Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,605
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 24

Pintu bilik Camelia diketuk perlahan sebelum Danish melangkah masuk kedalam bilik itu.Camelia masih lagi tidur.Tangannya dilekap didahi adiknya.Panas.


"Iq,bangun bangun.Kitorang dah nak gerak dah ni."Kata Danish.Tubuh Camelia digoncang perlahan.Gadis itu membuka mata."Hm,Iq nak ikut Raiq."Kata Camelia dengan suara seraknya.Matanya yang kabur digosok.


Danish menoleh kearah Raiq yang bersandar dipintu.Anggukan dari Raiq menandakan dia membenarkan Camelia mengikutnya pergi kerja."Iq pergilah siap.Kitorang tunggu bawah."


Dua lelaki itu beredar dari bilik tidur Camelia untuk memberikan dia ruang.


______


"Camy,awak duduklah kat sofa tu.Saya nak buat kerja sikit"Kata Raiq.Fail yang sudah tersedia di atas mejanya dibuka.Camelia akur dengan arahan lelaki itu.


"Encik Raiq,nak cakap sikit boleh?"


"Boleh percaya ke awak nak cakap sikit?"Perli Raiq.Dia bukannya ingin sakitkan hati Camelia,dia cuma ingin lihat gadis itu senyum dan membebel.Taknaklah tengok gadis itu sugul setiap masa.


"Ish,taknak cakaplah."Rajuk Camelia.

Sama je macam angah,eiii!Dua dua menyakitkan hati.


"Hey hey,saya gurau jelah.Cakaplah apa yang awak nak cakap."Kata Raiq lembut.Matanya masih fokus pada kerjanya.


"Malam tadi saya tidur,saya mimpi.Saya mimpi Encik Raiq.."Kata Camelia.Raiq yang sedang menulis terus meletakkan pennya diatas meja.


Dagu ditongkatkan tanda dia tertarik dengan cerita Camelia."Saya mimpi saya dengan Encik Raiq kahwin.Lepastu masa saya dengan Encik Raiq jalan tu,Encik Raiq ada bisik dekat saya,tapi saya takdengar.Encik Raiq rasa kita betul betul kahwin ke?"Panjang lebar Camelia bercerita.Gayanya tak ubah seperti budak budak.


"Hm,betullah tu kot."Kata Raiq perlahan menyebabkan Camelia tidak dapat dengar ayat itu dengan jelas."Encik Raiq cakap apa tadi?Saya takdengar."


"Nothing."


"Encik Raiq,saya teringin nak tau apa yang Encik Raiq bisik dekat saya dalam mimpi tu."Kata camelia setelah hampir 5 minit mereka tidak bercakap.


"Then,kahwinlah dengan saya.Senang."Jawab Raiq,tenang.Camelia memandangnya dengan riak terkejut.Senyuman nipis terukir dibibir Raiq.


Langkah disusun menuju ke arah Camelia yang sedang duduk.Lengan baju gadis itu ditarik supaya gadis itu berdiri,tapi tak sama tinggi pun.


Yelah,tinggi Raiq tu 183 cm,Camelia pulak cuma 155 cm.Bayangkanlah bezanya macam mana.


Raiq membongkokkan badannya separas dengan Camelia.Jarak wajah mereka amat dekat.


"Awak nak kahwin dengan saya tak?"Soal Raiq apabila matanya bertentang dengan mata Camelia.Camelia terdiam.Sudahlah trauma semalam masih belum hilang,campur pulak dengan Raiq yang tiba tiba jadi pelik ni.


Haih,manusia manusia.


"Bro,jom pergi meeting room.Yang lain dah tung..."Qasyri tidak menghabiskan ayatnya apabila terlihat kelakuan sahabatnya itu."Kau buat apa setan?Goda anak dara orang eh?"Soal Qasyri kuat.


"Diamlah siel."Kata Raiq.Tubuhnya ditegakkan semula.Rambutnya yang jatuh ke dahi diraup kebelakang."Nak ajak kau meetinglah gila!Tadi pesan kalau nak pergi meeting saing,ni aku dah ajak..Eii elak aku maki je."Bebel Qasyri persis makcik tua.


Camelia pula hanya berdiri seperti patung.Fail diatas meja diambil lalu Raiq menyusun langkah untuk keluar."Cuak tak?"Perli Raiq.Matanya dikenyit pada Camelia sebelum berjalan keluar dari pejabat.


Setelah kelibat Raiq sudah tidak kelihatan,Camelia terus duduk.Jantungnya mengepam darah laju.Sungguh,Raiq sudah membuat jantungnya bersenam.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey