Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
38,224
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 8

      " APA kau dah buat pada anak aku , hah ? !," bentak Pak Tahir menyinga.Nasib Rafael tidaklah berapa baik, kerana kedua ibubapanya tiada selama seminggu.Terkebil- kebil matanya tatkala diserang membuta begitu.

      " Apa yang saya dah buat ?"

      " Kau jangan pura- pura!" 

      " Naiklah dulu, kita sembang di atas " 

      " Tak payah ! Kau ingat aku tak tahu ? Kau tergilakan Fena kan ? Kau tahu tak apa dah terjadi pada dia ? Apa kau dah buat ? Setan mana kau hantar rasuk dia sampai meracau ??! " 

      Terukir sedikit senyuman sinis di bibir Rafael tatkala terdengar nama Rafena.Dia yakin ilmu itu ampuh .Dan dia telah berjaya menakluki hati Rafena dalam diam .Dia tak pernah kisah soal halal haram janji dia dapat menawan hati Rafena.Menundukkan lagak wanita itu .Membuat wanita itu menjilat semula ludahannya.

      Tapi tatkala dia berdiri di realitinya, kecut juga hatinya melihat baran lelaki tua itu.Apatah lagi matanya tertumpu pada keris yang terselit di pinggang .

       " Baik kau cakap ! Apa kau dah buat pada anak aku ??" Rahang lelaki itu dicengkam erat .Membuatkan Rafael terjengket kakinya." Apa yang saya dah buat ? Pak Tahir jangan tuduh- tuduh begitu ! ," tukas Rafael memberanikan dirinya.

       " Argh!! !" Tubuh Rafael ditolak ke belakang ." Aduh ! Sakitnya urat belikat aku ! ," adu Rafael terpejam matanya menahan sakit tatkala belakangnya terhentak ke bucu tiang tangga.Angin kus kus dia pun apa lagi , laju saja keluarnya lalu menerawang ke udara.

       Kembang- kempis hidung Pak Tahir kini tatkala tak semena- mena terhidu bau busuk seperti telur tembelang.Rafael berbuat muka dunno sahaja.Dia tahu lelaki tua itu  terhidu kentutnya.

       Tingkap kini ternganga luas tatkala angin malam semakin menderu masuk.Membuatkan langsir berkibar rakus .Tiada lagi jeritan .Perlahan- lahan, Bu Senah menekapkan telinganya ke daun pintu .Sunyi sepi .Semakin berkerut dahinya tatkala terdengar seperti kain langsir berkibar dengan kuat seolah tingkap terbuka .Tingkap ?? 

      Kelam- kabut pintu di tarik selak luarnya.Ternyata dia terlambat kini.Tiada lagi Rafena, yang ada hanyalah gulungan kain alas tilam dan selimut di sepanjang laluan ke arah tingkap.

      " Ya Allah ! Fena!!," teriaknya tatkala terlihat juntaian gulungan selimut dan alas tilam terjulur ke bawah rumah ." Ya Allah ! Fena! Apa kau dah buat , nak ??? Abang....!!" Laungannya bergema diseluruh kawasan yang gelap lagi sunyi itu .Nun, jauh di sebatang pokok kelihatan ' sesuatu' sedang berdiri dan merenung tajam ke arah Bu Senah .


***********


      TAK dia hiraukan telapak kakinya yang terluka dek ranting yang tajam dan duri rerumput liar yang tumbuh melata di tanah .Tompokkan darah menitis disepanjang laluannya.Kadang- kala dia mendesah kesakitan .Jalannya pula semakin tidak statik makin lama makin mengengsot .

     " Abang Raf!! Mana abang...Fena datang bang ...Fena datang..." Rayunya teresak- esak .Kesakitan telapak kakinya tak sesakit jiwanya kini.

      " Rafena....Rafena ....Datanglah kepadaku....Aku seru jiwamu ....Datanglah ....! " 

      " Abang! Abang ! Mana abang ? Fena datang bang ....Fena datang ..." Meliar memandang kiri kanan, depan belakang .Suara itu makin lama makin kuat dia dengarinya.Namanya di seru seseorang .Di belakangnya pula ada ' sesuatu' yang menjadi penemannya kini.Hujung kain lusuhnya sahaja yang menjejak tanah .

       " kan abang dah pesan ! Jaga Fena elok- elok ! Allah ! Mana kau lari Fena!! " Bentak Pak Tahir makin panas jiwanya kini.Sudahlah Rafael tak mengaku .Kalau bukan kerja dia , kerja siapa lagi ? Osman ke ? Tetapi, setahunya hanya Rafael yang tergila- gilakan anaknya itu.Pernah Rafena mengadu padanya.

       " Mana Senah tahu bang , tak sangka pula Senah sanggup dia turun ikut tingkap .Rumah kita ni tinggi jugak bang " 

       Gulungan selimut dihempas kuat seraya menapak pergi .Bu Senah pula di hadiahkan satu dengusan amarah.Pak Tahir tak tahu bila hatinya itu akan sejuk kembali .Lepas satu , satu masalah timbul pada hari yang sama.Tak larat dia nak mengucap dah kini.Ringan saja dia mahu mengangkat kerisnya itu lalu pergi menikam Rafael .Namun hati sebelah kanannya pula membisikkan kata ketenangan.


       


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.