Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,696
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 28

4 bulan bekerja di cafe ayahnda memang best. Dah lah gaji banyak 😍 hehe boleh beli macam - macam . Boleh kasi dekat ibu.

" Encik nk order apa ? " tanya Aliya kepada seorang lelaki yang sedang membelek menu.

Tiba - tiba orang itu mengangkat muka memandang Aliya.

" Eh Aidiel ? "

" Eh Aliya ? "

" Kau kerja sini ? "

" Haah aku kerja sini. Saja kerja part time dekat cafe bapa mentua aku. Cepat lah kau nak order apa ? " kata Aliya . Dalam pada masa yang sama Aliya melihat sekeliling.

" Kau cari apa tu ? "

" Liya mana ? Aku rindu dekat dia lah . "

Aidiel sedikit tersentak !

" Dia ada dekat rumah mama aku . Okay lah aku nak order ni. Aku nak order chicken chop orential dengan chocolate shake. " kata Aidiel.

Aliya mencatat pesanan lalu beredar meninggalkan Aidiel. Dalam masa 5 minit , makanan yang dipesan pun siap terhidang di hadapan Aidiel.

" Errr boleh tak kalau kau temankan aku makan kejap ? " pinta Aidiel tiba - tiba.

Aduh ! Ajak teman pulak ? Huzairie nampak nanti dia salah faham pulak.

" Errr ... aku tengah kerja ni . "

Tiba - tiba Aidiel memanggil seorang pelayan lagi untuk memanggil manager di cafe .

" Encik boleh saya mintak pelayan ni temankan saya makan kejap ? " tanya Aidiel.

" Err boleh Encik . Aliya tolong temankan encik ni makan kejap ya . " kata Safuan.

Terbuntang mata Aliya . What ? Aduh kenapa encik Safuan ni benarkan pulak. Aliya menunjukkan mimik muka tidak puas hati kepada Safuan. Seketika Safuan membisikkan sesuatu kepada Aliya.

" Customer is king "

Aliya menghembus nafas kasar. Dia terpaksa akur untuk duduk teman Aidiel makan.




" Kau tak suka teman aku makan ke ? " tanya Aidiel setelah menyedari yang Aliya asyik diam tidak berkutik dari tadi.

" Eh tak lah mana ada. Hah Liya macam mana sihat ? "

" Err Liya ..dia.. "

" Aliya Sofrina " seseorang memanggil tiba - tiba.

Aliya dan Aidiel menoleh ke arah suara itu.

Glurp ! Aliya telan liur. Aduh tolong lah jangan jadi perang ke 2 dekat sini . Huzairie meneliti setiap inci muka lelaki di hadapan Aliya ini.

" Ni kan ... Aidiel Wafie " desis hati Huzairie.

" Err Huzairie..." kata Aliya tergagap,

" Oh ni Tengku Ilham Huzairie lah ? Wahh lama tak jumpa ya bro ? " sapa Aidiel ramah.

Huzairie tayang muka menyampah gila ! 😑 Walaupun Aliya dah maafkan Aidiel Wafie , tapi dalam hidup Huzairie nama Aidiel Wafie tetap akan menjadi musuhnya !

" Oh kau lah Aidiel Wafie ? Dah besar kau ea ? " kata Huzairie sinis.

" Ya aku Aidiel Wafie. Mesti lah dah besar takkan aku nak kecik macam tu aje . " peril Aidiel balik.

Aliya hanya menjadi pemerhati. Aduhaii diaorang ni main peril - peril pulak ? Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah diaorang ni. Asyik jumpa aje nak gaduh. Apa lah yang tak puas hati sangat diaorang ni. 😖

" Hah satu lagi bro , aku harap kau tak marah lah ea aku ajak Aliya teman aku makan kejap " kata Aidiel selamba.

Memang berdesing lah telinga Huzairie bila dengar macam tu.

" Lagipun customer is king kan ? " tambah Aidiel lagi.

Huzairie mengenggam penumbuk di sisi. Nasib baik ni cafe ayahndanya , kalau tak memang dah kena muka Aidiel ni dengan penumbuknya.

Huzairie hanya akur , dia terpaksa membiarkan Aliya menemani Aidiel makan. Ni kalau kat luar memang dia takkan benarkan Aliya untuk teman Aidiel makan ! Lagipun kenapa nak mengada makan nak berteman bagai 😑

Aliya tahu Huzairie dah berapi tu. Hmmm nak kena pujuk lagi lah tu lepas ni 😫😫😫

**********

Huzairie menyuruh Kuzaimie mengambil Aliya balik terlebih dahulu. Entah lah sejak kejadian tadi dia tak ada mood untuk bersua muka dengan Aliya.

" Eh Kuzaimie kita tak balik sekali dengan Huzairie ke ? " tanya Aliya pelik apabila Kuzaimie sudah mula nak bergerak .

" Eh Tengku tak bagitahu Puan Muda ke ? "

" Bagitahu ? Bagitahu apa ? "

" Bagitahu yang Tengku balik lambat sikit hari ni , sebab tu dia suruh saya amik Puan balik dulu . "

Yeke ? Huzairie balik lambat ? Ke memang dia sengaja nak mengelak dari aku ? 🙁

" Oh macam tu. Tapi ..."

" Tapi apa Puan ? " tanya Kuzaimie pelik.


Huzairie melangkah keluar dari cafe pada jam 8 malam. Kelihatan Aliya terduduk di buaian seorang  diri. Aik ? Dia tak balik lagi ke ? Bukan aku dah suruh Kuzaimie amik dia dulu ke tadi ? 

" Eh Miku dah keluar ? Lama Riku tunggu tau .. " kata Aliya lalu mendekati Huzairie.

" Siapa suruh tunggu ? Bukan tadi dah call Kuzaimie suruh yaya balik dulu ke ? Kenapa tak balik ? " kata Huzairie sedikit kasar. Entahlah emosinya sedikit terganggu.

Aliya tersentak ! Kenapa dia nak marah - marah aku ? Ingatkan nak cakap terima kaseh ke apa aku penat - penat tunggu dia kot kat sini sampai malam. Aku pun penat kerja tau tak ! 😢

" Awak kenapa tak nak balik sekali tadi dengan saya ? Awak nak mengelak dari saya kan sebenarnya ?  Awak masih tak puas hati pasal Aidiel Wafie tadi kan ? " kata Aliya terus terang.

Huzairie diam.

" Kenapa awak nak jelous sangat ? Kalau awak tak suka saya teman dia makan tadi sepatutnya awak tak benarkan pun ! Awak ada hak nak cakap macam tu. Awak suami saya ! " kata Aliya . Air mata dah turun laju dah. Penat tau tak ! Penat kerja ! Penat nak kena layan perangai anak raja ni 😭

Aliya membelakangi Huzairie. Dia tak mahu Huzairie tengok muka hodohnya bila dia nangis . Selang beberapa saat sahaja , tangan Huzairie melingkari pinggang Aliya dari belakang. Aliya tersentak. Dia berhenti menangis.

" Maaf .. Ayie terlalu ego. Maaf dah buat yaya nangis. Maaf sebab terlalu ikutkan perasaan cemburu ni. Maaf sangat - sangat. " ucap Huzairie perlahan di telinga Aliya.

Alahai kan dah jadi drama korea depan - depan cafe ni. Nasib baik masa ni pelanggan tak ramai sangat. Kalau tak mesti malu .

Belum sempat Aliya hendak menyentuh tangan Huzairie yang ada dipinggangnya tiba - tiba penglihatannya makin kelam. Lama - kelamaan Aliya hilang imbangan dan pengsan. Mungkin Aliya terlalu penat , pastu menangis pulak tadi.

" Al ! " Huzairie menahan tubuh Aliya dari jatuh. Nasib baik masa tu Huzairie memang peluk Aliya dari belakang. 


" Tengku .. "

" Hmmm "

" Puan Muda pengsan mesti sebab penat sangat kot. Yalah dia mana balik masa saya amik dia petang tadi. Pastu tunggu Tengku sampai malam. "

Huzairie terkedu. Aliya kenapa kau buat semua ni ? Hmmm tengok sekarang kau yang pengsan. Maafkan aku Al . Aku memang bukan suami yang baik.

Seketika Huzairie berlalu mendapatkan Aliya yang terbaring lesu di atas katil. Huzairie tidur mengiring di sisi Aliya. Huzairie mengenggam tangan Aliya.

" Iloveyouu " ucap Huzairie perlahan lalu terlelap .

***********

Aliya terjaga dari pengsannya pada pukul 3 pagi. Pening kepalanya apabila tersedar dari pengsannya itu. Tiba - tiba dia terasa jari jemarinya ada di dalam pegangngan seseorang. Aliya melihat Huzairie yang tertidur polos di sisinya sambil mengenggam erat tangannya. Aliya mengusap perlahan pipi Huzairie. Comel bila dia tidur. Hmm nampak sangat muka penat dia ni 😂

" Hmm awak jangan lah kuat jelous sangat wahai Miku . Penat lah saya nak pujuk macam ni. " ngomel Aliya lalu dia tetidur semula.

Tiba lah hari ditunggu semua pelajar sekolah yang telah mengambil peperiksaan Spm pada tahun lepas. Ada macam ragam pelajar. Ada yang tersenyum dengan result , ada yang menangis dengan result. Itu tak penting ! Yang penting sekarang Aliya dengan Huzairie dapat apa ? Banyak A tak ?

" Tahniah bro ! Kau memang pandai lah. Straight A lagi tu . " ucap Nazhan.

" Alhamdulilah rezeki aku. Kau pun apa kurangnya  8A 1B kan ? " kata Huzairie.

" Hahahaha ya alhamdulilah "

" Tahniah bro .. korang memang pandai ahh. Aku aje yang tak . " kata Daniel pulak.

" Eh kau jangan nak poyo sangat eh Daniel . Kau dapat 7A 2B kan ? Tak pandai apa lagi ? " kata Nazhan.

Daniel hanya tersenyum senget.

" Apa yang Aliya dapat ea ? " desis hati kecil Huzairie.

Part of Aliya dan kawan - kawan.

" Wehh tak sangkanya aku boleh dapat 4 A weyhh " kata Wafa teruja.

" Tu la kan ? Aku pun 4 A tak sangkanya. Percubaan Spm tak ada A kot " kata Firzana pula.

Aliya hanya diam menyepi. Entah lah nak sedih ke nak gembira bila tengok result sendiri ni 😥

" Aliya kau dapat apa ? " tanya Wafa.

" Haah lah kau tak bagitahu kitaorang lagi pun.  " kata Firzana.

" Aku tak pandai macam korang pun. Hmmm aku dapat 2A aje " kata Aliya . 😭😭

" Alaa okay lah tu Aliya . Dari result percubaan kau tak ada A kan ? So ni ada A kira okay lah. " kata Wafa.

Hmmm betul jugak cakap Wafa kan. Tapi 2A boleh pergi mana ni ? Entah U pun tak lepas ni. Nampak macam aku ke Form 6 aje 😆 


Semua pelajar mulai sibuk mengisi UPU masing - masing kecuali Aliya. Aliya sudah berhenti bekerja dari cafe ayahnda.

" Riku tak isi UPU ke ? " tanya Huzairie.

" Nak isi apanya. Dapat pun 2A aje . Lain lah orang tu dapat straight A mesti banyak U dapat lah nanti. " kata Aliya selamba.

Huzairie tarik telinga Aliya. Eh pakcik ni main tarik telinga aku pulak 😖

" Kenapa cakap macam tu. Bersyukur lah dapat 2A orang lain takada A tahu tak ? " bebel Huzairie.

Ya tak ya jugak kan . Apa lah kau ni Aliya 😅

" Meh sini Ayie tolong isikan UPU "

" Hmm yelah - yelah "

Akhirnya Aliya akur juga. Setelah sebulan berlalu baru lah keluar keputusan UPU. Huzairie terlopong melihat keputusan UPU nya. Kelapan - lapan permohonan U nya semua dia dapat ! Lain pula Aliya , still rilex sebab dia tak dapat satu U pun hahahaha 😂😂 chill lah. Yang dia dapat tawaran ke tingkatan 6 . Huzairie dapat jugak tingkatan 6 .

**********

" Hmm kalau Aliya tak dapat satu U pun takkan aku nak jauh - jauh dari dia macam tu aje ? " monolog Huzairie di dalam hati.

Tiba - tiba dia teringatkan pertengkarannya di antara ayahnda nya tadi.

*Flashback*

" Kenapa kamu tak mahu terima satu U yang kamu dah mohon tu Aery ? " marah Tengku Yahya.

" Bukan Aery tak mahu tapi Aery fikirkan Aliya. "

" Kenapa kamu nak kena fikirkan orang lain ? Ni semua masa depan kamu Huzairie ! "

" Apa ayahnda cakap ? Fikirkan orang lain ? Aliya bukan orang lain , tapi Aliya isteri Huzairie ayahnda . Huzairie berhak untuk buat keputusan ! "

" Baik lah kalau kamu dah tak nak sangat berjauhan dengan Aliya . Kamu masuk UAS . Disebabkan tu U kerabat diraja kita. Dia boleh masuk tanpa mengira keputusan Spm. " 

Tengku Yahya akhirnya membuat keputusan..

*EndFlashback*

" Amboi jauh termenung nampak ? " sergah Aliya.

" Hah ? Eh tak ada lah. "

" Yelah tu. "

" Al ... nanti kita masuk UAS ya ? " kata Huzairie tiba - tiba.

Aliya tayang muka pelik . UAS ? Apa tu ?

" Apa UAS ? "

" Universiti Alam Shah . Tu U kerabat diraja kita. " jelas Huzairie.

" Oh hahahah bukan Ayie dapat masuk U macam - macam ke ? Kenapa nak masuk UAS pulak ? "

" Ish suka hati lah Ayie nak masuk U apa pun. " nafi Huzairie..

Sebenarnya dia malu untuk berterus terang yang dia masuk UAS semata - mata tak nak berjauhan dengan Aliya.

" Tak boleh ke kalau Al masuk Form 6 aje ? "

" Tak boleh ! Kena jugak masuk UAS . Ayahnda suruh masuk sana . "

Sebenarnya boleh aje kalau Aliya nak masuk Form 6 tapi masalahnya sekarang ni , Tengku Yahya tak izinkan Huzairie untuk masuk Form 6. Baginya form 6 tidak setanding dengan Huzairie. Ya lah Huzairie dapat straight A so apa class Huzairie masuk Form 6 ? Tapi bagi Huzairie kat mana pun dia tak kesah , yang penting dia dengan Aliya ❤

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi