Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
38,164
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 6

     " AKU tak kira! Si durjana itu mesti menerima balasannya ! " 

     " Amran, abah tahu kau masih bersedih .Tetapi cubalah beristigfar." 

     " Abah , senanglah abah  cakap.Bukan isteri abah yang kena ! Tapi isteri Am ! Sungguh Am tak sangka, ada juga manusia sekejam mereka! Am sayangkan Maria! Kenapa mesti Maria ! Kenapa ? " Bentak Amran semakin dirasuk perasaan amarah .Buku penumbuk makin erat kepalannya.Bagaikan bersedia untuk bertumbuk lagaknya.

      Sudahlah kuburnya di korek, dagu pula di layur kemudian di tinggalkan begitu sahaja.Siapakah  manusia -manusia yang kejam itu ? Sanggup aibkan jenazah sesama islam ? Tidakkah mereka berasa berdosa ? 

      Memang telah menjadi syarat,  perempuan mati anak sulung bagi si pelayur minyak dagu.

       Pintu di ketuk bertalu- talu." Assalamualaikum ! " sapa seseorang dari arah luar rumah papan itu." Waalaikumussalam, naiklah pintu tak berkunci tu ," sahut En.Razli bapa mertua Amran.Amran anak yatimpiatu hanya mereka berdua sahajalah keluarganya kini.

      " Oh, Rafael ..." 

      " Pakcik, Amran "

      " Duduklah nak , kejap pakcik buatkan air " 

      " Tak perlu susah- susah , Raf datang kejap je ni " Ujar Rafael sesekali mengerling roman wajah Amran yang kelihatan cemberut.Dia tahu kisah Amran, dia juga terasa.Tapi , tak pula dia perasan bahawa minyak dagu yang dia ambil itu dari arwah Maria kerana pada masa itu yang dia tahu , hanya mahu menundukkan Rafena.Cuma pernah juga kadang- kala, dia bagaikan terngiang- ngiang suara jeritan seorang wanita.Adakah itu suara arwah ? 

      " Begitulah keadaan Am, Raf.Pakcik pun tak tahu nak buat apa lagi ! Muka dia sekalipun tak pernah manis seperti dahulu.Pak cik memang sakit hati nak, pada pengambil minyak dari dagu arwah." 

      Payah sekali liur di telan.Mestilah dia terasakan.Dia juga pernah mengambilnya.Dan dari kubur yang sama pula.Kesilapannya hanyalah kerana tak melihat nama arwah dahulu.Maklumlah dalam gelap.Dia pula bagaikan nak tercirit dalam seluar kerana ketakutan yang amat sangat.

      " Cepat layur! Jangan kome hiraukan gangguan itu ! " Laung Tok Bomoh Aki tatkala secara tiba- tiba angin menderu kuat.Pelbagai gangguan terpaksa mereka hadapi.Dari jeritan sehinggalah ke penampakan.

       " Argh ! Ni semua kerja Osman ! Am, tahu pak .Takde orang lain lagi yang buat kerja terkutuk itu ! " Rafael memegang dada, hampir luruh jantungnya dek terkejut .Muka Amran semakin menyinga.Apatah lagi nama Osman dia petik.

      " Bawa mengucap , Am! Tak baik tuduh- tuduh begitu ."

      " Am, bukan tuduh pak ! Siapa tak kenal Osman ! Hah , bukan ke dia kawan kamu Raf ? " 

      " Mak hang hijau ! Mak aku oren ! Ish ! "  latah Rafael jika dalam keadaan kalut.

      " Mana Am tahu semua itu ? Aku tak tahu pulak si Osman tu begitu ? " Dalih Rafael memegang buntut seluarnya akibat terkentut.Rafael biasalah kalau dalam keadaan ketakutan , mulalah nak terkucil, terberak bagai ! 

      " Huh! Mana aku tahu , kau tanya ? Siapalah yang tak kenal dengan dia Raf....Kau aje yang tak tahu ! Yang kau tahu awek, awek, awek ! " Sindiran pedas dari Amran membuatkan Rafael ter-  senyum kambing gurun kini.Manakala En.Razli pula menggelengkan kepala.Dia akui kebenaran kata menantunya itu , kerana dia pernah terdengar bahawa Osman mahu menolong kawan dia pula ! Kawan yang mana , tak pula En.Razli ketahui ! Selamat kau kejap , Rafael! 

      Dek kerana takut,  jika berlama lagi mungkin rahsia akan terbongkar, Rafael mengambil jalan untuk cabut dari rumah itu ." Pak cik, nanti saya datang lagi ya.Ada hal pula ni ," dalih Rafael dan- dan itu memegang telefon pintar nokia lamanya itu .

      " Ha, yelah .Elok- elok bawa motor tu .Hari makin gelap ni ." Liar mata En.Razli mengintai dari balik jendela rumah papannya itu." Am, bersabarlah ya.Aku yakin suatu hari nanti mereka semua akan dapat balasannya nanti ..." ujar Rafael sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

        " Erm...Aku balik dulu ," ujar Rafael seraya menarik balik huluran tangannya.Amran kaku seperti mula- mula dia sampai tadi.Wajah pula tak ubah seperti  panglima zaman hang tuah ! 

       " Aku harap kau berhati- hatilah dengan si Osman tu ! Aku yakin kerja dia ! Biarlah Allah saja yang balas jika aku tak mampu untuk membalasnya!" 

       Langkahnya terhenti, lagi beberapa tapak saja lagi untuk sampai ke muka pintu.Rafael menoleh tatkala terdengar luahan lelaki itu .Rafael tahu, memang kerja Osman .Rafael juga mula berasa was- was dan tak senang duduk kini.Dan dia mulai tertanya, adakah minyak hidup dalam simpanannya itu dari dagu arwah Maria ? Isterinya Amran ? 

       " Aku harus tanya Osman ! Sekiranya benar minyak yang aku puja itu milik arwah apa yang harus aku lakukan ? Perlukah aku berjumpa Tok Aki lagi ? " soalnya sendirian,  berkerut- kerut dahinya memikir bagai nak pecah otak.Jari yang tersimpul sekali di tali helmet pun tak dia sedari .

       Amran memerhati ulah Rafael yang bercakap sendirian itu dengan  tajam sekali.Dia yakin itu kerja Osman .Dan jauh di sudut hatinya, dia bagaikan terasa bahawa Rafael juga terbabit cuma dia tiada bukti .Dan dia juga bukanlah jenis orang suka tuduh membabi- buta sahaja.Amran tahu mereka sangat kamceng .Apatah lagi tempat kerja juga sama.

      " Allah ! Apekehai nya payah bebeno ni ? ," bentak Rafael yang terpaksa bersusah payah membuka belitan tali helmet di jarinya itu.Remang senja kian melatari alam.Tanpa dia sedar, dia sebenarnya ada bawa ' penumpang' .Sayu sahaja wajahnya merenung lelaki di tepi jendela rumah itu .Dia bagaikan kenal dengan lelaki berkenaan.

      Tatkala, laungan Allahuakbar bergema barulah simpulannya senang di rungkaikan.Motor yang tadi dia rasakan sangat berat kini ringan semula.Helmet dipakaikan semula sementara menunggu enjin panas.

      Terhentak - hentak punggungnya tatkala tayar motornya melalui jalan berbatu dan berlopak sana- sini.Berdesup laju menuju ke aspal jalan besar dari laluan tanah merah itu tanpa dia berniat mahu berhenti solat seketika , sedangkan dia lalu tepi surau kampung .


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.