“Aku rasa sangat best sebab hari ni tak ada subjek
matematik. So.. Aku tak payah nak
tengok muka Cikgu Sharifah yang terang-terangan tak suka dekat aku. Petang ni
kau free tak Nadia?” Zarra mengambil
buku di bawah meja lalu dimasukkan ke dalam beg. Tinggal sepuluh minit saja
lagi sebelum loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan tamat.
“Aku pula bosan sebab tak ada matematik hari ni. Hmm… Aku
memang sentiasa free. Nak ajak lepak
ke?” tanya Nadia.
Zarra menjeling Nadia. “Kau jangan sebut pasal matematik
depan aku. Fobia aku dengan subjek ni. Aku pergi rumah kau petang ni. Kita buat
cupcake nak?” Zarra memberi cadangan.
“Okey, pukul empat petang. Jangan lambat tau. Tapi kat
rumah aku tak ada bahan nak buat cupcake.
Kau faham-faham je lah, mummy dengan daddy aku mana pernah lekat dekat rumah.
Dulu mummy aku rajin lah buat cupcake
ni semua. Sebab tu dulu rumah aku banyak bekalan tepung. Sekarang ni, bibik aku
kat rumah tu mana reti buat cupcake.
Buat bakso dia reti lah.” Terang Nadia panjang lebar. Sekali dengan
tangan-tangannya bergerak menunjukkan dia bersungguh-sungguh bercerita.
“Yang kau melalut entah apa-apa ni kenapa? Soal tu kau
jangan nak susah hati. Serahkan dekat aku. Aku boleh bawak barang dari rumah
aku. Tapi kan... bakso pun sedap jugak. Suruh bibik kau buatkan petang ni,
boleh?”
“Aku tak kisah. Boleh je nak suruh bibik aku buat.
Asalkan bukan aku yang buat.” Nadia melepaskan tawa. Keadaan kelas yang sunyi
sepi bertukar bingit dengan gelak tawa Nadia.
Khairil yang mendengar perbualan mereka terus mencelah.
“Aku nak join sekali petang ni boleh?”
“Kau nak join kami buat cupcake?” tanya Zarra mendapatkan kepastian.
“Boleh je. Lagi pun duduk dekat rumah bukannya buat apa.
Ikhwan! Sini kejap. Ada hal kitorang tengah bincang.” Khairil melaung dari
tempat duduknya.
Ikhwan menolak kerusi ke belakang lalu berjalan ke tempat
duduk Zarra. “Yes? Ada apa-apa ke yang aku tak tahu?”
“Petang ni kita lepak rumah Nadia, nak? Diorang plan nak
buat cupcake. Boleh kita join sekali.
Tapi, bukan tolong masak. Tolong makan.” Ajak Khairil.
“Buat cupcake?
Beres… Aku memang tengah cari resepi cupcake
yang sedap-sedap. Dah tak larat nak beli untuk adik aku. Hari-hari nak cupcake. So… boleh aku belajar dengan korang petang ni. Tak kisah kan?”
“Tak kisah asalkan korang hulur duit untuk aku.” Jawab
Zarra selamba.
“Ceh! Kau memang mata duitan lah Zarra.” Balas Khairil
dengan memek muka yang tidak puas hati.
“Ada aku kisah?” Zarra membalas.
“Aku nak duit jugak tau.” Tiba-tiba Nadia yang tadi sibuk
menulis, mencelah.
“Sibuk lah kau, Nadia.” Sergah Zarra.
Nadia terkulat-kulat. Kemudian, dia memandang ke depan
berbual dengan rakan yang lain. Malas mahu melayan Zarra.
Kereta Toyota Alphard yang diparkir di halaman rumah membuatkan dia hairan.
‘Siapa yang datang tengah hari begini?’ getusnya.
“Assalamualaikum”. Zarra membeli salam. Mereka menjawab
salam. Zarra perasan semua mata memandang tepat ke arahnya. Tiba-tiba rasa
segan dan malu menyapa diri. Baru sahaja dia berura-ura ingin memanjat tangga
untuk ke bilik, suara mama menyapa halwa telinga.
“Zarra… Letak beg kat situ dulu. Tak nak salam dengan
Aunty Naz?”
Zarra tersengih. Terlupa untuk bersalaman gara-gara malu
dengan mata yang memandang ke arahnya tadi.
Harriz yang leka dengan telefon bimbit terus memanggung
kepala apabila terdengar nama Zarra disebut. Dia ingin melihat siapa Zarra yang umi dan babah betul-betul berkenan untuk dibuat menantu. Sebaik matanya
tertancap pada wajah Zarra, dia mengaku Zarra memang sangat cantik. Tapi,
sayangnya.. Zarra baru berusia 17 tahun!
“Mesti Zarra penat baru balik dari sekolah. Tak apa.
Zarra naik lah atas berehat. Aunty tak kisah.” Lembut Puan Sri Nazrah bersuara.
“Zarra naik dulu aunty. Jemput minum. Buat macam rumah
sendiri.” Zarra tersengih lagi. Wajah mama yang tersenyum manis dipandang. Lain
macam saja mama hari ni. Lelaki yang duduk di sofa langsung tidak dipandangnya.
Segan! Sejak tadi lelaki itu memandangnya dari atas sehingga ke bawah.
“Zarra.. Kejap lagi turun duduk kat sini. Ada hal sikit
mama nak bagitahu Zarra.”
Kepalanya diangguk. Kemudian, dia memanjat tangga dengan
laju untuk ke bilik. Masih ada dua jam untuk ke rumah Nadia. Mungkin sempat
untuk meluangkan masa dengan sahabat baik mama dan papa sebelum ke rumah Nadia.
Di dalam bilik, Zarra mencapai baju t-shirt berlengan
panjang dan seluar tracksuit. Tudung bawal yang disangkut di belakang pintu di
ambil dan digosok. Selesai berpakaian, dia keluar dari bilik dan turun ke ruang
tamu mendapatkan mereka yang rancak berbual.
“Siap cantik-cantik ni nak pergi mana, Zarra?” tanya
Encik Zaril. Dia bekerja separuh hari sahaja pada hari itu kerana sahabat
baiknya datang berkunjung ke rumah. Mujur dia mengambil emergency leave. Rupa-rupanya ada hajat di sebalik kedatangan
sahabatnya itu. Terkejut besar dia dan Puan Dayana.
Zarra melabuhkan punggung di sisi Puan Dayana. “Nak pergi
rumah Nadia petang ni. Dah janji nak buat cupcake dengan dia. Ikhwan dengan
Khairil pun join juga.” Jawab Zarra jujur.
Harriz mendengar sahaja bait-bait perkataan yang keluar
dari mulut Zarra. Bagus juga Zarra kerana memberitahu dengan siapa dia akan
keluar dan ke mana. Bisik hati kecilnya. Puan Sri Nazrah mencuit peha Harriz.
Dia menjongket bahu tanda bertanya. Harriz menggeleng kepala tidak mahu memberi
komen. Tan Sri Shakir yang perasan Harriz memerharti Zarra sejak tadi tersenyum
simpul.
“Apa yang mama nak bagitahu Zarra?” dia bertanya.
Puan Dayana menelan liur. Tidak tahu bagaimana ingin
memberitahu perkara sebenar bahawa Zarra dirisik oleh keluarga Tan Sri Shakir.
Encik Zaril di sebelah dicuit. Encik Zaril mengangguk menyuruh isterinya
memberitahu Zarra.
“Sebenarnya…” Puan
Dayana jeda seketika.
“Apa dia?” Zarra menyoal tidak sabar.
“Aunty Naz dengan Uncle Shakir nak meminang Zarra untuk
anak bujang mereka.” Fuh! Lega bila dapat memberitahu perkara sebenar kepada
Zarra. Puan Dayana cuba menenangkan hati yang resah gelisah sejak tadi.
Adzra melopong. Perkataan meminang
yang baru didengarinya membuatkan dia seakan-akan sedang bermimpi. Harriz yang
duduk bertentangan dengan Zarra memerhati sahaja apa yang akan terjadi selepas
ini. Mungkin gadis itu akan mengamuk dan membentak?
“Meminang Zarra? Zarra… So.. Memang betul aunty Naz meminang
Zarra?” tanya Zarra mendapatkan kepastian. Tubuhnya terasa seram sejuk. Cuma
tunggu untuk menggigil saja.
“Yes…
Meminang Zarra untuk Harriz, anak Aunty Naz dengan Uncle Shakir.” Encik Zaril
mencelah.
“Zarra… Zarra okey kan?” Puan Sri
Nazrah bertanya dengan intonasi yang lembut. Tidak sabar ingin mendengar
jawapan yang akan diberi oleh Zarra. Zarra tersengih. Dia berdehem untuk
menenangkan hati. Siapa tuan empunya nama?
“Anak aunty yang mana satu?” tanya
Zarra. Dia sudah kelam-kabut. Mana tidaknya, peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia pun belum lepas, ada orang yang masuk meminang. Fuh! Mengalahkan drama
swasta.
Puan Sri Nazrah tersenyum. Dia
memegang bahu Harriz. “Zarra… Ni lah Harriz, anak aunty dengan uncle.”
Harriz menelan liur. Wajah Zarra
yang pucat tidak berdarah dipandang. Tiada senyuman kerana dia tidak tahu dia
ingin tersenyum, menangis atau pun meraung. Zarra memandang tepat wajah Harriz.
Tidak semena-mena, dia terasa pandangannya kelam. Zarra pengsan!
“Zarra!” jerit Puan Dayana gara-gara
terkejut melihat Zarra yang rebah. Mereka semua turut berdiri akibat kaget.
Harriz lagi lah. Terkejut sungguh dibuatnya melihat Zarra rebah. Tiba-tiba dia
terasa ingin ketawa. Lucu sungguh wajah Zarra sewaktu mendengar dirinya
dipinang.
Puan Sri Nazrah meluru ke dapur dan
mengambil segelas air. Dia tidak peduli jika dikatakan tidak sopan kerana masuk
ke dapur rumah orang asalkan bakal menantunya sedarkan diri. Dia menghulur
gelas berisi air kepada Puan Dayana. Puan Dayana menuang air pada tapak tangan
dan dengan lafaz bismillah dia menyapu muka Zarra dengan air.
Tidak sampai seminit, Zarra sudah
mencelikkan mata memandang ke sekeliling. “Kenapa dengan Zarra?” tanya Zarra.
“Awak pengsan, Zarra Arissa.”
Tiba-tiba ada satu suara yang tidak dikenalinya menjawab. Dia menoleh ke tepi.
Harriz yang sedang duduk di sebelahnya memang membuatkan dia terkejut. Terus
dia bangun dan berdiri. Kepala yang terasa berat tidak diendahkan.
Puan Dayana dan Puan Sri Nazrah
duduk di sofa bila melihat Zarra sudah berdiri di muka pintu. Encik Zaril pula
menggeleng kepala melihat tingkah Zarra. Tan Sri Shakir sudah menghamburkan
tawa. Anaknya pun satu. Sudah tahu Zarra masih terkejut, boleh dia menjawab
pertanyaan Zarra dengan selamba.
“Mama! Zarra pergi dulu. Dah lambat.”
Laung Zarra. Sandal di atas rak kasut diambil lalu dipakai. Dia berlari-lari
anak menuju ke pagar rumah. Kemudian, dia berpatah balik ke garaj dan mengambil
basikal. Tanpa berlengah, terus dia melompat ke atas basikal dan mengayuh
keluar dari halaman rumah. Laungan mama dan papa langsung tidak diendahkan. Apa
yang penting, dia perlu menyelamatkan diri daripada hal yang entah apa-apa itu.
“Naz.. Zarra dah keluar pergi rumah
kawan dia.” Ucap Puan Dayana sebaik melangkah masuk ke dalam rumah.
Puan Sri Nazrah ketawa. Tingkah
Zarra memang melucukan. “Tak apa. Dia terkejut lagi tu. Biarkan sampai dia
tenang. Baru, kita bertanya lagi.”
Encik Zaril mengangguk tanda setuju
dengan kata-kata Puan Sri Nazrah.
“Harriz… Macam mana? Okey kan
pilihan umi?” tanya Puan Sri Nazrah pada Harriz.
“Okey sangat tu umi.” Jawab Harriz
selamba. Hatinya sudah tercuit dengan tingkah Zarra yang spontan dan bersahaja.
Tidak kisah lah budak SPM pun. Tahun depan, dia habis SPM juga. Bisik hati
kecilnya.
Mereka di situ ketawa mendengar kata
Harriz. Puan Dayana tersenyum manis. Tak sangka, Zarra sudah membesar menjadi
anak yang baik. Dia sangat berbesar hati jika Zarra berkahwin pada usia yang
muda. Latar belakang keluarga Puan Sri Nazrah dan Tan Sri Shakir yang baik dari
pelbagai aspek, membuatkan dia bersyukur. Bukan soal harta yang dia fikir. Sebaliknya,
latar belakang agama keluarga sahabat baiknya itu memang bagus.