Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,080
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Naufal meninjau-ninjau sekeliling rumah, kelihatan kereta milik Amani tiada di parkir kereta. Hatinya tertanya-tanya, lewat-lewat begini ke mana agaknya Amani?

"Assalamualaikum ...." Jam tangan di lengannya di pandang sekilas, tepat jam 10 malam.

"Waalaikumsalam. Naufal, Jemputlah masuk." Ajak Puan Mardiah bila melihat Naufal sudah di depan muka pintu rumahnya.

"Amani tak balik lagi ke bu?" Hatinya gelisah ingin tahu. 

"Amani keluar dengan kawan dia. Jemputlah duduk." Puan Mardiah sudah selesa duduk di hadapannya. Suara televisyon sengaja di kecilkannya. Senang hatinya bila Naufal datang melawat.

"Kamu baru balik kerja ke? Dah makan ke belum ni?" Dia tahu anak teruna di hadapannya itu sering kali balik lewat malam. Tambahan dia perlu berkerja keras untuk pusat guaman baru di bukanya tahun lalu. Rasa dirinya sangat bertuah bila anak yang diasuhnya kini sudah berjaya. Syukur Alhamdulillah.

"Makan kat pejabat tadi bu... Macam biasalah bu... Sejak akhir-akhir ni banyak pula kes. Alhamdulillah, rezeki..." Usulnya sambil menyandar selesa tubuhnya di kerusi empuk bersebelahan puan Mardiah.

"Amani pergi mana lewat-lewat malam macam ni bu?" Soalnya lagi. Hatinya yang gelisah untuk mengetahui keberadaan Amani semakin tidak dapat di bendungnya lagi. Pantas saja dia menyuarakannya.

"Katanya keluar makan. Kamu kenal ke kawan Amani tu Naufal? Terkejut ibu siang tadi di buatnya." Puan Mardiah memulakan perbualan. Kali ini dia cuba mengorek rahsia Amani dari Naufal. Dia pasti Amani mesti bercerita kepada anak muda di hadapannya itu. Bukan dia tidak tahu hubungan rapat mereka dari kecil lagi. Cuma bila meningkat dewasa dia selalu menasihati mereka berdua untuk menjaga kelakuan masing-masing, maklumlah masing-masing sudah meningkat dewasa.

"Terkejut? Emmr, kawan yang mana satu bu? Ibu kan tahu Amani banyak kawan." Naufal berkira-kira siapa agaknya kawan Amani yang di maksudkan puan Mardiah.

Kali ini Puan Mardiah sedikit mengeluh, nampaknya Naufal tidak mengenali jejaka dari China yang datang berjumpa Amani siang tadi. Harapannya untuk mengorek rahsia Amani kini musnah. Nampaknya dia perlu mengorek sendiri dengan anak gadisnya itu.

"Negoo... Nama dia Negoo. Jejaka dari China." Naufal berkerut dahi bila mendengar nama yang di sebut oleh Puan Mardiah. Dia cuba mengingati nama-nama kawan Amani yang di kenalinya, namun dia tidak pernah sekali mendengar nama tersebut dari mulut Amani lagi-lagi dari China. Hatinya sedikit kecewa. Siapa agaknya lelaki misteri itu. Kenapa Amani tidak pernah menceritakan kepadanya. Pantas tangannya mencari telefon bimbit di dalam poket seluar.

"Kamu nak buat apa? Telefon Amani? Tak payahlah telefon dia dulu , kejap lagi baliklah dia tu, nanti tak pasal-pasal dia marahkan kita." Putus puan Mardiah pantas bila melihat reaksi anak teruna di hadapannya itu. Dia tahu pasti Naufal ingin menghubungi Amani. Bingit lagi telinganya nanti mendengar amarah Amani kepada Naufal. Tak habis-habis bagai kucing dan anjing. Lagi dengan sikap anak teruna di hadapannya itu. Selama ni bukan dia sengaja menutup mata segala tindak tanduk Naufal kepada Amani. Bukan dia tidak sedar perasaan Naufal terhadap Amani namun atas dasar kekeluargaan dia tidak mahu Naufal dan Amani terikat malah dia tidak mahu Naufal menyimpan rasa terhutang budi kepadanya. Biarlah mereka bebas dengan pilihan sendiri. Kalau benar jodoh mereka dia yakin dan percaya semuanya tidak akan kemana. 

"Emmmrr... Tak pernah pula, Amani cerita kat Naufal. Kalau hal Daniel, itu Naufal tahu dan lebih dari itu Amani tak pernah cerita pun." Dalam hatinya terselit rasa kecewa, seperti Amani menyembunyikan sesuatu daripadanya. Arghhh... Sungguh hatinya terasa bagai di hiris. Kenapa Amani sembunyikan kehadiran jejaka misteri tu? Sejauh mana hubungan mereka? Entah mengapa dia begitu terasa hati dengan tindakan Amani. Rawan hatinya.

"Kamu tahulah Amani tu Naufal. Hati berubah-ubah. Kejap sana , kejap sini. Kamu pula macam mana? Ibu dengar kamu dah ada kekasih hati." Puan Mardiah pula cuba untuk bertarik tali. Dia teringat lagi beberapa bulan yang lalu Amani meluah amarahnya terhadap Naufal. Bingit telinganya mendengar kemarahan Amani terhadap kekasih hati anak teruna di hadapannya itu. 

"Mana pula ibu tahu ni..." Luahnya sambil tertawa kecil. Terkejut bila mendengar kata-kata Puan Mardiah. Ini mesti kerja Amani. Siapa lagi kalau bukan budak comel tu. Nantilah kau Amani. Sampai ke ibu kau menjaja cerita. Marah sangat nampaknya. Agaknya inikah alasan Amani menyembunyikan jejaka misteri tadi?

"Amani tu salah faham bu. Perempuan yang Amani terserempak tu setiausaha Naufal, bukan kekasih hati Naufal bu. Mesti ibu ingat Nadia kan? Waktu perasmian pejabat Naufal dialah pekerja yang paling banyak membantu Naufal selain pekerja yang lain."Jelasnya cuba meyakinkan puan Mardiah. Dia tidak mahu gosip palsu Amani kepadanya di panjangkan lagi. Puan Mardiah mengangguk kepala dan cuba mengingatkan kembali wajah Nadia yang di maksudkan oleh Naufal.

"Alah, kalau iya pun apa salahnya. Umur kamu tu pun bukan muda lagi tahu. Ibu kamu dan ibu ni, dah tak sabar nak timang cucu." Seloroh Puan Mardiah. Naufal hanya tersenyum seperti kerang busuk. Malas untuk memanjangkan lagi cerita tersebut. Lagipun kalau dia benar-benar berhajat untuk ke alam pernikahan rasanya itu bukanlah masalah besar baginya. Statusnya kini yang lebih dari stabil jika menginjak ke fasa tersebut. Cuma buat masa kini, rasanya dia masih belum bersedia untuk melonjak kaki ke alam baru itu. Biarlah dia dirikan pusat guamannya dengan jayanya dulu. Lagi-lagi kini dia terasa bahagia di samping ibu, puan Mardiah dan Amani. Mengingatkan senyuman Amani membuatkan hatinya di buai. Budak comel kesayangan hamba! Alamak! Jejaka misteri... Aduhai, siapakah dia? Dalam hatinya mula tertanya-tanya siapakah jejaka bernama Negoo dalam hidup Amani. Dirinya seakan tercabar. Tapi betulkah dirinya sudah jatuh hati kepada Amani? Sejak bila? Hatinya kini melonjak-lonjak ingin tahu. Kenapa sejak akhir-akhir kini dia sering mendambakan perhatian Amani? Adakah dia sudah jatuh hati? Sungguh dia sendiri keliru dengan dirinya. Hubungan sebagai abang dan adik kini di rasainya lebih dari itu. 

Hatinya mula di ulit resah dan cemburu dan dia sendiri tidak tahu kenapa dengan perasaanya. Dia mula merasa cemburu terhadap jejaka yang mula muncul dalam hidup Amani. Adakah kerana perhatian Amani terhadapnya kini sudah tidak seakrab dulu. Dia sedar sejak kejadian salah faham Amani terhadap Nadia mereka jarang berhubung tambahan dia juga sibuk dengan kerja di pejabat barunya. Bila saat dia mempunyai masa lapang Amani pula sibuk dengan kerjayanya. Ini antara faktor hubungan mereka sedikit renggang. Tambah-tambah lagi mereka sudah tidak tinggal sebumbung seperti dahulu. Kehadiran ibunya satu tahun lalu membuatkan puan Mardiah menginginkannya tinggal bersama keluarga barunya. Walaupun berat di sudut hatinya untuk meninggalkan puan Mardiah yang banyak berjasa kepadanya, masakan dia mampu menolak permintaan puan Mardiah.

"Ibu tahu perasaan kamu Naufal, ibu faham sangat dan ibu kenal siapa Naufal. Tapi ini juga harapan besar ibu. Harapan untuk anak terunanya. Ibu tak akan biarkan kamu hidup dalam penuh penyesalan di kemudian hari. Siapa pun dia, di hari lalu dan hari ini, dia tetaplah ibu kandung kamu, ibu yang kandungkan kamu sembilan bulan lamanya, dan ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan kamu. Besar harapan ibu, kamu dapat kembali di sininya dan terima dia seadanya. Ibu faham... Untuk melepasakan masa silam itu sangat sakit, tapi ibu juga percaya jika kita redha akan takdir kita pasti bahagia. Ibu nak anak-anak ibu bahagia dunia akhirat." Luah puan Mardiah penuh dengan harapan dengan mata yang penuh bersinar dan renungan mata itu serta merta memusnahkan segala rasa marahnya terhadap ibu  yang sanggup meninggalkan dirinya suatu masa dulu.  Walaupun perit tapi itulah kenyataan yang harus di sedarinya.

Nafasnya di tarik dalam langsung di hela perlahan. Syukur hari ini dia merasa bahagia mempunyai insan-insan yang menyayanginya.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI