Home Novel Cinta Bukan Menantu Pilihan (Takdir-Nya)
Bukan Menantu Pilihan (Takdir-Nya)
Aira Aliff
5/2/2015 15:23:41
113,649
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Darius dan Ashriq melepaskan lelah di tepi gelanggang sebaik tamat bermain squasy. Pertandingan kali ini dimenangi Ashriq. Selama ini bukan mudah untuk dia menewaskan Darius. Sejak di bangku sekolah lagi, squasy merupakan riadah yang paling digemarinya dan Darius.

“Nampaknya seminggu ni kau kena belanja lunch aku….” Tutur Ashriq bangga. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

Darius hanya mencebik.

“Baru sekali menang dah nak eksyen dengan aku….”

“Weh, mesti kena eksyen sebab akhirnya aku dapat tewaskan kau. Selama ni asyik kau aje yang menang, tension aku. Asal main aje mesti kau yang menang…”

Darius hanya ketawa mendengarnya.

“Weh, macam mana dengan syarat yang arwah atuk kau kenakan tu? Emelda dah setuju untuk kahwin dengan kau?” soal Ashriq. Sudah hampir dua minggu rasanya dari hari Darius menceritakan syarat tersebut padanya namun hingga kini masih juga sepi tanpa jawapan.

Darius hanya diam tanpa menjawab. Rasa penat masih kuat terasa.

“Weh, kau dengar ke tak aku tanya ni?” soal Ashriq lagi. Tidak puas hati betul dia apabila pertanyaannya tidak dilayan.

“Dah seminggu aku tak jumpa Emelda. Kau tahulah Emelda tu, sentiasa sibuk dengan kerjaya dia. Bila aku call, tak ada pulak kami berbincang tentang hal tu….”

“Habis, mem besar tak bising ke…?”

“Mahunya tak, Ash. Kau macam tak kenal mami aku. Telinga aku ni dah naik bernanah dengan desakan demi desakan darinya. Aku pun tak faham kenapa mami aku bersungguh sangat nak aku cepat-cepat kahwin. Harta tu tak ke mana pun. Apa yang ada sekarang pun dah lebih dari cukup…” Keluhan dilepaskan. Sikap maminya sejak akhir-akhir ini benar-benar melemaskan.

“Cubalah bawak bincang. Takkanlah mami kau tak boleh nak consider sikit. Emelda tu pun belum tentu bersetuju. Kau pun tahu kekasih kesayangan kau tu takkan mudah melepaskan kerjayanya yang sedang naik tu…”

“Itulah perkara yang lebih memeningkan aku Ash. Emelda dengan sikap keras kepalanya dan mami aku dengan perangai diktaktornya. Daddy aku pun tak boleh nak buat apa….”

“Aku kagum betul dengan daddy kau. Tebal betul kesabaran dia dalam melayan kerenah mami kau. Kadang-kadang kesian pun ada. Tulah bahananya bila terlalu memberi muka pada pasangan…”

Darius menjungkit kening.

“Kau perli aku ek…”

“Eh, terasa ke..?” Ketawa Ashriq melihat muncung sahabatnya. Aduhai Darius, tidak sedarkah sahabatnya itu andai dia berterusan dengan sikapnya sekarang, tidak mustahil dia akan mengalami nasib yang sama dengan daddynya. Tunduk di bawah telunjuk isteri.


**************************


Petang itu Emelda hadir bertandang ke rumah Darius setelah mendapat jemputan dari Datin Aida. Dia tahu hajat sebenar Datin Aida, mestilah tentang pernikahan antara dia dan Darius. Sudah lebih dua minggu perkara itu dibiarkan tergantung. Dia sendiri payah untuk membuat keputusan.

"Masuk, Mel.."pelawa Datin Aida sebaik terlihat kelibat Emelda. Senyumannya melebar menyambut kehadiran bakal menantunya itu.

"Auntie sihat?" Dengan kelembutan dan manja Emelda bertanya khabar.

"Sihat Mel. Kejap ye, auntie panggilkan Darius..."Datin Aida melangkah meninggalkan Emelda di ruang tamu. Sebaik langkahnya berhenti di depan bilik anak tunggalnya, dia terus memanggil nama Darius. Pintu juga diketuk bertalu-talu. Setelah Darius menjengulkan kepala di balik daun pintu, dia terus memaklumkan tentang kehadiran Emelda dan berlalu meninggalkan anak tunggalnya. Langkahnya terus diatur menghampiri Emelda yang sedang ralit membelek majalah.

"Hari ni Mel tak ada show ke?"soal Datin Aida sebaik melabuhkan duduk di depan bakal menantunya itu.

"Hari ni Mel free, lagipun esok Mel kena ke Singapura.Ada show kat sana.."

Datin Aida hanya menganggukkan kepala.

"Hai, sayang…"sapa Darius lalu melabuhkan punggung di sebelah kekasih hatinya.

"Hai, I miss you.." Tanpa segan silu Emelda melentok manja di bahu Darius.

"Semua dah ada ni, rasanya eloklah kita teruskan perbincangan..." Datin Aida memulakan agenda akan tujuannya yang menjemput Emelda ke rumahnya petang itu. Darius dan Emelda diam tidak berkutik.

"Darius dah bincang dengan Emelda tentang wasiat arwah atuk..?" Datin Aida terus sahaja menyoal. Dia tidak mahu lagi bertangguh. Darius dan Emelda perlu dinikahkan secepat mungkin.

"Dah mami, cuma tunggu keputusan Mel sahaja..."

"So, Mel macam mana..?" Terus sahaja Datin Aida menyoal Emelda.

"Errr.. . Mel masih belum buat keputusan lagi, auntie.." Duduknya mula gelisah saat Datin Aida memandangnya tajam.

"Kenapa lama sangat nak buat keputusan..?"

"Errr.. Kerjaya Mel tengah naik sekarang, auntie. Banyak job yang Mel dapat. Kalau Mel kahwin dan lahirkan anak, habislah karier Mel.."

"Emelda, dengan harta yang akan dimiliki Darius nanti, hidup kamu akan lebih mewah dan terjamin. Tak perlu susah-susah kerja..."

"Tapi ini cita-cita Mel. Bukan senang Mel nak berada dalam kedudukan sekarang.." Dengan tegas Emelda menyatakan pendiriannya.

"Jadi, kerjaya kamu lebih penting dari Darius?"soal Datin Aida tidak puas hati.

Emelda diam tidak berkutik. Dia menoleh memandang Darius berharap lelaki itu menyebelahi dirinya.

"Sayang please..." Tangan Emelda dicapai dan diusap penuh kelembutan.

"No! I tetap dengan keputusan I..." Lagi sekali Emelda tegas dengan keputusannya.

Darius dan Datin Aida saling berpandangan. Terbit rasa geram di hati Datin Aida.

Melihat kebisuan Darius dan ketegangan di wajah Datin Aida sedikit sebanyak membuatkan Emelda kecut perut.

"I ada cadangan untuk dapatkan semua aset arwah atuk you,"ujar Emelda dengan senyuman.

Datin Aida dan Darius memusatkan pandangan ke arah Emelda.

"Untuk mendapatkan semua aset arwah atuk you, you kena bernikah dan lahirkan seorang zuriat, kan..?"

Darius mengangguk.

"Apakata kita cari seseorang yang sanggup untuk jadi isteri you dan lahirkan zuriat you..?"

Ternganga Darius mendengarnya. Tidak sangka Emelda sanggup mencadangkan dia bernikah dengan orang lain. Cadangan Emelda benar-benar karut.

"You gila? I nak kahwin dengan you, bukan dengan orang lain.." bantah Darius.

"Sayang, dengar dulu.Jangan nak cepat melenting. Cari seseorang yang sanggup dinikahkan dengan you dan lahirkan zuriat you. Selepas sahaja dia lahirkan zuriat you, you ceraikanlah dia..."

"Maksud you...?" soal Darius masih samar-samar akan maksud sebenar Emelda.

"Nikah kontrak. Simple, kan?"

Terdiam Datin Aida dan Darius.Namun bagi Darius, dia masih tidak dapat menerima cadangan itu. Cadangan yang pada perkiraannya langsung tidak masuk akal.

"Mami setuju. Memandangkan Emelda tidak sanggup melepaskan kerjayanya, mami rasa kita ikut cadangan Emelda..." Senyuman di bibir Datin Aida mula melebar.

"Darius tetap tak setuju, mami. Kalau Darius kahwin dengan orang lain, bagaimana dengan hubungan kami?"bangkang Darius apabila maminya dengan senang bersetuju akan usulan karut Emelda.

"Nama lagi nikah kontrak, maknanya perempuan tu akan jadi isteri kamu hanya untuk melahirkan zuriat kamu. Hubungan kamu dan Emelda masih akan berjalan seperti biasa. Faham?"Terang Datin Aida. Tidak sangka Emelda boleh mencadangkan idea bernas itu. Andai Emelda masih tidak mahu melepaskan kerjayanya, biarkan. Yang penting rancangannya masih dapat dijalankan dengan jayanya.

Lagi seklai Darius terdiam. Bila difikirkan, ia nampak mudah tapi dia tetap tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Rancangan gila.

"Dah, kamu tak perlu fikir banyak-banyak. Kita ikut cadangan Emelda. Tentang calonnya, mami akan dapatkannya secepat mungkin..." Dengan tegas Datin Aida membuat keputusan lalu meninggalkan Darius dan Emelda.
Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aira Aliff