Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
38,239
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 14

     BERKERUT dan bertaut keningnya, Osman juga melongo dan tak tahu nak berkata apa.Rafael mundar- mandir ke depan dan ke belakang .Rambutnya sengaja dia kusutkan sekusut hatinya kini.Rafena genap seminggu ghaib begitu sahaja.

      Di hadapan mereka pula, sebujur tubuh kaku pucat dan tak berdarah .Ulat kecil penghurung mayat semakin penuh mengerumun dan merobek mayat itu yang hampir kelihatan rangkanya.Bau busuk usahlah di kata.Berkali Rafael ter' uwek- uwek' lagak mengandung 9 bulan.

       " Macamana ni wei ? Dah la bini aku pun ghaib begitu aje ?" 

       " Kau boleh tak jangan dok soal aku macamana wei ? Macamana ni wei ? Naik pekak telinga aku !" 

       " Ate macamana ? Tok bomoh pun dah mati ? Siapa punya kerja ? Kauorang ada musuh dalam selimut ke ? " 

       " Jangan kata dalam selimut ! Dalam toto pun takde ! Tapi tok Aki aku tak tahulah ..." 

       " Allah ! Apa nak jadi ni ? Ni ke kifarah buat aku ?" 

       " Hai , kau jangan nak tunjuk alim pula ya ! Kau juga yang beria ! Nak pancing perempuan punya pasal ! " Tukas Osman geram.Dah jadi macam ini , baru nak ingat Allah ?? Selama ini tak pula ! Dok ingat si Rafena tu je ! Sampai mak aku pun dia nampaknya si Rafena ! Angau sungguh ! 

        Sedang Osman bermonolog , tiba- tiba matanya tertumpu pada satu benda yang agak pelik.Si Rafael pula tak habis- habis berkawat .Osman menapak ke arahnya , tulang - temulang di asingkan lantas bunjut kain kuning itu diangkat lalu di teliti.

       " Raf! Kau yakin ke bunjut tu masih ada ? " Soal Osman seraya mengangkat tinggi bunjut kain kuning diraja itu .Rafael terhenti kawat askarnya lalu merapati Osman." Wei! Asal bunjut ni balik semula ke sini hah ? Aku dah tanam wei " 

      " Aku syak ada yang tak kena ni ! Aku rasa ada orang pedajal kita ni " 

       " Tapi siapa wei ? Aku rasa aku takde pula yang tak suka "

       " Mana kau tahu Raf ! Rambut je hitam ,bro....! Hati limpa tak sama ...." 

       " ke Fena ada jantan lain ? Ish, aku musykil ni ! " 

       " Kau rasa ? " 

       " Entah ! Aku tak pernah rasa lagi si Fena tu !" 

       " Bro ! Apa kau cakap tadi? Cer ulang balik ?" 

        " Hihihi...Amboi kau ....Kalau soal Fena sanggup ya bergolok ?" 

        " Hei, mestilah bini aku ! " 

        " Bini ? Bila nikahnya ? Aku tak tau pun " Sindir Osman sarkastik.Rafael menjeling tajam sekali ." Ye , ye aku tau lah aku tak nikah dengan Fena...Tapi kami saling mencintai ! " gumam Rafael entah kenapa berasa sayu .Di manakah Rafena kini ? 


*********


     SEMAKIN liar matanya kini memandang kiri kanan.Hanya dipenuhi hutan tebal.Pohon berakar banir bercerakah sana dan sini.Dia mengah , dia haus dan dia amat lapar sekali .Sudah beberapa hari dia tak menjamah makanan.

     Renungan tajam itu kini tertancap pada tubuh mangsa .Dia menyeringai kerana mangsanya itu tidak dapat lari jauh kerana kekurangan tenaga dan tersesat .Rimbunan lalang diselak rakus lalu dengan laju sekali dia meluru ke arah Rafena yang terpunduk tepi pokok besae itu .

      Rafena berjalan tanpa arah .Matanya yang terjegil pabila di lihat amat menyeramkan .Dirinya bukan Rafena yang sebenar .Kembang - kempis hidungnya .Dia amat mengenali bau itu .

       Lili masih lagi ralit menyidai pakaian di ampaian .Kata orang , tidak elok sidai di waktu malam tapi apa dia boleh buat .Siang sibuk dengan kerja .Hanya malam yang ada masa.

       Kini, kakinya telah pun tiba di sebuah perkampungan.Dia memang lapar .Dia memang hauskan darah ! Badannya yang berjalan tegak terus terapung perlahan-lahan dan semakin menghampiri sebuah rumah .

        Tajam matanya perhatikan reban itu .Kawanan ayam mulai bising berkokokan ketakutan .Berterbangan sesama sendiri cuba menyelamatkan diri .Namun, mampukah ? 

         Tersembul hati tatkala dada ayam itu dia robek dan koyakan.Darah mengalir dan ia membuatkan lidah panjangnya terjelir- jelir.Mulutnya penuh dengan darah , berjejehan .Amat mengerikan dan meloyakan.Setelah janin dia sendiri dia lapah , dia mulai ketagih pada darah dan daging mentah .

       Dia lapar lagi .Kini reban itu hanya di penuhi bangkai ayam bergelimpangan dan semburan darah sana- sini.Bau yang memualkan mulai  menerawang ke udara malam itu .Dia tahu masih lagi ada mangsanya berdekatan kawasan itu .

       Dia terhenti lalu berdiri tegak.Dia menyeringai lantas tangannya yang mempunyai kuku panjang diampaikan sambil perlahan terapung mendekati tubuh seorang gadis yang sedang ralit menyidai pakaian .

      Tubuhnya terdorong ke depan dengan mata yang terjegil.Mulutnya ternganga menandakan betapa azabnya cara kematiannya.Kini tubuhnya terbuai- buai atas ampaian tersebut dengan limpahan titisan darah ke atas rumput .Berlinang belakang tubuhnya itu .

      Terjilat- jilat dan terjelir- jelir lidahnya tatkala enak menikmati jantung si mangsa.Berbunyi pabila isi jantung itu dia kunyah .Agak meloyakan! 

       Terketar- ketar kakinya cuba menghidupkan enjin motor kapcainya.Tanpa dia sedari , celah kelangkangnya sudah pun dibasahi dengan air kencingnya." Ish ! Motor ni pun,  time beginilah nak buat halnya ! " Bentaknya lalu menolak motor itu jatuh ke tanah.Dia pecut bak pelari negara membelah kegelapan malam.

         Kampung kita dah tak selamat ! Tok penghulu harus tahu ! Tekad lelaki yang sedang memecut laju .Helmet masih lagi dikepala yang kadang- kala melorot ke depan sehingga menutupi pandangannya .

      


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.