Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,587
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

Malam itu,hanya Nek Ila,Raiq dan Camelia sahaja yang berada dirumah itu.Danish sudah pulang ke Kuala Lumpur kerana ada urusan syarikat.


Urusan syarikat lah sangat.


Mereka bertiga duduk santai diruang tamu sambil menonton drama di astro ria."Kamu berdua pergi mana je tadi?"Soal Nek Ila apabila drama yang ditontonnya sudah habis disiarkan.


"Pergi jalan jalan kat sungai depan rumah Pak Yus tu je."Jawab Camelia.Tangannya mencapai kerepek bawang yang terhidang disebelahnya."Dating dekat sungai je,tapi lamanya bukan main.Kalah orang dating dekat paya."Sindir Nek Ila.


Manakan tidak,dua remaja itu keluar lebih kurang pukul 9 pagi,tapi batang hidungnya muncul selepas zuhur.Mana dia tak bising?Lagi pulak,yang sorang tu baliknya basah kuyup.Sorang lagi,balik balik mata sembab.


"Hehe,sebenarnya lepas pergi sungai tu memang cadang nak balik.Tapi orang terserempak dengan mika,tu yang bual tak ingat dunia."Kata Camelia sambil tersengih.Matanya memandang Raiq yang sudah terlelap disebelahnya.


Penat sangat ke?


Nek Ila mencebik bibir."Nasib baik opah pergi tak panggil satu kampung cari kamu berdua tau tak."Kata Nek Ila.


Camelia tersengih lagi seperti kerang busuk."Makin handsome ek mika tu sekarang."Kata Camelia tentang mikael,sahabat baiknya ketika dia berada dikampung.


"Apa handsome handsome?Laki orang tu.Kamu jangan nak jatuh hati dekat dia pulak."Nek Ila memberi amaran.


Camelia menunjukkan reaksi terkejut.

Aikk,asal aku tak tau dia dah kahwin?


Okay,ni sumpah tak kelakar.Jill tunang takbagitau,Mika pulak kahwin tak jemput.Ha memang semua pakat berahsia dengan aku ke?


#SakitHati


"Eh,dahlah.Opah masuk tidur dulu.Drama opah pun dah habis.Ni kamu kejutkan si Chadd tu,suruh dia masuk bilik.Malam malam,ruang tamu ni sejuk.Kang tak memasal demam pulak dia."Pesan Nek Ila sebelum berlalu meninggalkan Camelia dan Raiq diruang tamu.


Camelia memandang lelaki itu yang masih nyenyak tidur.


"Encik Raiq,bangun.Masuk dalam bilik.Nanti demam."Kata Camelia.Pinggang Raiq yang berlapik tshirtnya dicucuk beberapa kali.


Hampir 5 minit dia melakukan cubaan untuk mengejut lelaki itu,tetapi Raiq masih tidak membuka matanya."Dia ni tidur ke mati siot?Orang kejut taknak bangun."Omel Camelia didalam hati.


"Haih,takkan nak angkat pulak.Mau cirit aku nak angkat dia ni.Apa nak buat ekk?"Gumam Camelia sendiri.


Memang nampak gaya Raiq nak tidur luar.


Camelia mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja Raiq tidur diluar.Selimut didalam almari diambil lalu tubuh Raiq diselimutkan.


"Sweet dream.Jangan demam."Ucap Camelia lalu meninggalkan Raiq di ruang tamu.Dalam terpejam,Raiq mengukir senyum.


Mimpi indah mungkin


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey