Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
38,215
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 9

     " ABANG ! Bukak pintu ni bang !! Abang Raf!! Fena datang ni ! ," laungnya dari bawah .Dengan pantas , pintu kamar rahsianya itu di kunci dari luar.Dia cuba memicingkan pendengarannya kini.Suara yang sayup- sayup kedengaran kini semakin mendekat.

     " Abang ! Bukaklah pintu ni abang ....Fena , datang ni bang ....Fena nak jumpa abang ....Fena tak nak balik rumah .....Bapak kurung Fena abang...Uhuhuhu...." Terjengok kiri dan kanannya dari atas tangga kot ada orang .Hampanya dia rasakan .Tiada sesiapa di situ .

      Suara beburung hutan saling tingkah -meningkah kini.Dengan gelap yang melatari langit , suara cengkerik juga tak kurang lantangnya kini.Namun, sedikit pun  ia    tak menjentik perasaan takut gadis yang sedang dirasuk itu.Mendayu dan merayu suaranya memanggil kekasih hati.

       Setelah hampir sejam dia dengan  sengaja membisukan dirinya  untuk melihat sejauh mana angaunya Rafena pada diri dia .Dan ternyata, gadis itu sanggup bertunggu, bertangga di rumah buruknya ini.Memang keampuhan ilmu pengasih dan penunduk tok Aki sangat membanggakan dia.

      Klik .Dan pintu pun terbuka...

" Abang...!!" Rafena berlari menaiki anak tangga dan tubuhnya rebah dalam pelukan Rafael." Abang...uhuhuuhu..Kenapa tinggalkan Fena..." Rayunya teresak - esak di dada bidang milik Rafael.Rafael memberi signal dengan gerakan anak mata hitamnya pada makhluk hodoh itu supaya bergerak ke belakang sambil tangannya masih lagi membelai belakang Rafena.

      " Shh...Dah , jangan nangis sayang .Kan abang dah ada ni ? Dah, jangan nangis sayang ....Nanti tak comel " canda Rafael laju jemarinya menyeka airmata yang nakal membasahi pipi gadis berkulit kuning langsat itu .

      " Abang...!" Sambil menepuk - nepuk lembut dada itu sambil tersenyum manis.Dengan pantas, Rafael menangkap tangan Rafena lalu di bawa ke mulutnya.Satu kucupan singgah di situ.Rafena pula membelai- belai pipi Rafael.

       Manakala jauh di satu sudut yang gelap , makhluk hodoh itu terpunduk.Sayu merajai hatinya tatkala melihat pasangan itu bercumbuan.Dia terkenangkan suaminya, Amran.Dia tak mampu untuk bergerak ke mana-mana kerana dirinya terbelenggu.Dia perlu senantiasa mendampingi Rafena atas arahan Rafael .

       Sedang Rafena tidur pulas setelah puas mereka bercumbu dan merayu .Perlahan- lahan , Rafael mendedahkan kakinya.Mulutnya di nganga luas tatkala semakin mendekati ibu jari kaki kiri tuannya, Rafael.

      " Abang, Fena terlalu cintakan abang..." ucap Rafena dalam tidurnya.Rafael mendesah kesakitan pabila makhluk itu menyedut agak lama darahnya.Setelah makhluk itu puas , dia bergerak semula ke sudut gelap.Rafael ingin bangun kerana ketukan di pintu agak bertalu namun tangannya erat Rafena genggam.Hampir beberapa minit ketukan itu lenyap .

      " Fena, abang juga cintakan Fena.Kerana cintalah abang lakukan semua ini.Kalau Fena tak sombong , tak ludah abang ! Abang takkan seksa Fena begini sayang ..." Jari telunjuknya bermain-main di wajah itu di mulai dari kelopak mata yang tertutup rapat lalu turun ke hidung .Kemudian terhenti di bibir basah itu .Dia kucup sekali lagi .

       Ya, memang dia bangga kini , dia telah dapat menawan Rafena sehingga malam ini dia telah berjaya ' menakluki sepenuhnya' Rafena.Dia takkan lepaskan Rafena .Dia tahu pasti esok lusa Pak Tahir dan orang kampung akan mencarinya.

      Perkara ini telah dia bincangkan dengan Osman.Dan esok, mereka akan meninggalkan kampung ini.Rafena juga berjanji akan mengikutnya ke mana sahaja.




Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.