Hari first masuk ke UAS memang best. Huzairie biasa - biasa ja sebab memang dia pernah melawat UAS tu. Paling teruja Aliya lah.
" Awak besar nya UAS ni. Best lah. " kata Aliya.
" Nama pun U kerabat diraja , mesti lah besar. "
" Awak , kita amik course apa ? " tanya Aliya.
Huzairie sedikit tersentak ! Ya baru dia teringat . Dia terpaksa berlainan course dengan Aliya. Hmm Huzairie mendapat course Perniagaan , manakala Aliya mendapat course Muzik dan persembahan.
" Err Yaya dapat course muzik dan persembahan. " kata Huzairie mendatar.
Terlopong Aliya seketika . What ? Muzik dan persembahan ? Aduh aku mana ada basic tu. Dulu masa Spm mana aku ada amik subjek muzik 😂 tak apa lah cuba aje lah. Mana tahu kena dengan hati ke ?
" Ohh .. awak pun sama dengan saya kan ? " tanya Aliya.
Huzairie mengeluh lalu menggeleng.
" Tak , ayie dapat Perniagaan . "
Aliya masam mencuka. Alohhhhh ingat satu course 😭😭 tapi tak apa lah satu kampus jugak.
Ting , ting , ting .
" Harap maklum , perhatian kepada semua pelajar - pelajar kemasukan baru . Sila berkumpul di dewan utama UAS bagi menjalani sesi orentasi. "
" Jom pergi dewan . " ajak Huzairie.
Aliya hanya membuntuti Huzairie.
Di dewan utama UAS. Kelihatan ramai pelajar mula memenuhi dewan. Aliya dan Huzairie terpaksa berpisah kerana barisan bagi setiap pelajar disusun mengikut course masing - masing. Aliya ke course muzik dan persembahan , manakala Huzairie ke course Perniagaan. Apabila Aliya masuk ke barisan coursenya , dia berkenalan dengan 2 orang kawan baru yang bernama Asyfa dan Putri. Hmm diaorang baik dan sporting sangat. Asyfa dengan Putri adalah kawan daripada sekolah menengah . Untungkan dapat masuk U yang sama. Tiba - tiba Aliya teringatkan kawan baiknya Wafa dan juga Firzana.
Mana Wafa dengan Firzana ? Ya mereka telah menerima tawaran belajar di UITM. Hmmm diaorang pandai tu yang boleh masuk UITM sama - sama 😢 bukan macam aku ni 😭
" By the way , handsome lah budak lelaki yang kau jalan dengan dia masuk dewan tadi. Dia siapa ? Sepupu kau ea Aliya ? Ke abang kau ? Tapi muka dia nampak macam familiar lah . " kata Putri.
Glurp ! Huzairie sepupu aku ? Abang aku ? 😅 hahahahaha lawak ! 😖
" Haah lah Aliya . Dia siapa ? Aku pun perasan jugak tadi. " kata Asyfa pulak.
" Oh korang intai aku ea tadi . " kata Aliya.
" Hehe biasa kami suka cuci - cuci mata. Cepat lah Aliya , dia siapa ? Single tak ? Kalau single boleh dibuat crush "
Ewah - ewah 😂 nak jadikan suami aku crush ? Mana boleh 😭😭
" Erkk korang kalau aku bagitahu korang jangan terkejut ea . "
Asyfa dan Putri tayang muka pelik.
" Lelaki tu suami aku " kata Aliya perlahan.
Terbuntang mata Asyfa dan Putri.
" Err Putri kan kau cakap familiar kan ? Err mungkin sebab dia putra kepada Tengku Yahya Alam Shah ? "
Putri terlopong ! Dah macam nak jatuh rahang dia 😂
" Ja..jadi dia Tengku Ilham Huzairie ? Ka..kau Aliya Sofrina yang kahwin dengan dia ?! " jerit Putri terkejut .
Cepat - cepat Aliya menutup mulut Putri.
" Kalau ya pun jangan lah cakap kuat - kuat . Malu orang dengar nanti. " kata Aliya.
Seketika dia melepaskan mulut Putri. Selepas itu tiba - tiba Aysfa dan Putri menunduk hormat di hadapan Aliya. Terkejut Aliya dibuatnya. Diaorang ni dah kenapa ? 😅
" Maafkan kami tuan puteri " kata mereka serentak.
Hahahahaha apa lah diaorang ni. 😅
" Eh tak payah lah nak tunduk bagai. Orang tengok lah malu. Tak payah anggap aku Tuan Puteri lah . Aku pun macam korang juga. Pelajar kat sini. Dah - dah "
" Errr rasa janggal pulak kami nak anggap Tuan Puteri ni macam kami. Maaf sebab kami cakap yang bukan - bukan tadi pasal Tengku. " kata Putri.
" Eh korang ni sudah lah. Pelik pulak aku rasa. Dah - dah takyah nak klishe sangat. Anggap aje aku macam kawan - kawan korang ya. "
" Hahahaha yalah Aliya " kata Asyfa.
Seketika mereka mengikuti sesi orentasi. Jumpa lah dengan senior - senior yang baik dan ada juga yang garang nak mampus 😒
Part of Huzairie.
" Hmm dia okay ke kat barisan sana ? " desis hati Huzairie.
24 jam dia asyik terfikirkan Aliya aje. Tu lah padahnya bila dah falling in love ni 😂
" Tengku . Maaf saya lambat. " sapa Kuzaimie.
Hahahaha macam biasa , mana ada Huzairie situ lah ada Kuzaimie. Hahaha Kuzaimie pun diberikan bidang Perniagaan supaya apa ? Supaya dia boleh awasi Tengku Ilham Huzairie lah 😂
" Kau pergi mana tadi ? "
" Saya pergi toilet Tengku " jelas Kuzaimie.
Huzairie mengangguk kecil. Hmm kat sini dengan Huzairie aje lah . Nazhan dan Daniel masing - masing dah sambung study dekat U lain. Tiba - tiba seseorang datang menyapa.
" Assalamualaikum. "
" Waalaikumusalam " jawab Huzairie dan Kuzaimie serentak.
Seketika orang itu menghulurkan tangan untuk berjabat. Huzairie menyambut huluran itu bersama segaris senyuman.
" Ni Tengku Ilham Huzairie kan ? " kata orang itu.
" Err ya . Mana tahu ? " tanya Huzairie.
" Hahaha takkan lah aku tak tahu , kau ni anak kerabat diraja kan ? Putera tunggal Tengku Yahya. " kata dia lagi.
" hahaha ya . Kau ? "
" Hahaha aku rakyat biasa aje. Kenalkan nama aku Qausar. Aku asal dari sekolah tahfiz . Dapat tawaran sambung dekat U kerabat diraja ni. " jelas Qausar.
" Oh jangan lah cakap macam tu. Sekarang aku pun pelajar biasa macam yang lain . So tak payah la anggap aku ni anak raja sangat kat sini. Panggil aku Huzairie aje. " kata Huzairie merendah diri.
Finally dapat jugak kawan baru di falkulti yang sama 😊
Setelah berbual panjang lebar , mereka mulai fokus dengan orentasi mereka.
*********
Ermm mintak - mintak lah aku dapat roomate yang baik. Aliya mencari namanya di senarai bilik bersama Asyfa dan Putri. Sejak tadi mereka asyik bertiga saja.
Senarai nama Bilik 115 :
Nurul Asyfa Binti Zaini.
Putri Qistina Binti Sufian.
Aliya Sofrina Binti Muhammad Ruzain.
Alangkah bahagianya mereka apabila tengok senarai nama mereka duduk satu bilik. 😙
" Yeahhhhh " sorak mereka keseronokkan.
Semua pelajar lain melihat pelik ke arah mereka.
" Ehem - ehem " seseorang berdehem dibelakang Aliya.
Terus terpacak Asyfa dan Putri. Mereka terpegun melihat si gerangan yang di belakang Aliya.
" Korang dah kenapa terpacak ni ? " tanya Aliya pelik kerana dia tidak menyedari kehadiran seseorang di belakangnya.
Asyfa dan Putri memberi bahasa isyarat tentang orang dibelakang Aliya. Seketika Aliya menoleh .
" Oii mak kau . " tiba - tiba Aliya melatah kerana terkejut.
Huzairie ! Terkejut aku tinggi sangat ! Ingatkan siapa tadi.
" Dah dapat bilik ? " tanya Huzairie mendatar.
Asyfa dan Putri dah terpegun gila dengan ke henseman Huzairie. Betul lah kata orang Tengku Ilham Huzairie di gambar tidak sama bila face to face . Handsome beb ! 😍 tapi Asyfa dan Putri menghapus perasaan cair itu jauh - jauh kerana tidak mungkin mereka suka dengan suami kawan sendiri kan ? 😊
" Err dah. Tu hah bilik 115 . Saya satu bilik dengan diaorang ni. Kenalkan ni Asyfa dan ni Putri. "
Huzairie hanya mempamerkan segaris senyuman. Asyfa dan Putri hanya tersenyum kecil dan tunduk hormat.
" Beg boleh angkat sendiri tak ? " tanya Huzairie. Risau - risau Aliya ni bukan boleh nak angkat beg pun tak larat.
" Eh boleh - boleh. Alaa bukannya berat sangat pun. " kata Aliya bersemangat.
Huzairie hanya tersenyum sinis. Iye lah tu Aliya ni 😑
" Asyfa , Putri ... boleh saya minta tolong ? " kata Huzairie tiba - tiba.
" Tolong apa ? " jawab mereka serentak.
" Tolong tengokkan budak kecik ni ya. Kalau dia buat hal ketuk aje kepala dia. " kata Huzairie memberi arahan.
Errr mangkuk ahh pakcik ni 😒 dia ingat aku apa ? Budak kecik ? 😐
Asyfa dan Putri hanya ketawa kecil. Tak sangka Huzairie ni seorang yang kuat menyakat jugak. Tengok dalam gambar macam serious orangnya. Bila dah jumpa tak lah serious mana pun 😂
" Tak payah ikut cakap anak raja ni. Dia ni bukan betul sangat pun. Dah - dah pergi sana shuhh - shuhh " halau Aliya.
" Oh halau ? " kata Huzairie lalu mendekatkan mukanya ke muka Aliya.
Glurp ! Aliya telan liur. Agak - agak lah pakcik ni pun. Depan orang kot. 😒
" Kalau rindu nanti padan muka. " kata Huzairie perlahan sehingga Asyfa dan Putri tidak dapat menangkap apa yang dikatakan oleh Huzairie.
Seketika Huzairie menarik mukanya. Dia mengusap - usap kepala Aliya yang berlapik tudung seperti mengusap kepala kucing dibuatnya.
" Take care " kata Huzairie lalu beredar.
Aliya hanya terpaku melihat langkah Huzairie.
" Aiceyhh sweetnya lahaii " kata Asyfa dan Putri serentak.
Pipi Aliya blushing apabila dikatakan sweet gitu ! Mohon jelous ya 😝
**********
Aliya mengheret begnya. Aduhai lah kenapa lah time - time macam ni jugak lif U ni nak rosak 😭 menyesal pulak tak dengar cakap Huzairie masa kat rumah hari tu . Huzairie dah bagitahu jangan bawa barang banyak - banyak nanti susah.
" Al cepat lah . Lambatnya kau ni ? Kau bawa apa dalam beg tu ? " ngomel Asyfa yang sudah habis menaiki tangga pertama dengan Putri.
Aliya ja yang masih terkulat - kulat nak naik anak tangga yang pertama sambil mengheret beg pakaiannya. Aliya mencuba sekuat yang boleh untuk naik tangga tu dengan begnya yang berat macam ada gajah dalam tu 😂 Apabila Aliya sudah berjaya sampai di tangga yang pertama tiba - tiba malang tidak berbau , beg pakaiannya boleh tergolek balik turun tangga.
" Beg aku ! " jerit Aliya.
Asyfa dan Putri menepuk dahi mereka. Aduhai Aliya ni macam - macam sungguh lah. 😥
Bukkkk ! Beg Aliya jatuh dihadapan seseorang. Nasib baik jatuh depan orang tu kalau jatuh atas orang tu tak ke naya.
" Err maaf ! " kata Aliya lalu turun tangga untuk mendapatkan begnya semula.
" Hai Al .. " orang itu bersuara.
Glurp ! Aliya terpaku apabila dia memandang orang itu. Aduhhhh ! Takkan lah dia study U sini jugak ? 😖 mampus.