Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,579
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

Keluarga Dato Ehsan sedang enak menikmati makan malam.Semua sedang rancak berbual,namun tidak Camelia.Rasa amarahnya pada Raiq masih di tahap kepala.


"Iq okay ke?Kenapa macam badmood je ni?Mama masak tak sedap ea?"Soal Datin Hanina prihatin.Manatau,masakannya malam ini tidak kena dengan tekak anak gadisnya.


"Tak adalah mama,masakan mama superb je macam biasa."Jawab Camelia sambil tersenyum.Tapi Danish boleh nampak senyuman Camelia itu palsu.Cuma dia malas nak tegur,takut nanti dia pulak yang kena maki.


"Iq,Dani.Actually papa ada benda nak bincang dengan kamu."Kata Dato Ehsan sebagai mukadimah."Apa dia papa?"Soal Danish,dengan wajah ingin tahu.


Camelia dan abangnya menunggu sambung kata dari papa mereka."Papa ingat nak mintak kamu berdua balik kampung hujung minggu ni sebab tadi Pak ngah kata opah tak sihat.Tu yang papa nak mintak kamu berdua balik kampung,tengok tengokkan opah.Papa dengan mama nak pergi,tapi papa kena outstation dekat UK and mama will join me."Terang Dato Ehsan.


"Dani okay je,taktaulah Iq macam mana."Jawab Danish."Angah okay,so am I."Jawab Camelia senada.Dia meminta diri untuk naik kebiliknya setelah lauk yang berada di pinggannya telah habis.


Dia berbaring di window seatnya.Langit malam direnung.Tiba tiba telefonnya berbunyi.


Nama Raiq terpampang di dada skrinnya.Dia mengeluh kasar.Panggilan itu direject.Malas nak layan si mental tu.Telefon disilent lalu dicampak keatas katil.Taknak diganggu oleh malaun tu.


"Pandai pandai kau uruskan semua appointment sendiri.Acah sangat kan dengan aku,rasain lo!"Kata Camelia sendiri,melepaskan geram seolah olah Raiq ada didepannya.


"Esok,jangan harap aku nak datang kerja.Syarikat papa aku kan?So sukati akulah kan nak datang ke taknak datang."Kata Camelia lagi.Tanpa dia sedari,Danish berada di didepan biliknya sedang mencuri dengar luahan hatinya yang geram.


Pantas nombor telefon Raiq didail.


"Hello?"


_______


"Apa kes kau dengan adik aku tu?"Soal Danish.Raiq yang berada didepannya dipandang."Dia ada mengadu dekat kau ke?Dasar budak lembik."Kata Raiq tanpa menjawab persoalan Danish.Mukanya jelas menunjukkan riak menyampah.


"Ni bukan kes budak mentah tak mentah,bro.Benda sekarang ni adik aku tu baru first time and first day kerja.Patutnya kau as a professional kenalah bagi chance untuk dia kerja.Bukan terus marah dia.Lagipun,she's my little sis,bro.Takkan aku nak biar dia macam tu je.Takkan aku nak biar dia kena marah.And one more thing,jangan disebabkan kisah silam kau dengan Anne dulu jadi punca kau avoid semua perempuan sekeliling kau."Nasihat Danish,serius.Raiq hanya mampu mendiamkan diri apabila ayat terakhir yang keluar dari mulut Danish tepat terpanah di hatinya.Mungkin sedar akan kesalahannya.


Tapi,bila difikirkan balik.Takkanlah sebab apa yang diperkatakannya semalam tu,terus menjadi punca Camelia tidak mahu meneruskan kerjanya lagi.


Raiq mengeluh panjang."Bro,aku bukan nak sentuh pasal kisah silam kau dengan Anne.Tapi jangan disebabkan Anne,kau tutup hati kau.Kau jadikan perempuan lain mangsa.Bro,you deserve better than her.She's such a suck after all.She betrayed you,remember?"


Otaknya kini terbayangkan wajah Tengku Adriana,si sepupu yang hampir menjadi isterinya.Memang gadis itu bukan pilihan hatinya,tapi dengan mengahwininya sahaja satu satunya cara untuk dia bertemu kembali dengan ibunya.Tapi kalau dah pernah jadi tunangan,mustahillah tak sayang,kan?


Raiq hanya diam dan membiarkan sahaja kata kata Danish.Mulutnya malas nak berlawan kata dengan rakannya."Chadd,aku bukan nak kata apalah,but you should give my sister a chance.She deserve it,you know?"


"How can I give her a chance?Aku dahlah baru sound dia semalam,confirm confirmlah dia taknak cakap dengan aku lagi dah lepasni."Soal Raiq,pasrah.Wajahnya diraup perlahan.Kusut,sumpah perempuan buatkan otak dia kusut.


"Mintak maaf."


"No."Kata Raiq sepatah.Memang taklah dia nak mintak maaf.Fobia rasanya nak sebut perkataan maaf itu.Rasanya dah lama perkataan itu tidak terbit dari kotak suaranya.


"Why bro?Kenapa susah sangat nak mintak maaf?"Soal Danish hairan.Hairan dengan sahabatnya yang susah nak mengungkapkan kata maaf.Dasar si ego tinggi.


"Aku boleh buat benda lain,tapi nak mintak maaf?A big no from me."Katanya.Tangannya dilipat didada.Danish mengeluh.Otaknya masih cuba memproses idea.


"Chadd,nak taknak kau kena jugak mintak maaf dengan adik aku."


Raiq menggulingkan anak matanya keatas.Dia kemudiannya memandang Danish yang elok tengah memperhatikannya.


"Find,aku akan mintak maaf dekat dia."Raiq memberi kata putus setelah panahan matanya dipatahkan oleh tembakan renungan dari danish.


Huh,taulah pemenang main tenung mata.


"Good."Kata Danish,puas hati.Riak wajahnya menunjukkan riak kemenangan.


"But how?"Soal bebal.Danish menunjukkan isyarat supaya Raiq merapatkan jarak antara mereka."Here,I got some ideas."


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey