Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,071
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

"Kamu sudah pasti dengan keputusan kamu?" Tuan Xu Song memandang tepat ke arah wajah cucu kesayangannya itu. Hatinya mula gundah-gulana. Kata-kata cucunya sebentar tadi benar-benar menyentak fikirannya.

"Pasti yéye. Kalau saya terus di sini, saya pasti berbagai lagi rancangan yang akan dia lakukan. Dari melihat segalanya kucar- kacir, saya lebih rela menyerahkan kepada nya." Luahnya lagi. Dia berharap yéyenya faham akan keadaanya. Dia tidak mahu keluarganya berpecah belah hanya kerana perebutan jawatan di hotel milik yéyenya itu. Dia lebih selesa untuk hidup dalam kesederhanaan. 

"Apa yang kamu katakan tadi tidak akan berlaku. Wanita itu sudah tidak boleh di beri muka lagi. Kamu lihatlah saham kita semakin menurun angkara gosip liar dia dengan yayasannya. Koripsi sana-sini. Dana haram sana-sini. Tengoklah hotel kita sekarang. Hampir setiap hari berganti pekerja. Apa kamu tidak fikirkan semua itu? Hotel ini adalah nadi atuk. Disinilah mulanya kehidupan atuk dan nenek kamu dan juga ayah kamu. Jadi atuk mohon pada kamu, bantulah atuk. Tiada siapa yang atuk harapkan melainlan kamu. Kalau tidak atuk akan pastikan ibu Kartini kembali ke sini." Penuh tegas kata-kata yang di ungkap oleh tuan Xu Song terhadap cucunya. 

Negoo kembali terdiam. Fikirannya bercelaru. Tidak pasti apa yang harus di lakukannya lagi. Masakan dia perlu melibatkan ibu Kartini. Ibu Kartini sudah banyak menderita. Tidak! Dia tidak akan sesekali menyakiti hati ibu Kartini.

"Kamu jangan bingung, atuk akan ada di belakang kamu. Atuk pastikan kamu adalah pemegang hotel milik atuk." Pujuknya lagi bila melihat riak wajah cucunya yang semakin suram dan gundah-gulana.

"Lepaskan ibu Kartini. Saya mohon pada atuk."

"Kamu perlu tunaikan janji kamu. Ibu Kartini akan selamat. Usah fikirkan Liu Yang. Atuk buat semua ini  demi kamu dan ibu Kartini. Tapi kamu harus menjadi pengurus hotel. Atuk berharap kamu dapat melihat apa yang atuk lihat. Jika kamu sayangkan ibu Kartini, kamu harus pikul tanggungjawab ini."

Perlahan-lahan  Negoo mengangkat wajahnya. Memandang tepat ke arah wajah figura lelaki tua berubah di hadapnnya itu. Tampak kedutan-kedutan di setiap wajahnya. Hatinya mula di rundum sedih. Wajah yang dulu tanpa kedut kini semakin hari menampakkan usianya. 

"Baiklah, demi yéye dan ibu Kartini." Tuan Xu Song tersenyum lebar mendengar. Hatinya kembali riang.

"Tapi atuk, sebelum itu saya perlu selesaikan satu perkara." Tuan Xu Song kembali mengerutkan dahinya. Hatinya sedikit tersentak dengan kata-kata cucunya itu. Entah apa hal yang dimaksudnya sebentar tadi.

"Saya mahu berkahwin dalam waktu terdekat ini dan saya juga sudah memeluk agama islam." Luahnya tanpa was-was lagi. Dia tidak mahu berselindung akan kemahuannya.

"Apa? Maksud kamu revert? " Negoo hanya mengangguk.

Kedengaran tuan Xu Song menghela nafasnya. Ada sesuatu menganggu fikirannya.

"Bila?" Soalnya.

"Secepat mungkin?" 

"Ibu Kartini sudah tahu?" 

"Belum." Sekali lagi kedengaran tuan Xu Song menghela nafasnya.

"Akhirnya, kamu memihak kepada ibu Kartini. Kalau begitu, segeralah berkahwin. Atuk akan uruskan hal selain dari itu sebelum kamu kembali ke pejabat."

"Baiklah. Tapi saya ada satu lagi permintaan." Luahnya lagi sambil memandang tetap ke arah wajah yéyenya.

"Majlis kami majlis tertutup." Tuan Xu Song hanya mengangguk.

"Baiklah kalau macam tu, saya balik dulu. Nanti saya akan hubungi yéye."

"Tunggu. Ada satu perkara lagi yang atuk ingin bincangkan." Niatnya untuk mengundur diri seketika tadi mula terbantut. Duduknya  dikemasnya kembali.

"Jangan tukar nama kamu. Hal ini sangat penting." Jelas Tuan Xu Song dengan memandang tepat ke arah wajah Negoo.

"Nama muslim saya Muhamad Luf Xu Zhimo Abdullah. Saya berniat untuk mengunakan nama islam saya untuk meneraju hotel yéye nanti." Kali ini kelihatan wajah tuan Xu Song sedikit tegang.

"Kamu tidak boleh mengunakan nama itu. Kamu akan ditentang oleh Liu Yang dengan sekeras-kerasnya nanti." Tuan Xu Song mulai risau. Dia sudah seakan mula menghidu masalah besar akan berlaku dalam pengurusan hotelnya nanti.

"Yéye, panggil segera peguam yéye. Jelaskan kedudukan saya dan ibu Kartini, saya rasa semuanya akan pulih nanti." Kali ini wajah ibu Kartini kembali di ingatannya. Senyuman yang sangat dirinduinya. Sudah lama mereka tidak bersua. Rindunya hatinya untuk meraih kembali mata yang bercahaya penuh keibuan dari ibu Kartini. Sungguh dia merinduinya. Dakapan yang hangat yang selalu mendokongnya saat terluka. Bersama ibu Kartini dia mula merasai tidak semua cinta itu palsu. Ikatanya dengan ibu Kartini seperti hujan yang telah lama berhenti namun rindunya enggan pergi.

"Kalau itu yang kamu mahu, baiklah. Tapi pesan atuk, jangan mengalah dan kerusi atuk itu adalah milik kamu. Walau apa pun yang akan terjadi kelak, kamu harus kekal disitu. Kamu adalah satu-satunya harapan atuk."

"Ya, saya janji yéye. Saya janji akan tunaikan permintaan yéye."



Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI