Mengada-ngada ya.

"Ya lah bu, ni ibu seorang ke? Amani belum balik lagi?" Usulnya sambil melihat jam tangan di tangannya. Tepat jam enam petang.

"Balik lewat katanya. Aaah ibu pun ada hal penting nak bincang dengan kamu ni."

"Bincang apa bu?" Soal Naufal kembali sambil meletakkan kunci kereta di atas meja hadapan puan Mardiah.

"Ada tu kawan Amani yang datang dari China tempoh hari datang rumah. Katanya ingin belajar agama. Dia minta tolong pula pada ibu dan Amani. Tapi ibu serba salah pula nak menjawab tak dapat. Lagipun niat dia baik kan. Ibu rasa biarlah kamu yang bantu dia, kamu pun anak ibu kan. Niat dia tu baik, hendak mengenali agama dan budaya kita. Ibu harap Naufal dapat bantu dia. Besar pahala Naufal." Jelasnya panjang lebar.

Terkedu Naufal mendengar kata-kata puan Mardiah. Hatinya kembali diulit resah.
Saat mendengar kelibat jejaka China itu hatinya kembali resah. Dia seperti berperang dengan emosinya. Mundar-mandir Naufal dibuatnya. Baru sahaja niat hendak duduk pantas terbantut dek mendengar penjelasan puan Mardiah. Dia mula tidak tahu apa yang harus di lakukannya.

"Kenapa tak duduk? Ibu tengok Naufal macam gelisah. Naufal ada masalah ke?" Soal puan Mardiah bila sedari tadi menyedari anak muda di hadapannya itu kelihatan tidak senang duduk.

"Tak adalah bu.." Luahnya sedikit canggung.

"Betul ke tak ada apa-apa ni...?" Puan Mardiah masih tidak berpuas hati dengan jawapannya.

"Kalau macam tu mari lah ke dapur teman ibu, lama sangat dah kamu tak teman ibu." Cadang puan Mardiah. Mungkin Naufal masih terkejut dengan khabar yang disampaikannya seketika tadi.

"Tercengat kat situ lagi buat apa? Marilah teman ibu..."

"Ya bu..." Jawabnya dengan nada lemah sambil mengekori puan Mardiah ke dapur.

"Ibu nak masak udang sambal hari ni, makanan kegemaran kamu... Lagipun lama sangat dah ibu tak masak untuk kamu." Usul puan Mardiah. Riang hatinya bila Naufal berkunjung ke rumah. Namun Wajah Naufal seperti menyembunyikan seribu kata darinya. Dia dapat merasakannya. Telepati seorang ibu kepada anak.

"Naufal... Dari tadi ibu perhati, kamu ni macam ada tak kena. Ada apa sebenarnya? Tak payahlah selindung dari ibu, ibu tahu kamu sekarang ni tengah memikirkan sesuatu kan."
Soalnya tidak berpuas hati bila melihat Naufal yang asyik termenung. Entah melayang ke mana fikirannya.

"Ibu... "

"Ya... kenapa? Kamu masih terkejut ke dengan apa yang ibu ceritakan tadi? Atau kamu..."
Kelihatan Naufal mengangguk kepalanya perlahan-lahan. Puan Mardiah sudah dapat mengagak. Perlahan nafasnya di hela.

"Macam ni lah, kalau Naufal rasa tak dapat tolong ibu, ibu tak kisah pun. Ibu tahu hal tu berat sangat. Tak apa, nanti biar ibu suruh Amani bawa kawan dia tu ke pejabat agama. Itu yang harusnya."

"Naufal tak maksud macam tu bu... Cuma Naufal masih tak percaya yang ibu ceritakan tadi..."Pintasnya kembali.

"Ibu sendiri pun tak percaya. Tiba-tiba dia datang nak lamar Amani dan kata nak peluk agama islam. Ibu pun risau juga tapi sebab ibu percaya kamu itulah ibu nak minta tolong kamu."
Kata-kata puan Mardiah bagaikan angin sepi melalui dirinya. Ketika itu dia cuba untuk menimbangkan hatinya. Sedaya upaya untuk berdiri di tapak rasional. Masakan dia perlu terkejut dengan cerita yang di sampaikan puan Mardiah kepadanya tadi.

"Jadi Naufal setuju ke ni? Ibu bukan apa, yalah kita langsung tak kenal budak tu, sekurangnya nanti bila bersama Naufal , Naufal kenal hati budi dia, tak adalah ibu ni susah hati lepaskan Amani..."

Bagaikan tersusuk jantungnya mendengar kata-kata puan Mardiah. Begitu sakit baginya. Sakit bukan kerana dia kecewa tapi sakit kerana Amani benar- benar membelakangkan dirinya. Sampai hati Amani. Sehingga hal sebegini pun dia masih berdiam diri. Lagi-lagi dia langsung tidak memperkenalkan jejaka itu kepadanya. Kalau bukan kerana ibu entah sampai bila dia tidak mengetahui hal tersebut. Entah-entah esok bernikah pun dia tidak tahu. Sampai hati Amani. Entah apa yang jejaka tu buat sampai Amani sanggup membelakangkan dirinya. Jika sebelum ini Amani tidak pernah bersikap begitu kepadanya. Tidak pernah berahsia dengan dirinya. Kecewa sungguh hatinya.

"Ibu.., emmr betul ke jejaka tu lamar Amani?" Soalnya lagi inginkan kepastian sekali lagi.

"Dia lamar Amani depan ibu. Ibu pun rasa serba salah sangat dah, nak kata tidak, risau pula dengan Amani. Sebab tu lah ibu minta dia belajar dulu budaya kita agama kita. Ibu tak mahu mereka buat keputusan kerana halwa nafsu." Terang puan Mardiah bersungguh-sungguh. Dia berharap benar Naufal dapat membantunya.

Naufal mula mengangguk. Semakin menyedari akan kenyataan bahawa Amani di lamar. Sebak rasa hatinya. Entah mengapa dia sendiri tidak mengetahui kenapa.

"Sampai hati Amani tak ceritakan pada Naufal bu..."Terkesima puan Mardiah mendengar luahan anak muda di hadapannya itu. Mungkin inikah sebab utama dia kelihatan sedikit kurang senang akan ceritanya sebentar tadi.

"Kamu berdua bergaduh lagi ke?" Duganya ingin tahu lebih lanjut.

"Tak ada lah bu... Mana ada gaduh. Tu Amani tu, dia ada teman lelaki pun Naufal langsung tak tahu. Dia tak pernah cerita pun. Nak mengaku pun tak. Alih-alih hari ni Naufal dengar jejaka tu lamar depan ibu." Luahnya dengan berbaur nada yang sedikit sedih dan merajuk.

Puan Mardiah mengelengkan kepalanya. Dia sudah menghidu bau cemburu dan rajuk Naufal.

"Ni, kalau ibu tanya kamu, jawab biar jujur dengan ibu. Tak nak selindung-selindung."

"Kenapa bu?"

"Kamu ni sebenarnya ada hati pada Amani?" Puan Mardiah cuba untuk menyelami hati anak muda di depannya itu. Dia tahu Naufal sangat sayangkan dia dan Amani. Manalah tahu dia menyimpan niatnya terhadapan Amani.

"Ish ke situ pula ibu, Naufal bukan apa bu, Amani tu dah macam adik kandung Naufal dah rasanya. Jadi rasa pelik lah sebab Amani tak pernah ceritakan hal-hal macam ni pada Naufal. Ibu pun tahu kan Naufal sayang ibu dan Amani macam mana." Adunya.

"Betul ni? "

"Betullah bu... permintaan ibu tadi InsyaAllah Naufal akan bantu dia. Niat dia baik tu, lagipun dah jadi tanggungjawab kita nak bantu dan didik apa yang patut."

"Senang hati ibu dengar. Terima kasih ya. Ibu pun sayang kamu macam anak kandung ibu. Nanti bila Amani dah jadi isteri orang, seorang lah ibu kat rumah ni, kamu jangan tinggalkan ibu pula. Sekarang pun kamu nampak culas ke rumah ibu. Dah tak kerap macam dulu." Rintihnya.

"Ibu ni mula lah fikir yang bukan-bukan. Jangan risau Naufal akan sentiasa berada di sisi ibu."

"Alahmdulillah. Ingat janji kamu tu. "

"Emmmr ni ibu masak banyak sangat Naufal mana larat nak habiskan nanti."

"Alang-alang kamu kat sini kita jemput kawan Amani tu sekali nanti. Dapat lah kamu bersuai kenal kan. Rasanya Amani pun tak lah balik lewat sangat nanti. "

"Boleh jer bu, Naufal pun dah tak sabar dah nak kenal dengan bakal menantu ibu tu." Selorohnya cuba menghidupkan suasana riang walaupun dalam hatinya pahit bagaikan hempedu.

"Yalah, kamu tolong ibu bangkit lauk ni. Ibu nak buat air. " Pinta puan Mardiah.

"Macam bunyi kereta tu. Agaknya Amani lah tu dah balik." Suara puan Mardiah lagi saat mendengar bunyi kenderaan di ruang hadapan rumah.

"Assalamualaikum..."Kedengaran suara Amani.

"Waalaikumsalam..."

"Abang apa khabar?" Soal Amani pastas bila melihat kelibat Naufal yang sedang sibuk menyediakan makanan.

"Kalau tak sihat, tak adanya berdiri kat sini." Jawab Naufal dengan wajah yang selamba seakan tidak terlihat kelibat Amani di hadapannya. Puan Mardiah yang mula menghidu bau-bau rajuk Naufal mula tersenyum sinis. Tidak lama lagi dia bakal menyaksikan adegan perang. Faham sahaja lah dia perangai Amani yang tidak mahu kalah.

"Sinis semacam, tiberrr?" Templeknya mula tidak berpuas hati akan layanan Naufal kepadanya.

"Amani, ibu nak solat kejap. Kamu bantulah abang kamu sediakan apa yang patut. Lepas tu jemput teman lelaki kacak kamu tu ke rumah. Kita makan sama." Pintas puan Mardiah. Terlopong Amani mendengar kata-kata puan Mardiah. Perlahan dia menelan air liurnya cuba membasahkan tekaknya yang tiba-tiba terasa kering. Dia sudah dapat mengagak punca layanan Naufal terhadapnya sebentar tadi. Kepala yang tidak gatal di pura-pura garu. Dia mula canggung berhadapan Naufal.

"Abang..." Pelahan Amani memanggil Naufal yang sedang membelakangkan dirinya.

Aduh... Abang marahkan aku ke. Ibu pun satu kenapalah tak telefon awal bagitahu abang ada. Habislah aku. Glup!Glup! Hish...Terasa bersalah pula. memang salah aku pun. Tapi sebenarnya memang nak jelaskan cuma masa tak izinkan. Gumamnya dalam hati.

"Abang... Anty Marlina apa khabar?" Dia cuba menyapa sekali lagi. Naufal pula masih lagi leka dengan kerjanya. Udang yang di masak puan Mardiah sebentar tadi sengaja di biarnya panas kembali.

"Abang marahkan Amani ke?" Soalnya. Perasaan marahnya mula membinggit bila melihat Naufal seakan tidak memperdulikan dirinya. Dia mula mara ke arah Naufal. Pantas senduk di tangan Naufal di ambilnya.

"Kenapa tak jawab?" Marahnya. Naufal hanya mengerutkan dahinya.

"Ni dah kenapa?" Solanya lagi. Sengaja menyemarakkan api kemarahan Amani. Pantas merampas kembali senduk di tangan Amani dan tindakan Naufal itu sekali lagi membuatkan hatinya tersakiti. Sudahlah segala pertanyaanya tidak di endah malah dirinya turut tidak di peduli oleh Naufal.

Tubuh Naufal di tolak tepi. Senduk di tangannya sekali lagi di rampas. Pantas dia mengantikan posisi Naufal di hadapan kuali panas tadi.

Tang! Ketika itu tangannya berlaga dengan kuali panas tersebut.

"Ouchh!" Adunya. Sepantas itu tangannya mulai merah. Naufal mula mengelabah. Rasa bersalah di atas sikapnya sebentar tadi. Segera tangan Amani di tiupnya.

"Sakit ke?" Soalnya sambil meniup perlahan.

"Hati Amani lagi sakit!" Bentak Amani sambil menarik tangannya. Dia masih lagi geram dengan lelaki di hadapannya itu. Baru sekarang dia mengada tunjuk kisah, tadi bukan main lagi jual mahal sampaikan tangannya terpaksa menjadi mangsa menyondol kuali panas.

"Hati Amani lagi sakit?" Ulangnya sambil menatap tajam ke arah Amani.

"Hati abang? Hati abang tak sakit ke? Hati abang ni lagi sakit tahu tak." Kedengaran sedikit keras suara Naufal lantas meninggalkan Amani. Amani hanya mampu mendiamkan diri. Lantas menutup api masakan di hadapannya. Perlahan-lahan dia duduk di sudut meja di kirinya. Hatinya betul-betul terkesan dengan tindakan Naufal sebentar tadi. Dia mula menyesali tindakannya. Ternyata hakikatnya dia yang bersalah.

"Mari sini tangan tu." Pinta Naufal yang sudah di hadapannya dengan kapas dan minyak di tangan. Amani hanya patuh. Hatinya masih lagi hiba dengan kekasaran Naufal sebentar tadi.

"Sakit tak?" Soalnya sambil meniup-niup ke arah tangan Amani. Amani hanya mengelengkan kepalanya. Membiarkan Naufal membalut tangannya. Rasa sakit di tangannya sudah tidak diendah. Dia terasa bersalah terhadap jejaka di hadapannya itu.

"Kalau sakit sangat kita ke klinik." Luahnya sambil mengemas balutan tangan Amani.

"Abang..." Suara Amani perlahan. Namun Naufal masih lagi leka dengan balutannya.

"Abang..." Ketika itu kedengaran helaan nafas Naufal. Wajah Amani di tatapnya dalam. Mata mereka saling berpaut.

"Kenapa sembunyikan dari abang?" Soalnya.

"Amani tak ada niat pun."

"Habis tu, apa niat Amani?" Soalnya lagi. Tidak berpuas hati. Wajah Amani masih di tatap dalam sehingga membuatkan gadis di depannya itu terasa sedikit canggung.

"Amani, belum bersedia." Luahnya senafas. Dia berharap jawapannya akan mematikan tatapan tajam Naufal ke arahnya.

"Belum bersedia? Tapi dia dah lamar Amani. Kalau belum bersedia tak kan sampai melamar?"

"Amani minta maaf. Bukan niat Amani nak selidung dari abang. Cuma Amani tak berani nak beritahu abang." Jelasnya lagi.

"Kenapa tak berani? Amani marahkan abang berani pula?" Nampaknya Naufal seakan tidak mahu mengalah untuk kali ini.

"Okay. I was wrong and I admit it. " Bibirnya dicebik risau. Wajah Naufal di pandang penuh bersalah. Dia cuba untuk meraih simpati agar Naufal tidak berkeras kepadanya. Ya, bukan niat dirinya untuk membelakangkan Naufal. Dia tahu Naufal adalah satu-satunya ahli keluarga yang paling penting dalam hidupnya. Seperti ibu dan arwah ayahnya. Namun dia sendiri masih ragu-ragu akan kehendak dirinya. Namun tindakan Negoo terlalu kehadapan tanpa di duga dan hal itu di luar kawalannya.

"Sebenarnya kami hanya berkawan biasa, tapi bila dia datang jumpa Amani, keadaan seperti tidak di duga. Belum sempat Amani kenalkan pada abang, dia terdahulu menyampaikan niatnya kepada ibu. So what can i do? " Jelas penuh perasaan. Mengharapkan Naufal faham akan keadaannya.

"Amani suka kan dia?"

"Amani..."

"It's okay." Pintasnya sebelum sempat Amani  menjawab pertanyaannya. Nafasnya di tarik dalam dan di hela perlahan.

"Kenalkan dia pada abang."

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI