Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,633
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 18

" Aikkk balik jalan kaki ke ? " tanya ibu.

" Haah. Ni hah menantu ibu ni buang tabiat nak balik jalan kaki. " kata Aliya perli.

" Huzairie teringin nak balik jalan kaki ibu. Sebab bosan lah asyik naik kereta aje. " kata Huzairie pula.

" Hahahaha okay sudah lah. Kamu berdua pergi masuk . Mandi . Nanti datang kat dapur makan. " kata ibu .

Huzairie dan Aliya hanya akur lalu melangkah ke bilik.

Ibu sengaja meninggalkan Aliya dan Huzairie makan berdua. Mereka menikmati sungguh makanan mereka. Tiba - tiba Aliya bersuara.

" Miku..."

" Hmm "

" Perut awak okay makan , makanan biasa macam ni ? Tak sakit perut ke ? " tanya Aliya.

" Okay aje . Kenapa ? Kau ingat perut aku ni terima makanan yang mahal - mahal aje ke ? "

" Bukan macam tu. Saya cuma risau lah kejap lagi awak sakit perut ke apa. Habis saya nak jawab apa dekat bonda , ayahnda ngan nenda kalau awak sakit. " kata Aliya.

" Aku okay aje lah. Dah lah cepat lah makan. Aku  dah nak habis dah ni. Lepas ni kita kena study pulak. Percubaan Spm pun dah nak dekat. " kata Huzairie sambil cuba menghabiskan makanannya.

Aliya hanya mengangguk kecil lalu menghabiskan makanannya juga.

Pada petang itu , Huzairie dan Aliya belajar bersama - sama. Huzairie mengajar Aliya , subjek - subjek yang mana Aliya tidak cekap. Semestinya subjek Mathematic lah. Setiap ujian mathematic mesti Aliya gagal. Aduh betul - betul tak boleh ngam dengan subjek Math ni lah 😥

" Ish kau ni bukan buat macam tu lah. Macam ni...." Huzairie membebel.

Ni tak best ni bila belajar dengan budak pandai. Habis semua soalan nak dibebelnya.

" Hmm kenapa susah sangat math ni ! " rungut Aliya.

Tiba - tiba kepala Aliya diketuk sebatang pen.

" Ada cakap macam tu pulak ! Jangan cakap susah. Jangan block kepala dengan perkataan susah , nanti susah lah nak jawab math. " nasihat Huzairie .

" Hmm yalah - yalah.. " akur Aliya. Ya lah kita mana boleh lawan orang yang lebih arif.

Setelah selesai menjawab soalan math itu , Aliya pergi ke dapur untuk mengambil air. Baru sedar punya lama belajar tak minum air. Di dapur.

" Along .. "

Sedang Aliya membancuh air tiba - tiba dia ditegur.

" Eh ibu .. "

" Buat  air untuk suami ke ? " usik ibu.

" Haah ... dahaga lah buu. Ibu pun dulu ibu buatkan air dekat Aliya bila Aliya tengah belajar tapi sekarang ibu tak buat pun. " bebel Aliya.

" Hahahaha sengaja ibu tak buat air . Nak tengok along nak buat air sendiri ke tak untuk Aery.. " kata ibu pula.

Aliya mencebik !

" Along .. nanti cuti sekolah jangan lupa bawa Aery balik kampung lawat nenek  ea . " pesan ibu.

Haah jugak kan ? Aku kena bawa Huzairie balik kampung ! Tengok nenek . Hmm even atok dah lama pergi , nenek still nak duduk kampung sorang - sorang. Bila ibu ajak tinggal dengan ibu nenek menolak. Lagipun ibu aje lah anak tunggal nenek.

" Jangan lupa bagitahu Aery tentang balik kampung tu ya . " pesan ibu lagi.

Aliya hanya mengangguk lalu mendulang air untuk ke biliknya.

Kelihatan Huzairie tertidur di atas katil Aliya.

" Kesian pakcik ni penat sungguh ajar aku yang tak reti math ni " getus hati Aliya.

Aliya meletakkan dulang air di meja sebelah katil. Seketika Aliya meneliti muka Huzairie. Comel la bila dia tidur macam ni. Hmmm muka handsome habis lah. Tak setaraf aku langsung. Tapi itu lah dah namanya jodoh kita tak boleh nak menidakkannya.

Tiba - tiba Aliya teringat akan pesan ibunya. Hahahaha macam mana lah reaksi Huzairie bila balik kampung en ? Mesti lawak kan ? Iyolah bayangkan anak raja yang penuh dengan kemewahan ? Mesti lah tak pernah jejakkan kaki dekat kampung yang serba kekampungan ni hahaha aceywahh ayat. 😂

" Ehem - ehem "

Seseorang menyentakkan lamunan Aliya.

" Apa yang kau sengehkan dari tadi ? Kutuk aku tidur ke ? " tanya Huzairie.

Ya , Huzairie terjaga dari tidurnya.

" Hah ? Mana ada lah. Memandai aje tuduh orang . " jawab Aliya.

Huzairie tayang muka toya.

" Hah tu air saya dah buat. " kata Aliya.

Huzairie hanya melirih seketika ke arah air di atas meja.

" Hah satu lagi ibu pesan , cuti sekolah akan datang ni ibu suruh balik kampung . Lawat nenek. " kata Aliya lagi.

" Ohh " itu yang keluar dari mulut Huzairie. Reaksi yang membosankan ! 😑

************

Setelah seminggu tinggal di rumah ibu , Aliya dan Huzairie mula kembali ke rumah mewah Tengku Yahya.

" Hmmm mana aku letak buku sejarah aku ni . " ngomel Aliya sambil tangan ligat mencari buku sejarahnya.

Seketika Aliya mencari di rak atas. Namun tetap tak ada. Tiba - tiba terlintas di fikiran Aliya untuk mencari buku tersebut di bawah katil. Tetap tak ada jugak ! Pelik 😞 mana buku sejarah aku ni ?

Aliya keluar dari bilik . Dia mengorak langkah ke hadapan pintu bilik Rieya . Rieya ada bilik ? Hahahahaha jangan pelik lah kalau Rieya ada bilik ! Rumah kerabat di raja. Bilik banyak ! Takkan lah bilik khas untuk kucing seperti Rieya tak ada kan ? Lagi lawa dari bilik kat rumah aku 😂

" Kejap ! Takkan buku sejarah aku dalam bilik Rieya ? Tapi rasanya aku ada bawa masuk satu buku hari tu masa aku duk main ngan Rieya dalam bilik ni. " kata Aliya.

Aliya menguak pintu bilik Rieya perlahan - lahan. Kelihatan Rieya sedang tidur di dalam bakulnya yang disediakan khas. Comel lah Rieya ni macam tuan dia.

Aliya meneliti di sekeliling mencari buku sejarahnya kalau - kalau ada yang tersesat di sini. Tiba - tiba matanya tertumpu ke arah sebuah buku sejarah  yang terletak elok di atas meja di dalam bilik tersebut.

" Ada kat sini rupanya. " kata Aliya lalu menggapai bukunya yang ada di atas meja itu.
Tiba - tiba Aliya terpandang sebuah kotak yang berwarna biru.

" Ehh kotak apa ni ? " soal Aliya seorang diri.

Tangan tidak jadi untuk mengambil buku sejarahnya namun berpindah memegang kotak berwarna biru itu. Aliya membuka penutup kotak itu perlahan. Kelihatan ada beberapa keeping gambar yang diterbalikkan. Ada juga satu cengkerang berwarna putih yang agak familiar di mata Aliya.

" Cengkerang ni macam aku punya lah yang ada kat rumah ibu. Macam mana boleh sama pulak dengan cengkerang ni ? " monolog Aliya di dalam hati.

Seketika Aliya ingin menterbalikkan kepingan gambar tersebut namun tiba - tiba ...

" Aliya Sofrina ! Apa kau buat ni ?! " kata Huzairie meninggi suaranya.

Huzairie terkejut apabila melihat Aliya hampir sahaja melihat barang privasi nya. Terlepas kotak biru itu dari tangan Aliya. Aliya terkejut dengan kehadiran Huzairie.

" Kau keluar dari bilik ni sekarang !! " jerkah Huzairie.

Aliya tersentak dengan tengkingan Huzairie. Cepat - cepat dia menggapai buku sejarah dan berlalu keluar dari bilik itu.

Aliya terus menuju ke arah lif . Entah jejaknya tidak tentu arah. Air matanya juga semakin laju. Aliya terkejut apabila ditengking seperti tadi oleh Huzaire. Tak boleh ke kalau Huzairie cakap elok - elok iya pun kalau marah Aliya bukak kotak tu. Tak payah sampai nak tengking ! Nak halau aku bagai ! Hmm mungkin semua benda - benda dalam kotak tu hadiah pemberian Afanin, Sebab tu lah dia marah sangat dekat aku.

Aliya sampai di tingkat 3 . Tak pernah lagi Aliya menjejakkan kakinya di tingkat ini. Kelihatan tingkat 3 ni agak sunyi. Ada beberapa ruang tamu di tingkat ini. Ada juga beberapa bilik. Aliya ternampak suatu jalan untuk ke bahagian luar atas dekat - dekat dengan bumbung rumah lah jugak. Senang - senang macam balkoni lah. Aliya menuju ke situ dengan air mata yang masih bersisa. ALiya terduduk di atas sofa yang empuk yang disediakan itu. Dari balkoni boleh melihat semua rumah - rumah kecil di bawahnya. Serious pemandangan yang sangat cantik dari sini. Tenang aje rasanya. Tambah - tambah lagi bila hati tengah sedih memang sesuai sangat duduk di sini.

" Hmm memang sampai bila - bila Huzairie akan sayang Afanin ke ? Hmm memang sampai bila - bila aku sorang aje yang terhegeh - hegeh kan Huzairie ? " monolog Aliya . Air matanya juga mula melakukan tugas mereka.

Aliya menangis semahu - mahunya di situ. Ya dia sedih sangat bila dia ditengking oleh Huzairie seperti itu. Sakit sangat hati ni.

" Aliya .. "

Aliya menoleh apabila terdengar namanya diseru dari belakang. Nenda ?

Cepat - cepat Aliya menghapus air matannya. Permaisuri Raziah Alam Shah mendekati Aliya lalu mengambil tempat.

" Tak apa Aliya. Nangis kalau Aliya rasa nak nangis. " kata nenda .

Glurp ! Nenda nampak aku nangis ke tadi ?

" Tak payah kamu nak explain apa lagi. Nenda dah dengar dan tengok semua tadi. Hmm maafkan Aery ya Aliya ... Nenda tahu dia tak ada niat pun nak tengking Aliya macam tadi. Mungkin Aliya masih tak kenal siapa Tengku Ilham Huzairie. Aery paling tak suka bila orang ceroboh barang privasinya. Jangan katakan Aliya , pembantu rumah yang lain pun pernah kena marah sebab susun barang privasinya. " terang nenda.

Sedikit sebanyak menghilangkan rasa sakit di hati Aliya.

" Nenda penting sangat ke kotak biru tu pada Huzairie ? " Tanya Aliya ingin tahu.

" Maksud Aliya ? Kotak biru yang atas meja bilik Rieya tu ke ? " tanya nenda.

Aliya mengangguk laju.

" Oh kotak tu , kotak pemberian dari kawan sepermainan Huzairie masa dia kecil - kecil dulu." kata nenda.

" Kawan sepermainan ? Maksud nenda Afanin ? " tanya Aliya berani.

" Ehh bukan lah . Afanin tu sepupu Aery. Kotak tu dari Yaya. " terang nenda.

Hah ? Yaya ? Siapa pulak dah. Hmm banyak perempuan betul lah Huzairie ni.

" Yaya ? "

" Haah kotak tu dari gadis comel yang bernama Yaya. Kalau kamu nak tahu kucing yang nama Rieya tu pun kucing yang Aery dengan Yaya yang jumpa masa kecil - kecil dulu. Lepastu kalau kamu perasan nama kucing ' Rieya ' tu adalah gabungan dari Huzairie dan yaya . So jadi lah ' Rieya ' . "

Oh begitu cerita sebenarnya dari nama Rieya. Si kucing berbulu lebat itu. Hmm tengok barang pemberian si Yaya yang kawan sepermainan Huzairie tu pun dia protect sampai tengking - tengking aku 😌. Mana status istimewanya aku sebagai isteri ? Kalau dia sanggup marah dan tengking aku hanya sebab barang dari Yaya tu. Nampak sangat Aliya , kau memang takkan ada sikit pun di ruang hati seorang Tengku Ilham Huzairie.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi