Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,575
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Pintu bilik yang tertulis 'Chief Executive Officer' diketuk beberapa kali.Setelah mendengar arahan masuk dari orang yang berada didalam,Camelia segera menapak kedalam pejabat itu.


Besar jugak bilik ni.Lebih kurang bilik tidur aku.


Gumam Camelia.Dia melihat seorang lelaki sedang duduk dimeja kerja.Dia berdiri bertentangan dengan lelaki itu.


"Have a seat."Kata lelaki itu,dingin..Camelia menarik kerusi yang disediakan lalu melabuhkan punggungnya dikerusi itu.


Dupdapdupdap


Hanya itu yang didengari oleh Camelia kerana keadaan didalam bilik itu terlalu sunyi.Camelia melihat nama diatas meja itu.


'Raiq Irsyad'


Oh,nama dia Raiq ke.Sedap jugak nama dia.Bolehlah cop untuk jadi bin anak anak aku.Hohoho.Berangan je lebih.Yelah,berangan kan free.


Tapi sumpah handsome mamat ni,rambut kemas,hidung mancung,ada jambang halus macam adam levine.


Eh,ingat sikit.Dia nilah yang tadi jerit dekat kau tu.Kalau muka handsome tapi kuat menengking buat apa?Bisik hati Camelia.


"Saya ni handsome sangat ke sampai awak tak lepas dari pandang saya?Or...are you cursing me slowly huh?"Soal Raiq sambil tersenyum sinis.


Camelia tersentak.

Aduh mati aku.Baru interview dah kantoi kutuk boss dalam hati.Macam mana dia tau?Dia boleh baca instinct orang ke?


Camelia menundukkan kepalanya apabila matanya bertentang dengan anak mata Raiq.Segan.Takut.Semua ada.


"So,awak rasa awak betul betul layak untuk jawatan ni?"Soal Raiq lagi."Saya yakin,Encik Raiq."Jawab Camelia sambil cuba mengawal riak gentarnya.


Raiq menganggukkan kepalanya."Saya nak tanya awak lebih lebih pun dah tak ada guna memandangkan Dani dah bagitau detail tentang awak."Dalam hati Camelia dah rasa selamat kerana takperlulah dia disoal tentang banyak benda.


Uhuuu,thanks angah.


"Dia pun dah bagitau saya yang awak ni seorang yang kuat bekerja,tak banyak complain,bersikap open kalau dimarah dan boleh siapkan kerja yang banyak dalam masa yang singkat.So saya harap benda tu bukan details yang palsu sebab saya dah terbuka hati nak terima awak."Jelas Raiq,masih dingin.


For the second time,thanks angah.Eh tapi pasal yang dia boleh siapkan kerja cepat tuuuu...


Walah walah angah memang mohon dimasukkan kedalam neraka.


"Cuma saya nak ingatkan awak,jadi PA saya ni senang je.Awak kena sediakan satu buku nota.Awak kena note down semua jadual jadual saya dalam buku tu.Lepastu,setiap malam saya nak awak inform jadual saya untuk hari esoknya.Boleh buat?"Terang Raiq.Tubuh disandarkan pada kerusi.


"InsyaAllah saya boleh,Encik Raiq.Kalau saya ada buat silap,saya harap Encik Raiq dapat beri tunjuk ajar."Ucap Camelia.Senyuman manis dihadiahkan untuk bossnya.


Seketika Raiq terpaku.Bagai terkena renjatan elektrik.


"Okay,you may leave.Meja awak dekat depan bilik saya.Awak boleh start kerja esok."Kata Raiq tanpa memandang Camelia.Kini dia memberi sepenuh perhatiannya pada dokumen dokumen syarikat.


Memang dia fokus menyemak dokumen syarikat,tetapi hatinya masih lagi berdegup kencang.Sekencang angin taufan.


Camelia menundukkan kepalanya sedikit lalu berjalan keluar dari bilik itu.

Alhamdulillah,dapat.Katanya dalam hati.


Camelia sungguh gembira apabila dia dapat kerja.Walaupun bekerja dibawah naga jadian,dia masih bersyukur kerana Raiq telah menerimanya untuk bekerja di syarikat besar itu.


Dia lantas menghantar mesej kepada Danish.


Angah,orang dah habis interview ni.Ambik Iq tau.


Message sent


Camelia memilih untuk menunggu abangnya di restoran yang terletak dihadapan syarikat Sucrich Holdings.Dia mengambil tempat di meja yang agak tersorok dari orang lain.Air limau ais dipesan.


Huawei P20 nya dicapai dari telefonnya.


1 unread message.


Angah🐵 ;Iq tunggu dekat mana?


Dekat restaurant depan office-Camelia


Angah🐵 ;Ha stay situ.Nanti angah datang.Kita lunch sekali.Angah bawak kawan angah sekali tau.


Hm kawan?Jangan Encik Raiq sudahlah.Kawan lain tak apa.Boleh aku test market,cehhh berangan.Mau kena seligi dengan angah.


Tapi kalau betul betul si naga jadian tu macam mana?aduh,tak sanggup aku menghadap dia lagi.


Alah,tak mungkinlah Encik Raiq.Bukannya dia sorang je kawan angah.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey