Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,783
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 25

Aliya menarik rambut Huzairie sekuat - kuatnya. Errr dia geram ! Geram sangat ! Sampai hati Huzairie takut kan aku ! 😠

" Aduh sakit lah. Lepaslah rambut Miku. " pinta Huzairie.

Seketika Aliya melepaskan rambut Huzairie.

" Hah tahu pun sakit. Siapa suruh buat yang bukan - bukan lagi ? Oh pandai ea bersubahat dengan Kuzaimie ? " bebel Aliya.

Huzairie hanya tersenyum senget.

" Alaa bukan selalu hahahaha. Sampai nangis orang tu dibuatnya "

Pipi Aliya blushing ! Yelah Aliya menangis kot ! Ingatkan orang jahat mana yang pecah masuk bilik Aliya 😒

" Maaf lah janji tak buat dah. Miku saja nak surprise kan Riku . Saja balik awal sebenarnya. Rindu." luah Huzairie sambil tangannya mengenggam erat kedua - dua tangan Aliya.

Aliya tersenyum kecil.

" Tiada maaf bagi mu " kata Aliya lalu menarik tangannya dari dipegang Huzairie  acah - acah merajuk.

" Oh maafkan Aidiel Wafie boleh pulak en ? " kata Huzairie tiba - tiba.

Glurp ! Aliya telan liur. Mana pakcik ni tahu yang aku dah maafkan Aidiel ? 😰 Ermm ni mesti kerja pakcik spy dia ! Siapa lagi kalau bukan si Kuzaimie tu 😬

" Mana awak tahu saya jumpa Aidiel ? "

" I know what you do every time . " kata Huzairie mendatar.

" Errr yalah - yalah , Riku maafkan . Riku saja aje tadi nak acah - acah merajuk. " kata Aliya.

Huzairie pandang ke arah lain. Dia pulak nak merajuk !

" Hmmm merajuk lah tu. Ingat orang nak pujuk ? Dah lah nak mandi lagi bagus ! Bye ! " kata Aliya lalu bangun ingin melangkah untuk ke bilik mandi.

Zapppp ! Tangan Aliya ditarik ! Sekelip mata Aliya di dalam pelukan Huzairie. Aliya terkejut dengan tindakan Huzairie.

" Apa ni ? Saya nak mandi lah " kata Aliya cuba meleraikan pelukan.

Huzairie mengeratkan lagi pelukan. Dia tidak mahu melepaskan Aliya.

" Let me hug you for a while " ucap Huzairie.

Aliya tersenyum kecil dalam dakapan Huzairie. Lama kelamaan dia membalas pelukan Huzairie.

Imissyouu Mr. Sweet ! 💕💕💕💕

*********

Hari yang mendebarkan hati setiap calon Spm telah tiba. Bermulah peperiksaan Spm yang sebenar . Aliya dah ketar habis dah sampai malam sehari sebelum exam tak boleh tidur terus 😂 lain lah Huzairie. Tidur dengan senyuman ! Budak pandai lah katakan ? Eh mesti nak tahu kan Aliya dapat result apa percubaan Spm hari tu ? Hahahahaha tak dak A 😭😭😭😭😭 sadis betul . Huzairie pulak ? Straight A beb !  Suami aku memang pandai ! Otak apa dia pakai pun aku tak tahu ! Bukan nak pinjam kan kat aku 😒

Sebelum masuk dewan peperiksaan.

" Buat elok - elok. Jangan gelabah. Ingat apa yang kita dah study sama - sama sebelum ni. " pesan Huzairie.

Aliya hanya mengangguk ! In shaa Allah aku mesti boleh ! Aliya kau boleh ! 👌

Seketika pengawas peperiksaan memberikan arahan untuk masuk ke dewan peperiksaan. Semua pelajar bergerak masuk ke dewan dan mengambil tempat masing - masing .

*Skip*

Pejam celik pejam celik peperiksaan Spm pun tamat. Semua pelajar bersorak keseronokkan ! Yeahhhhh merdeka ! Hah ni baru betul merdeka 😍

" Leganyaaa. Lepas ni cuti panjang yahoooooo "

" Amboi seronok nampak cuti panjang ? Tak rindu kawan - kawan ke ? " tanya Huzairie.

Haah betul jugak 😂 rindu kawan - kawan nanti 😭

" Minggu depan Miku ada camping dengan kawan - kawan Miku. Nak join ? Ajak lah kawan - kawan Riku sekali. " kata Huzairie tiba - tiba.

Wahhhhh 🤗 campign ? Bestnyaaa 😍😍😍

" Nakkkk ! " kata Aliya.

Sepintas kilat ☇Aliya mengwhatsapp kawan - kawannya untuk mengkhabarkan tentang perkhemahan tersebut. Semua kawan - kawan Aliya memberi respon yang sangat baik ! Mereka bersetuju untuk pergi berkhemah.

********

Tiba lah hari perkhemahan yang ditunggu - tunggu. 7 orang semuanya yang pergi berkhemah. Huzairie , Nazhan , Daniel , Aliya , Wafa , Firzana dan siapa lagi kalau bukan pembantu peribadi yang setia iaitu Kuzaimie lah 😂

" Okay semuanya dah siap ? Tak ada apa - apa yang tertinggalkan ? " tanya Kuzaimie sebagai pemandu. Hari ini dia memandu kereta Alza untuk memuatkan 7 orang. Well anak raja kan ? Takkan tak ada kereta - kereta yang khas untuk aktiviti .

" Dah ! " jawab semua orang kecuali Huzairie dalam kereta. Bergegar kereta dibuatnya. Kenapa Huzairie tak jawab ? Well dia selalu control macho depan orang 😒

Perjalanan menuju ke destinasi pilihan mereka iaitu Air terjun Komanwel Selayang memakan masa agak lama jugak. Nazhan , Daniel , Wafa dan Firzana masing - masing telah dibuai mimpi. Tinggallah Aliya dan Huzairie sahaja yang diam membisu. Huzairie duduk di bahagian depan manakala Aliya duduk di belakang Huzairie.

" Hmmm bosannya. Semua orang pakat tidur tapi mata aku ni yang tak reti nak tidur pulak " ngomel Aliya di dalam hati.

Seketika terdetik hati Aliya untuk mengacau Huzairie di hadapan. Aliya mencuit - cuit cuping telinga Huzairie dari belakang. Huzairie tiada respon.

" Ehh ? Pakcik ni pun tidur ke apa ? "

Aliya tidak dapat melihat muka Huzairie kerana Huzairie membelakanginya. Seketika Aliya  cuba menjenguk muka Huzairie tapi entah macam mana tiba - tiba Huzairie juga memusing kepalanya ke arah yang bertentangan. Muka mereka berdua bertembung ! 😮

Mereka berdua tersentak ! Hanya beberapa inci sahaja jarak muka mereka. Mereka kaku. Tak tau nak buat apa 😂

" Ehem - ehem "

Tiba - tiba Kuzaimie berdehem. Terus Huzairie dan Aliya tarik muka masing - masing. Hahahahaha nasib baik Kuzaimie jadi penyelamat ! Kalau tak entah apa lah yang jadi 😂

" Tengku , Puan Muda ... ingat ya ni bukan bilik " perli Kuzaimie.

Aliya dan Huzairie masing - masing ketawa kecil. Termalu sendiri. Nasib baik kawan - kawan mereka semua tengah sedap tidur. Kalau tak memang kena kecam lah 😂😂😂

***********

Semua orang tengah sibuk pasang khemah masing - masing . Mereka telah membuat keputusan semua sekali ada 3 khemah. Satu khemah untuk Nazhan , Daniel dan Kuzaimie . Manakala satu lagi khemah untuk Wafa dan Firzana. Ehh mana tempat untuk Aliya dengan Huzairie ? Hah kan ada satu lagi khemah so khemah khas untuk Huzairie dengan Aliya lah.

" Kenapa aku tak satu khemah dengan korang ? " tanya Huzairie pelik .

" Haah . Kenapa aku tak satu khemah dengan korang Wafa , Firzana ? Nak satu khemah dengan korang ! " rengek Aliya macam budak kecik.

" Bro .. kau dah ada isteri kan ? So satu khemah lah dengan isteri kau . " kata Nazhan.

" Haah lah Aliya . Kau satu khemah lah dengan suami kau. Kitaorang tak nak lah jadi jahat pisahkan suami isteri. " kata Firzana pula.

Mangkuk betul lah diaorang ni ! Saja lah tu nak kena kan aku dengan Huzairie. 😬

" Hmm ikut suka korang lah " kata Huzairie mendatar.

Kuzaimie hanya ketawa kecil. Aliya hanya mencebik tapi dalam hati suka sebenarnya satu khemah dengan suami tercinta lah katakan ? 💕💕💕

Setelah budak - budak lelaki selesai mencari kayu api untuk membuat unggun api mereka masing - masing masuk berehat ke dalam khemah. Aliya , Wafa dan Firzana menyediakan makanan pula. Sementara menunggu makanan siap dimasak oleh Wafa dan Firzana , Aliya bergerak sekejap ke tepi sungai. Aliya duduk di satu batu lalu dia merendam kakinya ke dalam sungai.

" Wahh sejuknya. " kata Aliya teruja.

Aliya menikmati pemandangan dari sungai itu. Cantik , udara yang nyaman. Entah kenapa tiba - tiba dia teringatkan Aliya Safiyah.

" Liya buat apa sekarang ea ? Dah makan ubat belum ? Aku pun satu lupa nak mintak nombor telefon Aidiel hari tu "

" Mintak nombor telefon Aidiel ? "

Aliya tersentak. Dia menoleh ke arah suara itu. Huzairie ! Huzairie mengambil tempat di sebelah Aliya lalu merendam kakinya juga ke dalam sungai.

" Errr ... "

" Kenapa nak mintak nombor telefon dia ? " tanya Huzairie bersama nada cemburu.

Ya , Huzairie terasa cemburu bila nama Aidiel Wafie muncul di antara hidup nya dengan Aliya.

" Err tak ada apa - apa lah. " nafi Aliya.

" Boleh Ayie jujur something ? " kata Huzairie mendatar sambil matanya tepat memandang ke arah air sungai sikit pun dia tak pandang Aliya.

Aliya memandang Huzairie di sisi.

" Jujur apa ? " tanya Aliya penuh debaran.

" Jujur Ayie jelous bila wujudnya Aidiel Wafie di antara kita. Hmm jangan rapat sangat dengan dia boleh ? Dia tu jugak kan yang kutuk yaya dulu tapi kenapa sekarang Yaya pulak yang maafkan dia ? " luah Huzairie.

Aik ? Jelous ? Alahaii Huzairie ni 😂 tapi macam mana  dia tahu aku dah maafkan Aidiel Wafie ? Hah ni mesti kerja Kuzaimie. Ohh dalam diam Kuzaimie pasang telinga rupanya.

" Ayie ... tengok Yaya .. " pinta Aliya.

Seketika Huzairie memandang Aliya di sisi pula.

" Okay lah macam ni . Memang yaya maafkan dia sebab buat apa kita nak berdendam kan ? Lagipun benda tu masa kita kecik - kecik. So biasa lah budak - budak kan ? Satu lagi jangan lah cemburu wahai Tengku Ilham Huzairie. Yaya dengan dia tak ada apa - apa. Hanya kawan. Pasal nombor phone tu terlupa nak minta sebab yaya nak tahu pasal keadaan Liya ... "

" Liya ? Siapa Liya ? "

" Liya tu .... " cerita Aliya dari A - Z. Dari permulaan pertemuannya di hospital sehinggalah ke tasek permata. Aliya tidak mahu ada rahsia di antara dia dan Huzairie kerana disebabkan benda remeh boleh rosakkan hubungan dia dan Huzairie.

" Oh macam tu. Hahahaha okay lah. Maafkan Ayie cemburu tak kena tempat. I'm sorry okay my dear ? "

Aliya hanya mengangguk kecil.

*********

Pada malam itu mereka berhimpun ramai di hadapan unggun api. Nazhan juga ada mengeluarkan gitar kesayangannya.

" Nazhan awak bawa keluar gitar tu siapa nak nyanyi ? Awak ke ? " tanya Wafa.

" Eh tak lah bukan saya tapi .... " kata Nazhan.

" Huzairie " kata Daniel.

Semua orang bertepuk tangan kecuali Aliya. Seriously ? Pakcik ni nak nyanyi ? Sedap ke ? Aku tak pernah dengar dia nyanyi pun kat rumah sebelum ni ? Aliya tayang muka pelik !

" Bila masa pulak aku cakap aku nak nyanyi ? " tanya Huzairie.

" Alaa bro. Nyanyi aje lah. Aku tahu kau sebenarnya ada bakat menyanyi tapi segan nak tunjuk kan ? " kata Nazhan.

" Haah betul tu . Aku ingat lagi masa kau form 3 kau pernah perform untuk besday Afanin . Tak silap aku tu lah last kau nyanyi kan ? " kata Daniel.

Aliya tersentak ! Afanin ? Nama tu muncul lagi  untuk kesekian kali. Huzairie juga sedikit tersentak. Dia memandang Aliya. Jelas sekali mimik muka Aliya sedikit berubah. Seketika Nazhan menyiku Daniel memberi bahasa isyarat bahawa Daniel sudah terlepas cakap.

" Err apa kata malam ni kau nyanyi untuk isteri kau pulak kan ? " kata Daniel cuba untuk cover kesalahannya yang tadi.

Akhirnya Huzairie akur. Mungkin dengan menyanyikan lagu untuk Aliya mampu mengubah sedikit moodnya yang hampir down tadi. Seketika Kuzaimie menyuruh Huzairie menyanyikan lagu " 1 2 3 kucintamu "

Lagu asal 1 2 3 ku cintamu - Satu band. *boleh search Yt ya*

Mula - mula ku Happy
tiba - tiba dia sakitkan hatiku
tak apalah, terima kasihlah jadi kekasihku

satu, dua, tiga ku cintamu
kau hanya satu menjadi kekasihku
Berjanjilah padaku sayangku
kau akan setia

Aliya ? 
Jangan ragu - ragu dengan cinta ini..
jangan kau ragu - raguku jadi kekasihmu
percaya padaku

ku akan jadi yang terbaik untuk cintamu

Aliya ?
Aku sayang kamu aku rindu kamu
tidur malamku sentiasaku mimpikan kamu
Kau hanya milikku untuk
Selamanya

Aku sayang, ku rindu, aku cintamu

Terbit senyuman manis Aliya. Hahahahaha pandai lah pakcik ni ubah letak nama aku 😂 serious tak sangka Huzairie memang  pandai nyanyi. Sedap pulak tu 💕😙

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi