Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,924
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 6

Aliya menuntun basikalnya lemah. Walaupun dia dah makan dan minum dari pemberian Huzairie tapi itu masih tidak cukup untuk menguatkan Aliya. Nak atau tak dia kena juga balik ke rumah dengan basikalnya , takkan nak tinggal basikal pulak kan ? Adiknya si Rafiqi tu dah belah balik punya awal. Errr sikit pun dia tak amik tahu yang si alongnya ni pengsan tadi. Aliyah mengayuh basikalnya perlahan - lahan sebab dia rasa tak larat sangat. Tiba - tiba rantai basikal Aliya jatuh. Aduh ! Malangnya. Aku dah lah tak larat ni. Hmm aliya pun turun dari basikal dan mengecheck rantai basikalnya.

" Alahai lahh rantai basikal kenapa hari ni jugak kau nak rosak ? Hmmm aku tak larat dah ni ... " kata Aliya bersama sedikit air mata . Entah kenapa hari ni dia asyik rasa lemah aje. Nak nangis aje kerja dia.

Tiba - tiba ada sebuah kereta berhenti di depan basikalnya. Aliya buat tak tahu aje tapi entah macam mana tiba - tiba juga seseorang merentap tangannya. Aliya tersentak lalu memandang orang yang menyentap tangannya. Aliya terdiam dan kakinya hanya membuntuti orang itu masuk ke dalam kereta.

" Bagitahu kat mana rumah kau . Aku hantar kan .. " kata Huzairie yang duduk di sisi Aliya.

Kuzaimie hanya tersenyum kecil.

" Hahaha sweet jugak Tengku ni . Tapi saja tak nak tunjuk . " bisik hati kecil Kuzaimie sambil memandang ke cermin sisi belakang mengintai perbualan dua orang kekasih di belakang aceywahhhhh.

" Err tapi basikal saya... "

" Basikal kau tu nanti aku suruh orang aku ambik and hantar kedai. Sekarang ni kau kena balik .. rehat .. " kata Huzairie mendatar tapi sikit pun dia tak pandang Aliya di sisi.

Wahhhhhh ... kenapa dia baik sangat ni ? Hahahaha sweet la even dia cakap sikit pun tak pandang aku enn ?

Aliya hanya mengangguk kecil. Semasa perjalanan pulang ke rumah Aliya . Mereka hanya berdiam sahaja sehinggalah Aliya memberanikan diri berbicara.

" Err awak terima kaseh roti dengan air tadi ea .. " kata Aliya.

" Hmmm "

" Aik ? Roti dengan air ? Bukan tadi Tengku kata malas nak tengok Cik Aliya ke ? Hahahahaha Tengku ni nak tunjuk sweet pun nak sorok - sorok. " desis hati Kuzaimie. Lawak pula dia rasa dengan sikap Tengku Ilham Huzairie.

Setelah sampai di rumah Aliya . Huzairie membuka pintu kereta kepada Aliya. Aliya sedikit terharu. Wahh best jugak ni ada tunang ea ? Seketika mereka berposisi berhadapan.

" Terima kaseh sebab hantarkan saya balik. " kata Aliya.

" Ermm sama - sama " kata Huzairie sambil memeluk tubuh dan bersandar di keretanya.

" Saya masuk dulu ea bye Assalamualaikum.. " kata Aliya yang ingin melangkah.

" Kejap ! " kata Huzairie tiba - tiba mematikan langkah Aliya.

Aliya menoleh semula ke arah Huzairie . Walaupun dia dah jauh setapak dari Huzairie. Huzairie melangkah setapak semula ke arah Aliya. Aliya tayang muka pelik.

Seketika Huzairie memandang tepat ke anak mata Aliya sambil tangannya mengusap lembut kepala Aliya yang berlapik dengan tudung tu. Aliya telan liur.

" Maaf sebab aku kau kena hadap semua ni. " kata Huzairie yang hanya terluah di dalam hati. Malu untuknya mengukapkan kata - kata itu secara real.

" Ke .. kenapa ? " tanya Aliya pelik.

" Err atas kepala kau tadi ada daun kering ... " bohong Huzairie dan cepat - cepat dia menarik tangannya dari mengusap kepala Aliya.

Aliya memandang kiri dan kanan , bawah dan atas . Aik daun kering ? Pelik betul aku balik naik kereta. Rumah aku taman tak dak pokok . Habis datang dari mana daun kering ? 😂 Pelik - pelik anak raja ni.

" Oh hahaha tak apa lah saya masuk dulu. Bye Assalamualaikum. " lalu beredar masuk ke rumah.

Seketika Huzairie pun balik ke rumahnya. Sepanjang perjalanan balik dia masih teringatkan yang dia tidak sengaja terdengar perbualan Zaini dengan kawannya kumpulan wannabe sewaktu rehat tadi di sekolah.

*Flashback*

" Dania ! Kau tahu tak aku ada cerita panas ni . " kata Zaini teruja plus tergedik - gedik.

" Cerita apa ? " tanya Dania ketua wannabe .

" Haah cerita apa yang panas sangat tu ? " tanya Stella juga tidak sabar.

" Tengku Ilham Huzairie bertunang dengan budak perempuan kelas aku ! "

" What ? Prince Charming aku bertunang dengan budak perempuan kelas kau ?! " kata Dania terkejut bukan kemain.

" Haah . Bertunang dengan budak selekeh Aliya Sofrina ... "

Dania menggenggam erat penumbuknya di sisi.

" No ! Ni tak boleh terjadi . Prince Charming hanya untuk Princess Dania. "

Cis ! Princess konon. Selekeh - selekeh Aliya pun dia yang dapat Putera raja. Kau apa ada ? Habuk pun tak ada !

" So takkan kau nak berdiam diri aje ? " tanya Huza cuba membatu apikan.

" No ! Ni Dania Arissa la ! Dia akan dapat apa yang dia nak ! Wait and see aku akan buat minah selekeh tu sengsara sebab dia dah rampas Prince Charming aku ! " kata Dania begitu yakin dan sinis.

*End flashback*

" Tengku nak pergi mana - mana tak ? Ke nak balik terus ke rumah ? " tanya Kuzaimie apabila dia perasan sejak tadi Huzairie hanya termenung jauh.

" Ermm tak payah. Balik rumah aje. Hah satu lagi nanti jangan lupa suruh Farizal uruskan basikal Aliya yang tadi." kata Huzairie mendatar. Entah tiba - tiba dia rasa tak ada mood.

" Baik Tengku. " Kuzaimie menurut perintah.

**********

Aliya tidak ke sekolah pada hari ni. Akibat semalam , Aliya jadi demam pula . Hahahaha macam - macam si Aliya ni. Aliya menyelimutkan tubuhnya. Sejuknya.

" Along makan sikit ea ? Nanti nak makan ubat. " kata ibu sambil menatang dulang yang berisi bubur dan air masak berserta ubat demam.

" Hmm tak nak ibu. Along tak lalu. " kata Aliya yang masih di dalam selimut.

" Habis macam mana nak sihat ? Tak nak pergi sekolah ke ? "

Mesti lah nak pergi sekolah ! Entah kenapa hati ni rasa rindu nak menatap wajah si Prince Charming 😭. Aik ? Aliya kau dah jatuh cinta dengan tunang sendiri ke ? Why ? Tak salahkan ? 😂 hahaha entah lah sejak Huzairie tunjuk sifat sweet dia yang acah - acah tu , Aliya jadi berbunga - bunga.

" Along makan lah ... " pujuk ibu lagi.

" Hmm nanti lah ea . Along nak tidur kejap. " putus Aliya.

" Ish kamu ni . Yelah .. " kata ibu lalu membiarkan Aliya untuk rehat.

Pada petang itu , Aliya baru habis mandi apa semua dia duduk di atas katilnya. Hmm lapar pulak ! Tapi mulut ni tak lalu gila nak makan.

Tiba - tiba ibu mengetuk pintu bilik.

Tok ! Tok !

" Along ? Dah bangun ? " tanya ibu dari luar bilik.

" Dah ibu . " jawab Aliya lemah.

Ibu menguak sedikit pintu bilik Aliya.

" Aliya turun meh .. pembantu peribadi Tengku Huzairie datang .. "

Hah ? Kuzaimie datang ? Buat apa pulak ?
Dengan malas Aliya mencapai tudungnya dan turun ke bawah berjumpa dengan Kuzaimie. Di ruang tamu.

" Hai kuzaimie ! " sapa Aliya dengan muka yang pucat.

" Hai Cik Aliya .. " balas Kuzaimie.

Kelihatan ada sebuah bekas di tangan Kuzaimie.

" Kenapa awak datang rumah saya ni ? " tanya Aliya.

" Oh hah saya datang sini sebab nak hantar basikal Cik Aliya balik. "

Aliya mengangguk kecil.

" Dan ni untuk cik Aliya .. " kata Kuzaimie lagi lalu menghulurkan bekas yang Aliya tengok tadi.

" Apa ni ? " tanya Aliya sambil menyambut huluran Kuzaimie.

" Ni bubur ayam untuk Cik Aliya. "

" Bubur ayam ? Err siapa yang kasi ? "

Seketika Kuzaimie mengusap - ngusap belakang lehernya sambil dahi berkerut - kerut.

" Err macam mana ea saya nak cakap. Err orang yang masakkan ni tak kasi saya bagitahu Cik Aliya yang bubur ni dia yang masak . "

" Hah ? " Aliya tayang muka pelik.

Kuzaimie menarik nafas banyak kali.

" Errr okay lah saya bagitahu Cik Aliya .. Cik Aliya janji jangan bagitahu dia okay ? "

Aliya mengangguk laju.

" Sebenarnya ... bubur ni Tengku yang masak untuk Cik Aliya .. tadi masa balik sekolah terus dia pergi ke ruang dapur utama dan dia halau semua pembantu rumah tinggalkan ruang dapur . Dia tak nak sesiapa tolong dia masakkan untuk Cik Aliya.. baju sekolah dia pun dia tak buka terus masak untuk Cik Aliya. "

Wahhhhh 😭 terharunyaa. Tapi mana dia tahu aku tak sihat ? Hah ni mesti dia tanya dekat kawan - kawan aku enn ? Alahaiii awaa dah kenapa ni Prince Charming ?

Aliya tersenyum sendiri.

" Cik Aliya ? Jangan bagitahu dia yang saya bagitahu cik Aliya pasal benda ni ea ? Nanti saya kena pancung mati saya .. "

" Hahahahaha jangan risau . Saya tak bagitahu dia. " kata Aliya.

" Okay kalau dah tak ada apa - apa . Saya balik dulu ea . Oh hah dia ada kirim kan kertas kecil ni. Apa dia tulis pun saya tak tahu sebab dia dah warning kan jangan baca ! " kata Kuzaimie.

Wahh kertas kecil lagi macam semalam lahh. ❤

Seketika Kuzaimie pun beredar balik. Aliya menutup pintu rumah lalu dia kembali ke ruang tamu mendapatkan kertas kecil yang disampaikan oleh Kuzaimie tadi.

Jangan lupa makan bubur ayam tu sampai habis ! Ubat jangan pemalas sangat nak makan . GWS dear . - TIH -

Aliya tersenyum untuk kesekian kali. Hahahahaha lawak lah dia ni. Nak tunjuk sweet tapi ayat garang jugak 😂 but nevermind tetap sweet. Wah first time ni lelaki masak untuk aku. Ok dengan ni Aliya Sofrina ingin mengisytiharkan yang dia sudah jatuh cinta dengan tunangnya a.k.a Tengku Ilham Huzairie ! Finally dia ! Mr. Sweet Aku !

Aliya tiba - tiba bertepuk tangan.

" Along ? Kamu dah kenapa bertepuk tangan sorang - sorang ni ? Demam kamu dah buat anak ibu jadi gila ke ni ? " kata ibu pelik.

Aliya tersenyum senget .

" Ibu ! Tengok ni along dapat ni ! Tadaaaa " kata Aliya sambil menunjukkan bekas bubur.

" Cehhh tunang kasi lah tu. Eh kenapa seronok sangat ? Bukan Along tak suka ke dijodohkan mengikut wasiat arwah atok ? " usik ibu.

" Alahhh ibu ni . Itu dulu tapi sekarang ..... "

" Sekarang apa ? " mencelah ibu.

" Hahahaha tak ada apa - apa lah . " kata Aliya sambil tersenyum meleret.

Atok ! I love you hahahahhaa terima kaseh sebab wujudkan wasiat yang tak logik dek akal ni 😂 but sekarang Aliya rasa bahagia sangat dengan wasiat atok ni. Rupanya lagi best wasiat atok suruh kahwin dengan anak raja berbanding kalau wasiat atok suruh jaga pokok bunga rumah atok en ? 👏

Seketika Aliya pergi ke ruang makan rumahnya dan mengambil sudu lalu makan bubur yang dimasak oleh Huzairie. Terus lalu makan dibuatnya. Hahahaha. Ya Allah sedapnya dia masak 😭 nak menangis rasa. Pandai jugak enn dia masak.

" Along .. boleh ibu nak rasa sikit ? Kamu kan tak lalu tadi . " usik ibu lagi.

" No tak boleh . Sedap sangat ni buu . Tak leh kongsi ! Tak cukup hehe. " kata Aliya yang mulutnya penuh dengan bubur. Wuish gelojoh betul la si Aliya ni kan ? 😂

" Ish budak ni makan tu elok - elok lah. Nah air dengan ubat ni. Jangan lupa makan. " kata ibu lagi lalu beredar naik ke biliknya dan meninggalkan Aliya yang tengah sedap duk makan tu.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi