Home Novel Cinta Bukan Menantu Pilihan (Takdir-Nya)
Bukan Menantu Pilihan (Takdir-Nya)
Aira Aliff
5/2/2015 15:23:41
113,807
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

Segala persiapan pernikahannya dengan gadis yang dipilih maminya nampaknya berjalan lancar. Segalanya diuruskan maminya. Dia langsung tidak ambil peduli. Pernikahan ini hanya dibuat di kediaman mereka dan yang hadir pun hanya saudara mara serta kenalan terdekat dan pekerja di Firhad Holdings.

Ramai yang mula berbisik dan tertanya-tanya sebaik mendapat kad jemputan masing-masing. Pelik mungkin bila melihat nama pengantin perempuannya bukan Emelda. Banyak spekulasi yang mula timbul namun tidak sedikit pun diendahkan. Kepalanya sudah cukup sarat dengan pelbagai masalah dan dia sudah tidak kisah apa sekali pun yang orang di sekelilingnya mahu perkatakan. Dia tidak mahu peduli. Pandai-pandailah maminya memberi alasan.

Bakal isterinya juga tidak pernah dia temui. Maminya sendiri tidak pernah menyuruhnya menemui bakal isterinya itu. Mungkin mengikut kehendaknya yang tidak mahu tahu siapa calon isterinya. Dalam hati timbul juga rasa marah kerana gadis itu sanggup menerima rancangan maminya dan dia yakin semuanya kerana duit. Entah berapa ganjaran yang telah diberikan pada si gadis yang bakal menjadi isterinya nanti. Rasa marahnya bukan hanya untuk gadis yang bakal menjadi isterinya tapi juga pada maminya dan juga Emelda. Selama hampir dua minggu ini dia langsung tidak mempedulikan Emelda. Segala panggilan dan sms dari gadis itu langsung tidak diendahkan. Dia kecewa dengan sikap Emelda yang lebih mementingkan kerjayanya dari dirinya hingga adakalanya dia jadi bertanya sendiri, benarkah Emelda menyintainya? Kalau ikut rasa marahnya tidak ingin lagi dia menemui gadis yang mengecewakannya ini namun dia perlu juga bersetuju untuk bertemu apatah lagi dia perlu menyampaikan berita pernikahannya yang akan berlangsung empat hari lagi.

"Lagi empat hari I akan bernikah dengan calon yang telah mami pilih.."ujarnya tenang. Matanya tidak lepas dari memandang raut wajah kekasihnya itu.

Emelda hanya diam sahaja. Sehabisnya dia cuba mengawal riak wajahnya. Dia tidak mahu Darius mengesan akan kelainan perasaannya sebaik berita itu disampaikan. Dia yang memberi cadangan dan seharusnya dia menerimanya dengan tangan terbuka.

"You tak ada nak ucap apa-apa ke...?" Dengan sinis Darius melontarkan pertanyaan. Sejak Datin Aida menyampaikan berita tentang calon isterinya, dia benar-benar gelisah. Jauh di sudut hatinya, dia cukup bengang dengan kedua-dua wanita yang disayanginya ini.

"Jangan la muram macam ni sayang. Semua ni hanya untuk sementara saja. Walaupun you dah kahwin dengan perempuan tu, hubungan kita masih akan berjalan seperti biasa.."pujuk Emelda meskipun jauh di sudut hatinya terlalu berat untuk dia melepaskan Darius ke dalam pelukan gadis lain namun apakan dayanya kerana lamaran Darius datang ketika namanya sedang meniti puncak kejayaan. Tidak mungkin dia mahu melepaskan impiannya ini hanya untuk memenuhi kehendak Datin Aida.

"I sebenarnya tertanya-tanya betul ke you cintakan I? Entahlah. Apa yang sedang berlaku sekarang ni buatkan I semakin keliru. Keliru dengan perasaan you yang kononnya cintakan I tapi tindakan you menunjukkan sebaliknya. Sebenarnya siapa I dalam hati you..?" Di pertemuan ini dia mahu Emelda tahu betapa dia kecewa dengan sikap dan keputusan kekasihnya itu. Dia juga mahu Emelda sedar yang gadis itu sebenarnya sudah lama membiarkannya berjalan sendirian dalam perhubungan mereka hingga dia sudah tidak nampak lagi akan kepentingannya dalam hidup Emelda.

“Sayang, I tahu you kecewa dengan sikap I selama ini tapi percayalah I memang sayangkan you. I minta maaf andai selama ini you rasa I dah abaikan you….”

"I cintakan you Mel. I hanya nak you jadi isteri I. Sejujurnya I cukup kecewa bila you sanggup cadangkan I bernikah dengan orang lain hanya untuk memenuhi permintaan mami I..."

"Sayang, I benar-benar mintak maaf. I dah tak ada pilihan. Desakan mami you buat I semakin buntu. Semuanya hanya untuk sementara lagipun hubungan kita takkan terjejas dengan pernikahan itu.."

Darius ketawa kecil. Emelda terlalu yakin.

"You tak takut kalau-kalau I akan jatuh cinta dengan gadis tersebut? Hmmm..." Sengaja dia menguji. Dia ingin lihat sejauh mana keyakinan Emelda.

"I yakin hundred percent. I tau dalam hati you hanya ada I dan you takkan mengkhianati cinta kita.."sahut Emelda dengan yakin. Dia pasti hati Darius tidak akan mudah berubah.

"You terlalu yakin Mel tapi I nak ingatkan you, andai tiba-tiba ditakdirkan I jatuh cinta dengan dia jangan sesekali you salahkan I. I cuma lakukan apa yang telah you mulakan..."

Dengan rasa kecewa dia pergi meninggalkan Emelda keseorangan. Jeritan Emelda memanggil namanya juga tidak dipedulikan. Saat ini hatinya seakan tawar setawarnya. Jauh di sudut hati dia sebenarnya berharap agar Emelda menghalang pernikahannya nanti tapi pendirian Emelda semakin mengecewakannya. Nampaknya Emelda seperti tidak terkesan langsung dengan berita pernikahannya dan itulah yang membuatkan dia semakin kecewa. Kini dia pasrah andai memang ini takdirnya.
Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aira Aliff