Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
38,176
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 18

       BERKERUT - KERUT dahinya menahan sakit tatkala dia ingin bangkit dari pembaringan." Aduh sakitnya ! ," keluhnya sambil memegang dahinya yang berbalut .Tiba- tiba, belakang tubuhnya terasa ada tangan yang sedang membantunya untuk bangun secara menegak.

       " Siapa pakcik ? " Soal Rafael memusingkan tubuhnya sambil dibantu lelaki berkopiah putih dan berjanggut panjang itu ." Assalamualaikum...," sapanya tersenyum manis seraya menghulurkan secangkir kopi panas pada Rafael .Pada mulanya Rafael teragak- agak mahu menerimanya.

         " Minumlah nak , jangan risau pakcik tak tambah apa- apa pun dalam kopi tu " 

          Rafael tersipu lalu mencicip sedikit .Agak panas juga kopi itu ." Anak ni sebenarnya siapa ? Dari mana ? Nak ke mana ? Bagaimana boleh pengsan di hutan ?," bertubi - tubi soalan lelaki warak itu persoalankan .

         Perlahan- lahan cangkir berisi kopi panas itu diletakkan kembali ke atas pelapiknya.Rafael agak payah untuk bersuara .Kepalanya terasa berdenyut tatkala dia memaksa mindanya untuk berfikir .

        " Say...Say...Saya tak ingat pakcik ...," jujur Rafael menjawabnya.Lelaki warak itu tersenyum lalu mengangguk.Dia sebenarnya dah mengetahui segalanya melalui firasatnya.

         " Tak mengapalah , anak berehat sahaja dulu di sini.Lagipun, pak cik juga tinggal seorang dalam pondok ini..." 

         " Tak takut kah pakcik , tinggal seorang dalam hutan tebal ini ?" 

        " Pakcik hanya takut pada yang SATU ," ujarnya seraya mengangkat jari telunjuknya tegak ke atas.Rafael tertunduk.Dia malu , cukup malu pada lelaki alim itu.Dirinya cukup jauh dari landas sebenar.Sehingga sanggup bermain dengan perkara syirik.Itu bukan cinta tetapi nafsu syaitan ! 

        " Nak, anak tak usahlah bimbang .Pak cik tahu segalanya .Tak apa , perlahan- lahan ya belajar ..." 

        " Saya malu pakcik....Saya dah berdosa pada semua orang disekeliling saya...." 

        " Nak , semua orang pernah melakukan dosa .Tak kiralah sama ada ia dosa kecil atau dosa besar kerana kita tak sempurna.Tetapi, sungguhpun begitu kita masih lagi ada peluang untuk memperbetulkannya , menginsafinya" 

        Bahu Rafael disentuh lembut .Menitis airmata Rafael tanpa disedari." Allahuakbar, Allah Maha Besar .," ucap lelaki warak itu .

         Ketukan beduk dari masjid berdekatan sayup kedengaran di hutan tebal itu .Ia menandakan telah masuk waktu maghrib ." Pakcik, ajari saya solat ," ucapnya perlahan tatkala lelaki warak itu ingin bangun.

         " SubhanAllah , syukur Alhamdulillah ," ucap lelaki warak itu penuh kesyukuran.


*********


       RAFENA menyeringai penuh amarah di dadanya.Namun, tidak bagi Maria.Dia hanya mampu terpunduk di tepi dinding diam tak berkutik.Maria semakin penat kini .Sudah tidak larat rasanya untuk dia memikul tanggungjawab ini.Sampai bilakah dia terbelenggu ? Dahulu pada Rafael dan kini pada suaminya pula ? 

       Tok Bomoh Anjang terus menyambung kerjanya .Masih ada beberapa lagi tugasnya yang harus dia selesaikan." Lepaskan aku !!! ," laung Rafena dengan deraman menyeramkan .Tak ubah deraman singa lapar .

        Damar kemenyan terus dia taburkan dalam dupa yang semakin berasap tinggi .Sengaja dia tidak mengendahkan amaran itu.Hanya kerlingan mata dan senyuman sinis dia berikan.

        " Hei, manusia bodoh ! Aku kata lepaskan aku ! Aku bukan dia yang boleh kau perbodohkan ! ," herdikan Rafena bergema .Maria terus terdongak tatkala suara itu bergema kuat ." Kau diam ! Memang kau bodoh ! Sebab kau bodohla diri kau senang diperkotak- katikkan oleh manusia- manusia seperti aku ! Dan seperti suami kau ! Rafael ! Hahahah! " 

       Sebuah kenyataan yang amat sadis sekali dia lemparkan buat pengetahuan Rafena.Grrr..Grr....Rafena makin terus menderam .Pintu terbuka luas, lantas berdirinya seseorang di muka pintu .

       Amran melangkah penuh kemegahan menuju ke arah lelaki tua yang sedang menyelesaikan kerja- kerja khurafat itu .Maria tergawang- gawang tangannya cuba memanggil suaminya itu namun , hampa.Amran sekali pun tak menoleh ke arahnya.

      " Bagaimana dengan Rafael ? Aku yakin dia masih hidup lagi ," ujar Amran bersila mendepani lelaki tua bergelar bomoh Anjang itu ." Kau harus bersabar Amran, aku tahu apa yang harus aku lakukan ! Dan kau tak perlu risau , kerana kelemahan dia kini dalam genggaman aku ! " 

       Amran merenung pak tua itu dengan tajam sekali .Dia kurang mengerti akan maksud pernyataan itu." Apa maksud tok ? ," soal Amran ." Kelemahan Rafael adalah Rafena ! " 

       " Jadi tok sudah berjaya ?" 

       " Hahaha...." 

       " Akhirnya, dendam aku pada kau Rafael! Bakal terlunas juga " Amran memegang botol yang pada mata kasarnya kosong , tetapi ia berisi .Hanya tok bomoh Anjang sahaja yang bisa melihatnya.

       Amran ketawa terbahak- bahak sambil menayang botol- botol berkenaan tanpa dia menyedari salah satu daripada botol - botol itu berisi roh Maria arwah isterinya.

      " Abang ....Sampai hati abang seksa Maria begini ," ujarnya merenung sayu dari satu sudut gelap di ruangan pondok yang bercahaya kelam itu .

      " Keluarkan aku .....!!!!," teriakan demi teriakan namun Amran tidak dapat mendengarnya.Tok Bomoh Anjang tanpa berlengah lagi dia mencapai botol berbalut kain kuning itu sebelum dia membaca sesuatu dalamnya.

      " Orang tua bodoh ! Sial ! Aku panas ! Aku panas ! ," herdik Rafena libang- libu tidak tentu hala .Gabus terus dia sumbat ke dalam muncung botol itu .

      " Rafena , jangan tinggalkan abang  ..! Kembalilah pada abang ! Maafkan abang ....! Tolong Fena ! Tolong jangan pergi ....! Rafenaaaa...! " 

      " Astagfirullahalazim! Astagfirullahalazim....SubhanAllah ....!" Berkali dia meraup mukanya yang lencun dengan peluh.Terduduk seraya memerhati sekelilingnya.

      " Ya Allah ,Fena dalam bahaya ...." 

       Dari jauh , lelaki warak itu berulang - kali berzikir dan dalam masa yang sama dia sedang bertempur dengan seseorang di alam tak berdinding.


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.