Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
38,171
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 11

     KOCAKKAN air yang berdeburan itu membuatkan kepalanya pusing.Pantas jemarinya memicit dahi yang hanya di tutupi selendang jarang itu .Osman tetap fokus memandang hadapan dek bot tersebut dalam masa yang sama enjin di perhatikan.Kembang - kempis hidung Rafael menghidu bau laut .

      ' Uwekkk! Uwekk !! Akhirnya, setelah hampir lama dia cuba menahannya kini bersembur jua dalam lautan .Osman merenung Rafael .Rafael pula menjungkit keningnya ." Awat hang nak  usyar   aku lagutu ?," soal Rafael meniru loghat asal Osman.

       " Tu..."

       " Hang jangan macam- macam"

       " Awat pulak ? Aku tanya ja ? Aku tengok si Fena tu lain macam ja ? Manalah nak tau kan ?" Sindirnya sinis.Dalam keadaan yang tak boleh berenggang itu , pelbagai spekulasi orang .

       Bau masam menerawang ke udara.Kotor selendangnya kini." Sayang, bertahan sedikit , tak lama je lagi , nanti sampailah daratan " Rafael mengosok belakang Rafena.Walaupun dia juga tertahan loya .Akibat bau masam muntah itu .

      ' Tak mungkin kau mengandung ? Baru dua kali ...' monolognya bermenung panjang.

" Abang, Fena pening kepala.Kuat sangat ni ! Rasa nak pengsan " Rafena mengomel seraya mengesat mulutnya dengan hujung kemeja Rafael.Merah padam menahan amarah dari meletus.Mana taknya , slumber badak kesat muntah dengan baju yang dia pakai tu.

       Rafena lagi sekali termuntah tapi kini terus ke lantai bot , terpercik ke kakinya dan Rafael .Kelihatan nasi dan segala lauk pagi tadi .Hampir kosong perut di buatnya.Osman memekup mulutnya menahan tawa melihat drama swasta itu .

      Berkerut dahi , mimik muka geli kini merajai roman wajah Rafael.Jika diikutkan barannya mahu saja dia sepak perempuan hadapannya itu , mungkin sentap muntahnya ! Tak pun tertelan terus tak keluar, keluar lagi ." Bro, sabar bro ! Rafena tu bro ! Rafena! ," laung Osman cuba menandingi bunyi enjin dan deburan ombak .

      Selendang milik Rafena akhirnya lurut ke laut akibat selalu tertunduk.Rambutnya ke sana, ke sini di bawa dek angin." Bro, aku bawa Fena baring kejaplah ! Dia mabuk teruk ni ! Boleh juga aku tukar baju masam aku ni " Ujar Rafael yang memimpin Rafena ke dek bawah.Osman mengangguk mengiyakan.

      Sementara menanti Rafael tukarkan baju Osman mengemudi kembali bot berkenaan.Sedang dia fokus melihat hadapan, tiba- tiba lehernya terasa sesuatu seperti rambut panjang.Osman menoleh namun kosong .Rafael juga tak naik lagi .

      ' Rambut siapa ? ' Soal hatinya kemudian kembali memandang lautan yang luas itu.Rambut yang mengurai itu kembali bermain -main di leher Osman.Sepantas kilat , tangan Osman memekup lehernya.

       " Aku tak kacau ! Kau jangan kacau aku !" Osman terus memberi amaran seorang diri ." Hai, kau marah aku ke ? ," sahut Rafael tiba- tiba.Osman menoleh dan ternyata itu Rafael.

      " Benda tu ikut kau ke ?"

      " Benda apa ?"

      " Buat- buat tanya pulak ? " Soal Osman yang kadang- kala rimas dengan sikap biol sementara rakannya itu .

       " Benda yang kau puja tu lah , bro " tukas Osman setelah itu mengomel sedikit .Rafael pula terangguk- angguk." Nak buat macamana bro ? Dah nama pun pendamping ? So , kemana ja kami pi dia pi lah " sahut Rafael terus melabuhkan punggungnya di pinggir bot tatkala angin bertiup sepoi bahasa.

       " Betul jugak tu , macamana si Fena bro ? Takkan kau tak ' usik' dia ? Ringan ke ?," soalan nakal Osman membuatkan Rafael tersenyum simpul.Kucing kalau dihidangkan ikan , kan ? 

       " Sekali , dua je bro " 

       " Syoklah engkau, ya ? " 

       " Terima kasihlah bro , kalau tak kerana pertolongan engkau tentu sampai sekarang Fena tak cintakan aku ! " 

       Cinta yang penuh dengan penipuan , berbahagiakah mereka ??? 

        " Aku ok je bro ...Janji aku masyukkk..." 

        " Lambat lagi ke nak sampai ? Yang dah kelihatan tu , pulau apa ?" Soal Rafael menudingkan jarinya.Osman mengecilkan matanya tatkala terik mentari dan tiupan angin agak memedihkan matanya .

       " Hah ! Tula daratan" 

       " Oh,maknanya tak lama lagi lah kan ? ," soal Rafael pandang Osman berselang- seli dengan laut luas dihadapannya itu ." Ye , bro ..

Takpe nanti dah sampai aku roger..Kau pergilah tengok si Fena tu , kot dah bangun mencari pula kau " 

       " Ahah , baiklah ..," sahut Rafael bingkas bangun lantas menyusup masuk ke dalam dek bawah .

       Rafena masih lagi lena tidurnya.Rafael memandang ke arah satu sudut yang agak gelap dalam dek itu ." Kau sampai sana nanti , jangan nak buat hal pula.Tugas kau jaga Fena dan aku " arah Rafael seraya mengeluarkan botol kecil itu dari dalam bungkusan kain kuning.Tiap malam jumaat , pasti dia akan isikan darahnya ke dalam botol berkenaan jika mahu ilmu itu tetap ampuh .

       " Bro, kita dah sampai ! ," laung Osman dari atas mengejutkan Rafael .Botol itu disimpan semula sebelum dia menggerak Rafena." Fena, Fena, bangun sayang ! Bangun! Kita dah sampai ...Bangun! " Rafael seraya menampar lembut pipi gadis yang pulas tidurnya itu.

       Kelopak mata kembali tertutup tatkala terasa pedih.Perlahan- lahan , kelopak matanya dibukakan kembali .Insan pertama yang kelihatan adalah Rafael yang tersenyum manis.

       " Sayang, kita kat mana ni ?," soalnya yang bingkas bangun.Liar matanya memerhati sekeliling." Masih lagi dalam bot, bangun sayang kita dah sampai daratan.Sayang laparkan ?" 

        Setelah Rafena berada di atas, Rafael kembali semula ke dalam dek untuk mengambil bagasi mereka.Walaupun tak sebesar mana , tapi cukuplah untuk menyimpan pakaian keduanya.Baju- baju Rafena kesemuanya yang baru .Maklumlah dia datang ke rumah Rafael sehelai sepinggang !

       Bot agak teroleng- oleng menyukarkan perjalanan keduanya untuk ke pantai ." Bro, tak nak singgah makan dulu ke ?," soal Rafael." Tak apa bro, aku ada kerja lagi ni .Bro , jaga Fena baik - baik." Ujar Osman yang tidak mematikan enjinnya lagi .Suaranya dikuatkan.

       " Jangan risau bro , aku akan jaga sayang aku ni elok- elok!" 

        Rafena tersenyum manis .Tangannya sekalipun tak pernah lepas dari merangkul Rafael.Romantik juga Rafena ni ya ? 

        " Ok, bro selamat tinggal"

        " Hati- hati ! Contact aku nanti " 

        Rafael dan Rafena melambaikan tangan masing- masing ke arah bot yang semakin ke tengah itu .

         " Sayang ! Kita mulakan hidup baru ya di sini " Rafael dengan pantas mencuit hidung Rafena." Ye, abang .Fena janji Fena akan jaga abang.Janji pada Fena bang " Rafena membelai lembut wajah insan yang amat dia cintai itu.

        " Janji apa sayang ? ," soal Rafael seraya menyelitkan anak rambut Rafena yang terjuntai ke dahi itu di tepi telinga dek di hembus angin laut ." Abang, jangan sia- siakan Fena....Fena hanya ada abang seorang dalam hidup Fena" Rafena kembali meletokkan kepalanya ke bahu Rafael sambil memandang ke arah laut yang membiru itu .

      " Ye , sayangku Rafena .Abang berjanji abang takkan sia- siakan Fena.Fena juga tolong setia pada abang ya? Seperti mana abang setia pada Fena" 

       " Ye, abang ku sayang Fena berjanji...Fena, terlalu cinta dan sayang pada abang ....Fena rela mati jika abang tinggalkan Fena " 

      " Ssh...Jangan cakap begitu sayang.Abang akan sentiasa berada di sisi sayang ....Sayang...Abang laparlah  ...Mari kita cari kedai makan dahulu " 


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.