Hampir tiga puluh minit
mereka berada di dalam kedai buku. Namun, sebuah buku pun masih belum dipilih.
Harriz melihat jam di tangan. Sudah pukul empat petang. tadi mereka sudah
habiskan satu jam di restoran. Restoran mewah pula tu. Ini semua gara-gara
Cikgu Batrisya yang beria-ia ingin makan tengah hari di situ. Sudahnya,
melayang wang seratus ringgit. Tak pasal-pasal duit dia lebur begitu saja.
Tadi, Zarra ada beritahu ingin ke Wangsa Walk. Tempat
yang sama dia dan Cikgu Batrisya berada. Tapi, tak nampak pula kelibat
isterinya itu. SMS pun tidak berbalas.
“You… I tak jumpa la buku yang I nak tu. Kita pergi
tempat lain?” Cikgu Batrisya bersuara.
“Balik aje lah. Saya ada isteri yang tunggu dekat rumah.
Kalau awak nak pergi kedai lain, awak pergi. Teksi banyak kan?” jawab Harriz
dalam nada yang tidak senang.
“Hish! Sampai hati you nak suruh I balik naik teksi.
Jatuh lah imej I yang vogue ni.” Tergedik-gedik dia menjawab.
Harriz rasa ingin muntah sekarang juga. Apa lah nasib dia
terpaksa menemani guru -wanita ini ke kedai buku. Sudah lah berjalan macam
sotong. Lenggang-lenggok. Terkinja-kinja. Rimas!
“Saya tak ada masa nak teman awak. Isteri saya tunggu
dekat rumah sekarang ni. Balik aje lah.” sedikit kasar Harriz bersuara.
Cikgu Batrisya mencebik. Terkilan kerana Harriz bersikap
kasar. “Sampai hati you…” Dia cuba untuk memaut lengan Harriz. Namun, Harriz
lebih cekap. Dia berjaya mengelak. Bagus, bagus.
Zarra yang melewati kedai buku Popular itu terus terjegil
mata apabila melihat Harriz berada bersama seorang perempuan. Bukan main
bergaya pula tu. Nadia disebelah yang leka dengan telefon bimbit dicuit.
“Apa hal?” tanya Nadia.
Zarra menghala jari telunjuk ke arah Harriz. “Sepupu aku
tu. Dengan perempuan seksi pulak tu.”
“Alaa. Biar lah dia. Girlfriend
dia kot.” Balas Nadia selamba.
Lagi lah mata dia membulat apabila mendengar perkataan
girlfriend yang keluar dari mulut Nadia. Oh! Ini tidak boleh jadi. Harriz
memang ada beritahu ingin ke kedai buku. Tapi, tak sangka pula dia akan keluar
dengan perempuan. Tiba-tiba saja dia terasa wajahnya bahang.
“Jom, ikut aku!” ditariknya tangan Nadia supaya
mengikutnya mendapatkan Harriz yang kelihatan sibuk melayan perempuan itu
merengek.
“Ehem!” dia berdehem kuat sambil memeluk tubuh.
Nadia pula hanya diam memerhati mereka bertiga. Aneh juga
dia. Mengapa Zarra kelihatan begitu marah melihat Harriz bersama perempuan
berkebaya itu?
“Eh, Zarra!” kaget Harriz melihat Zarra yang berdiri
tepat memandang mereka berdua.
“Nadia, boleh minta tolong?” dia bertanya.
Nadia mengangguk laju.
“Boleh pergi jalan-jalan tempat lain? Aku ada hal sikit
nak settle ni.” Dia cuba mengukirkan senyuman yang paling manis.
“Hah? Aku nak pergi mana?”
“Pergi lah mana-mana. Cepat!” arah Zarra. Nadia tak boleh
tahu kalau Harriz suaminya. Kerana dia yakin, sekejap lagi pasti perkataan
suami dan isteri akan disebut. Tambahan pula ada perempuan seksi di hadapannya.
“Yeee. Okey,okey.” Tergesa-gesa Nadia beredar dari situ
dengan hati yang panasaran ingin tahu apa yang akan berlaku.
Zarra kembali serius memandang wajah Harriz dan Cikgu
Batrisya silih berganti.
“You… Siapa ni? Adik ke?” Tanya Cikgu Batrisya. Dia sudah
mempamerkan riak wajah yang tidak senang apabila melihat Zarra di situ.
“What? Adik?”
sedikit kuat Zarra bersuara.
Harriz sudah meraup muka. Apa yang dia nak buat sekarang
ni. Mujur Zarra tidak berpakaian sekolah. Kalau tidak, lagi haru-biru.
“Err.. Zarra, ni kawan abang. Cikgu dekat sekolah tu
jugak.” Celah Harriz sebelum sempat Cikgu Batrisya bersuara.
“Kawan? Selama ni you anggap I kawan?” Cikgu Batrisya mula
mencetuskan drama bersiri.
Harriz merenung tajam Cikgu Batrisya. Cuba mencerna
dengan baik apa yang guru perempuan itu cuba sampaikan. Oh! Dia baru teringat.
Baru-baru ini Cikgu Nurin ada berpesan supaya hati-hati dengan Cikgu Batrisya.
Aduh! Macam mana dia boleh lupa.
“Ya. Kawan.” Sepatah dia menjawab.
“Ish! Drama apa pulak ni?” bentak Zarra. Pening dia
melihat dua orang manusia di hadapannya yang seolah-olah cuba menyembunyikan
sesuatu.
“Harriz, siapa dia ni? Kenapa sibuk sangat tiba-tiba
datang muncul dekat sini?” Cikgu Batrisya bertanya.
“Isteri saya.” Terus Harriz memaut bahu Zarra. Cuba
mencari sedikit kekuatan.
Zarra akhirnya dapat tersenyum. Lega apabila Harriz tidak
berbohong mengenai status.
“What?” kaget
Cikgu Batrisya dibuatnya.
“Saya Zarra. Isteri Cikgu Harriz.” sengaja Zarra mengukir
senyum. Dia sudah tahu perempuan di hadapannya sebenarnya ada agenda
tersendiri. Dari riak muka pun dia boleh tahu lah. Ini Zarra Arissa. Dia cukup
cekap soal ini sebab dia pernah hadapi situasi ini sewaktu cuba membantu Angah
untuk berpisah dengan Cikgu Sharifah dulu.
Cikgu Batrisya menjeling tajam melihat Zarra. Tak sangka
pula dia akan bertemu empat mata dengan isteri lelaki pujaan dan idamannya.
Musnah rancangan dia untuk luangkan masa dengan Harriz. Tidak ada modal juga
dia untuk bercerita dia keluar dengan Harriz kepada rakan-rakan guru di
sekolah.
“You! Hantar I balik!” ucapnya dengan kasar.
Zarra membulatkan mata. “Datang sini satu kereta ke?” dia
bertanya.
Harriz mengangguk laju. “Kereta Cikgu Batrisya rosak.
Sebab tu dia minta tolong abang hantar dia dekat sini sekaligus temankan dia
cari buku.” jawab Harriz dengan jujur.
“Cikgu balik sendiri lah ye? Teksi banyak. Bas lagi
banyak. Saya datang sini dengan kawan. Lagi pun, dia dah balik. So, saya nak
bawak lah suami saya balik dengan saya. Boleh kan?” dengan penuh lemah-lembuat
Zarra berkata-kata.
“Naik teksi? Naik bas?” tanya Cikgu Batrisya mendapatkan
kepastian.
“Sorry, okey.
Saya kena balik dulu. Jumpa esok.” Segera Harriz menjawab.
Kedua jarinya digenggam erat menahan rasa marah yang amat
sangat. Terbit rasa cemburu apabila melihat suami isteri itu meninggalkan dia
seorang diri. Mahu tidak mahu terpaksa lah dia naik teksi untuk pulang ke
rumah.
“Eeee… Bencinya!” omelnya. Perlahan kaki dihentak ke
lantai.