Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
38,257
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 3

PAKUK MA, PAKUK RAJUNA

Pakuk ma perebah kasih

tertutup hati ( Rafena) yang gusar ...

Tertutup hati ( Rafena) yang gusar ....

Kepada Rafena , Terbuka kasih padaku....

Dihembuskan 3 kali sebelum di calit di belakang cuping telinga , kedua belah kening dan nadi dipergelangan tangannya.

Rafeal tersenyum penuh makna di hadapan cermin.Dia yang kelihatan segak dengan tiba- tiba kini menyemburkan sedikit minyak wangi pada kemeja yang dipakainya.Rambut berkali dia rapikan setelah pomade wak doyok sebelah tin dia sapukan.

Entah kenapa, jantungnya mengepam laju darah .Mungkin kerana kayuhan basikal yang agak laju .Rafena dalam keterpaksaan mengarah ke arah taman .Dah berjanji , dia perlu tepati.Rafena juga terpaksa menipu ibu dan bapanya dengan menyatakan dia mahu menemui teman sekolahnya.Andailah mereka tahu tentu mati dia .

Helmet ditanggalkan .Rambut kembali dia rapikan.Sementara , Rafena belum tiba sedikit minyak dari botol kecil yang dia baru keluarkan itu dicalitkan pada ibu jari kanannya.Jampi yang sama dia lafazkan sebelum di hembus.

Taman yang gelap menambahkan lagi rasa ketakutan dalam diri Rafena.Basikal diberhentikan kayuhan , kaki yang menjejak tanah kini menapak sambil menyorong basikal mendekati motor berkenaan.Rafael makin lebar senyuman jahatnya.Tak sabar rasanya mahu mencalitkan minyak berkenaan pada baju atau kening gadis itu .

Terjegil- jegil mata si burung hantu menyaksikan drama yang tersaji itu .Kembang- kempis hidungnya mengambil bau haruman dari tubuh mungil itu.Cahaya kelam dari bawah tiang lampu membuatkan wajah Rafena kelihatan amat seksi di mata Rafael.Tercabar juga keimanan lelakinya.

Sebenarnya, Rafael juga tidak menyangka bahawa Rafena dapat menepati janjinya .Maklumlah selama ini ada saja alasan yang diberikan tiap kali dia pelawa ingin ketemu .Dari jauh dia memberikan senyuman lebar.Rafena antara ikhlas dengan tak senyumannya itu.

" Maaf , jika lama menunggu ," ujar Rafena tangan masih setia pada handle basikal." Eh, taklah baru juga sampainya.Mari kita ke sana ," Jemari Rafael cuba menyentuh pakaian Rafena tapi gagal kerana Rafena dengan pantas mengelak.Tak apa panjang lagi masa ini.Fikir Rafael jahat.

" Rafena, terima kasih kerana sudi jumpa Raf, Raf pun tak sangka juga Fena sudi bertemu ..." Rafael mulai bicaranya dengan berbasa- basi.Sengaja dia mahu mencuri kelekaan Rafena supaya misinya berjaya.

" Fena, tak busy tu yang boleh jumpa tu " 

" Fena, Raf tahu mungkin selama ini cara Raf approach Fena menyebabkan Fena berasa kurang selesa .Bukan apa, Raf pun segan sebenarnya.Tapi percayalah Raf benar- benar ikhlas mahu mengenali Fena dengan lebih dekat lagi " Perlahan- lahan Rafael menginjakkan punggungnya supaya kian mendekati Rafena tanpa gadis itu sedari.

" Erm, tak apa.Fena pun nak minta maaf kalau selama ini Fena agak berkasar dengan Raf " 

" Kosong - kosong balik ok...Fena, boleh Raf tanya sedikit tak ? Itu pun kalau Fena tak keberatanlah " Soal Rafael sambil matanya tajam memerhati hujung lengan kurung Rafena yang berjuntaian tepinya itu .

" Ok, Fena pun ada soalan ni .Raf, setahu Fena bukankah Raf dengan Laila ? Tak marah ke dia andainya dia tahu kita bertemu ni ..." 

" Laila ? Oh , jadi sebab inilah Fena cuba mengelak dari abang ? "

" Lebih kuranglah , sebab Fena tak mahu dituduh sebagai perampas boyfriend orang nanti " 

" Fena, Fena...Fena pun tahukan siapa abang dengan Laila ? Kami sepupu ....Lagipun abang tak sukalah kalau ada pertalian darah ini , nanti tak berkembang keluarga KITA " Sengaja Rafael tekankan perkataan kita.Rafena yang mendengar tertunduk.Rafael makin lama makin dekat duduknya.

Sesekali Rafena mengerling jam dipergelangan tangan.Sungguhpun , dia kini sudah boleh menerima salam persahabatan itu namun , itu tak bermaksud mereka boleh melebihi had ." Awal lagi , kejap lagi kita balik ya.Abang temankan jangan risau " Rafael sedar perlakuan Rafena .Dia tak boleh melepaskan peluang itu , misinya belum berjalan lagi ni .

" Tak apalah, Fena boleh balik sendiri " Rafena memberi dalih.Kerana dia masih kurang menyenangi salam persahabatan yang masih baru itu.Rafael tersenyum sinis.Dia tahu gadis itu masih sangsi pada dirinya lagi .Apatah lagi mereka berduaan di dalam gelap.Seandainya ada mata yang nampak tentu membahayakan mereka.Mereka sepatutnya sudah tahu risiko berduaan dalam gelap dan bukan muhrim.

" Eh! Apa ni ?" 

" Ada semut atas kepala , Fena" Ujar Rafael yakini minyak tersebut mengenai dahi gadis itu

.Rafena meraba kawasan yang agak berminyak itu." Apa ni awak ? Minyak apa ni , hah ! Oh, patutlah ajak jumpa ? Ada niat ! Hei! Jangan ingat aku akan tunduk pada kau lah jantannn ! Puihhh! " 

Selepat air liur yang gadis itu sembur mengenai mukanya.Rafena dengan tak melengah lagi bingkas bangun dan meluru ke arah basikalnya.Mulutnya berkumat- kamit dengan pelbagai sumpahan.Berkali- kali dahinya di lap sehingga dia yakin ia hilang.Kayuhannya semakin laju meninggalkan Rafael sendirian.

Air liur di jilat tanpa sedikit pun rasa jijik." Aduh, sepatutnya aku simpan air liur ini..Tak apa, Fena ! Tak apa ! Kau cabar aku ! Ini Rafael lah ! Aku akan pastikan kau akan melutut pada aku ! Aku takkan lepaskan kau ! Kau boleh hina aku ! Tapi jangan sesekali hina cinta aku pada kau! " 

" Dah berkali aku katakan , kau tu yang bodoh ! Lembab..Perempuan macam itu kena ajar ! " Bisikan demi bisikan mengasak benaknya kini." Argh!! Diammm!!! " Telinganya di pekup kuat .


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.