Home Novel Cinta Bukan Menantu Pilihan (Takdir-Nya)
Bukan Menantu Pilihan (Takdir-Nya)
Aira Aliff
5/2/2015 15:23:41
113,803
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

"Nama gadis tersebut Leya Aulia binti Arsyad, berumur 23 tahun. Mempunyai diploma dalam accounting dan kini bekerja di Mega Corporation. Anak tunggal. Ayahnya telah meninggal dunia tiga tahun lepas kerana kemalangan dan kini dia hanya tinggal dengan ibunya di Cheras..." Penuh detail Kamarul menyampaikan hasil siasatannya.

"Bagus. Ini bayaran kau.."ujar Datin Aida lalu menghulurkan sampul yang berisi wang kepada Kamarul. Sebaik mendapat habuan, Kamarul terus beredar dengan senyuman lebar.

Senyuman di bibir Datin Aida semakin melebar. Di matanya kini sudah terbayang kemewahan yang akan dikecapinya setelah aset arwah mentuanya menjadi hak mutlak mereka sekeluarga.

Dia yakin gadis tersebut pasti akan mengikut apa yang telah dirancangnya. Dari butiran yang disampaikan Kamarul tadi, dia pasti gadis ini calon yang layak untuk mengandungkan zuriat Darius. Dia akan pastikan segalanya berjalan lancar mengikut apa yang telah dirancang.

Tak sangka semudah ini dia dapat menjalankan rancangan yang pernah di utarakan Emelda. Walau Emelda menolak untuk menikahi Darius itu tidak bermakna dia harus menoktahkan kemahuannya. Sejak dari dulu, apa yang di hajati dia akan di pastikan akan di gapainya. Dia tidak peduli walau di label mementingkan diri sendiri yang penting dia puas dan dapat apa yang dia mahu.

Kad doctor Badrul dicapai lalu terus menghubungi doctor tersebut. Melalui doctor itu dia menyampaikan hasratnya yang bersetuju untuk membantu Leya dan ibunya. Nampaknya gadis itu juga tidak punya pilihan selain menerima rancangannya. Dengan melahirkan zuriat Darius, nyawa uminya dapat diselamatkan. Bunyinya memang kejam namun mereka punya sebab masing-masing untuk melakukannya. Bukan dia sengaja mengambil kesempatan namun kesempatan itu yang tiba-tiba muncul di depannya dan dia pula harus merebutnya.

Anggap sahaja ia takdir yang diaturkan Tuhan. Dia memerlukan gadis itu untuk mendapatkan harta arwah mertuanya manakala gadis itu memerlukan duit untuk membiayai pembedahan jantung ibunya. Masing-masing ada kepentingan sendiri. Fair and square. Tak ada siapa yang rugi.


*************************


Langkah Leya terhenti bila namanya dipanggil. Dia menoleh ke arah suara itu. Di depannya berdiri seorang wanita yang anggun dan dari pemakaian wanita tersebut dia tahu wanita di depannya ini pasti dari golongan yang berkedudukan.

"Saya Datin Aida. Boleh kita berbicara sebentar.."

Dia mengangguk perlahan. Berkerut dahinya memikirkan apa mahunya wanita anggun di depannya ini.

"Saya pasti awak tentunya tertanya-tanya akan kedatangan saya yang tiba-tiba ini..."

Leya masih diam tidak berkutik.

"Biarlah saya berterus terang. Saya tahu tentang masalah awak dan saya bersetuju membiayai kos pembedahan ibu awak.."ujar Datin Aida akan tujuannya.

Kenyataan itu bagaikan mimpi dirasakan. Tidak sangka masih ada insan mulia yang sanggup menghulurkan bantuan.

"Betul ke..?" soal Leya tidak percaya. Bibirnya mengukir senyuman. Ucapan syukur tidak putus diucapkan.

"Tapi ada syaratnya.."

Senyuman di bibirnya terhenti. Matanya tunak merenung wanita anggun didepannya.

"Syaratnya mudah. Saya nak awak nikah dengan anak tunggal saya dan lahirkan zuriat keluarga kami dan setelah zuriat itu dilahirkan tugas awak juga selesai..."

Kegembiraan yang dirasainya seketika tadi bagaikan diragut sekelip mata. Syarat apakah ini.

"Mak.. Maksud Datin...?"soal Leya masih belum dapat menangkap akan maksud sebenar Datin Aida.

"Nikah Kontrak.."

Buntang matanya saat mendengar kenyataan itu. Nikah kontrak? Terasa mahu rebah di situ mendengarnya. Apakah Datin Aida menganggap pernikahan itu satu perkara main-main atau seperti main pondok-pondok. Tidak sangka dalam dunia realiti rupanya wujud istilah nikah kontrak. Fikirnya ia hanya wujud dalam drama atau novel sahaja.

“ Ini kad saya. Kalau awak setuju, hubungi saya.."ujar Datin Aida dan meletakkan kad namanya dalam genggaman Leya lalu beredar meninggalkan gadis tersebut.

Leya masih kaku di situ. Satu persatu ayat yang diucapkan Datin Aida berputar ligat di kepalanya. Entah permainan apa yang dirancang wanita yang berstatus Datin itu. Seketika dia melepaskan keluhan. Mungkin ia sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang kaya seperti wanita yang menggelarkan dirinya Datin Aida. Dia kemudianya meneruskan langkah ke bilik uminya.

"Assalamualaikum Umi.."ucap Leya sebaik membuka pintu.

"Waalaikummussalam sayang.." Meskipun lemah bibirnya tetap mengukir senyuman buat satu-satunya permata hatinya.

"Umi hari ni macam mana? Okey...?" soal Leya setelah mencium tangan uminya.

"Alhamdulillah sayang. Leya baru balik kerja ke..?"

Leya mengangguk dan bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

"Leya mesti penat. Tengah hari datang jengah umi. Petang pun datang. Badan Leya umi tengok dah makin susut..."

"Leya okey umi. Umi jangan risau tentang Leya. Kat rumah tu pun Leya seorang diri. Datang sini Leya boleh temankan umi..."

"Umi tahu Leya risaukan umi. Leya, sampai masanya kita pasti ke sana. Leya tak perlu risaukan tentang umi. Bagi umi, Leya yang lebih utama.."

"Leya cuma ada umi. Walau susah sekalipun Leya tetap akan dapatkan duit rawatan tu..."

"Kita bukan orang berharta Leya. Di mana Leya nak dapatkan duit tu..."

"Leya akan usahakan. Umi jangan risau okey. Yang penting sekarang Umi kena sembuh..." ucap Leya dan cuba untuk tersenyum namun dapat dirasakan senyumannya kaku tanpa rasa.

Menitis air mata Puan Dalilah. Terharu akan kesungguhan puterinya ini. Selepas suaminya meninggal tiga tahun lepas, Leya lah yang menjadi penguat semangatnya.

Ya Allah, andai sudah tiba masanya untuk aku menghadap-Mu, aku reda dan kau peliharalah puteriku ini. Berikan ketabahan dan kekuatan untuk dirinya dalam meneruskan kehidupannya yang akan datang.
Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aira Aliff