Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,785
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 30

Glurp ! Aliya terpaku apabila dia memandang orang itu. Aduhhhh ! Takkan lah dia study U sini jugak ? 😖 mampus.

Aidiel mempamerkan senyuman yang manis kepada Aliya. Tepat sekali sangkaannya , bahawa orang yang dia nampak tadi masa orentasi tu adalah Aliya Sofrina. Tak sangka pulak yang dia akan satu course dengan Aliya. Memang jodoh ni hahahahaha 😂 entah lah sejak pertama kali pertemuan Aidiel dengan Aliya semula , Aidiel tak boleh lupakan Aliya . Walaupun dia tahu Aliya dah jadi milik orang lain tapi otak ni masih nak jugak fikirkan Aliya 😌 adakah ini " Cinta ? " .

" Kau study sini jugak ? " tanya Aidiel.

" Errr yaa. "

" Ermm Huzairie pun study sini jugak ke ? " tanya Aidiel inginkan kepastian.

Laju Aliya mengangguk !

" Oh hahahaha. "

" Cepat lah Aliya ! Kitaorang naik dulu ea ! " kata Asyfa dan Putri. Mereka sudah penat menunggu Aliya.

Alaaaaa hmmm diaorang dah tinggal aku 😣 ni semua sebab beg aku yang berat ni. Kalau aku tahu tadi baik aku suruh Huzairie yang angkat kan 😑 Seketika Aidiel melirih beg Aliya di hadapannya itu.

" Nak aku tolong ke ? Macam berat aje kau nak angkat sorang - sorang. Apa lah suami kau si Huzairie tu tinggalkan kau dengan beg berat ni. Tak fikir nak tolong isteri ke ? " kata Aidiel dan sempat lagi nak kutuk Huzairie tu.

Aliya ketap bibir ! Mangkuk lah Aidiel ni ! Suka hati aje nak cakap macam tu pasal Huzairie ? Halo ! Huzairie dah tanya lah boleh angkat tak beg ni tapi aku yang jual mahal 😣

" Err boleh jugak lah . "

Seketika Aidiel ingin mencapai beg Aliya tiba - tiba.

Zapppp ! Beg itu dirampas oleh tangan seseorang .

Aliya tersentak dengan kehadiran Huzairie entah muncul dari mana.

" Terima kaseh aje lah. Aku boleh tolong angkatkan beg isteri aku ! " kata Huzairie sedikit kasar.

Sebenarnya Huzairie mengikuti langkah Aliya dalam diam. Huzairie tahu Aliya akan kesusahan dengan beg yang dia bawa. Takkan lah Huzairie sampai hati nak biarkan Aliya macam tu aje ? Tapi kehadiran Aidiel Wafie memang membuat Huzairie tercabar ! Siap cakap aku " tak fikir nak tolong isteri ? " 😒

Seketika Huzairie memaut tangan Aliya lalu memulakan langkah naik tangga. Tinggallah Aidiel Wafie seorang diri di situ sambil tersenyum sinis.

" Aku akan dapat apa yang aku nak. " desis hati Aidiel.


Sesampai di hadapan bilik.

" Errr thanks " ucap Aliya takut - takut.

" Hmmm "

" Awak datang dari mana tadi ? " tanya Aliya.

" Hmm ayie muncul dari mana tu tak penting. Yang penting tolong jangan layan si Aidiel tu. " pesan Huzairie.

" Errr in shaa allah tapi dia kan kawan kita ? Apa kata awak berbaik dengan dia ? "

" Hah ? Berbaik ? Never. " kata Huzairie yakin lalu beredar meninggalkan Aliya di situ.

Alahaii pakcik ni degil betul lah ! 😑 Aliya masuk ke dalam biliknya.

****************

Semasa Huzairie nak naik ke biliknya , dia terserempak dengan Aidiel.

" Hai bro ? Dah hantar Aliya ? " tanya Aidiel sengaja.

" Apa masalah kau ea ? Apa yang kau nak sebenarnya ? " tanya Huzairie straight to the point.

" Apa yang aku nak ? Hmmm tak banyak satu aje. "

Huzairie pelik. Apa maksud Aidiel 😐

" Aku nak Aliya " itu yang terlafaz dari mulut Aidiel.

Huzairie terus mencengkam koler baju Aidiel.

" Kau dengar sini ea ! Aliya tu isteri aku , aku takkan lepaskan dia dekat kau . So behave yourself. Lagipun buat apa kau nak Aliya ? Dulu kau juga yang kutuk dia chubby kan ? " 

Dendam lama masih membara dalam hati Huzairie. Dia masih tidak boleh lupa tentang Aidiel yang suka kutuk dan buli Aliya. Aidiel menepis tangan Huzairie dari koler bajunya.

" Hmmm tak kesah lah kau nak cakap apa pun but The best man win ! " kata Aidiel lalu meninggalkan Huzairie di situ.

Huzairie hanya mampu menahan rasa. Err sakit hati betul lah aku dengan dia ni ! Macam mana lah dia pun boleh U dekat sini ? Satu course dengan Aliya pulak tu ! 👊

Huzairie masuk ke dalam biliknya. Kelihatan Qausar sedang mengemas pakaiannya. Ya Huzairie sebilik dengan Qausar dan Kuzaimie. Setiap bilik mesti akan ada 3 orang. Kuzaimie juga sedang mengemas pakaiannya.

*Skip*

Pejam celik pejam celik dah masuk sebulan belajar dekat UAS. Aliya jugak sudah mulai suka dengan bidangnya sekarang. Bestlah bidang muzik ni. Sekarang dia jugak dah pandai main gitar. Hehehehe. Hmm tapi banyak jugak lah dugaan. Dugaan apa ? Dugaan Huzairie dengan Aidiel lah. Diaorang tu asyik nak gaduh ja. Pening kepala betul lah. Hmmm Aliya pun tak faham kenapa lah Huzairie marah dan tak suka sangat bila dia rapat dengan Aidiel. Aidiel baik apa ? Hmm entah lah 😥😥😥

Kehadiran seseorang memang membuat status Aliya tergugat. Siapa ?

" Cik Puan ? " terkejut Kuzaimie bila dia terserempak dengan Afanin di UAS.

Ya Afanin dah balik Malaysia ! 😰 dan yang paling mengejutkan dia jugak sambung belajar dekat UAS ni.

" Hai Kuzaimie ! Ingat saya lagi tak ? " kata Afanin bersama senyuman.

Ya mesti lah Kuzaimie ingat. Kuzaimie juga membesar sama - sama dengan Tengku Ruhil Afanin dan Tengku Ilham Huzairie. Kuzaimie juga tahu setiap cerita di antara Afanin dan Huzairie. Makin cantik Afanin sekarang. Dia memakai baju kurung warna purple dan rambutnya yang hitam ikal mayang dilepaskan paras pinggang.

" Mesti lah saya ingat. Wah bila Cik Puan balik sini ? " tanya Kuzaimie.

" Baru minggu lepas.Saya stay dekat rumah bonda Laila dan ayahnda Yahya.Hari ni saya daftar UAS lah. Bonda Laila dengan ayahnda Yahya bagitahu yang Aery masuk UAS tu yang saya pun daftar sini jugak. "

Glurp ! Kuzaimie telan liur. Dah macam - macam benda yang terlayar di kotak fikiran Kuzaimie sekarang ni.

" Ermm Aery mana Kuzaimie ? " tanya Afanin.

Belum sempat Kuzaimie menjawab tiba - tiba Huzairie muncul.

" Kuzaimie kau tertinggal kertas ni..." ayat Huzairie tergantung apabila matanya terlihat figura Afanin di hadapannya.

Jatung Huzairie seakan berhenti berdetak !

" Afanin " itu yang terluah dari bibir merah Huzairie.

Afanin tersenyum ke arah Huzairie lalu dia mendekati Huzairie dan memeluk Huzairie. Terlopong Kuzaimie dibuatnya !

" Rindunya Afanin dekat Aery. " kata Afanin sambil erat memeluk Huzairie.

Huzairie kaku ! Dia tak tahu nak buat apa .

" Aduh ! Kalau Puan Muda nampak ni habis lah. " desis hati Kuzaimie.

" Aery rindu Afanin tak ? " tanya Afanin.

" Err Cik Puan ! " panggil Kuzaimie lalu menarik bahu Afanin dari memeluk Huzairie.

Afanin meleraikan pelukan.

" Err kita kat kampus ni. Lagipun bukan mahram lah Cik Puan peluk Tengku. " kata Kuzaimie.

Nasib baik Kuzaimie jadi penyelamat.

" Kenapa ? Dulu boleh aje ? " kata Afanin.

Mangkuk jugak lah Afanin ni ea ? 😂

" Dulu kecik lagi Cik Puan . Sekarang kan dah besar . Mana boleh Cik Puan . " terang Kuzaimie.

Mungkin sebab terlalu lama duduk di luar negara. Sampaikan Afanin kurang didikan adat dan agama. Huzairie masih diam membisu. Dia rasa macam mimpi bila Afanin muncul balik setelah sekian lama menghilang.

***********

" Hmm mana Huzairie ni ? Janji cakap nak lunch sama - sama ? " ngomel Aliya seorang diri.

" Al kau tak nak lunch ngan kitaorang sekali ke ? " tanya Asyfa.

" Ermm tak kot sebab aku dah janji dengan Huzairie nak lunch sama - sama. " kata Aliya.

" Serious ni ? Tak nak join kitaorang ? " tanya Putri sekali lagi.

Aliya mengangguk laju. Ikutkan memang dia nak join Asyfa dengan Putri tapi bila ingatkan yang dia dah janji nak lunch sama - sama ngan Huzairie so tak boleh lah dia nak join Asyfa dengan Putri.

" Okay kitaorang pergi makan dulu ya. Kau jangan lupa makan pulak , tadi pagi pun kau tak sempat makan kan ? " pesan Asyfa.

Aliya hanya tersenyum senget dan buat peace dekat Asyfa dengan Putri ✌ 

15 minit kemudian , Aliya dah tunggu Huzairie lama dah ni. Perut pun dah rasa sakit lain macam. Seketika orang lain yang tak ditunggu pulak yang muncul.

" Eh Al ? "

" Eh Aidiel .. "

" Kau buat apa kat sini ? Tak pergi lunch ke ? " tanya Aidiel.

" Err aku tengah tunggu Huzairie , nak lunch sama - sama dengan dia tapi tu lah dah 15 minit aku tunggu dia tak muncul - muncul pun." kata Aliya.

" Lunch dengan Huzairie ? Kesian kau Aliya , Huzairie tengah sibuk makan dengan orang lain , kau still tunggu dia kat sini ? " monolog Aidiel di dalam hati.

Ya masa dia on the way nak ke sini , dia tak sengaja ternampak Huzairie tengah makan dekat cafe kampus dengan seorang perempuan ni. Kelihatannya sungguh mesra. Hmm Huzairie kalau macam ni lah cara kau , senang untuk aku dapatkan Aliya. 😏

" Oh mungkin dia lupa kot atau busy ke ? Jom lah aku teman kau lunch nak ? "

" Err tapi ... " Aliya masih teringatkan janjinya dengan Huzairie.

" Alaaa tak apa lah jom makan kat cafe , mana tahu kot - kot terjumpa Huzairie kat sana ke ? " kata Aidiel yang mempunyai 1001 maksud.

Akhirnya Aliya setuju jugak dengan ajakan Aidiel. Mereka mula bergerak menuju ke cafe kampus. 

Part Of Huzairie.

" Maafkan Afanin , Aery sebab sekarang baru Afanin balik ke sini. " kata Afanin lemah.

" Tak apa lah Afanin , benda dah lama lepas. Tak payah minta maaf lah. Afanin tak salah pun. "

Afanin mengangguk kecil seraya tersenyum lebar.

" Hmmm Aery ... "

" Yaa ? "

" Afanin masih sayangkan Aery macam dulu. Aery sayangkan Afanin tak lagi ? " kata Afanin lalu menyentuh tangan Huzairie yang terletak di atas meja.

Huzairie sedikit tersentak. Cepat - cepat dia menarik tangannya yang disentuh Afanin.

" Err Afanin .. maaf . Afanin , Aery dah kahwin. " jujur Huzairie.

Kprakkkkk 💔 Afanin sedikit tersentak.

" Bila ? Afanin tak tahu pun ? "

Ya memang Huzairie tidak memberi bonda dan ayahndanya mengkhabarkan tentang perkahwinannya kepada ahli keluarga Afanin yang di luar negara.

Huzairie hanya diam membisu.

" Aery kahwin dengan siapa ? Kenapa Aery tak tunggu Afanin ? " bertubi - tubi soalan yang diajukan oleh Afanin. 





Dalam tidak sedar ada mata yang melihat. Ada hati yang sakit. Ya Aliya melihat Huzairie yang bersama seorang perempuan yang tidak pernah Aliya tengok sebelum ni. Dah lah segala aksi perempuan itu menyentuh tangan Huzairie juga dilihatnya. Air mata mula turun satu persatu. Perut yang rasa semakin sakit minta diisi tidak diendahkannya. Putus selera makan Aliya . Aku tunggu dia nak makan sama - sama , boleh pulak dia makan dengan orang lain ?

" Al kau okay ? " tanya Aidiel yang sudah tersenyum kemenangan di belakang Aliya.

" Aidiel .. aku tak jadi nak makan lah. Dah kenyang ! Aku nak balik bilik. " kata Aliya lalu beredar pergi.

Di suatu tempat Aliya terserempak dengan Kuzaimie yang baru keluar dari tandas.

" Eh Puan Muda .. " tegur Kuzaimie.

Aliya melihat Kuzaimie sekilas. Kuzaimie memandang pelik Aliya yang mata warna merah. Puan Muda menangis ? Kenapa ? Jangan .. jangan ...dia nampak Tengku dengan Cik Puan !

Aliya tidak menyahut sapaan Kuzaimie lalu dia meneruskan langkahnya untuk balik ke bilik ! 

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi