Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,627
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 36

Aliya Safiyah terbaring lemah bersama alat bantuan penafasan. Aidiel menolak kerusi roda Aliya perlahan mendekati katil Aliya Safiyah.

" Tengok lah Liya dulu , aku keluar kejap. " kata Aidiel ingin memberi privasi kepada Aliya.

Maka tinggallah Aliya dengan Liya. Liya masa tu tengah tidur rasanya. Aliya cuba bangun dan duduk di kerusi sebelah katil Liya. Dia meraih tangan kecil Liya.

" Liya ... ni kak Aliya datang nak tengok Liya. Kak Aliya rindu Liya. Liya kuat ya sayang. Liya mesti sembuh. " bisik Aliya di telinga Liya sambil mengusap - usap lembut tangan Liya.

Tiba - tiba tangan Aliya digenggam oleh Liya. Mata Liya terbuka perlahan - lahan.

" Kak Aliya .. " kata Aliya Safiyah lemah.

" Ehh maaf kak Aliya kacau Liya tidur. "

Aliya Safiyah hanya menggeleng. Aliya Safiyah tersenyum lemah.

" Kak Aliya tak kacau pun. Kak Aliya ... tadi Liya nampak mama ... nampak papa...Liya rasa , Liya nak ikut diorang .. "

Aliya tersentak. Sebak rasa hatinya apabila dengar akan rintihan Liya.

" Liya tak boleh cakap macam tu. Liya kena kuat untuk teruskan hidup. Kak Aliya yakin , Liya mesti akan sihat balik. Takkan Liya nak tinggalkan daddy Fie ? Kesian daddy Fie sorang - sorang . " pujuk Aliya.

Aliya Safiyah terbatuk - batuk kecil.

" Kak Aliya .. kalau Liya dah tak ada nanti. Kak Aliya tolong tengok dan jaga daddy Fie untuk Liya ya ? " pinta Aliya Safiyah.

Mata Aliya dah mula berkaca.

" Kak Aliya . Daddy Fie baik sangat kak Aliya. Dia banyak habiskan waktu dia dengan Liya. Dia memang daddy yang baik. Liya sayangkan daddy Fie. Liya nak daddy Fie bahagia dengan orang yang dia sayang. " luah Aliya Safiyah.

Aliya hanya mengangguk , dlm pda masa yang sama air matanya sudah laju turun.

" Kak Aliya jangan lah nangis. Liya tak suka tengok orang nangis. Liya suka tengok orang senyum. " kata Aliya Safiyah lagi.

Tangan kecil Liya mengusap air mata di pipi Aliya. Seketika Liya duduk dari pembaringan.

" Eh kenapa duduk , baring lah Liya " kata Aliya.

" Tak apa Liya okay lah. Kak Aliya .. boleh Liya peluk kak Aliya kejap ? " pinta Aliya Safiyah.

Aliya mengangguk laju. Seketika mereka berpelukan erat. Lama.

" Terima kaseh kak Aliya sebab hadir dalam hidup Liya " bisik Aliya Safiyah semasa mereka berpelukan.

Aliya menjadi sebak 😢 seketika mereka meleraikan pelukan.

" Eh baru Liya perasan , macam mana kak Aliya boleh ada kat sini ? Pakai baju macam Liya pulak tu ? Kak Aliya sakit ? "

" Erkkk ya . Kak Aliya demam aje sikit tapi entah lah doktor suruh stay sini. Mengada betul ! " bohong Aliya.

Aliya Safiyah hanya ketawa kecil.

**********

What ? Kurang ajar betul lah sepupu si Huzairie tu 😡

" Habistu kau tak bagitahu Huzairie ? " tanya Aidiel.

Aliya telah menceritakan semua kemalangan yang menimpanya kepada Aidiel.

" Hmmm dah tapi dia tak percayakan aku. Dia cakap aku yang cuai. Dia marah aku sebab tuduh orang tanpa bukti. " luah Aliya.

Entah lah tiba - tiba dia rasa selesa luah perasaan dekat Aidiel. Hmm mereka berbual di hadapan bilik rawatan Aliya Safiyah.

" Ish tak guna betul lah Huzairie ni. Sampai hati dia tak percayakan kau ? Dia ni memang nak kena dengan aku "

" Eh kau jangan nak cari gaduh dengan dia pulak. Korang ni bukan boleh , asyik nak gaduh aje memanjang. "

Aidiel menghembus nafas kasar.

" Aliya Sofrina ! "

Tiba - tiba nama Aliya dipanggil . Aliya tersentak melihat si gerangan. Aduh aku lupa nak tunggu Huzairie tadi. 😨 Huzairie mendekati Aliya dan Aidiel dengan muka yang menyinga.

" Err Ayie ... err "

Huzairie terus mengcengkam koler baju Aidiel.

" Kau ! Kau nak bawak lari Aliya ke hah ? " marah Huzairie.

" Huzairie ! Apa awak ni ? Lepaskan Aidiel . Mana ada dia nak bawak lari saya ! " bela Aliya.

Huzairie tersentak bila Aliya membela Aidiel. Tangannya terus melepaskan koler baju Aidiel.

" Saya yang mintak dia bawak saya jumpa dengan Liya. Jangan salahkan dia " Aliya bersuara lagi.

Aliya geram ! Oh bila Aliya dekat sikit ngan Aidiel tahu pulak nak marah ? Tahu pulak nak jelous ? Habistu Afanin ? Dia tak faham pulak apa yang aku rasa ? 😞

Huzairie tidak membalas malah dia terus mencapai kerusi roda Aliya untuk ditolak. Tiba - tiba Aidiel menahan.

" Al ... kalau ada apa - apa , bagitahu aku ya " pesan Aidiel.

Aduh mak ! Aidiel ni nak cakap pun depan Huzairie . Alahaii 😪 Aliya hanya mengangguk kecil. Tanpa membuang masa Huzairie terus menolak kerusi roda Aliya. Hatinya rasa panas aje bila berdiri kat situ lama - lama. 

Suasana menjadi agak sunyi sepanjang perjalanan balik ke bilik rawatan Aliya. Sebelum sampai ke bilik rawatan , terdapat taman mini di hospital itu. Huzairie tiba - tiba memberhentikan kerusi roda Aliya di situ. Aliya pelik.

Dah kenapa pakcik ni ? Hmmm aku nak balik bilik rawatan lah ! Penat !

" Kita buat apa kat sini ? Jom lah balik bilik ! " rengek Aliya. Dia dah tak ada mood !

Huzairie diam.

" Awak cepat lah tolak. Kalau awak tak nak tolak saya boleh tolak sendiri lah. " Aliya dah mula marah.

Chuppp ! Pipi Aliya dicium Huzairie sepintas lalu. Aliya terkesima. Nasib baik masa tu tak ada orang.

" Al .... jangan dekat dengan Aidiel tu boleh ? " kata Huzairie tiba - tiba.

" Kenapa ? " tanya Aliya yang masih membelakangi Huzairie sebab Huzairie kan yang tolak kerusi roda Aliya. .

" Jujur Ayie jelous. Ayie tahu dia nak rebut Al dari Ayie. " luah Huzairie. Dia tidak mahu berselindung lagi.

Tiba - tiba Aliya menoleh ke belakang melihat Huzairie.

" Habistu ? Ingat Al tak jelous bila Ayie rapat dan percayakan Afanin ? Ayie lebih percayakan Afanin dari Al. Apa yang Al cakap semua Ayie tak percaya ! Afanin pun nak rebut Ayie dari Al. " monolog hebat Aliya di dalam hati.

Tak dia tak sanggup nak luah macam tu dekat Huzairie. Semua tu hanya akan mencentus kan pergaduhan antara mereka sahaja.

Huzairie pelik melihat Aliya yang menoleh.

" Hmm Al nak balik bilik rawatan ! " kata Aliya mendatar.

Mereka pun kembali balik ke bilik rawatan.

Pada petang itu , Huzairie keluar ke tandas. Maka tinggallah Aliya sorang - sorang. Entah macam mana Afanin muncul konon - kononnya nak melawat Aliya. Aliya sedikit gugup. Ya dia trauma dengan Afanin sejak kejadian hari tu. Afanin bukan calang - calang orang. Dia gila ! Dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan apa yang dia nak ! 😞

" Hai Al ? How are you today ? " tanya Afanin sinis.

Aliya sedikit tersentak.

" Kau buat apa kat sini ? Nak bunuh aku lagi ke ? Nak perangkap aku dalam bilik pendinginan tu lagi ? " tanya Aliya..

" Hmmm awalnya memang plan macam tu tapi nanti lah dulu. Lagipun kau kan hampir aje mati kan ? So aku stop lah dulu game aku . " kata Afanin.

Seketika Afanin mendekati Aliya. Aliya menjauh dari Afanin. Dia harus berhati - hati dengan Afanin mulai sekarang !

" Hmm aku akan singkirkan kau lagi Al. Huzairie gonna be mine ! " kata Afanin sinis kepada Aliya.

" Aku tak takut lah dengan kau ! Huzairie takkan jadi milik kau. Dia cuma hak aku sorang ! Kau tu tak ada apa - apa di mata Huzairie. " balas Aliya.

Mendengarkan saja perkataan " tak ada apa - apa di mata Huzairie. " Afanin terus naik berang !

Pang !

Afanin menampar pipi Aliya kuat ! Aliya terkejut dengan tindakan Afanin. Aliya geram dan ingin membalas tamparan itu balik tiba - tiba .

" Aliya ! Stop ! " jerit Huzairie yang tiba - tiba muncul.

Terbatal niat Aliya untuk menampar Afanin.

" Apa yang Al cuba buat ni ? Kenapa nak tampar Afanin ? " marah Huzairie kepada Aliya.

" Errr tak ! Afanin yang tampar Al dulu. " kata Aliya.

" Tipu .. Al yang nak tampar Afanin tiba - tiba Aery. Pastu tiba - tiba aje dia nak marah - marah Afanin cakap Afanin nak bunuh dia lah apa lah. Afanin pun tak faham. " bohong Afanin.

" Aliya Sofrina ! Kenapa melampau sangat ni ? " jerkah Huzairie marah.

Aliya tersentak hebat ! Afanin tersenyum dalam diam. Hati Aliya amat sakit berbanding pipinya yang mula merah ditampar Afanin tadi. Kenapa ? Huzairie percaya sangat dengan Afanin ?

" Apa yang Al tak puas hati sangat dengan Afanin sampai Al tampar dia ? Apa yang Al tak puas hati sangat hah ? Kalau ya pun Al jelous dengan Afanin sebab Afanin rapat ngan Ayie , tolong jangan tuduh Afanin macam - macam , jangan lepaskan geram dekat dia. Ni hah lepaskan dekat Ayie. " marah Huzairie.

Aliya diam. Tiada guna kalau dia bersuara sekali pun sebab apa ? Sebab Huzairie takkan pernah dengar dan percaya kan dia pun 😢

" Tolong ubah sikap Al . Jangan macam budak - budak sangat ! " kata Huzairie lagi lalu melangkah keluar dari bilik rawatan Aliya. Dia tidak mahu bila berada lama dalam bilik itu, lagilah dia rasa nak marah Aliya.

Afanin tersenyum sinis.

" Kesian kau eh ? Hmm sabar lah ya. " sempat lagi Afanin berkata - kata lalu keluar dari bilik rawatan Aliya.

Aliya terdiam. Air matanya turun lagi untuk kesekian kali. Lama kelamaan dia menyentuh pipinya. Pedih nya 😭 Ibu !

********

Aliya dan Huzairie makin kurang berkomunikasi antara satu sama lain. Aliya pula asyik tidur aje. Hmmm ibu , ayah dan adiknya ada jugak datang melawat. Ibu juga ada bertanya tentang pipi Aliya yang kelihatan sedikit lain tapi Aliya hanya berkata tak ada apa - apa. Mungkin nyamuk gigit lah apa lah.

Huzairie juga ada perasan tentang pipi Aliya tu. Dia juga sedikit pelik. Kalau Aliya yang tampar Afanin kenapa pipi Afanin tak nampak merah pun. Pipi Aliya pulak yang kelihatan lain.
Arghhhh . Huzairie menghapus fikiran tu jauh - jauh. Malas dia nak fikir yang dia tahu Aliya memang dah melampau sebab tampar Afanin. Belajar dari siapa lah perangai macam ni ! Mesti si Aidiel Wafie tu yang ajar bukan - bukan.

Pada tengah hari itu Aliya tiba - tiba  terdengar dari perbualan  jururawat - jururawat yang merawatnya tentang kematian seorang kanak - kanak perempuan berusia 5 tahu. Aliya tiba - tiba teringatkan Aliya Safiyah.

" Nurse ... apa nama budak yang meninggal tu ? " tanya Aliya mencelah.

" Oh budak tu nama Aliya Safiyah. Hmm kesian , sebab baru tadi dia tiba - tiba down pastu doktor pun dah tak boleh nak buat apa. Kesian jugak lah dekat daddy nya" kata salah satu jururawat tu.

Sah ! Tu Aliya Safiyah. Ya Allah  Liya ! 😭 

" Nurse boleh tak bawa saya ke bilik pesakit tu ? Saya nak tengok budak tu. Dia anak kawan saya. " kata Aliya.

Memandangkan Huzairie tak datang lagi lebih baik dia pergi tengok Liya cepat . Jururawat itu mengangguk. Seketika dia pun menolak kerusi roda Aliya.

Sesampainya di hadapan bilik rawatan Aliya , kelihatan Aidiel Wafie terduduk lemah bersama ibu dan ayahnya.

" Aidiel " panggil Aliya.

Aidiel mengangkat muka lemah melihat Aliya.

" Al ... Liya .. Al.. Liya dah tak ada .. " kata Aidiel lemah.

Aliya sebak ! Dia cuba menahan air matanya. Tak sangka kelmarin adalah hari terakhir Aliya bercakap dengan Liya. Terngiang - ngiang suara Liya yang ingin mengikut papa dan mamanya , terngiang - ngiang suara Liya yang meminta  Aliya menjaga daddy Fie nya. Ya Allah , kau tempatkan lah Aliya Safiyah ditempat orang - orang yang beriman. Terima kaseh , sebab mempertemukan dan mencipta sebuah pengenalan di antara aku dengan si kecil itu walaupun hanya seketika. 

Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi