Kelihatan Zarra sedang
fokus menulis sesuatu. Lagu yang dipasang menerusi Iphone 5s memenuhi ruang
bilik. Sesekali dia mengetuk pen di atas meja sebelum menyambung menulis. Hampir
penuh satu muka surat kertas bersaiz A4 mempunyai hasil tulisan Zarra.
Setelah berpuas hati dengan apa yang ditulis, Zarra
mendapatkan Harriz yang berbaring di katil yang leka menonton rancangan
National Geoghrapic. Dia melabuhkan punggung di birai katil.
“Ehem!” sengaja dia berdehem dengan kuat.
Harriz memandang Zarra dengan pandangan yang kosong.
Kemudian, dia memberi semula tumpuan terhadap rancangan yang ditonton. Zarra
berdehem sekali lagi. Kali ini lebih kuat. Harriz menoleh lalu mengangkat kening
tanda bertanya.
Sehelai kertas dihulur kepada Harriz. Dengan penuh tanda
tanya Harriz mengambil kertas yang dipegang Zarra. Harriz memandang Zarra.
Zarra membalas pandangan Harriz dengan mengerdip mata berulang kali.
SYARAT-SYARAT
PERJANJIAN ZARRA DAN HARRIZ
1. Jangan
ganggu hak privasi Zarra sebaik saja berpindah ke rumah mama pada esok hari
bersamaan 28 Mac 2013.
2. Jangan
kejut Zarra pada hujung minggu untuk disuruh mandi pada waktu pagi melainkan
untuk menunaikan solat subuh.
3. Kita
boleh tidur sekatil asalkan Encik Harriz tidak menganggu lena Puteri Zarra yang
nyenyak. Jika Encik Harriz didapati menganggu ketenteraman Puteri Zarra, lantai
atau pun sofa yang akan menjadi teman setia pada waktu malam. (Macam dalam
drama petang-petang)
4. Pastikan
hidangan yang berunsurkan sayur-sayuran dihidang setiap kali waktu makan. Tak
ada hidangan wajib ini, Zarra mogok makan.
5. Hujung
minggu diwajibkan membawa Zarra keluar membeli-belah atau pun bersiar-siar ke
mana saja yang Zarra suka.
6. Perjanjian
boleh diubah pada bila-bila masa di atas persetujuan Puteri Zarra.
7.
Perjanjian nombor tiga akan dibatalkan setelah
Puteri Zarra tamat sekolah.
Isteri
mithali yang comel,
Zarra
Arissa
Harriz menggeleng kepala setelah selesai membaca apa yang
terkandung di dalam kertas. Sejak tadi dia cuba menahan tawa. Akhirnya, tawanya
terburai. Sungguh-sungguh dia ketawa sehingga mata berair. Zarra melopong
melihat Harriz yang beria-ia ketawa.
“Apa
yang kelakar?” Zarra menyoal.
“Perjanjian
nombor tiga dan tujuh paling kelakar.”
Tawa Harriz masih bersisa.
Merah muka Zarra menahan amarah. “Hishh!” Zarra menjegilkan mata.
“Macam-macam lah Zarra ni. Nasib abanglah kahwin dengan
budak kecik. Tak matang serba-serbi.”
Zarra
mengajuk kata-kata Harriz dengan membuat memek muka yang entah apa-apa. “Simpan
kertas ni elok-elok. Penat tau Zarra menulis dan memerah idea nak tulis semua
ni. Buat homework pun tak susah macam
ni.”
“Baik Puan Zarra. Tepi, tepi. Abang nak sambung tengok
cerita ni. Kacau aja lah Zarra ni. Ambil ipad ni, main game.” Harriz menghulur
ipadnya pada Zarra. Dia menolak Zarra supaya ke tepi.
Zarra
mendengus. Dia melompat ke atas katil lalu berbaring di sebelah Harriz. Nak
turun duduk melepak di ruang tamu pun masih ada sisa segan di dalam diri. Dia
masih belum terbiasa. Sudahnya, dia mengikut saja kemana Harriz pergi waima ke
dapur sekali pun.
Nadira
yang baru pulang dari London mengipas-ngipas wajah menggunakan tangan. Bagasi
diletakkan di muka pintu. Lehernya dipanjangkan mencari isi penghuni rumah.
Senyap sunyi saja. Kereta semua ada di garaj. Dia menjongket bahu.
“Mak
Siti!” laung Nadira. Kasut yang dipakai dibuka dan dibiarkan saja di hadapan
pintu.
Terkedek-kedek
Mak Siti berjalan ke ruang tamu sebaik mendengar ada yang memanggil namanya.
Ganggu tugasan dia di dapur saja.
“Eh,
Nadira dah balik. Er… Mana tudung Nadira?” tanya Mak Siti apabila melihat
Nadira yang tidak bertudung. Sebelum ini dia langsung tidak pernah menanggalkan
tudungnya. Serta-merta senyuman di bibir Mak Siti mati.
“Tak
payah sibuk nak bertanya pasal saya. Umi dengan babah mana? Kenapa senyap-sunyi
je rumah ni. Saya tengok kereta Harriz parkir dekat tempat lain. Dia balik ke?”
Nadira melabuhkan punggung di sofa melepaskan penat.
Mak
Siti mengeluh. Mengapa Nadira berubah terlalu dastik. Padahal tidak sampai setahun pun dia berada di luar negara. Nada percakapannya juga
semakin kasar. Mana Nadira yang dulu? Macam mana penerimaan Puan Sri dan Tan
Sri? Semua itu berlegar di benak fikirannya.
“Puan
Sri ada dekat atas. Tengah berehat. Tan Sri awal-awal lagi dah keluar pergi
jumpa kawan katanya. Harriz ada dalam bilik dengan….” Tiba-tiba Mak Siti
terdiam. Nasib baik dia belum menghabiskan kata-katanya. Dia tidak boleh
beritahu sendiri yang Harriz sudah berkahwin. Boleh kecoh nanti. Sudah lah
Nadira langsung tidak dihubungi dan diberitahu soal ini. Biar Puan Sri dan Tan
Sri saja yang beritahu.
“Boleh
tolong ambilkan saya jus? Haus sangat-sangat ni. Malaysia sangat panas.” Nadira
memberi arahan.
“Kejap
ye. Mak Siti ambilkan.”
Puan
Sri Nazrah yang terdengar suara orang berbual-bual di tingkat bawah menutup
televisyen dan terus turun ke bawah. Sebaik saja anak kaki dipijak pada anak
tangga terakhir, lidahnya kelu tiba-tiba. Nadira yang sedang duduk membaca
majalah dipandang. Kemudian, baru dia tersedar sesuatu. Rambut Nadira berwarna
keperang-perangan dan tudung juga tiada di kepala anaknya.
“Dah
lama sampai?” tegur Puan Sri Nazrah.
Nadira
memanggung kepala lalu tersenyum manis. Terus didakapnya tubuh Puan Sri Nazrah.
Rasa rindu yang menebal dapat juga diubati. “Ada lah dalam sepuluh minit. Umi
sihat?”
“Tadi
sihat lah. Sekarang dah tak berapa nak sihat. Mana pergi tudung kamu? Kenapa
rambut ni dah berkarat macam ni?” tanpa membuang masa, terus Puan Sri Nazrah
bertanya. Hati nya terasa sakit melihat anak yang selama ini diberi didikan
agama yang secukupnya berubah menjadi seperti ini.
“Umi…
Dekat London tu tak ada langsung kawan-kawan Dira yang bertudung. Takkan Dira
nak bertudung juga kot. Kolot lah umi. Dekat sana semua nya bebas. Bila pakai
tudung, orang akan pandang lain macam. Jadi… Dira buat keputusan untuk tak
bertudung. Lagi pun, bukannya salah besar. Dira tak tinggal solat macam orang lain
walaupun tak bertudung.” Jawab Nadira selamba. Jus oren dihirup untuk
menyegarkan tekak.
Puan
Sri Nazrah beristighfar panjang. “Umi tak ajar Dira buat macam ni. Memang Dira
solat cukup lima waktu. Tapi, menutup aurat tu wajib. Kenapa dengan kamu ni, Dira?
Tak malu ke berubah macam ni?”
“Nak
malu buat apa? Diri Nadira sendiri. Bukannya Dira guna diri umi pun.” Nadira
bersuara lantang.
“Jangan
tinggi suara dengan umi. Baru balik sini tak sampai sehari, kamu dah berani nak
bentak-bentak umi. Suka hati kamu lah. Apa-apa yang jadi, jangan libatkan umi
dengan babah. Dah pandai sangat buat keputusan kan? Terserah kamu.” Puan Sri
Nazrah bangun meninggalkan Nadira yang bereaksi selamba mendengar bebelannya.
Ingatkan boleh lah dia berbual panjang dengan
anak sulungnya yang baru pulang ke Malaysia. Sekarang, buat dia sakit hati
pula. Bagaimana Nadira ingin mengurus semula butik-butik miliknya di Kuala
Lumpur? Malu dia ingin berhadapan dengan semua orang. Anak yang dulunya
bertudung litup sekarang sudah tidak bertudung.
“Kolot.”
Getus Zarra. Dia menjeling Puan Sri Nazrah yang berlalu menuju kedapur. Majalah
dicapai lalu diselak dengan kasar.
Tekak
yang kering meminta-minta air sejak tadi untuk disegarkan. Zarra memandang
Harriz yang sudah lena. Bukannya dia yang menonton televisyen, sebaliknya
televisyen yang menontonnya. Digaru kepala yang tidak gatal. Ingin turun
seorang diri ke dapur, segan pula.
“Encik
Harriz… Bangun lah. Dah pukul tiga petang ni.” Zarra mencucuk-cucuk pipi Harriz
dengan jari telunjuknya. Bahu Harriz, ditepuk perlahan supaya lelaki itu
bangun. Namun, masih tidak berhasil.
Sudahnya,
digeletek pinggang Harriz dengan kuat sehingga Harriz menjerit terkejut. “Zarra
buat apa ni?” soal Harriz dengan mata yang masih belum terbuka.
“Bangun
lah… Teman Zarra pergi minum dekat dapur.” Lengan Harriz ditarik supaya
suaminya bangun.
“Pergi
je lah. Bukannya ada hantu siang-siang macam ni. Mak Siti kan ada dekat dapur
tu.” Harriz membalas. Ditarik comforter
sehingga paras pinggang. Dia membetulkan pembaringan supaya lebih selesa.
“Tak
kira! Abang kena temankan Zarra. Zarra tak biasa lagi dekat rumah besar ni.
Kalau ada orang culik Zarra macam mana?” Zarra masih tidak berputus asa.
“Siapa
pula yang nak culik Zarra. Rumah ni tak ada penculik pun.” Jawab Harriz.
“Tak
peduli abang nak cakap apa pun. Bangun cepat!” Dengan sekuat tenaga Zarra
menarik tangan Harriz supaya dia bangun dari tidur.
“Ye
lah, ye lah. Nak tidur pun tak senang dapat isteri yang tak reti nak diam lima
minit. Ada je benda yang nak bercakap. Sepanjang abang tidur, dah berapa kali
Zarra kacau.” Bentak Harriz. Comforter
dicampak ke tepi. Dia masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka.
Zarra
mengikut Harriz sehingga ke dalam bilik air. Dia setia menunggu Harriz mencuci
muka dan menggosok gigi. Diperhati saja perbuatan Harriz sehingga selesai.
“Abang
masuk toilet pun Zarra ikut.
Macam-macam lah. Kalau abang lepaskan hajat tadi macam mana? Nak tunggu juga
dalam toilet tu?” ujar Harriz. Wajah
yang basah dilap menggunakan tuala.
“Zarra
ni bukan lah tak cerdik. Zarra keluar lah kalau abang nak melampiaskan hajat
yang terpendam tu.” Jawab Zarra selamba.
“Menjawab,
menjawab.” Balas Harriz.
“Dah abang tanya, Zarra
jawab lah. Nanti kata Zarra bisu pula.” Dia tersengih lagi.
“Tadi kata haus kan?
Boleh pula pot pet pot pet. Tak haus dah?”
“Eh…
Mana boleh tak haus. Cepat lah..” Dia menarik tangan Harriz supaya keluar dari
bilik. Dengan malas Harriz melangkah menuruni tangga. Rasa mengantuk yang masih
bersisa, cuba dilawan.
“Harriz!”
tegur Nadira.
“Eh,
kakak. Bila balik?” soal Harriz sebaik melihat Nadira yang duduk di sofa. Zarra
disebelah dipandang sekilas. Mudah-mudahan kakak tak banyak soal. Getus Harriz.
“Siapa
kat sebelah tu? Mesra semacam je? Dah pandai bawa balik perempuan ke rumah?”
Nadira tersenyum sinis. Tadi bukan main lagi umi marah apabila dapat tahu di
sudah tidak bertudung. Takkan lah Harriz bawa balik perempuan, umi tak berkata
apa-apa.
“Ni
Zarra. Isteri Harriz.” Jawab Harriz ringkas tetapi mampu membuatkan Nadira
mencerlung tajam ke arah mereka. Zarra menelan liur melihat Nadira yang
memandangnya tanpa berkelip.
Nadira
bangun dari sofa dan melangkah mendekati mereka. Dia memeluk tubuh dan
memandang Zarra dari atas hingga ke bawah. “Dah kahwin? Kenapa kakak tak tahu?
Dah pandai nak rahsiakan semua ni dari kakak? Umi pun tak bagitahu apa-apa.
Hebat adik kakak sekarang ni.”
“Nak
bagitahu kakak? Dah berpuluh kali Harriz call,
tapi langsung tak berjawab. Kakak pun apa kurangnya. Kenapa rambut ni berkarat?
Air dekat London tu dah tak bersih?” Harriz menjawab sambil tersenyum sinis.
Dipaut bahu Zarra supaya isterinya itu bertenang. Dia sudah perasan riak wajah
Zarra yang muram apabila kakak nya memandang Zarra seolah-olah ingin ditelannya
Zarra.
“Wow!
Harriz pun dah pandai nak marah-marah kakak. Hmmmm. Wife Harriz ni kerja apa?
Umur berapa?” Nadira bertanya.
Harriz
tersenyum seketika memandang Nadira yang kelihatan begitu berminat untuk
mengetahui semua tentang Zarra. “Tujuh belas tahun.” Jawabnya ringkas.
Nadira
terpempan. Matanya membulat memandang Harriz dan Zarra. “What? Hey, jangan buat lawak lah Harriz. Tak ada perempuan lain ke
nak dijadikan isteri. Takkan budak sekolah macam ni. Entah-entah budak ni saja
nak gunakan Harriz. Kau nak duit ke? Sebab tu kahwin dengan adik aku?”
tiba-tiba Nadira menyergah Zarra.
Zarra
yang kaget dengan sergahan Nadira terus memaut lengan Harriz. Mengalahkan singa
betina perempuan di hadapannya sekarang ini.
“Behave yourself, kakak. Zarra bukannya
dari keluarga yang miskin yang macam kakak fikirkan. Dia dah cukup serba-serbi.
Itu lah pasal. Sebab tak datang wedding Harriz, kakak dah ketinggalan semua
pasal ni. Lain kali, orang call tu jawab. Harriz minta, jangan nak tuduh melulu
isteri Harriz. Kakak pun dah makin tak betul sekarang ni. Tudung hilang entah
ke mana.” Balasnya tegas. Rasa hormat yang dulunya menebal terhadap Nadira,
kian menipis apabila melihat Nadira yang sudah berubah seratus peratus.
Pada
awalnya, dia teruja melihat Nadira sudah pulang ke Malaysia. Tapi, semua itu
hilang setelah melihat nada percakapan kakaknya itu tidak selembut dahulu. Gaya
pakaian juga sudah berubah. Kakaknya sudah pandai memakai skirt dan baju yang
singkat. Tak sanggup rasanya ingin memandang Nadira yang berpakaian begitu. Dia
berasa malu.
“Jom
Zarra. Jangan layan orang macam ni.” Ajak Harriz.
Zarra
mengangguk laju. Lengan Harriz masih belum dilepaskan pautannya. Gerun melihat
kakak ipar yang merenungnya tajam sejak tadi. Tapi, sama sekali dia tidak
peduli. Asalkan Harriz membelanya, itu sudah cukup. Tiba-tiba dia teringat akan
mama dan papa. Kenapa lah dia perlu berkahwin. Kalau tidak, tak perlu dia
menghadap Nadira yang umpama harimau ingin menerkam mangsanya. Dia ingatkan,
Harriz anak tunggal. Ternyata sangkaannya salah sama sekali.