Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,644
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 26

Sudah seminggu sejak Camelia melalui memori hitamnya.Walaupun kesan traumanya masih bersisa,tapi Camelia masih menguatkan dirinya untuk bekerja.


Well,hidup tak boleh mengalah kan?


Dah masuk seminggu,that's mean lagi berapa hari je Raiq Irsyad akan berkahwin dengan gadis pilihannya.


Hm,siapa agaknya perempuan bertuah tu ekk?Entah entah perempuan haritu.


Serta merta wajah gadis bertudung yang datang ke pejabat Raiq terlayar di mindanya.


"Excuse me,I want to meet Raiq Irsyad.Dia ada kat dalam tak?"Camelia mendongakkan kepalanya untuk melihat si empunya suara.Cantik jugaklah,muka dia ada iras iras Fazura,tapi hijab version.


"Cik ada buat appointment ke?"Soal Camelia.Senyuman diukir dibibir.Manatau perempuan ni salah satu klien bossnya,mestilah kena tunjuk muka manis.


Nanti kang klien lari.


"I tak ada buat appointment."


"Maaf cik,tapi cik kena buat appointment dulu kalau nak jumpa Encik Raiq."Kata Camelia.Memang prosedur syarikat,kalau nak jumpa boss boss besar memang kena buat appointment dulu,manatau orang yang dijumpa tu ada meeting ke..


Tak ke menyusahkan?


"Have appointment or not,I still want to meet him now!By hook or by crook."Gadis itu sudah mula meninggikan suara.


Camelia menggigit bibir.Susah betul kalau manusia yang berspesies tak faham bahasa ni.


"Cik,boleh tak cik faham yang ni prosedur kami?So tolong hormat ye.Takpun kalau cik tak faham,saya boleh ajarkan.Free je takk payah bayar."Kata Camelia panjang lebar,dengan nada yang ditekan.Manusia kat depan dia ni sumpah boleh buat tekanan darah dia naik.


"Oh,you nak sekolahkan I ke sekarang ni?You sedar tak yang you tu cuma PA kepada boss?Ke you ni dah rasa macam boss huh?"Sinis kata kata yang terlontar dari mulut gadis itu.


Makin membara apa kepanasan dalam hati Camelia.Oh sekarang dia nak perlekehkan possession aku pulak?Ni yang aku nak angin ni.


"Eh cik,kalau setakat nak.."


"Camelia?What happened here?"Soal Raiq dari satu arah.Camelia dan gadis acah itu terus menoleh kearah Raiq yang tidak jauh dari mereka.


Raiq nampaknya bersama dengan Fariel.

Sah mamat ni tak ada kerja lain.Asyik iiiikut je mana si beku ni pergi.


Camelia hanya menggelengkan kepalanya.Dia masih taknak bercakap dengan bossnya itu.Bak kata orang,hati belum move on.


"Anne?What are you doing here?"Soal Raiq,dingin.Matanya tajam memandang Tengku Adriana dengan pandangan yang sinis.Pakai tudung,tapi baju ketat.Function sangat.


"Ir,I nak jumpa you.Tapi you punya PA cabuk ni takkasik I masuk,kena buat appointmentlah apa lah.Bising je."Adu adriana,dengan suara yang sengaja dilenggokkan.


PA cabuk kau panggil aku?Dasar kurang didikan!Dahlah suara macam sajat.Elak aku tumbuk je kotak suara dia tu.


Tangannya automatik menjadi ular menjalar dekat lengan Raiq yang dilapik dengan lengan bajunya.


Eh,bapaklah.Asal macam kucing tak sabar nak mengawan siot perempuan ni?Yang mamat ni pun,tak reti nak tepis ke tangan perempuan tu?Dah syok sangat ke?


Astaghfirullah,tak baiknya aku mengumpat dalam hati.Tapi diorang tu baik pulak berzina kat tempat awam.


"Ada apa you nak jumpa I?"Soal Raiq dingin.Lengannya pantas ditarik apabila Adriana sudah berubah serupa manusia tak ada tulang.


"I rindu youlah,baby."Jawab Adriana.Makin menjadi jadi suara tenuk dia tu.


Fariel dan Camelia serentak mencebikkan bibir."Hei,you berdua asal nak cebik cebik bibir ha?Tak puas hati ke?"Soal Adriana kepada Camelia dan Fariel.Kedua dua mereka hanya mengangkat bahu tanda malas nak layan.


Oh,dia nampak eh?HAHAHHAHA.Sorrylah,yang namanya Camelia ni mana pernah pandai cover.


"Masuk office I.Jangan nak bising bising.Malu dekat staff I."Arah Raiq sebelum kedua manusia itu berlainan jantina itu menapak masuk kedalam pejabat Raiq.


"Oi,berdua duaan dalam tu jangan buat hal eh.Aku serbu,lepastu kau buat macam macam.Siap eh!"Jerit Fariel.


Raiq menjeling.Begitu juga dengan Adriana.


"Eh Fariel,perempuan tu siapa?"Soal camelia apabila bayang Raiq dan Adriana sudah hilang dari pandangan."Ha itulah sepupu Chadd,Tengku Adriana sewel."Kerusi kosong ditarik dan Fariel mengambil tempat bertentangan dengan Camelia.


"Kenapa Encik Raiq tak ada Tengku kat depan nama dia?"


"Sebab yang darah Tengkunya mummy Chadd,bukannya walid dia."Camelia mengangguk anggukkan kepalanya mendengar penjelasan Fariel.


"Tapi awak nak tau tak?Saya bukan nak aibkan sesiapa,tapi dari umur Chadd 7 tahun,mummy dia tu memang kenen kenenkan perempuan tu dengan Chadd.Tapi Chadd taknak,sebab dia cuma anggap Anne tu macam member baik dia je.Yelah,kalau dah tidur sekali makan sekali.Kalau you,nak ke kahwin dengan sepupu sendiri?"


Camelia menggelengkan kepalanya.


"See?You pun taknak kan?So Chadd pun taknak.Tapi,bila Chadd decide yang dia tak setuju dengan cadangan mummy dia,mummy dia terus keluar dari rumah diorang.Katanya,selagi Chadd taknak kahwin dengan Anne,mummy dia taknak balik.So sampai sekaranglah Chadd tak pernah jumpa mummy dia.Entah hidup ke mati mummy dia pun dia taktau.Tapi ada sekali tu Chadd decide untuk kahwin dengan perempuan tu.Semuanya sebab dia nak jumpa mummy dia balik."


"Tapi itulah kebodohan perempuan tu,dah dapat peluang kahwin dengan Chadd,boleh pulak main dengan lelaki lain.Dasar kampret.So then,diorang pun putuslah.Lagipun masatu kitorang ni muda lagi."Jelas Fariel bersungguh sungguh.


Fariel menyandarkan tubuhnya apabila dia sudah habis bercerita.Camelia hanya diam untuk menghadamkan cerita yang muncul dari lelaki dihadapannya itu.


"Mana you tau ekk?"Soal Camelia.Yelah,pelik jugak bila Fariel ni boleh tau kisah Raiq dengan mummy dia dari pucuk sampai akar.


"Heh,ni Fahim Irfariel lah.Semua rahsia orang ada dalam boxer I tau."Jawab Fariel dalam nada bangga.


Tangan ditepuk beberapa kali didadanya.Camelia mencebik bibir.


Poyo betul!


"Dahlah,I nak gerak pergi office I.Banyak kerja takbsiap lagi ni."


"Eh,sejak bila you rajin buat kerja?Bukan selalu you suruh Ki ke buat kerja?"Soal camelia sinis.Memang sepanjang Fariel pulang ke Malaysia,lelaki itu selalu menyerahkan tugasnya pada Arzaki.


Alasannya?Katanya dia malas nak rosakkan jari dia.Takut patah.


Huh,kalah perempuan.


"I rajin okay,you je yang taknampak.Rajin I ni khas untuk bakal isteri I je. Okaylah,cau dulu."Fariel meminta izin sebelum meninggalkan Camelia disitu.


"Hai,jauh termenung.Dah sampai mana?"Tegur Datin hanina.Serta merta Camelia pulang ke masa sekarang.


"Tak sampai Singapore lagi pun ma jauhnya.Baru sampai office je."Jawab Camelia."Dah takpayah nak termenung sampai ke Singapore sangat,sekarang ni Iq pergi siap siap ikut along dengan mama beli hadiah."Arah Datin hanina.


"Hadiah untuk siapa ma?"Soal camelia pelik.Takkan hadiah untuk aku.Birthday aku lama lagi.


"Untuk Chaddlah.Dia kan nak kahwin dah."Automatik wajah Camelia berubah mendung.Dahlah broken dengan mamat tu sebab Raiq dah nak kahwin,ni mamanya pulak ajak belikan hadiah untuk si jejaka tu.


"Kalau Iq taknak ikut boleh?"


"Ikut mama,no excuse!"Tegas Datin hanina berkata sebelum dia keluar dari bilik tidur Camelia.


Haih la,nasib baik mama.Kalau tak ikut kata kang,kena cop derhaka pulak...


Nak taknak Camelia terpaksa ikut.


Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey