Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
38,156
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 15

      " UHUK ! UHUK! KEH !KEH! " Batuk yang sedang Rafael hinggapi semakin hari semakin teruk .Tubuhnya semakin kurus, mana taknya sudahlah makan pun tak lalu , makanan yang masuk sedikit ke dalam perut pula dimuntahkan balik.

      Plaster ' koyok' putih sentiasa menjadi peneman setia dahi Rafael .Bila tiba waktu malam bermula dari bunga senja badannya kadang sejuk hampir menggeletar , kadang panas seperti demam .Rafena pula entah di mana.Osman pula semenjak kematian arwah Tok Bomoh Aki dia seakan cuba menjauhinya.

      Begitulah adat dunia, semasa kita ketawa ramai yang menempel kita, tetapi pabila tangisan mula menjelma semakin hari semakin kita di jauhi .Begitulah yang terjadi pada Rafael.

       " Aku dah tak larat pun kau nak hisap darah aku jugak ke ? Pergilah cari manusia lain ! " Omel Rafael menghalau makhluk belaannya itu .Dia semakin menyeringai .Dia tak peduli! Yang dia tahu dia lapar ! Dia mahu darah ! 

       " Aku kata pergi ! Pergilah ! Jangan ganggu aku ! Kerana kau lah Fena aku jadi mangsa  ! Makhluk sial ! Makhluk bodoh ! " 

       ' Kau hina aku , manusia ! Kau yang nak bela aku , kini kau nak halau aku ? Kau belenggu aku , kini kau nak lari ? ' Monolog makhluk tersebut menyeringai garang .

        Semakin Rafael mengusirnya , semakin dia berdegil.Sayup- sayup kedengaran tangisan sendu diikuti tawa yang menyeramkan.

        Lama dia merenung jendela yang terbuka itu dari atas sebatang dahan pokok.Dia nampak seseorang yang amat dia sayangi .Dia ingin bersuara tapi tidak mampu kini.Dia bukan lagi Rafena yang dahulu .Tapi dia seorang pemangsa.Dia juga nampak seorang perempuan terpunduk tepi katil Rafael .' Siapa perempuan itu sebenarnya ? Apa yang telah Rafael lakukan selama ini ? ' monolognya .

       Rafael meronta- ronta.Hampir kehilangan banyak tenaganya tatkala terpaksa bertarung dengan makhluk itu .Lehernya nyaris- nyaris di baham .Makhluk itu menyeringai menampakkan taringnya yang tirus lagi tajam.Sedaya- upaya Rafael cuba menolaknya supaya terlepas .

       Termengah - mengah di balik pintu yang telah kunci rapat itu .Dengan harapan makhluk itu tak dapat keluar , sedangkan pada hakikatnya makhluk itu bisa saja tembus .

       " Has...Hasbuna....Nallah waniman wakill.." Baru kini dia teringat untuk menghafaznya , sedangkan selama ini ??? Kelam- kabut dia bergegas ke arah pintu.Dia mahu keluar untuk menyelamatkan dirinya.


***********


     DARI sepohon ke sepohon pohon ara dia berterbangan tanpa lelaki yang sedang menapak laju itu sedari .Niatnya bukan mahu mengacau tapi mahu menemaninya.Rafena tahu Rafael dalam bahaya kini.

     Bahana kepada perbuatannya sendiri kerana menuntut ilmu salah .Jenuh dan dah berkali dia dail namun Osman tetap tak berangkat ! Rafael mula syaki sesuatu ! Mungkinkah Osman mahu menganiayai mereka.Bukannya Rafael tak pernah dengar  gossip orang yang menyatakan bahawa Osman juga menaruh perasaan pada Rafena! Mungkinkah ini kerjanya ? Jika benar ? Sungguh dia tak menyangka....Sedangkan selama ini , dia telah menganggap Osman itu seperti abangnya sendiri.

       Tiada rahsia antara mereka .Merekalah pang yau paling ngam ! Paling kamceng ! Namun, itulah rambut memanglah sama- sama hitam ! Tapi hati ???? 

       Langkah panjangnya terhenti tatkala terdengar seakan bunyi kibasan kain betul- betul atas kepalanya.Seperti biasa pasti meneguk liurnya.Mahu mendongak dia was- was dan takut .Rafena juga berhenti layangannya .Peluh kian membasahi ketiaknya kini.

        Kaki pula makin menggeletar .Pundi kencingnya juga terasa penuh .Kadang- kala , dia bagaikan terdengar suara kekekkan halus .Rafena tersenyum gelihati .Sengaja dia mahu memainkan perasaan takut kekasihnya itu .

       " Ya Allah ! Selamatkanlah aku !! Aku takut Ya Allah ! " Tadahan tangannya juga menggeletar sama.Kakinya terkepit- kepit menahan kencing .

       " Sayang selasih hamba turutkan ...." ujar Rafena kedengaran sayu sekali  ." Siapa tu ? Siapa tu ? Jangan ganggu aku ! Aku tak kacau kau ..." Bentak Rafael berpura- pura berani .

        Walaupun pada hakikatnya seluarnya sudah pun basah .

         " Sampai hati abang tak kenal saya ? " Soalnya kedengaran sayu sekali .

         " Kau siapa , hah ??? " 

          " Hihihihi...." 

          " Kau ingat aku tak tahu siapa kau ? Nyah kau dari sini jangan ganggu aku ! Jangan ganggu aku !! " 

          " Tuai padi antara nampak , esok jangan layu- layuan, intai kami antara nampak , esok jangan rindu - rinduan...." 

         " Siapa kau ? Kenapa kau ganggu aku ? Tolong ! Tolong pergi dari sini ! Aku....Aku bebaskan kau ...Pergi ! Pergi dari sini ! Jangan kau datang kembali! " Rayu Rafael mengintari sekeliling .Rafael sangat - sangat berharap agar makhluk itu dengar luahannya itu .

        " Sayang selasih hamba turutkan .." 

        " Aku kata diam ! Diamlah !!!" Pekik Rafael bagaikan orang gila .Telinga dipekup sekuat mungkin sambil tergeleng- geleng kepalanya.

        Pokok semakin bergoyang hebat kini.Rafael berpusing sambil melangut atas .Keresahan dan ketakutan menguasai ." Kau siapa ?  jangan ganggu akuuu!!!" 

        " Abang ...Abang ...." 

        " Jangan ganggu akuuuu!!" 

        " Aku haus darahmu ....! " 

        " Pergi..!!" 

Pekik Rafael tertunduk melutut , semakin erat telinganya dipekup ." Ya Allah....Allah..

Allah...." 

        Rafena melayang dengan tangannya yang tegak lurusnya menghala ke arah makhluk hodoh itu.Keduanya kini saling menyeringai dan bersiaga.

        Entah darimana munculnya guruh berdentum, angin pula semakin rakus hembusannya.Bercahaya sang petir membelah langit malam.


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.