Home Novel Cinta Bukan Menantu Pilihan (Takdir-Nya)
Bukan Menantu Pilihan (Takdir-Nya)
Aira Aliff
5/2/2015 15:23:41
113,594
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Prolog

“ Ouch…”

“ Maaf Cik..” Pantas si pemuda mendapatkan si gadis yang tidak sengaja di langgarnya.

“ Tak apa. Saya pun salah sebab berjalan tak tengok depan…” Sahut si gadis pula lalu masing-masing tunduk mengutip barang yang terjatuh.

“ Err.. cik okey ke? Tak ada sakit mana-mana..?” Soal pemuda itu inginkan kepastian.

“ Tak. Saya okey. Maaf ya encik. Saya ralit sangat baca mesej kat telefon tadi. Langsung tak perasan encik yang keluar dari butik tu…”

“ Sama-sama salah. Saya pun main redah aje berjalan tadi tak tengok kiri kanan….”

Keduanya saling tersenyum. Sedar akan kesilapan sendiri.

“ Saya pergi dulu encik. Maaf sekali lagi…” Ucap si gadis masih dengan senyuman yang terukir di bibir.

“ Saya juga. Hati-hati jangan sampai berlangar lagi…” Usik pemuda itu yang juga turut mengukir senyuman.

Si gadis hanya ketawa perlahan dan mengangguk sebelum mereka berpisah membawa haluan masing-masing.
Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aira Aliff