Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,137
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

"Oh,itu pun dia." Negoo menunjuk ke arah seorang lelaki.

"Kenapa?" Soal Amani sedikit terkesima bila melihat lelaki tersebut sudah sedia membuka pintu teksi untuk mereka.

"Teksi?" Soalnya sekali lagi, cuba untuk mendapat penjelasan lebih dari jejaka di tepinya itu, namun Negoo hanya melirik tersenyum kepadanya. Mungkin cuba untuk mendramatikkan perjalanan teka-tekinya yang masih lagi belum berakhir.

"Why not just use my car?"Luahnya tidak berpuas hati. Amani hanya mampu terkebil-kebil menatap teksi limousine di hadapan arah mereka. Semakin terkejut dengan tingkah laku Negoo. Entah ke mana destinasi yang di bawanya nanti. Mungkinkah mereka akan ke dunia kayangan impian mereka? Penat sungguh dia menunggu jawapan dari teka-teki yang di reka khas oleh lelaki kayangannya. Hatinya kian mengeluh segera ingin tahu. Hausnya masih lagi terasa di anak tekaknya.

Daripada naik teksi kan senang naik kereta sendiri. Boleh jer dia maklum aku awal tadi. Kalau nak pusing satu bandar pun aku boleh bawakan.  Emmmr... Entah kemana pula dia nak bawa aku kali ni. Janganlah ada apa-apa yang tak baik. Jauh simpang malaikat. Ya Allah mudahkan urusan ku hari ni. Moga-moga pertemuan ini mendapat restu mu. Bibir di gigit dengan riak risau.

"Oh.. No worry my girl. Come." Tangan Amani di tariknya, sedikit tersentap Amani namun kakinya turut laju mengikut rentak Negoo di hadapannya. Kelihatan pemandu teksi tadi hanya tersenyum melihat telatah mereka.

Maaflah pak cik, bukan aku sengaja nak biar lelaki kayangan ni sentuh-sentuh aku, tapi lelaki kayangan depan aku ni kadang ingat kadang lupa budaya aku. Mungkin dia ada penyakit pelik. Lagipun diakan lelaki kayangan... Inilah nasib bila menjalinkan hubungan yang berbeza dunia dan adatnya. Adunya dalam hati saat melihat senyuman dari pemandu teksi sebentar tadi. Terbit rasa risaunya, apa agaknya pandangan pak cik tersebut kepadanya.

"Maaf, terlewat." Ucap Negoo  tersenyum. 

 Amani mula menarik pergelangan tangannya dari gengaman lelaki kayangannya. Huh! Nasib badanlah kenal lelaki kayangan ni.

"Tidak mengapa. Silakan."Jawab pak cik tadi yang masih lagi setia dengan senyumannya kembali membuka pintu di tempat duduk hadapan pula.

"Tak mengapa, kami berdua duduk di belakang." Ringkas jawab Negoo sambil memberi isyarat kepada Amani untuk masuk ke dalam kereta terlebih dahulu. Pak cik tadi hanya mengangguk setuju dengan permintaan tetamunya.

Ishh! Memanglah duduk belakang tak kan nak duduk berdua di hadapan kot! Seringai Amani dalam hati. Amani mengesotkan tubuhnya ke arah hujung sekali. Memberi ruang di antara mereka. Naik risau pula dia.

Tup! Kedengaran kuat daun pintu kereta di tutup. Negoo sudah selesa duduk di sampingnya sambil membetul-betulkan sedikit bajunya. 

"Lepas ni nak suprise apa pula?" Soal Amani yang masih bersisa tidak berpuas hati terhadap Negoo.

"Well, just wait and see."

"Hish! Poyo!" Seringai Amani kembali.

"What ? Po..co..?"  Dahinya sedikit berkerut bila mendengar perkataan yang tidak pernah di dengarinya sebelum ini.

Hah, padan muka di panggil poyo. Muka kacak persis lelaki kayangan tapi poyo. Gelihatinya.

"What ? Po..co..?" Ulangnya lagi. 

Amani mula berdekah ketawa, gelihatinya tidak dapat disimpan lagi.  Tu lah lagak pandai sangat dengan bahasa aku. Ucap poyo jadi poco pulak. Janganlah kau ajak aku poco-poco lepas ni. Gumamnya dalam hati.

"Hey, Poco!" Sekali lagi Amani tertawa. Sampai terkeluar airmatanya menahan kegelian hatinya.

"What wrong? You laughing! Why are you laughing." 

Air liurnya di telan perlahan. Amani pantas membetulkan duduknya. Risau pula dia, manalah tahu lelaki kayangan bertukar gelaran lelaki garang. Naya dia. Manalah dia tahu sifat sebenar jejaka di sampingnya itu, lagi-lagi perkenalan mereka yang bermula dari dunia maya. Dunia maya a.k.a dunia kayangannya. Perkenalan maya belum pasti mencakupi sifat dan sikap seseorang. Alah sedang orang dah berumah tangga pun, belum cukup kenal sikap pasangan mereka, inikan pula kisah aku. Ish... Kalau ibu tahu hal sebenar pasti ibu bising dan tak izinkan aku keluar malam ni. Amani... Amani... 

Segera dia mematikan derai tawanya. "No.. Don't get me wrong. You amused me." Jelasnya sambil membibitkan senyum dari menahan kegelian hatinya. Risau pula lelaki kayangan di tepinya itu tersalah anggap lantas terkecil hati. 

"So, what is our next destination?" Soal Amani sambil membetul-betulkan rambutnya. Sedikit keciuman haruman rambutnya mampu menggoda hati lelaki Negoo.

"In my heart..." Bisiknya sambil tertawa kecil. Kali ini dia mengambil peluang untuk mengusik Amani. Ingin sekali dia menatap riak wajah geram Amani. Terasa comel seperti anak kuching yang sedang merajuk. Hah, Tadi senang sangat ketawakan dia, sekarang giliran dia pula.  Amani mula menyeringai. Wajahnya di buat geram. Negoo tertawa besar. Hajatnya untuk menatap reaksi geram Amani berjaya. Pemandu teksi tersebut turut tersenyum mungkin turut terhibur melihat telatah mereka.

"Pakcik, hantar kami ke tempat biasa." Arahnya. Pemandu teksi itu hanya mengangguk tersenyum.

"Tempat biasa?" Amani sedikit kehairanan. Permintaan Negoo sebentar tadi seakan menunjukkan keakraban hubungan mereka. Sekali lagi membuat Amani terpingga-pingga.

"Cik, teman lelaki cik ni memang selalu menggunakan khidmat pak cik bila datang ke Malaysia. Jadi tempat-tempat di lawatinya pak cik memang dah sedia maklum." Celahnya. Amani hanya mengangguk. Terjawab persoalannya. Negoo pula berlagak segak bila pak cik teksi tersebut berpihak kepadanya. 

"Teman lelaki?" Soal Amani seakan berbisik namun mampu di dengari oleh Negoo. Pantas wajahnya menoleh ke arah Amani dan serta merta mata mereka saling berpaut.

Jadi pak cik ni dah lama kenal lelaki kayangan aku ni. Huh... Senang sikit hati aku dengar. Teka-teki dia hari ni sangat misteri risau pula aku. Tapi tadi pak cik ni kata dia teman lelaki aku? Mana pula dia tahu gosip tu? Bahaya betullah Negoo ni. Takkanlah benda tu pun dia nak ceritakan pada pemandu teksi...Alahai buah hati...

"Kalau bukan teman lelaki? Bao bei..." Suaranya lembut seketika mematikan fikiran Amani yang masih lagi ligat membicarakan hal seketika tadi. 

Pantas berkerut dahi Amani mula menyeringai kembali. Geram dengan ucapan Negoo. Sebenarnya dia malu di usik begitu di hadapan pemandu teksi mereka. Agak-agaklah nak romantik. Tempat awamlah wahai lelaki kayangan. Malunya...

"Bao bei, kesayangan!" Negoo tertawa riang. Suka hatinya melihat reaksi Amani. Walaupun dalam keadaan marah wajahnya tetap comel mencuit hatinya. Hatinya betul-betul terpaut melihat kecomelan wajah Amani. Kecomelan yang bukan biasa-biasa baginya. Mata Amani yang bulat di serikan lagi dengan alis mata yang cantik terbentuk selalu mengganggu-gugat hatinya saat saling bertaup mata. Di tambah lagi bentuk bibirnya yang kecil dan kemerah-merahan bak ceri yang segar. Sesungguhnya hatinya sudah di tawan oleh  Amani Eldora!

Wajah Amani di tatapnya dalam. Hatinya begitu senang melihat gadis di tepinya itu, tambah-tambah lagi bila melihat anak mata Amani yang seakan berlari-lari menahan malu dari renungannya. Reaksi Amani yang bersahaja itu sudah cukup untuk membunuh hatinya apalagi bila melihat Amani tersenyum mampu menganggu tidur malamnya. Wajah Amani sudah bermaharaja lela di dalam fikirannya. 

"Kita dah sampai." Ucap pak cik teksi, sengaja berbicara walaupun dia tahu hakikatnya kedua-dua penumpangnya itu menyedari mereka sudah tiba di destinasi mereka bila melihat penumpangnya masing-masing mengelamun dengan perasaan mereka melalui cermin dashboard teksinya.

Negoo kembali menguntumkan senyuman. Melirik ke arah Amani.

"Jom." Ajaknya. Amani hanya mampu mengangguk. Masih lagi menahan resah dari panahan mata Negoo yang sedari tadi memanah ke arahnya. Almaklumlah musim bunga-bunga cinta yang mula berguguran. Terasa asyik dan indah sekali walau hanya dengan senyum dan tatapan mata sahaja.

"Terima kasih pak cik." Sejumlah wang sudah beralih tangan. Teksi tersebut perlahan meninggalkan mereka. Amani hanya terkebil-kebil melihat pandangan rumah banglo besar di hadapannya.

"Rumah Yéye." Jelasnya bila melihat Amani yang sedang asyik memerhati banglo di hadapan mereka. Hatinya begitu riang sekali tidak sabar untuk membawa Amani menjejak kaki ke vila milik Yéyenya.

Mendengar banglo di hadapannya kini adalah milik keluarga Negoo serta merta itu jantungnya berdegupan kencang. Dia tidak sesekali menduga kejutan yang di tunggunya sejak dari tadi adalah jemputan Negoo ke rumah datuknya. Pasti Negoo ingin membawanya makan bersama keluarganya. Amani... Amani... Naya sungguhlah nasib pertemuan pertama kau. Gumamnya dalam hati penuh kerisauan.

"Datuk awak tinggal disini." Soalnya lagi sedikit tidak percaya. Negoo hanya mengangguk.

"You..." Amani sudah hilang kata-kata. Hatinya semakin berdebar-debar. Rasa tercabut keluar jantungnya naik keresahan.

"Bao bei... Why? Are you afraid ? " Amani mengangguk laju.

Negoo mara setapak ke arahnya membuatkan jarak mereka semakin dekat. Kepalanya di tundukkannya sedikit merenung dalam ke arah mata Amani.

"Tak perlu risau. I'm a good person, and my family too.

Amani menarik nafasnya sedalam mungkin. Saat ini malunya terhadap jejaka di hadapannya itu  sudah berganti dengan kerisauan untuk bertemu dengan ahli keluarga lelaki kayangannya.

"Emmmr, boleh tak kita pergi tempat lain." Bibirnya di cebik, tangan baju Negoo di pegangnya perlahan. Degupan jantungnya masih lagi laju. Risau untuk berhadapan dengan ahli keluarga Negoo. Banglo yang tersergam indah di hadapannya di pandang kuyu.

Sekilas Negoo melihat lengannya yang di pegang oleh Amani. Dia tahu perasaan Amani. Tapi dia sudah nekad untuk memperkenalkan Amani dengan datuknya. Dia tidak mahu membuang masa yang dia ada. Dia perlu pantas bertindak. Menjemput Amani untuk bertemu ahli keluarganya adalah satu tindakan yang harus di laksanakannya. Lagipun hatinya betul-betul sudah terpaut terhadap gadis comel di hadapannya itu. Masakan dia perlu memutar kembali langkahnya. Amani Eldora harus bertemu keluarganya malam ini.


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI