Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
38,194
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 10

     DARI jauh kelihatan Osman dan perahunya sedang menanti ketibaan mereka.Sambil berpegangan tangan , pasangan dua sejoli itu bersama - sama melalui laluan kecil ke jeti itu.Rafena kelihatan amat manja sekali dengan melentokkan kepalanya di bahu Rafael.Tak ubah seperti pasangan pengantin baru .

      Osman tersenyum mengejek.Sepandai manusia seperti Rafael akhirnya dapat diperbodohkan juga.Cinta itu tidak buta tetapi mereka yang membutakannya .Sehingga sanggup menduakan Allah .Percaya kepada benda syirik.

      " Lama tunggu ?," soal Rafael menghulurkan beg kepada Osman untuk diletakkan dalam bot berkenaan.Rafael masuk terlebih dulu kemudian barulah diikuti oleh Rafena.Osman mengerling ke arah Rafena, dia mencebikkan bibirnya .Dia tahu Rafael dah berkali ' pakai ' wanita itu.Dalam masa yang sama, Osman juga agak sakit hati yelah dia juga pernah lakukan sedemikian tapi , tak kesampaian.

       Tapi , dia tetap berpuas hati kerana dapat memperdayakan hati anak adam." Semua dah ready ? Kita berangkat sekarang ," ujar Osman seraya melepaskan tali tambatan .Enjin juga semakin panas .Rafena tersenyum manis seraya melentokkan kembali kepalanya di bahu Rafael tanpa sedikit pun dia ingat tentang dosanya itu .

        " Apa ? Ya Allah ! ," laung Pak Tahir seraya meletakkan tandan pisang lalu bergegas ke arah jeti.Diikuti oleh Pak Rahim rakannya , yang nampak Rafena dijeti bersama dengan dua orang lelaki .

       Kain batik yang terurai ikatan di dahinya ditarik rakus lalu di belitkan di leher sambil lariannya di perlajukan lagi .Sampai hati Rafena tinggalkan mereka , ibubapanya.

       " Rafena!! Rafena!! " Bergema lantang laungan nama gadis itu .Namun, sayang seribu kali sayang bot semakin menjauh di tengah lautan.


*************


      " SENAH ! Ya Allah ! Kenapa ni ? ," laung Pak Tahir meluru mendapatkan Bu Senah yang terjelepok tepi dapur .Kakinya di penuhi darah .Kaca- kaca dari satu pinggan yang hampir berkecai memenuhi ruangan itu.

      " Senah , terjatuh bang .Lantai basah .Senah pula pegang piring untuk di simpan..Aduh! ," rungutnya mendesah kesakitan tatkala Pak Tahir menarik keluar serpihan kaca dari atas kaki dan telapaknya." Allah ! Apa nak jadi ni ? Lepas satu, satu...." Gumam Pak Tahir sebak .

       " Ap...Ap...Apa maksud abang ?," soal Bu Senah yang resah .Dia takut apa yang dia risaukan itu, akan  menjadi kenyataan." Senah, Fena dah tinggalkan kita....Tak guna punya Rafael ! Dia bawa lari anak kita ! " 

      " Abang ! Be...Be...Betul ke apa abang cakap ni ? Jangan main- main bang ! Ya Allah , Fena!! Sampai hati kau buat kami begini ? Tak...Tak...Esah, tak percaya bang ! Tak mungkin Fena lari ! Tak mungkin..." 

       " Esah ! Mengucap Esah ! Mengucap ! Bawa bertenang! Abang dah pergi rumah Rafael ! Kosong! Abang pergi jeti pula ! Mereka dah jauh ! Fena ikut Rafael ! Abang yakin Rafael guna- gunakan anak kita ! " 

      " Abang ! Tolong bang ! Cari jalan selamatkan Fena! Anak kita bang ! Anak kita ! Kita takde anak lain bang ! " 

      Rontaan kaki yang agak rakus menyebabkan aliran darah makin deras.Pak Tahir membalut luka itu seketat mungkin." Mari Esah kita ke hospital ! Luka Esah ni dalam ! Apa- apa pun kita ke hospital dahulu! " 

      Mendesah dan menyeringai kesakitan tatkala kakinya di angkat untuk didudukkan pada seat kereta lama mereka.Kain penebat semakin lencun dengan darah .Airmata Esah tidak henti- henti daripada mengalir .Sakit kakinya itu tidak sepedih hatinya diperlakukan sebegitu rupa oleh darah daging sendiri.

       " Abang , Senah memang tak sangka Fena sanggup derhaka pada kita !" 

       " Senah ! Sudahlah tu ....Jangan bawa bergerak , nanti luka itu makin teruk " 

       " Biarlah abang ! Luka kaki Senah ini tak seteruk luka yang Fena lakukan ! Sakit dan pedihnya lagi jauh terasa ! " 

       Pak Tahir juga terasa sedih .Kerana cinta Rafena tinggalkan diri mereka.Namun begitu , dia yakin Rafena telah di guna- gunakan oleh mereka yang tak bertanggungjawab  .

       Dia harus cari jalan bagaimana mahu cari Rafena dan menyelamatkannya.Jika benar Rafael menyintai anaknya bukan begitu caranya ! Dia rela menikahkan mereka berdua andainya terpaksa! Daripada mereka berbuat dosa bersekedudukan .


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.