Home Novel Cinta Dia, Jodohku Rupanya
Dia, Jodohku Rupanya
Amylieyhaizani
9/3/2014 02:03:54
74,329
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 24

Bab 24

Tanpa disangka-sangka oleh Azura, malam itu Yusuff dan Dato’ Rahim serta Datin Marlia datang bertamu ke rumahnya. Kedatangan mereka disambut baik oleh orang tua Azura. Senyuman yang dilemparkan oleh mereka sekeluarga amat menyenangkan mata yang memandang.
Azura pantas ke dapur selepas bersalaman dengan mereka untuk membacuh air untuk tetamunya. Sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya untuk melakukan kerja dapur kerana tidak mempunyai pembantu rumah. Kata Datin Shafiqah, biarlah air tangan untuk anak dan suaminya dari air tangannya sendiri. Itu lebih baik jika dibandingkan air tangan orang lain.
Selesai membancuh air dan meletakkan sedikit kuih di dalam pinggan berhias, Azura keluar dengan membawa dulang dengan berhati-hati. Risau jika tersandung, dia juga yang akan mendapat malu. Pasti akan menjadi perhatian Yusuff yang tidak pernah bosan melirik kepadanya.

“ Auntie, uncle, jemputlah minum. Ini jelah yang ada. Kalau Auntie bagitahu nak datang, pasti Zura masak-masak sedap tadi!” Azura berseloroh sambil melabuh punggung di sebelah mamanya. Dato’ Azman dan Datin Shafiqah yang mendengar tergelak kecil. Begitu juga Datin Marlia dan Dato’ Rahim yang memang menyenangi anak gadis sahabat mereka itu.

“ Hai, takkan uncle dan Auntie je! Yusuff tak jemput sekali?” soal Datin Shafiqah tiba-tiba. Berderau darah Azura mendengar kata-kata mamanya. Yusuff yang mendengar hanya tersenyum walaupun sedikit terkilan.

“ Yusuff pun jemputlah minum! Macam tak biasa!” Azura mencebik. Pantas Datin Shafiqah mencubit lembut pipi anak daranya.

“ Azura dan Yusuff kan dah lama kenal! Bukan orang asing! Masa kecil-kecil dulu, mana boleh berenggang. Dah besar ni, mungkin dah tak berapa nak rapat! Maklumlah lelaki dan perempuan mesti ada persaan malu! Tak macam tu Zura?” Datin Marlia seakan menduga.
Azura hanya mendiamkan dirinya. Dia hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka yang dirasakan terlalu panjang. Yusuff juga tidak ketinggalan menceritakan perjalanan syarikat Damai Suria kepada orang tuanya.

“ Azura boleh handle tak Jaya Idaman? Uncle dapat tahu ni pun, papa Azura yang ceritakan! Elok sangatlah Azura ambil alih tempat papa Azura tu!” Dato’ Rahim tiba-tiba menyapa Azura yang termenung panjang.

“ Bolehlah uncle. Tapi kurang sikitlah nak dibandingkan dengan Yusuff. Dia lagi berbakat dalam bisnes-bisnes ni!” Azura sengaja menarik perhatian Yusuff. Lelaki itu seakan terperanjat mendengar kata-katanya.

“ Biasa je! Tiada apa yang menarik pun! Lainlah kalau Azura,” Yusuff membalasnya kembali. Kelihatan orang tua mereka berbisik sesama sendiri dengan senyuman bermain di bibir.
Setelah bersembang panjang, Dato’ Rahim meminta diri untuk pulang. Itupun setelah dipaksa oleh Azura untuk menghabiskan juadah yang ada di hadapan mata. Yusuff yang bangun menuju ke pintu sempat melempar senyum kepadanya. Datin Marlia dan Datin Shafiqah saling berpelukan. Dato’ Azman dan Dato’ Rahim pula bersalaman agak lama. Mungkin ini tandanya persahabatan sejati! Getus Azura sebelum melambai tangan apabila mereka berlalu meninggalkan halaman rumah. Yang pasti saat itu Azura merasa lega! Teramat lega apabila terlepas dari pandangan Yusuff.

****

Mila yang kelaparan menyanyi kecil di dapur. Dia mengambil sebungkus maggi untuk dimasak. Zyra yang datang dari dalam bilik menepuk bahu Mila dengan kuat. Hampir terjatuh plastik maggi yang dipegang oleh temannya itu.

“ Kau ni Zyra, terperanjat aku!” ujar Mila sambil mengambil bawang yang siap dikupas dari dalam peti sejuk. Kemudian dia memotong sedikit sayur untuk dicampurkan ke dalam maggi yang hendak dimasak.

“ Nak masak satu ke? Masaklah dua..Aku pun lapar juga ni!” Zyra mengusap perutnya. Mila mencebik sebelum menuang minyak ke dalam periuk.

“ Yalah sayang..Intan payung..” Mila bersuara sambil menumis bawang yang dipotong. Setelah naik baunya, dia memasukkan air dan perasa ke dalam periuk sebelum memasukkan dua bungkus maggi. Setelah hampir siap, Zyra pula memecahkan sebiji telor dan memasukkan ke dalam maggi yang mula mengelegak. Tidak sampai seminit, mereka menutup api dan siap…

“ Sekarang, kau masukkan dalam mangkuk! Bawa ke depan, tuan puteri nak santap!” Mila seakan mengarah. Zyra yang mendengar hanya tersengih. Banyaklah tuan puteri! Puteri maggi segeralah tu! Zyra tersenyum pula. Pantas dia memasukkan maggi ke dalam dua biji mangkuk dan membawanya ke ruang tamu.

“ Bagus juga sekali-sekala ada orang tolong angkatkan! Tak pun tolong masakkan! Tak adalah tangan aku kasar semacam je..” Mila bersuara apabila Zyra meletakkan makanan di atas meja.

“ Banyaklah kau! Tangan aku ni kasar, tak apa pulak?” Zyra membidas. Kemudian dia meletuskan tawa melihat Mila membuat memek muka sepuluh sen. Dah macam cekodok basi! Bisik Zyra sendiri sambil mengambil remote TV dan mencari siaran yang menarik. Kemudian dia meletakkan remote control setelah tertarik hati dengan cerita aksi yang dilakonkan oleh Stephen Chow dalam filem The Kungfu Hustle. .

“ Mila, kau nak dengar cerita tak?” soal Zyra tiba-tiba. Mila yang menikmati maggi yang masih panas menumpukan perhatian kepada Zyra yang kelihatan serius.

“ Cerita apa? Cerita seram ke?” Mila kelihatan teruja. Zyra yang mendengar tergelak kecil. Ada saja sikap Mila yang menghiburkan hatinya.

“ Tak adalah seram sangat! Tapi boleh tahanlah!” Zyra pula seakan berteka-teki. Dia turut menikmati makan malam mereka dengan berselera. Mila yang ternanti-nanti mencebik tidak berpuas hati.

“ Zariff…” tutur Zyra singkat.

“ Kenapa dengan Zariff?” soal Mila kehairanan. Apa masalah lelaki yang datang tanpa diundang itu? Agaknya ajak Zyra keluar makan kut..Mila berbisik sendiri.

“ Dia panggil aku.. Mily! Kau terkejut tak?” soal Zyra sambil tergelak kecil. Mila yang mendengar mengurut dada. Seramlah sangat!

“ Mily?” Mily tu siapa? Awek dia ek?” soal Mila kehairanan.

“ Tak tahulah aku, Mila. Sakit juga kepala tengok perangai dia tu! Sejak bila pulak nama aku ni Mily! Agaknya, Zariff ni tak betul kut? Ataupun meroyan sebab kena tinggal dengan kekasih. Tu jadi macam tu!” Zyra pula serkap jarang. Dia menyuap kembali maggi yang mulai kembang. Begitu juga Mila yang masih berfikir tentang sikap lelaki yang disebut Zyra itu.

“ Mujurlah perempuan tu nama Mily! Kalau Mila, terpaksalah aku korbankan jiwa raga aku untuk jadi isteri dia!” Mila mula melalut.

“ Sempat lagi kau berangan ek!” Zyra seakan menyindir. Mila hanya tersengih sebelum membutangkan matanya.

“ Mungkin dia pernah couple dengan kak Lia?” tiba-tiba Mila memberi pandangan. Zyra yang mendengar seakan terkejut. Alasan yang kuat untuk diterima. Namun mustahil! Getus Zyra perlahan.

“ Kak Lia kata, abang Iskandar adalah cinta pertama dia. Kalau ada pun cinta monyet! Tak pernah pulak aku dengar kak Lia sebut pasal Zariff! Dan satu lagi, sejak bila pulak kak Lia guna nama Mily? Mustahil!” Zyra menafikan apa yang dikatakan oleh Mila. Pernah juga Zyra bertanya tentang Mr. Gitaris kepada Amelia, namun kakaknya itu tidak pernah mengenalinya. Mila yang mendengar menganggukkan kepalanya. Mungkin benar kata-kata Zyra. Mustahil orang yang dipanggil Mily itu adalah Amelia. Mungkin juga orang lain!
Kata orang, dalam dunia ini ada tujuh orang yang sama rupa dengan kita. Mungkin Mily itu salah satu contohnya. Zyra menghabiskan makan malamnya. Begitu juga dengan Mila yang masih mencari-cari jawapan. Entah kenapa, kepalanya pula yang pening menghuraikan cerita yang tidak berkesudahan.

“ Mungkin itu tektik Zyra! Si Zariff tu sukakan kau! Dia buatlah cerita macam tu. Bila kau dah beri perhatian pada dia, maksudnya pancingnya dah mengena. Dan kaulah ikan yang dipancingnya!” Mila beria-ria mereka cerita. Zyra yang mendengar tergelak kecil. Masakan dia disamakan dengan ikan! Tak ke haru!

“ Tektikpun tektiklah! Malas aku nak fikir! Sakit kepala aku ni!” Zyra bangun untuk ke dapur. Mila yang masih terkial-kial menghabiskan magginya turut bangun dan meletakkan mangkuknya ke dalam singki. Dan yang pasti, Zyra yang menjadi mangsanya sekali lagi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.