Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,075
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

"Sudah-sudahlah main handphone tu, ni abang kat depan ni dah macam tunggul dah!"

Naufal menjengkel sedikit. Rasa tidak puas hati bila  Amani tidak mengendahkannya. Handphone di tangannya di tatap asyik sedari tadi.  Bila di tanya hanya angguk geleng sahaja jawapannya. 

"Okay. Fine ! Abang nak minta maaf. Abang... minta maaf sangat-sangat kat Amani."  

Berat baginya melafazkan ungkapan itu namun layanan Amani sangat menyeksakan batinnya. Entah mengapa dia begitu terasa hati bila tidak diendahkan langsung oleh Amani. Terasa dadanya mencucuk-cucuk sakit. Kenangan dua belas tahun yang lalu menyayatkan hatinya, saat dia masih mengimpikan istana yang indah bersama ibunya, dia telah disisih dan di tinggalkan tanpa rasa bersalah dari seorang wanita yang dia cintai. Saat itu hidupnya penuh dengan derita, terlalu sakit baginya. Hanya Puan Mardiah yang sudi untuk melabuhkan kasih untuknya. Begitulah juga dengan Amani dan dia tidak mahu lagi kehilangan orang yang terlalu bermakna dalam hidupnya.

"Amani, please let down your phone, i'm talking to you, please." Tangan Amani di genggamnya pelahan cuba untuk menarik perhatian gadis tersebut.

"Abang..." Mata Naufal di pandang dalam. Perasaannya sedikit geram namun terselit rasa kasihan terhadap Naufal. Wajah Naufal yang lembut sering kali membuatkan hatinya tumpas untuk amarahnya.

Nafas di tarik dalam dan dilepaskan. Handphone di tangan di letak kasar ke atas meja. Sengaja menunjukkan protesnya. Naufal masih lagi setia menunggu kata-kata darinya.

"Sampai hati abang buat Amani macam tu tempoh hari. Amani malu tahu tak bang! Kalau abang di tempat Amani, abang tak marah ke? Sekurangnya abang perlu jelaskan pada kekasih kesayangan abang tu, Amani ni siapa! Ni tak. Abang sanggup diamkan diri sampai Amani balik. Abang apa ni bang? Lepas kejadian tu, nak telefon Amani pun tak. Langsung tak minta maaf. Abang fikir Amani ni apa ya?"

Bagaikan senapang sudah di tangan Amani siap dengan pelurunya. Tangkas menghalakan ke arah wajah Naufal tanpa hilang seinci pun dari pandangannya.

"Dia bukan kekasih abang lah. Mana Amani tahu dia kekasih abang?" Naufal sedikit terkejut. Oh! tidak. Nampaknya Amani salah sangka terhadap dirinya. Peristiwa  beberapa bulan lalu cuba di ingati kembali. Nadia! Ya Nadia! Dia tak sangka Amani begitu ambil hati dengan Nadia.

"Abang! Sampai sekarang pun abang masih tak mengaku silap lagi ke bang?"

"Silap apanya? Nadia tu bukan kekasih abang. Apa lagi yang silap? Agaknya Amani yang silap ni." Sengaja nadanya dilembutkan. Dia tahu perasaan Amani pada ketika itu. Kalau di tambah minyak pasti terbakarlah kedai mamak yang mereka duduk. Hish! Silap-silap dia di buru oleh abang mamak pula. Bertambah tambahlah masalah dia.

"What? Bukan kekasih abang? Abang tahu tak, Nadia cakap apa dengan Amani?" Dia sedikit terkejut namun masih tidak mahu mengaku kalah. Naufal harus diserang kembali!

"Kalau Amani tak bagi tahu abang, macam mana abang nak tahu..."

"Abang ni kan! Hish!"

"Abang cakap betul ni, abang tak tahu apa-apa pun masalah Amani dengan Nadia. Hari tu tanpa sengaja  abang terserempak  dengan Nadia waktu tengah tunggu Amani. Jadi abang ajak minum dan makan sekali, dan abang tak tahu apa yang berlaku seterusnya. Alih-alih Amani balik tanpa bagi tahu kat abang. Jadi salah abang ke ajak Nadia makan sekali? Lagipun dia kan pekerja abang. Tak salahkan."

"Well, kalau abang nak tahu sangat, PA abang tu betul-betul gilakan abang! Masa abang pergi wash room, dia halau Amani! Dia kata Amani ni perampas kekasih dia. Sepatutnya hari tu abang temujanji dengan dia, dan Amani perosak temujanji dia. Abang fikir Amani ni langsung tak ada maruah ke?"

"Kejap! Kejap! Amani cakap, Nadia halau Amani? Habis tu, kenapa tak bagi tahu kat abang? Kenapa Amani diamkan jer? Kenapa terus tinggalkan abang macam tu? Antara Amani dan Nadia siapa lebih kenal abang? Amani kan. So what the problem?" 

Amani mengigit bibir, tidak terkata bila tahu hakikat Naufal tidak mengetahui hal sebenar yang berlaku di antara dia dan Nadia. 

"So what the problem ? The problem is, Abang langsung tak telefon Amani tanya kenapa Amani balik!" Amani kembali menyinga. Jangan harap dia nak bagi peluang walaupun dia tahu hakikatnya ada salah faham antara mereka.

"Bukankah Amani yang pesan kat Nadia, Amani ada hal penting nak balik. So, abang tak nak ganggu Amani, lagipun abang faham jadual padat Amani macam mana." Mata Amani ditatapnya dalam, cuba untuk meraih simpati. Fikirannya masih buntu mencari idea untuk menyejukkan hati Amani kembali. Dia betul-betul tidak menduga tindakan Nadia menyerang Amani. Fikirannya ligat mencari jalan. Dia betul-betul rindu akan senyuman manis Amani. Nampaknya dia belum mampu untuk membeli senyuman Amani hari ini.

"Okay, Kalau abang silap, abang minta maaf. Abang betul-betul minta maaf. Please, abang nak tengok Amani senyum... Abang rindu dengan senyuman Amani tu..."

"Hish! Mengada-ngada." Geli geliman hatinya bila mendengar kata-kata pujukan Naufal. Walaupun hatinya masih lagi bersisa amarah namun pujukan Naufal sedikit membuahkan senyumannya. 

"Senyumlah lagi...nak lebih dari ni."

"Tak nak lah!" Matanya sengaja di jengkelnya ke arah Naufal. Serta merta menggurai tawa Naufal.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI