Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,811
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 37

Setelah Aliya kembali sembuh. Cuti penggal pun mulai habis. Tiba masa untuk balik ke UAS. Erghhh malasnya 😭 hmm dah lah aku dengan Mr. Sweet pun tak berbaik lagi 😪 sedih lahai. Rindu lahai 💔

Sepanjang perjalanan. Mereka berdua asyik mendiamkan diri masing - masing. Sehinggalah Kuzaimie bersuara.

" Errr Puan Muda. Minggu depan birthday Puan Muda kan ? "

Ahah ! Baru Aliya teringat minggu depan tu birthday dia yang ke - 18 tahun lah 😚 bestnya tapiiiiiiii.....

Aliya memandang Huzairie di sisi.

" Hmm dia mana ingat birthday aku pun " desis sedih hati Aliya.

" Betul tak Puan Muda ? "

Macam mana Kuzaimie boleh tahu minggu depan birthday Aliya ? Sebab Kuzaimie pernah berborak dengan Aliya tentang tarikh birthday masing - masing.

" Errkk ya. " kata Aliya.

" So .... Tengku nak bagi apa Tengku ? " tanya Kuzaimie sengaja ingin mengusik.

Huzairie diam seketika sebelum bersuara.

" Kau boleh fokus drive tak Kuzaimie ? " kata Huzairie mendatar sambil matanya sibuk tertumpu kepada iphonenya.

Glurp ! Kuzaimie telan liur. Alamak ! Tengku marah lah pulak. Kuzaimie terus terdiam dan mula fokus dengan pemanduannya.

" Hmm tengok lah . Kuzaimie tanya pun sikit dia tak jawab soalan tu. Hmmm nak nangis arrr ! Al tahan air mata tu. Jangan nampak lemah sangat dekat mata Huzairie ! " monolog hati Aliya..

Seketika Aliya menongkat dagu di tepi tingkap kereta memandang langit yang kian mendung seperti memahami hatinya yang tengah mendung nak nangis ! 😢

Lama kelamaan Aliya dibuai mimpi. Huzairie memandang Aliya yang tertidur. Dia menghembus nafas panjang..

Eh mana Afanin ? Tak balik sekali ke ? Hah ni yang nak cerita ni. Afanin nenda suruh driver lain yang hantar ! Hahaha padan muka. Nenda tak bagi naik sekali dengan Aliya dan Huzairie sebab ganggu privasi orang yang dah kahwin 😈 hahahaha.

Hari yang dinanti - nantikan telah tiba. Yeahhh Aliya dah cukup umur 18 tahun !

" Happy Birthday Aliya Sofrina. Semoga kau panjang umur dan murah rezeki selalu. " ucap Putri.

" Happy Bornday sayang Aliya " ucap Asyfa.

" Wahhh thankyou guys ! Terharu. Mana korang tahu birthday aku hari ni ? " kata Aliya.

" Hahahaha Kuzaimie budak Perniagaan yang bagitahu. Dia pembantu peribadi suami kau kan ? " jelas Asyfa.

Aliya hanya mengangguk.

" So Encik Husband wish apa ? Mesti wish sweet - sweet kan ? Story lah dengan kitaorang. "

Tiba - tiba hati Aliya tersentak ! Wish dari Encik Husband ? 😪 Hmmm tak ! Huzairie tak wish apa pun. Dia tak bagi hadiah apa pun. Dia mana ingat birthday aku pun ! 😭

" Hahahaha ada lah. Mana boleh bagi tahu. Rahsia suami isteri. " bohong Aliya.

" Wuuuuu ... untung lah dah kahwin " usik Asyfa dan Putri.

Aliya hanya tersenyum hambar.

*******

Hari ni kelas cancel lah pulak ! Hahaha macam pensyarah nak bagi cancel kelas sebagai hadiah birthday aku lah pulak. Aliya berjalan sorang - sorang mencuci mata di bahagian falkultinya.

" Hmmm rindunya dekat Huzairie. Hari ni birthday aku. Sepatutnya dia spent time dengan aku. Dia bagi wish kat aku. Dia bagi hadiah or surprise kat aku ! " desis hati Aliya.

Aliya berjalan - jalan tanpa arah tuju. Putri dengan Asyfa pergi jumpa prof apa ntah ada hal diaorang nak selesaikan.

Tiba - tiba sorang mahasiswa menegur Aliya.

" Aliya Sofrina right ? " tanya seorang mahasiswa.

" Ya saya. "

" Nah ada nota untuk awak. Tengku Ilham Huzairie yang bagi. "

Aliya menyambut huluran nota itu. Seketika mahasiswa itu berlalu pergi. Aliya pun membaca nota itu.

Jumpa dekat taman mini utama UAS . 
- TIH -

Terus mata Aliya bersinar - sinar setelah membaca nota tersebut ! Wahhh Huzairie nak bagi surprise. Hahaha ingat dia tak ingat birthday aku , rupa - rupanya siap bagi surprise lagi yeahhhhhh 😉😉

Aliya mula bergerak ke Taman mini utama UAS. Seketika dia sampai di taman itu , hatinya berhenti berdetak ! Ya Allah ! Dia melihat sesuatu yang amat menyakitkan hatinya.

" Ni lah surprise yang Huzairie nak tunjuk ? " desis hati Aliya.

Mata Aliya mula berkaca. Terkejut Aliya dibuatnya apabila melihat Afanin memeluk Huzairie dan Huzairie hanya membiarkan itu sahaja. Awak jahat Huzairie ! Aliya terus berlalu pergi dengan perasaan yang hancur dan punah harapan ! Ni lah birthday yang paling menyedihkan buat Aliya 💔

Aliya berhenti di tempat pancutan air UAS. Di situ kurang orang yang lalu lalang. Aliya menangis sepuas - puasnya di situ.

" Kenapa ? Kenapa perlu Afanin ? " desis hati Aliya.

"Aliya "

Aliya cepat - cepat menghapus air matanya apabila terdengar namanya di panggil. Dia menoleh.

" Eh Aidiel "

" Kenapa kau nangis ni ? " tanya Aidiel.

" Hah ? Erkk mana ada aku nangis. Mata aku masuk habuk lah . " bohong Aliya.

" Jangan tipu aku lah. Ni mesti kerja Huzairie kan ? "

Mendengarkan nama " Huzairie " sahaja , Aliya rasa macam nak nangis balik. Seketika air mata Aliya turun balik. Dia tak mampu nak sembunyi kan apa - apa dari Aidiel. Aliya menceritakan semuanya kepada Aidiel.

" Tak guna betul lah Huzairie tu. Dia memang nak kena dengan aku ! " kata Aidiel.

" Kau jangan lah cari gaduh dengan dia. Biarlah . Biar dia nak buat apa sekali pun. Kalau tu boleh buat dia bahagia , aku tumpang bahagia. " kata Aliya.

" Hmmm by the way Happy Birthday. Maaf lambat wish aku tak tahu hari ni birthday kau. "

" Its okay . Thanks Aidiel. " kata Aliya lalu tersenyum hambar.

******

Pada malam itu , Aliya turun dengan Asyfa dan Putri untuk makan  malam nak celebrated birthday Aliya. Lupakan pasal Huzairie seketika ! Kawan - kawan lebih buat aku happy !  Semasa mereka turun dari hostel. Kelihatan Huzairie terpacak di tangga yang terakhir. Aliya tersentak ! Namun cepat - cepat mengawal emosinya.

" Boleh saya nak cakap dengan Aliya kejap ? " kata Huzairie kepada Putri dan Asyfa.

Mereka hanya mengangguk . Aliya dah buat bahasa isyarat supaya mereka tak ke mana - mana dan teman Aliya kat sini ! Namun hampa Asyfa dan Putri berlalu pergi memberi sedikit ruang kepada Aliya dan Huzairie. Suasana menjadi sepi seketika. Aliya hanya menunduk memandang lantai. Tak sanggup dia nak tatap wajah handsome Huzairie tu. Hatinya akan sakit dan teringatkan kejadian petang tadi.

" Kenapa tak datang taman mini tadi ? " tanya Huzairie mendatar.

Aliya diam membisu ! Hmmm bukan tak datang tapi menyesal gila datang ! 😭

" Kenapa diam ? Jawab lah " Huzairie bersuara lagi.

Aliya tetap diam.

" Ke tak datang sebab sibuk berduaan dengan Aidiel ? " soalan itu yang terpancul dari mulut Huzairie.

Ya , Huzairie nampak yang Aliya dan Aidiel berborak dan berduaan di pancutan air utama UAS. Aliya tersentak ! Ohhh yang dia berduaan siap peluk bagai dengan Afanin dekat Taman mini UAS tu apa pulak ?! Aliya terus mendongak memandang Huzairie. Mata mereka saling bertembung.

" Saya datang , tapi menyesal gila saya datang ke Taman tadi. Tengok dua merpati sejoli tengah berpelukan ! Bahagia sangat ! So tak apa lah kan kalau saya nak berduaan dengan Aidiel pun. Kalau awak boleh buat lebih dari tu dengan Afanin ? " luah Aliya . Dia dah penat nak pendam ! Sakit sangat rasanya !

Glurp ! Huzairie telan liur. Aliya nampak semua tu ? 😮

*Flashback*

" Aery " panggil Afanin bersama sedu sedan.

Huzairie juga terkejut dengan kedatang Afanin yang tiba - tiba pastu dengan keadaan nangis - nangis pulak tu.

" Kenapa ni ? " tanya Huzairie.

" Afanin kena marah dengan prof teruk " kata Afanin bersama tangisannya.

" Erkkk ohh "

Ingatkan kenapa yang nangis - nangis. Rupa - rupanya kena marah dengan prof aje pun.

" Biasa lah tu. Macam tu lah kalau nak jadi student. Memang akan kena marah banyak " kata Huzairie..

Tiba - tiba bila Afanin nampak aje Aliya dari jauh. Terus dia peluk Huzairie. Erat. Huzairie tersentak dengan tindakan Afanin. Dia kaku. Tak tahu nak buat apa..

" Tapi Afanin tak boleh lah kena marah - marah macam tu. " kata Afanin lagi.

Huzairie hanya diam.

Setelah Afanin nampak Aliya dah beredar , dia tersenyum sinis lalu dia meleraikan pelukan.

Sebenarnya semua tu hanya rekaan Afanin sahaja. Dia tak kena marah pun tapi disebabkan dia tahu rancangan Huzairie yang nak wish birthday Aliya. Dia terus menrancang sesuatu.

*End Flashback*

" So tak payah explain apa - apa dan Al pun takkan explain apa - apa. Adil right ? " kata Aliya lalu ingin melangkah pergi.

Sepintas kilat Huzairie terus memeluk Aliya dari belakang. Terkejut Aliya dibuatnya.

" I'm sorry dear " bisik Huzairie.

" Lepaslah. Nanti orang tengok lah. Hmm Al tak perlukan kata maaf dari Ayie. Ayie bukan ada buat salah apa pun kan. " kata Aliya pedas.

" No . Apa yang Al nampak tak sama dengan apa yang Al fikir. I can explain."

Aliya terdiam.

" Happy Birthday dear Aliya Sofrina " ucap Huzairie di telinga Aliya.

Mata Aliya dah berkaca. Haish entah la senang sangat rasanya hari ni nak menangis. Orang kalau birthday girl selalu happy. Ni tak asyik nak nangis aje kerja Aliya. Aliya mula menangis teresak - esak . Terus Huzairie memusingkan tubuh Aliya menghadapnya.

" Hey .. jangan lah nangis " pinta Huzairie.

Lagi Huzairie cakap " Jangan lah nangis " lagi lah Aliya nak menangis ! Aliya menangis sebab dia sedih + happy sangat bila dapat dengar wish birthday dari orang yang di tunggu - tunggunya. Aliya makin menangis. Terus Huzairie peluk Aliya lagi lalu diusap - usap lembut belakang Aliya. Huzairie nak tenangkan Aliya.

" Ayie rindukan Al " ucap Huzairie..

Aliya terasa tenang di dalam dakapan Huzairie. Ya dia rindukan dakapan Huzairie.

" Al pun rindukan Ayie " balas Aliya.



Pada malam itu juga , Aliya tak celebrated birthday dengan Asyfa dan Putri tapi dia celebrated dengan Huzairie. ❤ Huzairie juga ada berikan hadiah. Nak tahu dia bagi apa ? Hahaha dia bagi teddy bear besar gila. Warna putih dan gebu 😂 memang comel lah. Aliya suka sangat. Heee Aliya tarik balik kata - kata dia yang tahun ni birthday paling menyedihkan tapi birthday yang paling happy !

Huzairie juga dah explain tentang kejadian petang tadi. Hmm dari situ Aliya dah dapat agak yang Afanin ada agenda tersendiri. Dia memang nak buat aku bergaduh dengan Huzairie ! Aku kena buat sesuatu !


Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi