Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,077
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20

Wajah Amani di tatapnya tajam. Hatinya semakin bergelodak bagaikan air panas yang mendidih. Semakin di tatap semakin hatinya panas. Tersentap hatinya mendengar kata-kata Amani sebentar tadi. Tindakan Amani baginya betul-betul menyakitkan hatinya. 

"Kenapa abang pandang Amani macam tu?" Tikas Amani apabila mula menghidu perbuatan Naufal yang duduk di hadapannya. Puan Mardiah yang sedang menyiang ikan di sinki turut menoleh. 

Namun Naufal masih membisu dengan renungannya. Sesekali kedengaran nafasnya di hela. Mungkin cuba sedaya upaya untuk menahan kesabaran di hatinya.

"Apa lagi yang abang tak puas hati dengan Amani." Soalnya sambil mencebik bibirnya geram bila melihat Naufal masih membisu.

"Amani." Kedengaran tegas suara Naufal sekali menyebabkan Puan Mardiah kembali menoleh ke arah mereka.

"Amani tahu tak apa yang Amani buat ni?" Tegasnya. Suaranya sedikit tinggi. Tidak pernah dia bersikap sebegitu namun atas desakan sikap Amani yang semakin lama semakin menjadi membuatkan hatinya tidak dapat menahan sabar. Puan Mardiah yang turut terkesan pantas meninggalkan kerjanya. Perlahan dia membawa dirinya duduk di tepi Amani berhadapan di hadapan Naufal.

"Ibu, Naufal betul-betul sedih dengan tindakan Amani. Sepatutnya hal seperti ini Amani tidak bertindak sendiri. Kalau seperti hal ini Amani berani bertindak sendiri apa lagi hal-hal lain kelak." Suaranya tegas. 

Serta itu Amani tersedak air liurnya mendengar penjelasan Naufal. Menambahkan lagi rasa geramnya. Ternyata betullah yang di katakan lelaki kayangannya, Naufal seorang yang moody.

"Abang! Salah ke Amani membantu seseorang yang betul-betul memerlukan pertolongan Amani. Lagi-lagi hal yang membawa kebaikan. Salah ke Amani? Amani tak fahamlah, kenapa abang anti sangat dengan Luf? Apa salah dia? Kenapa abang mudah sangat nak mempertikaikan niat dia? Begini cara abang?" Bertalu-talu dia menembak kembali. Panas hatinya bila melihat Naufal menyerangnya tanpa alasan yang kukuh. Hatinya sedikit sedih bila melihat sikap Naufal yang dianggapnya abang sebagai pelindungnya langsung tidak memihak kepada usahanya.

"Abang perlu ingat, tanggungjawab kita sebagai umat islam adalah membawa dakwah. Kenapa abang mempersulitkan sesuatu hal yang mudah seperti ini. Amani betul-betul sedih dengan abang. Amani tahu, abang tidak sukakan Luf. Abang tidak percaya pada Luf. Abang banyak bersangka buruk pada Luf! Tapi abang perlu ingat, dia juga manusia biasa seperti kita. Ada hak seperti kita. Ada perasaan seperti kita dan abang tidak berhak untuk menghalang niat Luf untuk memeluk islam."

Puan Mardiah hanya mampu mendiamkan diri. Cuba untuk memberi ruang kepada Amani dan Naufal meluah segala apa yang terbeku di hati mereka sebelum dia memintas.

"Abang tak halang niat dia Amani! Cuma abang terkesan dengan cara Amani. Kenapa perlu Amani belakangkan abang dan ibu? Siapa abang dan ibu di hati Amani? Siapa kami" Wajah Amani di raihnya hiba. Hatinya pilu mendengar segala hujah-hujah Amani sebentar tadi. Begitu cepat Amani meletakkan dia dan ibunya di belakang demi kekasih hatinya.

"Abang, sesaat hidayah itu datang tiada siapa pun yang mampu untuk menghalangnya. Jika dari Amani adalah jalan Luf untuk meraih islam tiada apa yang dapat menghalangnya jika itu yang telah tertulis pada takdir Luf. Susah sangat ke abang nak faham niat Luf. Amani cuma membantu apa yang patut sahaja. Sepatutnya abang berbangga dengan apa yang Amani lakukan. Isu Luf tak ada kaitan dengan kedudukan ibu dan abang. Ibu, abang dan Luf semuanya penting bagi Amani."

"Habis kenapa tak bawa abang sekali bawa Luf ke pejabat agama? Susah sangat ke nak telefon abang. Kenapa Amani langsung tak maklum alih-alih Amani maklum dia dah islam dan Amani sendiri yang membawanya. Apa semua ni? Kenapa tak bincang dengan ibu dulu atau abang? Amani tahu tak besarnya tanggungjawab Amani ni?"

"Kalau abang mempersoalkan hal tanggungjawab, Amani nak tanya abang. Bila abang nak bertanggungjawab bantu Luf? Bila? Abang nak tunggu bila? Kalau tunggu dan tunggu sampai ke sudahlah gamaknya. Adakah itu yang abang maksudkan satu tanggungjawab?" Kelihatannya Amani semakin rancak dengan emosinya. Segala kata-kata Naufal menjadi perdebatannya.

"Amani, Naufal anak ibu. Bertenanglah dulu. Tahu tak ibu sedih melihat kelakuan anak ibu macam ni. Entah apalah akan jadi bila ibu tiada nanti. Sudah-sudahlah tu. Benda ni kita boleh bincang elok-elok. Tak perlu sampai meninggi suara antara satu sama lain. Kenapa ni? Ibu ke yang salah tak mendidik kamu berdua?" Puan Mardiah mula tidak senang duduk bila melihat telingkah kedua anaknya yang semakin lama semakin pasang bagaikan air laut. Hatinya mula terluka melihat kedua-duanya masing-masing tidak mahu mengalah.

Naufal memandang hiba ke arah Puan Mardiah. Sungguh dia tidak berniat membuat hati ibu dihadapannya itu terkecil hati. 

"Maafkan Naufal bu. Naufal tidak bermaksud begitu."

"Yalah sangat. Bukan abang ke yang memulakan semuanya tadi?" Tikas Amani sebelum dia disalahkan oleh ibunya. 

"Kamu berdua ni. Sudah lah tu. Ibu tak nak dengar lagi. Sekarang ni kita perlu fikirkan usaha membantu Luf. Dia tu mualaf. Tanggungjawab kita untuk membantu dia.

Amani pantas menjeling Naufal yang terkelat-kelat sejurus mendengar nasihat ibunya. Senang hatinya bila merasakan ibunya memihak kepadanya.


                                                                                             ***

"Xu Zhimo! How dare are you?" Tinggi suaranya sambil  menghempaskan tas tangannya di atas meja pengerusi di hadapannya itu. Namun riaknya tadi hanya di biarkan bersahaja oleh anak muda yang kemas berbaju kemeja duduk sambil teliti memerhatikan komputer ribanya. Langsung tidak diendahnya.

"ListenThis is mine!" Marahnya lagi tidak berpuas hati. Komputer riba anak muda tadi di tariknya kasar menyebabkan anak muda tersebut sedikit tersentak dengan kelakuannya.

"Please..." Katanya. Sedaya upaya mengawal emosinya di hadapan wanita tersebut. Dia cuba sedaya upaya untuk mengelakkan situasi mereka menjadi semakin serius.

"Give it back to me, so then i will let you go!" Ugutnya. Komputer riba tadi di tolaknya kasar.

"What?" 

"This is mine and give it back to me!" Ulangnya kembali sambil menunjuk ke arah kerusi anak muda di hadapannya itu.

"Well, it's mine. Please get out of my office." Jawab Xu Zhimo bersahaja namun dalam nada yang tegas. 

Kata-kata anak muda tadi menyebabkannya emosinya semakin marah sehingga tanpa sedar dia melontarkan tas tangannya ke arah anak muda itu.

"Nǐ fēngle!" Balas Xu Zhimo sambil menghalang dirinya dari lontaran tas tangan puan Liu Yang.

"Nǐ shuō shénme? Wǒ fēng? Oh my god..I'm not this crazy, if you give what mine back!" Come on boy... i had doing this for a years and you just take it easily? Shǎo fèihuà! " Templeknya lantas beredar dengan amarahnya. Namun hatinya sedikit puas dengan semburan kata-katanya tadi. Kalau tidak hari ini bila lagi dia harus bertindak. Anak muda itu harus sedar akan kedudukannya. Dia yang bersusah senang dalam memperjuangkan hotel tersebut namun langsung tidak di padang oleh bapa mertuanya. Langsung tidak kenang dek untung. Sakit hatinya bila segala usahanya langsung tidak di hargai.

"Xu Zhimo! You will begging me soon!" Luahnya sambil mencebik bibir mungilnya yang merah menyala seperti merah hatinya ketika itu.



Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI